Wednesday, April 28, 2010

Tarbiyyah Dzatiyyah



Yang perlukan tarbiyyah itu, kita

Kejayaan tarbiyyah ini, untuk membentuk jiwa-jiwa mukmin, tidak terletak kepada Tarbiyyah Jama'iyyah (Tarbiyyah dalam jemaah/sistem) atau Tarbiyyah Madaniyyah (Tarbiyyah di medan/masyarakat). Keberjayaan produktiviti seorang akh itu, tidak bergantung kepada apa yang didapatinya dalam liqo' mingguan, daurah bulanan, mukhayyam setiap sem, jaulah setiap tahun, rehlah yang tidak habis-habis dan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama.

Kejayaan tarbiyyah itu, tidak 100% kerana hebatnya seorang naqib. Atau sejauh mana IKRAM kawasan mahupun negeri aktif melaksakan marathon programnya. Ia bukan didasarkan atas semua itu semata-mata.

Apa yang membezakan antara seorang akh yang mencapai muwasofat muslimnya (10 ciri-ciri khusus muslim impian) dan seorang lagi akh yang juga dalam sistem tarbiyyah, tetapi masih lagi lambat-lambat, merangkak-rangkak dalam perubahan diri, adalah Tarbiyyah Dzatiyyah. Dengan izin Allah, kuncinya adalah Tarbiyyah Dzatiyyah.

Cabaran dalam mentarbiyyah pada zaman ini, tatkala ada banyak pilihan di depan mata, adalah untuk membentuk individu-individu yang bukan sahaja ditarbiyyah secara fardhi, secara jamaei, secara praktikal di medan, tetapi juga (paling utama), mampu mentarbiyyah diri sendiri. Kesedaran inilah, kunci utama yang paling susah nak dibina dalam diri manusia. Menjadi pengikut, dalam masa yang sama, menjadi pemimpin kepada mad'unya selepas memimpin diri sendiri.

Tarbiyyah Dzatiyyah yang aku fahami adalah itu. Bagaimana seorang akh mampu melihat semua perincian sifat-sifat muslim itu dengan seteliti mungkin, dan memuhasabah pencapaian dirinya saban hari. Saban hari pula, menghasilkan perubahan tanpa disuruh-suruh. Mereka ini, yang ingin perubahan dalam diri, pastinya tidak merasa berat untuk menghadiri mana-mana majlis perubahan. Juga tidak pernah berkira-kira masanya untuk merubah orang lain kerana tahu, ia merupakan suatu pentarbiyyahan juga.

Seorang akh yang faham ini, pasti di setiap lapang masanya, adalah untuk memperkasa akidah, ibadah, akhlak, jasad, tsaqafah, menghargai masa, menghargai orang lain, menghargai diri sendiri, bermujahadah, dan istiqamah melaksanakannya. Melaksanakan segala wajibat usrahnya dengan saksama.

Setiap masanya, tidak pernah serik membaca al-quran, mentadabbur ayat-ayatnya, menghafal setiap bait dan kata, bermuayasyah dengan hadis baginda, membaca karya-karya pejuang dakwah, meneliti setiap saat sirah dan sejarah, menghafal puisi-puisi indah, beriadah dan lain-lain lagi.

Hinggakan, di setiap masanya, ingin berada dalam kelompok ikhwah, agar tidak luput dari kesedaran mereka, akan amal kerja berterusan mereka itu.



Masih ada yang keliru

Malangnya, masih ada di kalangan ikhwah yang masih berada dalam dunia angan-angannya. Mereka tekun dengan tarbiyyah mereka, secara jamaie atau secara dzatnya, hingga tiada masa melayan dunia.

Pelik? Tapi benar. Aku juga pernah melalui saat-saat itu, ketika zaman idealku dulu.

Pabila diri terbangun dari mimpi dan mula sedar tang mana dunia yang benar-benar dunia, tidak henti-henti diri ini berusaha untuk benar-benar bangun-bangun dan tidak tidur-tidur. Setiap masa diteguknya minuman tenaga Livita dan Redbull, supaya tidak kembali mengantuk.

Siang baca buku, rehat kejap, kemudian liqa... liqa... dihalaqahkan... halaqah... sehingga akhirnya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Rakan-rakan, ditinggalkan sehingga diri sendiri menjadi fitnah kepada kelompok dakwah. Pelajaran terabai, mengharapkan pertolongan Allah semata-mata.

Sedarlah, Tarbiyyah Dzatiyyah bukan sekadar pada Quran, Hadith, Sirah dan tambahan: jogging 2 jam setiap minggu (ikhlaskan niat). Marilah kita bersama-sama membentuk insan yang benar-benar manusia. Yang benar-benar mentarbiyyah diri menjadi seorang ayah yang paling baik. Menjadi suami yang paling bertanggungjawab. Menjadi pekerja yang paling cemerlang. Menjadi pelajar yang paling rajin. Menjadi abang yang paling hensem, di mata adik-adiknya. Menjadi jiran, kawan-kawan, rakan sekolej yang paling disukai.

Marilah mendidik hati untuk menjadi Murobbi yang paling bagus. Menjadi Mutarobbi yang paling taat dan proaktif. Menjadi hamba Allah yang paling kuat beramal.

Bukankah ini ciri-ciri yang ada pada Rasul kita?

Jika kita masih sayang pada Jemaah Dakwah ini. Jika kita masih sayang pada Tarbiyyah yang kita lalui ini.

Sempurnakanlah Tarbiyyah Dzatiyyahmu. Secara menyeluruh.

Narawastu Ilmu




Kita semua meyakini, penulisan di blog bukanlah kerja kita yang asasi, apatah lagi yang utama. Namun, penglibatan dalam medan dakwah yang sangat komplikated dan medan yang semakin mencapah ini, mendesak kita untuk turut sama meluaskan capaian-capaian kita, tanpa melupakan kerja yang lebih qowiy iaitu pembinaan dalam kelompok-kelompok kecil itu.

Jauh di sudut hati, itulah niat yang tersimpan semenjak aku mula menulis di lapangan ini. Tarbiyyah tujuannya. Tidak lain daripada itu.

Blog yang aku bina dan aku ladeni saban hari ini, (malangnya) tidak aku sasarkan untuk aku berdakwah secara umum, tapi semata-mata untuk membina rijal-rijal yang membacanya. Itulah harapanku.

Membina diri ini dan mereka yang intima' di sekelilingku. Bersama-sama mengharungi Jalan Dakwah yang penghujungnya di Syurga yang sangat luas.

Aku memerhatikan bahawa penulisan di alam maya ini, merupakan satu tarikan yang amat kuat. Baik untuk mengajak kepada maksiat, ataupun sebaliknya. Tarikannya perlu diseimbangkan dengan adanya suatu tenaga yang dibina perlahan-lahan dalam usaha untuk menghancurkan tirani yang sedang bermaharajalela dalam vakum ini.

Diharapkan penulisan-penulisan ini, memberikan nafas-nafas baru kepada jiwa-jiwa yang aku sayangi di luar sana. Tidak kira ikhwah atau akhawat. Semoga kita sama-sama dapat tolong menolong saling tarik menarik menyelamatkan setiap seorang dari kita dalam berhadapan dengan berbagai-bagai tarikan tirani jahat. Adanya syaitan lagha komik, manga, anime, porno, fitnah, drama, dan macam-macam lagi tarikan yang akan menyebabkan jiwa kita lemah di alam nyata.

Betapa sukarnya menghadapi dunia hari ini.

Hanya Allah yang layak menjadi pengadil akan keikhlasan niat kita dalam berjuang.

Disebabkan itu, aku tidak pernah kisah seandainya ada di antara ntum yang ingin mengkopi pes mana-mana artikel yang pada ntum berguna. Malah jika ada yang ekstrim yang nak buat satu blog baru dan kopi pes setiap artikel aku pun tidak mengapa. Nak buat buku? Lepas itu jual dengan nama kalian pun, aku tidak peduli.

Namun, kadang-kadang, pada setiap hari-hari baharu, aku berasa terbeban jika tidak berpeluang untuk menulis walau secangkir dua kata. Terbeban dek kerana diri ini ketinggalan, berbanding jahiliyyah yang tidak pernah berhenti bekerja di setiap detik masa mereka.

Oleh itu, andai diri ini sudah terlalu sibuk hingga gagal bekerja di alam ini, maka gugahlah semangatku. Langkah kita di masa akan datang sangat-sangat ditentukan oleh usaha kita kini. Alangkah sesalnya kita, andai kerana rasa berat hari ini, jiwa kita terpaksa merasai seksa esok hari.


Ikhwah akhawat,

Penulisan ini, bukanlah sekadar lintasan-lintasan hati seorang perajurit yang nyaris-nyaris tumbang dalam perjuangannya. Ia bukan sekadar sebuah lukisan indah kanak-kanak yang baru belajar mengerti perasaan sendiri. Ia tidak diminta untuk dimengerti sebuah rasa hati.

Penulisan ini, bukanlah sekadar sebuah kompilasi karya-karya yang indah susunan ayatnya. Bukan tempat mengajar tatabahasa atau mengajar ayat-ayat puitis. Bukan sekadar itu.

Penulisan ini, bukanlah sekadar perkongsian cerita-cerita indah. Ataupun tempat berjenaka, menghiburkan jiwa-jiwa yang sedang hambar kerana ketagihan dadah hedonisme.

Penulisan ini, bukanlah untuk pengkhabaran khabar-khabar semasa penulisnya. Bukan sekadar ingin dikongsi berita-berita baharu tentang ummat islam seluruh dunia. Bukan semata-mata tempat seorang naqib memberikan arahan terbaru kepada mutarobbi-mutarobbinya.

Penulisan ini, bukanlah sekadar tempat berkongsi ayat-ayat Allah dan Hadis-hadis yang selama ini dibentangkan oleh generasi tua dalam bentuk yang kering. Hingga hati ini tidak sampai terkesan dengan makna yang sepatutnya sangat membasahkan itu.

Penulisan ini, bukanlah sekadar tempat dikongsi hasil-hasil pembacaan terbaru penulis, ilmu-ilmu baharu yang baru dicakupnya. Dengan menganggap wadah ini suatu bekas memuntahkan segala sisa-sisa ilmu. Menjadikan diri ini pelatih kinestatik yang berjaya.

Penulisan ini juga, bukan tempat untuk meluahkan perasaan, menunding jari atau menghentak tangan ke meja.

Ia lebih dari itu.

Harapannya lebih besar. Menggunung tinggi. Tarbiyyah yang dihadapi, mengajar diri untuk tidak memisahkan mana-mana bahagian dunia yang dilihat. Ianya satu, segalanya untuk mengenal pencipta, tanpa terpisah-pisah.

Niatku untuk akhirnya, penulisan ini mampu menjadi seperti penulisan penulis-penulis agung lain, yang mampu menggugah jiwa-jiwa, membina mereka menjadi seorang pembina bangunan ummah, mencakar langit biru.

Namanya, Narawastu Ilmu, dari Kamus Bahasa Melayu purba; Keharuman Akar Punca Ilmu Pengetahuan. Ia bukan sebuah nama atas kecantikan bahasanya semata-mata, namun itulah nama pertama yang aku dengar, ketika kali pertama pengorbanan kecil dan kudus ini dibuat. Untuk tekad meninggalkan cita-cita dunia nafsu serakah yang menggunung tinggi.

Hingga cita-cita kini hanya untuk kebahagiaan ummat.

Semoga Allah menerima pengorbanan secuit itu. Semoga Allah menerimanya sebaris dengan amal-amal seterusnya.


Ikhwah akhawat yang aku kasihi, sayangi dan cintai;

Aku bawakan untuk kalian penulisan-penulisan ini, semoga cinta di antara kita makin mekar. Semekar bunga di taman.



Penulisan ini:


Terilham dari as-Syaheed
yang telah mengorak langkah menghidupkan balik
rasa rindu untuk bersama memahami nas-nas
dalam naungan amal haraki.

Ketika rasa meluap ingin menghayati kalam as-Rasul saw
dari hati seorang sahabat yang perit jerih membawa Islam
dengan darah dan air mata.

Walaupun kita tidak dianugerahi
kurniaan melihat dan menatap kekasih tertinggi,
namum amal yang kita ceburi
membayangi ‘aura’ zaman itu.

Moga curahan perasaan dan perkongsian ini datang dari
wangian wahyu dan bukan dari ‘al-hawa’.


Yiu Qiu Wai

Tuesday, April 27, 2010

Jalan Kemenangan





Menjejaki perjuangan yang penuh ranjau ini, ramai orang yang masih meraba-raba ke mana hala tuju nasihat dan amaran yang mereka sama-sama kongsi dan sampaikan. Hasilan akhir pada pandangan mereka, diserahkan kepada Allah dan untuk Allah semata-mata.


Tidak kurang pula ada pihak yang bercita-cita begitu tinggi dalam menggariskan matlamat perjuangan mereka. Mereka mengharapkan dari usaha mereka ini, akan lahir perubahan yang besar kepada Dunia. Kata mereka, kemenangan itu sebuah kepastian. Dan tidak dapat Islam membuahkan kemanisannya kepada seantero dunia, tanpa ia menjadi suatu kuasa besar yang menguasai.


Menyangka hakikat itu, mereka berjuang bersungguh-sungguh untuk memenangi hati semua orang. Mereka bercakap dengan penuh lantang, menawarkan solusi, untuk akhirnya mereka semua keluar dari kesengsaraan kini. Itu yang mereka percaya. Mereka berharap, suatu hari nanti, mereka akan menjadi pemerintah yang dengan kuasa mereka itu, semua orang akan akur, akur dengan arahan mereka, sekaligus akur dengan arahan dan larangan Allah. Dunia islam terbentuk begitu.


Ada pula orang-orang Hanif yang inginkan perubahan itu dibuat beransur-ansur, sehingga pada awal perjuangan mereka toleransi ideologi dan pencairan akidah dilaksakan. Alangkah tertipunya mereka, kerana tidak pernah walau satu pun perubahan dunia terlaksana dari mana-mana langkah tersebut. Seandainya mereka berjaya memenangi peperangan tersebut, pastinya hasilnya antara dua:




1. Mereka akan kembali kalah di tangan penyokong mereka sendiri.





2. Mereka akan menghasilkan penderitaan, bukan kesejahteraan yang ditawarkan oleh islam.



Di sana letaknya kepentingan kita memahami Manhaj Perubahan (Manhaj Taghyir) yang dilaksanakan oleh Pakar Revolusi, Ar-Rasul Muhammad SAW (Semoga kita tidak putus-putus berselawat ke atas baginda).


Perubahan bermula dengan individu, setiap individu, individu demi individu hingga akhirnya lahir keluarga, masyarakat, negara yang benar-benar Islam. Benar-benar Islam!


Pentarbiyyahan yang mereka lalui, bukan hanya dikaburi oleh angan-angan tinggi hingga diri lalai dan leka dari menyibukkan diri dengan zikrullah.


Pentarbiyyahan yang mereka lalui bukan semata-mata untuk mengumpulkan orang-orang baik, budak-budak nerd, budak-budak surau, atau kaki-kaki nasyid inteam dan pendengar setia IKIM. Pentarbiyyahan mereka itu adalah tarbiyyah yang mengubah. Mengubah dari Hitam ke Putih. Kafir ke ISLAM. Jahiliyyah ke ISLAM. Kumpulan Lagha kepada Jemaah DAKWAH.


Pentarbiyyahan yang mereka lalui, hingga seorang pencuri mampu menyelimutkan mahkota emas Kisra Parsi untuk diserahkan kepada ketuanya. Seorang penzina tidak henti-henti meminta pemimpinnya untuk menghukumnya. Seorang yang tidak pernah rasa apa-apa ketika membunuh anak perempuannya, berasa sangat kasihan seandainya seekor ayam disembelih dengan kasar. Seorang yang sangat membenci kelompok islam, menjadi pendokongnya yang paling kuat, hingga menangis-nangis kerana tidak dapat mati kerananya. Seorang peminum arak menuangkan bertong-tong arak yang disayanginya. Seorang yang bengis menjadi sangat bertanggungjawab, hingga tidak sanggup sekiranya walau seekor bughal mati kelaparan dalam negaranya. Rakyat-rakyat tidak pernah sanggup menerima rasuah atau menipu dalam isu timbangan jual beli.


Segala-galanya bermula dengan tarbiyyah itu, jika masih diserahkan diri untuk melaluinya.


Persoalannya, adakah perubahan itu wujud dalam diri kita? Atau kita yang ditarbiyyah masih tiada beza dengan kita yang dulu. Masih terikatkah tangan dan kaki? Masih tuli kah telinga? Masih butakah mata? Masih ingkarkah hati?

Monday, April 26, 2010

Bagai angin lalu



Sepantas itu masa berlalu. Masa silam yang menjadi guru kita itu, terasa sangat dekat dengan kita. Segalanya umpama baru disapa sebentar tadi. Satu demi satu episod hidup kita lalui, walaupun tekadang dengan rintihan atau kelegaan, terasa baru sesaat berlalu. Bila ia tinggal sejarah, segalanya terasa senang. Pada kita kini, Degree itu senang, Matrik itu senang, SPM itu senang, PMR itu senang, UPSR umpama kacang.

Masa itu umpama pesawat Hornet F18, yang laju. Lebih laju dari bunyi. Hinggakan apabila ia lalu dengan kelajuan supersonik di atas kepala kita, bunyi tertinggal beberapa saat di belakangnya.

Panas semalam masih lagi terasa, namun segalanya berubah hari ini. Tangan tidak menyimpan walau suam-suam kuku haba semalam. Yang tinggal hanya kehangatan darah yang menderu hari ini, dan kedinginan penghawa dingin di dalam bilik.

Bagai baru semalam aku menyambut adik-adik di Minggu Orientasi mereka, dan hari ini mereka sudah bergraduasi. Seakan baru semalam, aku membelai budak-budak kecil yang baru meniti kehidupan sekolah mereka, hari ini, mereka jauh meninggalkan aku dengan sumbangan dakwah mereka. Seakan baru semalam aku mengenali seorang akh ini, hari ini, di tangannya, ada seorang bayi mungil penerus cita-cita.

Diri terasa tua, dan harga hidup ini, semakin lama, semakin rendah nilainya. Malanglah orang-orang yang menyerahkan kebahagiaan kepada kehidupan dunia mereka semata-mata. Betapa ruginya orang-orang yang berada dalam sistem Tarbiyyah, tetapi hati mereka masih bertautnya sistem Jahiliyyah membinasa, membuatkan mereka umpama robot dalam kitaran bodoh itu.

Berbahagialah Fatih bin Aswadi, Naufal bin Azlan, Maryam binti Saiful Islam, Tariq bin Firdaus Syah, Fatih bin Faizal, Raihanah binti Munir Najmi, Ikram Fakhri bin Abdullah Mujahid, Akif bin Hafizan, Musab bin Umair, Musab Umair bin Abdul Majeed etc. atas usia baharu ntum semua. Dan berbahagialah kalian atas pemeliharaan Allah ini. Pada kalian, akan kami wariskan kerja dakwah kami, menyambung rantai panjang dari tangan nabi yang pertama.

Semoga satu hari nanti, kalian akan menjuarai pertarungan ini. Mengubah dunia yang semu ini, menjadi suatu impian semua.

Wednesday, April 21, 2010

Adakah kita golongan yang bekerja?



Persoalan ini selalu sahaja timbul di benak pemikiran orang-orang yang berada di luar lingkungan para daei yang siang dan malam bekerja untuk jemaah dakwah ini, tanpa mengharapkan balasan dan ucapan terima kasih dari sesiapapun.

Para daei itu tidak bekerja kecuali hanya kerana Allah dan tidak menyandarkan langkah-langkahnya, kecuali kepada dukungan dan pertolonganNya. Sebab tidak ada kemenangan kecuali di sisi Allah.

Slogan yang sangat kerap diulang-ulangnya ialah;

"Tiada yang aku inginkan, kecuali perbaikan (islah) semampuku. Dan tiada yang memberi bimbingan kecuali Allah; kepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya pula aku kembali"

Tuesday, April 20, 2010

Allah menguji kita




Aku pandang matanya. Di sana, aku cuba mencari-cari sesuatu. Ternyata aku gagal. Yang ada dalam hitam matanya itu, hanyalah bayangan mukaku sendiri. Hatinya sengaja ditutup, enggan berkongsi rasa dan berita.


Aku mengalihkan pandanganku ke arah langit. Matahari menggelongsor perlahan-lahan. Aku merasakan cahaya juga mengkhianatiku. Lantas hati ini beristighfar. Sedar ketentuan Allah itu sangat misteri.


Dalam kesunyian itu, akh tersebut mengeluarkan sekotak rokok dari sakunya. Kerlihan mataku kini tertumpu kepada sebatang rokok yang sedang diketuk-ketuk, dimampat-mampatkan. Tidak akh tersebut menawarkan kepadaku, tahu diri ini tidak pernah menghampirinya.


"Akhi, kau sudah merokok? Apa lagi yang aku tidak tahu tentang dirimu? Aku baru tahu kau baru berpacaran. Aku tahu kau jarang ke surau kini, malah tidak lagi ke sana."


Hatiku berdesus. Hatiku menangis meronta-ronta. Seolah-olah segala kemelaratan sahabatku itu, terbeban di atas bahuku.


Rokok tersebut dinyalakan. Matanya dipejam tatkala 'oksigen' dihirup. Dari mulutnya itu, asap berkepul-kepul dilepaskan. Dari mulut itu.


Mulut yang sama yang pernah berkata:


"Hussaini, jangan risau, aku akan bersama kau, bersama islam, bersama dakwah ini, sampai kita mati sama-sama"


Mulut ini tidak berkata semata-mata. Ternyata setiap masanya dahulu bersamaku adalah untuk dakwah. 5 tahun yang lalu. 5 tahun yang lalu, kami sama-sama menjadi hamba Allah, kuli dakwah. Setiap saat kami, kami sama-sama pelajari dan berjuang di setiap peluang yang ada.


Hinggakan kami ini, jauh lebih sibuk berbanding mana-mana presiden kolej UPM sekalipun. Berpuluh-puluh jawatan disandang, berpuluh-puluh wadah disertai, dan penglibatan di setiap peringkat ini adalah untuk dakwah semata-mata. Aku masih ingat saat itu.


Namun, harta, pangkat, wanita cantik ternyata lebih mengiurkan. Dan ramai daripada kami tewas. Dan aku kini bersendirian.


Sepanjang dakwah ini, banyak kata-kata manis yang aku terima;


"Akhi, nta ini umpama Rasul yang diutuskan untuk menyelamatkan ana" (Agak ekstrim juga la)


"Aku nak hidup ni untuk berjuang je"


"Inilah jalan yang aku cari-cari. Aku akan bersama dengannya"


"Aku akan bersama kau, Hussaini"


...


...


...


Benar. Allah tidak akan biarkan lidah kita menggulung-gulung tanpa sebarang ujian dikenakan. Itulah sunnatullah jalan ini. Dan sayangnya, ramai yang gagal. Sangat ramai yang tumpas di depan mataku ini. Dunia ini sangat gelap buatku.


Indah kan perancangan Allah? Entah kenapa, segala ujian ini membuatkan aku semakin senang tersenyum. Air mata sudah puas diseka. Peluh sudah membuatkan baju basah kuyup dan berbau kemasaman. Aku semakin tidak sabar, semakin tidak sabar menunggu siang menjelma.


Aku tidak ingat berapa banyak usrah sudah aku bawa, yang pasti sudah lebih 20. Aku sudah tidak ingat berapa puluh orang yang menjauhiku setelah lama berada dalam usrah ini. Aku malahan sudah lupa nama-nama mereka. Aku tidak tahu berapa banyak air liur tumpah dalam daurah-daurah. Dan seterusnya... Dan seterusnya...


Yang pasti, keberhasilan dalam dakwah ini adalah kehendak Allah. Dan aku tidak pernah merungut, sebaliknya aku tidak putus-putus berusaha. Aku berasa malu untuk merasakan bahawa aku sudah cukup berusaha, dan rasa malu jika sudah mula berkira-kira dengan Allah. Aku rasa malu jika dengan usaha-usaha kecil ini, aku sudah meminta-minta kemenangan sebuah kemenangan.


Aku teringat sebuah kisah pahit seorang ikhwah. Pengalaman beliau membuat usrah jauh di Tangkak. Setiap minggu, beliau akan berulang-alik ke Tangkak, Johor dari Kelang, Selangor. Dan hasilnya? Setelah bertahun-tahun, kini kesemua anak-anak usrahnya itu, hilang menyepi. Menjadi seperti ikan-ikan tembakul yang lain, hilang dalam selut lumpur jahiliyyah. Sibuk, terasa diri sangat sibuk hingga tidak sempat duduk sebentar memikirkan akhirat mereka. Betapa pilu rasanya hati sang murobbi itu.


Ikhwah akhwat,


Itulah. Itulah jalan tarbiyyah yang aku lalui. Tidak secantik yang kalian terokai. Namun, ianya memberikanku bekal yang sangat banyak. Kegagalan demi kegagalan yang aku hadapi ini, hasil try and error yang aku sendiri laksanakan, memberikan aku satu koleksi pengalaman yang manis di hujungnya. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi pengalaman dalam ruang ini dan dalam perkenalan ini. Aku bukanlah Pakar Harakah Dakwah (PHD), tetapi aku ada sesuatu yang ingin aku kongsikan hasil jatuh bangun diri ini.


Allah tidak akan pernah melihat hasil kita, selain usaha dan kesungguhan kita yang tidak pernah henti-henti bertasbih dan menyeru sekalian alam ini turut sama bertasbih kepadaNya. Pada usaha kita itu, ada kalanya, Allah memberikan kejayaan. Dan pada saat yang lain, Allah akan memberikan kita kegagalan. Semuanya untuk melihat sejauh mana hebatnya taqwa kita.


Aku bersyukur atas segala apa yang menimpaku ini. Kini, diri ini dapat merasai nikmat tawakkal yang semakin menebal. Segalanya datang dari Allah, diberikan kepada kita sebagai pinjaman sementara.

Thursday, April 15, 2010

Tips untuk berhenti Lagha dan Maksiat



Katakan Tak Nak pada Maksiat!


Abu Abdillah Nu'man bin Basyir ra. berkata; Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukumnya)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain); dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya ..."


Berikut adalah antara tips untuk menjauhi Lagha/Syubhat/Mutasyabihat/Was-was/Maksiat:
  1. Jika anda sesekali terfikir untuk mengerjakan perkara-perkara lagha ataupun maksiat, bertangguhlah untuk berbuat demikian. Sebagaimana anda cekap menangguh-nangguh assignment mahupun study untuk exam anda, belajarlah untuk bertangguh berbuat perkara terkutuk itu. (Fastabiqul Khairat-Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan, bertangguhlah berbuat durjana)
  2. Amalkan banyak minum air, atau belajarlah mengunyah gula-gula getah, pindahkan rasa ketagih itu kepada perkara-perkara mubah, bukan kepada perkara-perkara haram. (Keliru?)
  3. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah, supaya minda dapat dialihkan daripada berfikir ingin berbuat maksiat (atau lagha) tersebut.
  4. Katakan TIDAK, apabila diajak oleh kawan (An-Nas 114:5), ataupun dipelawa oleh syaitan-syaitan yang membisik (An-Nas 114:4) untuk berbuat maksiat. Anggaplah ini ujian dari Allah (Al-Ankabut 29:2), yang mana anda akan mendapat pahala dengan berkata TIDAK. Sesungguhnya, saya takut Allah, Inni akhafullah.
  5. Jauhilah rakan-rakan yang berbuat maksiat. Supaya anda tidak terdedah dengan maksiat yang mereka lakukan. Supaya anda tidak dengan perlahan-lahan redha terhadap maksiat-maksiat yang mereka lakukan. Supaya tidak terbentuk titik-titik hitam di hati anda, atas maksiat yang mereka lakukan. (Al-Furqan 25:72)
  6. Bersamalah manusia-manusia yang beriman sentiasa mengingatkan anda tentang kesabaran dan kebenaran. Carilah rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan anda tentang Allah dan ketakwaan. Tatkala memandang wajahnya, maka akan teringat tentang Allah. Teringat tentang syurga bagi mereka yang beriman dan neraka buat mereka yang kufur. (Al-Kahfi 18:10)
  7. Jagalah hati anda, jagalah pandangan anda, jagalah iman anda (An-Nur 24:30). Selalukan diri ini untuk memuhasabah hati ini pada setiap masa. Jangan biarkan diri ini terleka, ataupun terlena kerana kita tidak pernah menjenguk-jenguk kandungannya.
  8. Usahakan sesuatu untuk menjaga keimanan dan ketakwaan (Al-Syams 91:8-10) . Jangan menunggu sahaja. Carilah ceramah-ceramah, daurah-daurah, usrah-usrah untuk disertai. Sesungguhnya, jika kita tidak mentarbiyyah diri kita dengan islam, kita sebenarnya membiarkan diri kita ini ditarbiyyah sepenuhnya oleh jahiliyyah yang berada di sekeliling kita. Jika Allah inginkan kebaikan kepada seorang hamba itu, akan difahamkannya tentang Ad-Din.

Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah,
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku"

(Surah Al-Kafirun)



*Di-adapatasi daripada: Tips berhenti merokok.

Tuesday, April 13, 2010

Al-Wala' Wal-Bara'



Sejarah berbicara

Seluruh dunia bergegar mendengar namanya ketika Perang Dunia kedua. Siapa yang tidak kenal dengan suatu figura bernama Erwin Rommel? Dialah General German yang paling popular, dijuluki nama The Desert Fox, Si Rubah Gurun. Pujian atas kegemilangannya datang dari kawan dan lawan, tidak kira dari Hitler, Musollini, malah ketua Puak Sekutu, yakni Perdana Menteri Britain, Churchill. Tiada lawan yang bertarung dengannya, yang tidak akan kagum dengan bakat dan kebijaksanaan beliau dalam perang.

Kata pengikut-pengikutnya; sepanjang perang dan masa persiapan, beliau akan kerap berada di mana-mana, kecuali di markas yang selesa. Beliau adalah seorang general yang bukan sahaja berbakat, malah setiap masa, dalam perang malah dalam rehat, berada sebaris dengan tentera-tenteranya. Tidak hairanlah, beliau menjadi idola dan pujaan anak-anak buahnya. Malahan, sepanjang pertarungan di antara Rommel dengan Britain di Libya dan Mesir, ternyata kesemua askar Britain menyokong Rommel berbanding general mereka sendiri.

Kehebatan Rommel yang sebenarnya terserlah di atas medan. Dialah antara orang pertama yang melaksanakan strategi aneh tapi sangat efektif General Gurien semasa menyerang Poland dan Perancis. Strategi yang dinamakan Blitzkrieg. Strategi yang menyebabkan seluruh eropah terdiam dan tunduk di tangan German. Beliau adalah seorang general yang mampu berperang dalam apa jua keadaan tanpa sebarang kerigidan, tanpa karenah.

Atas kelemahan Italy menangani kemaraan Britain, Rommel diutus ke Libya dan Tripoly. Dalam masa beberapa hari sahaja, umpama satu hembusan angin, mereka mara dari Barat Libya hingga ke El-Alamin. Jarak yang sangat jauh. Ingat, ini bukanlah suatu jawlah atau jalan-jalan cari makan. Namun, ia satu peperangan yang melibatkan pertempuran dan pembunuhan. Kebijaksaan Rommel, membolehkan German seakan merintangi sebuah perjalanan. Itulah lagenda sebuah peperangan agung.

Namun, semuanya telah ditentukan Allah.

Hebatnya dan lajunya Rommel di daratan, ternyata tidak mampu ditampung oleh kekuatan tentera Laut Italy (sekutunya) dan tentera Udara Luftwaffe German. Tenteranya mengejar lawan hingga ke penghujungnya, hampir sampai ke sasaran, iaitu Terusan Suez, sebuah kunci kepada kemenangan. Andai tumpas sasaran ini, maka hari ini, kita semuanya akan memakai pakaian german, bercakap dalam bahasa Deutsch dan 'menyembah' Perdana Menteri German.

Rommel masih mampu menang setiap perlawanan. Namun, askarnya mati seorang demi seorang. Malah, aset peperangannya yakni kerete kebal juga hancur satu demi satu, hanya beberapa kilometer dari Terusan. Kapal laut mereka satu demi satu dibom dek Britain yang berpengkalan di Malta. Dan teknologi anti-udara Britain dan USA, ternyata menggamam juruterbang-juruterbang German. Tiada apa yang mampu dilakukan Rommel, selain berundur, agar keberadaan mereka di Libya dapat dikekalkan.

Namun, sesiapapun akan tersentak. Seakan-akan satu penghinaan, Rommel disuruh Hitler, untuk kekal menyerang. Jangan berhenti, jangan berundur walau selangkah pun.

Sesiapapun akan tersentak, dengan kekuatan yang sangat berbeda; Askar Rommel, hanya tinggal ribuan sedang Sekutu di pengkalan mereka ada 100,000 orang. Kereta kebal mereka tinggal 12, sedang Kereta kebal Sekutu ada 1000 buah (+ Tank Sherman dari USA). Malah, tiada kekuatan udara melindungi pasukannya, sedang Britain mempunyai ribuan kapal terbang, di Terusan Suez. Mereka tiada bahan bakar, mereka sudah sedikit senjata, sudah hampir kehabisan peluru, sudah kekurangan peralatan.

Sesiapapun akan tergamam, apabila seorang General Legendaris seperti Erwin Gommel, seakan diarahkan untuk membunuh diri. Datangnya arahan dari atasan, agar dia, seorang tokoh perang dunia, agar menyerang, bukan berundur dengan jurang kekuatan yang sangat besar. Kebijaksanaan dan strategi apa sekalipun tidak akan dapat memenanginya. Hanya dengan kehendak tuhan, hanya dengan ketentuan tuhan sahaja yang mampu membolehkan mereka lari dari kematian mereka, andai mara ke hadapan itu pilihan.

Akhirnya, Rommel taat kepada Hitler,

Tulisannya yang sangat dramatis lagi menyentuh hati:

"Aufgrund der Art meiner eigenen so oft von den Soldaten verlangt, und ich möchte auch nicht gegen meine Prinzipien..."

"Oleh kerana saya sendiri selalu menuntut sifat sedemikian dari prajurit saya, dan saya hendak laksanakan juga prinsip itu terhadap diri saya..."

Rommel, sesungguhnya telah membuatkan aku kagum. Bukan atas keindahan moralnya, bukan atas manusiawinya, bukan atas kemujuran yang berada bersamanya, bukan atas kepintarannya, bukan atas motivasinya dan juga bukan atas pengalamannya. Tapi atas satu prinsip ketaatan.

Sedar, sesungguhnya akan hancur perancangan suatu gerakan jika hanya ada satu bidak (chess pawn) yang tidak taat dan buat-buat pandai. Dia (Rommel) sanggup mengorbankan diri. Walaupun dirinya paling agung antara banyak-banyak general. Walaupun dirinya tidak pernah kalah. Hinggakan peperangan yang mengorbankan nyawanya itu, bukan atas kelemahannya. German kalah bukan di darat. Tapi di laut dan udara.

Namun, jiwa seorang lelaki yang sebenar, tidak pernah tinggi umpama lalang. Ia selalu merendah, jatuh ke bumi, taat kepada siapa sahaja, apatah lagi ketua yang telah merencana untuk kebaikan semua. Lelaki-lelaki ini, itsarkan kepentingan ummah, lebih daripada kepentingan diri sendiri yang egois. Nah, lagu egois, untuk jiwa egoismu:


Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan



Ketaatan kita, lebih mengasyikkan

Sesungguhnya prinsip ketaatan kita berbeda dengan prinsip ketaatan jahili. Kita bukan sekadar taat kepada ketua kandang, atau orang yang paling tua dalam keluarga kita. Kita juga tidak taat pada orang yang paling tinggi pangkatnya. Kita tidak taat pada orang yang paling kaya di kalangan kita. Kita tidak sekadar taat kepada mereka yang bijak pandai.

Namun, Al-Wala' Wal-Bara' (Ketaatan untuk melaksanakan dan ketaatan untuk menafikan) kita adalah kerana Allah. Taat kita kepada ketua kita kerana Allah. Taat kita kepada Naqib kita kerana Allah. Taat kita kepada ibu bapa kita kerana taatnya kita kepada Allah. Hukumnya jelas, semuanya dilakukan kerana Allah. Dari sudut ketaatan dan penentangan, tiada kompromi. Ilah kita hanya Allah.

Khalid Al-Walid, seorang sahabat yang lebih hebat daripada Hitler, Churchill malah Rommel. Berikan jawatan panglima perang kepadanya, tiada perang yang pernah tewas di bawah kelolaannya. Beliau seorang yang bijak, tenang dan sabar. Malah, semua sahabat lain tsiqoh (percaya) kepada beliau.

Sebagai panglima, beliaulah juara. Di medan berkuda, beliau yang paling tangkas. Di medan berpedang, beliau yang paling lincah. Betapa jatuhnya motivasi kaum kuffar seiring dengan naiknya Khalid Al-Walid. Beliaulah Pedang Allah yang tidak pernah berhenti menebas dan beliau menang dalam setiap tebasan.

Pada tahun 12H, Khalid Al-Walid dihantar ke Iraq, menghancurkan keangkuhan Parsi yang tidak dapat menahan kemaraannya. Melihat Parsi hampir tumbang dan Rom masih kukuh di Syria, lantas Abu Bakar menyuruhnya menuju Syria, membantu para sahabat di sana.

Taat. Terus beliau berpindah medan. Semua sahabat sepakat, di sana, Khalid Al-Walidlah yang paling layak mengetuai. Semua pertempuran menang di tangannya. Setiap hari adalah hari yang penuh dengan semangat dan menjanjikan kemenangan yang pasti.

Allah telah menakdirkan Abu Bakar mati, dan digantikan dengan Umar Al-Khatab sebagai Khalifah. Lantas, perkara pertama yang dilakukan oleh Umar adalah memecat Khalid Al-Walid dan dinaikkan Abu Ubaidah Al-Jarrah, alasannya hanya 1; agar tidak dirasai oleh para sahabat, kemenangan itu datang dari Khalid Al-Walid. Kemenangan hanya datang dari Allah, yang empunya segalanya di dunia ini.

Khalid Al-Walid, taatnya pada ketua, melebihi yakinnya dia pada diri, pada kebijaksaan diri, pada kekuatan diri, pada segala perancangan diri. Sedar, kemenangan datang dari Allah, dan ketaatan pada pemimpin, adalah suatu Al-Wala' Wal-Bara' pada Allah.

Lantas, Khalid Al-Walid, dari seorang General Perang, menjadi Prebet biasa, yang hanya mendengar arahan dan taat. Akhirnya, mereka berhasil memenangi perang yang amat besar itu.

Bagaimana Al-Wala' Wal-Bara' kita? Jumud dan Taa'sub umpama Rommel? Atau seindah taatnya Khalid Al-Walid? Atau kita masih merasakan kita lebih pandai, bijak, hensem, cantik, petah berbicara, kuat, berkaliber, berkarismatik berbanding pemimpin kita?


Monday, April 12, 2010

Kutemui cintaku di sini


Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita,

.........................................................................

(alm. KH Rahmat Abdullah)





Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.

Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.

Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…


“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”



Sunday, April 11, 2010

Semangat berkobar-kobar


Semangat. Semangat, bak kata Pak Hasan adalah suatu fundamental dalam suatu amal islami. Itulah yang menjadikan seorang rijal itu, syabab (pemuda) khususnya, aset yang terbesar dalam harakah islamiyyah ini.

Jiwa seorang syabab itu, jika ianya normal dan tidak sakit, pastinya berkobar-kobar dengan semangat yang tidak pernah padam. Ianya sentiasa diapi-apikan dengan cita-cita yang tinggi. Hasratnya untuk ummah ini, tidak pernah lebih rendah daripada langit, ia tinggi, sangat tinggi tidak terjangkau dek pandangan mata yang terbatas. Ianya sangat ideal, dari kaca mata golongan tua yang sedang mengira-ngira umur mereka.

Itulah yang membezakan seorang syabab dengan seorang syuyukh. Namun bukan itu yang ingin aku perbincangkan. Bukan untuk menghina atau menegur golongan veteran dunia ini. Tetapi ingin sama-sama melihat jauh ke dalam setiap aura, dalam setiap semangat syabab islam ini.

Kita seharusnya berfikir dan merenung, dari mana datangnya semangat kita? Adakah dari umur kita? Atau dari ilmu kita yang menggunung tentang satu-satu perkara? Atau ikut-ikutan dari rakan-rakan yang turut sama bersemangat? Atau datang dari seorang naqib yang tidak sudah-sudah berpidato dengan penuh enthusiasme? Atau dari lagu-lagu jihad indonesi? Atau dari media masa? Atau dari keprihatinan kita tentang isu ummah? Atau dari kata-kata orang-orang yang berkata syabab perlu bersemangat?

Mari kita muhasabah bersama-sama.

Percayalah, jika semangat kita datang kerana perkara-perkara ini, pasti ia tidak ke mana. Kerana semangat-semangat ini lahir dari luar yang akan ada atau tiada bila-bila masa. Bila adanya semangat itu, maka amal kita tinggi, tapi bila tiada semangat, maka kita futur dalam jangka masa yang lama.

Sesungguhnya amal yang berterusan lebih baik dari amal yang meletup-letup.

Jika semangat kita adalah ikut-ikutan, kita akan nampak ramai pemuda bersemangat yang melompat-lompat ketika nasyid jihad. Tetapi selepas program, mereka seperti tiada apa-apa.

Jika semangat kita ikut-ikutan, kita akan nampak ramai syabab yang bersemangat, takbir tanpa henti ketika membuat rusuhan (ayat baik: demonstrasi), tetapi bila disergah dek FRU, mereka lari semuanya, tanpa meninggalkan apa-apa.

Itulah, dari mana datangnya semangat kita?

Aku bimbang, satu hari nanti, kita bersemangat sangat-sangat, tanpa sedar asal usul semangat kita. Lantas kita laksanakan kerja dakwah sebanyak mungkin, hingga di pandangan mata orang biasa, itu suatu kemustahilan yang amat dasyat.

Kita tidak henti-henti buat usrah. Kita tidak henti-henti menyerang (ayat baik: melaksanakan futuh) lokaliti-lokaliti, takungan mad'u. Kita tidak henti-henti buat daurah. Kita tidak henti-henti buat mabit. Kita tidak henti-henti buat program itu, buat program ini tanpa kenal erti letih.

Benar, kekurangan glukosa dalam badan tidak akan memberhentikan sekujur tubuh itu bergerak. Jika semangatnya mampan, pasti akan digerakkan walaupun sebatang jari, untuk menyahut panggilan semangatnya.

Namun, lihatlah apa yang terjadi kepada para sahabat!

Mereka adalah orang-orang yang paling bersemangat. Hinggakan di Mekah ketika umat islam diseksa, merekalah orang-orang yang meminta kepada Ar-Rasul supaya mendoakan kemenangan mereka. Malah ada para sahabat yang meminta untuk akhirnya mereka melancarkan jihad kital kepada kaum quraisy. Rasulullah diam.

Hinggalah apabila di Madinah mereka disuruh untuk berjihad, maka sahabat-sahabat yang bersemangat tadi diam-membisu. Semangat dahulu gagal mengerahkan jiwa dan raga mereka untuk berkorban kerana Allah. Mereka lantas beralasan itu dan ini. Ada sahaja alasan mereka. Janji mereka, permintaan mereka untuk mati di sisi Allah, senang berjalan dengan semangatnya melalui bibir mereka, namun yang dilihat Allah adalah amal mereka.

Lalu, turunlah surah As-Saff.

Sahabat-sahabatku. Hari ini, ramai orang boleh berkata-kata. Ramai orang boleh berucap, bagi ISK, menulis blog, menulis status FB yang sangat puitis dan jihadis, buat usrah yang ideal tu etc. Tapi berapa ramai yang mampu bertindak?

Berapa ramai yang mampu menyahut seruan naqib mereka untuk berkorban demi Islam? Berapa ramai orang mampu mengotakan janji-janji manis mereka? Berapa ramai yang mampu mati bila kematian itu diperlukan, untuk kemenangan islam? (Hussaini memang ekstrim).

Ke mana perginya semangat yang meluap-luap itu?


Pastikan semangatmu lahir dari cahaya Rabbani. Dari keimanan dari dalam diri. Bukan dipaksa-paksa kehendak hati. Cermin niat kita setiap masa. Semoga Allah meneguhkan kedudukan kita di atas jalanNya ini.



Friday, April 9, 2010

Anda Bijak, Jauhi Zina ya




Nilaian tertinggi, bukan kebanggaan

KUALA LUMPUR- Mengejutkan. Begitulah reaksi rakyat Malaysia, terutamanya rakyat negeri Selangor, selepas pendedahan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ummat semalam. Wartawan Tidak Bernama sempat mendengar keluhan hati beberapa pengunjung ibu kota. Cukuplah kalau pendapat seorang sahaja yang diceritakan di sini. Hari ini hari jumaat, maka tidak perlulah kita bekerja keras sangat. Esok dah cuti dah. Lagipun, hari ini, sepatutnya kita semua menyibukkan diri mengulang baca surah Yasin 33 kali supaya selamat dari gangguan makhluk halus.

Kami sempat menemubual Muhammad Hussaini bin Khairudin, seorang pelajar UPM. Ternyata beliau berminat untuk menyampaikan pendapatnya. Namun, beliau tidak mahu melampirkan gambar beliau, maka terpaksalah Wartawan Kami mengambil gambar siapa-siapa sahaja, supaya nampak kami ini seperti berbuat kerja di pagi Jumaat ini.

Hussaini, ketika ditemui, berasa kesal dengan apa yang berlaku, "Kita seharusnya berani untuk berfikir, 407 bayi yang dilaporkan ini, hanyalah suatu pendedahan yang berani didedahkan oleh pihak kerajaan. Kita tidak tahu angka sebenar. Bahkan kita tidak tahu, betapa ramai bayi-bayi yang dibuang, yang tidak dikesan. Kita juga tidak tahu, dari jumlah itu, berapa banyak bayi-bayi hasil zina itu, yang tidak dibuang, diselindung di sebalik perkahwinan Pak Sanggup. Kita juga tidak tahu, betapa banyak perzinaan yang tidak menyebabkan kehamilan. Ternyata jumlahnya jauh lebih besar. Maka, isunya bukan di sebalik jenayah buang anak semata-mata."

"Setiap siang dan malam, betapa ramai anggota masyarakat ini yang berzina. Berzina dengan anak orang, berzina dengan mak orang, berzina dengan kakak orang, berzina dengan adik orang. Masyarakat kita berada dalam krisis nilai", tambahnya lagi.

"Yang lebih membimbangkan, kerajaan kita bercadang untuk membuat pelbagai perancangan-perancangan baru seperti pelaksanaan kelas Seks, pemberian kondom percuma dan lain-lain. Kerajaan cenderung untuk mengambil contoh dari negara-negara barat yang MAJU, terutamanya Amerika Syarikat, sedangkan mereka berada dalam masalah krisis nilai, seks sonsang, seks luar tabii, seks bebas, seks rambang, bunuh, rogol dan zina haram (ada ke yang halal?) yang jauh lebih teruk berbanding kita. Apabila fikiran terjajah, apa sahaja yang ditawarkan oleh penjajah, kita terima bulat-bulat, walaupun menuju kepada kemusnahan."

Hussaini menggesa agar pihak kerajaan mengambil langkah serius menyelesaikan masalah ini, dari peringkat akar umbi lagi.

"Semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, institusi pendidikan, masyarakat, keluarga, individu, parti politik, badan bukan kerajaan, harus mengambil langkah drastik, dengan melaksanakan tarbiyyah secara bersepadu, juga, di setiap peringkat."

"Kami, ingin sahaja menawarkan tarbiyyah yang kami dapat ini kepada semua. Tapi ternyata, untuk melaksanakannya, tidak dapat tidak, memerlukan penglibatan semua gerakan-gerakan islam, kerana takungan masyarakat dan ummah terlampau besar."

"Sudah-sudah lah tu bertikam lidah dan saling bermusuhan. Yang kita perlukan sekarang adalah penyelesaian, bukannya masalah."

Apabila ditanya oleh Wartawan Kami, siapakah yang dimaksudkan sebagai 'Kerajaan' oleh beliau, beliau terdiam sementara sambil merenung wartawan, dan menyatakan, "Kerajaan itu boleh jadi, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Republik Kelantan, Kerajaan Turki Uthmaniyah atau Kerajaan Firaun Kecil bak kata saudara Zulkifli Nordin. Tapi itu bukan isunya. Isunya ialah, setiap individu yang bertanggungjawab, perlu melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin kerana mereka akan dipersoal di akhirat kelak. Saya peduli apa dia tu PKR ke, BN ke, PAS ke, DAP ke, yang penting dia buat kerja. Kalau tak buat kerja, takyah la nak gebang panjang-panjang."

"Satu lagi, tidak perlu nak sibuk-sibuk meneka-neka saya ni menyebelahi mana-mana pihak. Saya ini sokong islam, yang mana baik untuk islam, itulah yang saya sokong, tidak kira warna benderanya. Selepas ini, tak perlulah mana-mana parti nak menagih undi saya, pandai la saya buat pilihan saya sendiri", katanya. -Tidak Bernama.

Anda Bijak, Jauhi Zina




Selangor Paling Tinggi

KUALA LUMPUR - Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

“Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkait- an pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut.:

Shahrizat berkata, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat.

"Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan," katanya.:

“Bagi kes penderaan kanak-kanak, antara sebab berlaku kejadian tersebut termasuklah kerana kanak-kanak dan bayi terlalu aktif selain masalah yang dihadapi ibu bapa berkaitan tekanan tempat kerja, kewangan, krisis rumah tangga dan kurang pendidikan agama,” katanya.

Shahrizat berkata, tindakan kerajaan bagi menangani masalah ibu muda yang bermasalah serta usaha membendung pembu- angan bayi termasuklah menyediakan pusat perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita.

“Kementerian mempunyai 55 institusi kebajikan, 104 pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, 53 Klinik Nur Sejahtera yang sedia menerima bayi-bayi yang memerlukan perlindungan dan empat Taman Seri Pu- teri serta Pusat Jagaan Sinar Kasih,” katanya. - Bernama

Monday, April 5, 2010

Senyum




Salam sejahtera, salam perkenalan, salam ziarah, dan salam 1akidah diucapkan kepada semua.

Post kali ini, hanyalah sebuah kata-kata dari yang hati yang terbit dari hati seorang jejaka yang sedang sibuk membaca tatkala ada sedikit masa di hadapan komputer sebelum menyambung kembali pembacaan beliau memandangkan beliau ini perasan sibuk dan sedang semua orang tidak sibuk dengan peperiksaan, beliau menyibukkan diri dengan peperiksaan.

Al-kisahnya, dengan mesej yang pendek dan padat, Hussaini ialah seorang lelaki. Walaupun beliau ini tidak sekacak mana, walaupun ada bisikan-bisikan entah dari mana berkata beliau ini kacak, namun beliau menafikannya. Ok, saya sudah lari tajuk.

Kisahnya, Hussaini ialah seorang lelaki biasa yang mudah tergoda. Jadi, kepada mana-mana akhwat (bukan ikhwah) yang terasa hendak senyum, ataupun ingin menyapa beliau (lebih daripada salam), silalah jangan berbuat demikian.

Dibimbangi, saudara Hussaini ini akan syok sendiri, lantas siang dan malam beliau akan terbayang-bayang wajah akhwat tersebut (ana dah kata jangan bayang!). Ataupun akan terbayang tulisan akhwat tersebut, lantas terbayang jari-jemari yang menaipnya (ini amaran, jangan bayang!). Apatah lagi, jika senyuman itu, terbit dari hati, pasti saudara Hussaini akan menunggu-nunggu naqibnya, merisik saudara hussaini dan menyerahkan borang akhwat tersebut kepada saudara Hussaini.

Malah, dalam krisis emosi itu, dibimbangi saudara Hussaini akan mula membayangkan masa depan mereka bersama. Kereta keluarga bagaimana yang ideal, di manakah ingin dibeli pakaian anak-anak, dan mungkin sudah mula merisik-risik samaada ingin menyekolahkan anak-anak di sekolah Al-Amin, Hidayah atau Hira'.

Jadi sekali lagi, kepada akhwat yang ingin bertindak mengikut nafsu memuncak mereka (mencodak-codak) ataupun kerana tidak tahunya mereka, maka saya memberitahu sekarang.

Saudara Hussaini juga ingin mengajak akhwat-akhwat yang rajin membaca blog beliau, agar teruskan membaca, dan menegur jika ada sebarang salah dan silap. Dan jika ada masa lapang, bacalah post ini. Haa... Mungkin boleh membantu apa-apa yang patut.

Di kesempatan ini juga, saya yakin, ada akhwat yang merasakan pendapat saya rapuh tanpa hujah yang kuat. Maka jika tidak mahu beriman dengan al-Quran dan al-Hadis, cukuplah dengan mengasihani saya yang sudah bertungkus lumus berpuasa menjaga iman dan melakukan seperkara dengannya.

Insya-Allah, saudara Hussaini ini tidak akan terasa hati, jika dia mendapati akhwat yang berselisih dengannya, tetapi tidak bertegur sapa hatta mengucapkan 'Assalamualaikum'. Kerana saudara Hussaini maklum, sesetengah akhwat itu terlebih malunya dan saudara Hussaini memahaminya. Jika ada akhwat yang lain pula, kerana malu yang teramat, hanya kerana ingin masuk ke dalam kedai buku TTS, diminta nya semua ikhwah untuk keluar juga, insya-Allah saudara Hussaini memahaminya dan saudara Hussaini akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menjaga kemuliaan saudara perempuannya, sama seperti tidak sanggup melihat adik perempuannya sendiri bercampur gaul dengan lelaki lain.

Tidaklah menjadi kesalahan untuk seorang akh dan ukht itu berbincang, cuma biarlah kena pada caranya. Jika ada apa-apa perbincangan yang perlu, saya bersedia bila-bila masa untuk berbincang selagi mengikut syariat. Maka, tidak perlulah kita bercanda-candu atau berbasa-basi selain dalam perkara-perkara yang disyariatkan juga.

Sapaan-sapaan ini sama sahaja nilainya, samada di alam realiti, dalam program ke, luar program ke, sambil makan-makan ke, sms, email facebook, ym, blog, chat box. Sila kawal senyuman manis anda. Terlebih gula buah pinggang binasa, terlebih senyum hati binasa, akhirat entah kemana.

Sekian sahaja,

Harap maaf jika post ini tidak releven dengan sesiapa. Kelak di kemudian hari, kita bincangkan perkara yang lebih significant pula.


Hussaini,
UPM,
Bujang,
Tipu la kalau saya kata saya kahwin dengan dakwah, tak pernah ada akad nikah pun. Dan tak praktikal lansung. (Ideal)

Sunday, April 4, 2010

Nawaitu




Segala amalan bermula dengan niatnya.



Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kekayaan, maka dapat lah anda kekayaan itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan perempuan cantik mukanya, maka dapat lah anda kecantikan mukannya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan lelaki yang bertubuh sasa dan berkulit halus, maka dapat lah anda kulit dan ototnya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemuliaan, maka dapat lah anda rasa mulia itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemasyuran, maka dapat lah anda kemasyuran itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kepandaiannya, maka dapat lah anda kepandaian itu.

Kalau niat kahwin sebab satu negeri, maka dapat lah anda orang yang negeri yang sama itu.

Kalau niat kahwin sebab satu tempat kerja, maka dapat lah anda orang yang kerja sekali dengan anda itu.

Kalau niat kahwin sebab jemaah/persatuan/usrah yang semuanya ngarut-ngarut belaka, maka dapat lah anda bersama dengan jemaah/persatuan/usrah yang ngarut tapi anda sayang itu.

Kalau niat kahwin sebab nak jaga hati naqib, maka dapat lah anda hati naqib anda itu, dicintai dan dapat naik level cepat, pastu dapat jadi mursyidul am cepat sikit (in your dream la brother).

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan redha ibu bapa, maka dapat lah anda keredhaan ibu bapa.

Kalau niat kahwin kerana berkehendakkan keredhaan Allah semata-mata, maka dapat lah Allah dan Rasul dan Islam dan Dunia dan Akhirat.





Sungguh, Allah tidak menciptakan 2 hati dalam 1 rongga. Pilihlah niat anda sekarang.

Sila muhasabah niat anda dalam setiap apa yang anda buat juga.



~~*~~


Anda sudah boring membaca bab Baitul Muslim? Sila baca blog orang lain. Saya tidak rugi apa-apa selain rantaian pahala yang berkurang dan bertambah.

Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam.

Thursday, April 1, 2010

Malulah kalian!




Seandainya Tuk Janggut, Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Panglima Hitam dan pahlawan-pahlawan melayu lain masih wujud hari ini, pasti mereka akan meratapi kejatuhan ummah.

Pasti mereka akan berasa sedih dan pilu melihat anak-cucu-cicit mereka berzina siang dan malam, minum arak bertong-tong, mencari pendapatan tambahan melalui nombor ekor, rasuah, dan yang paling teruk ialah, mereka akan sedih, mengapa keturunan mereka akur menjadi hamba tercela di bawah kekuasaan penjajah-penjarah barat.

Mereka pasti akan memandang di sekeliling mereka dan menyeru sekalian kampung, daerah, negeri dan seluruh negara untuk bersatu bersama mereka, membebaskan watan tercinta. Betapa kecewanya mereka kelak, kerana rupanya-rupanya lebih ramai di kalangan keturunan mereka ini yang tidak peduli akan nasib bangsa mereka.

Pengecut-pengecut ini ingin berlepas diri dari sebarang kecelakaan berhadapan dengan penjajah. Mereka lebih senang duduk-duduk di kedai kopi, melemahkan diri dengan rokok dan permainan games, melayan pornografi, bersiar-siar atau melancong di sekeliling busut dan pulau-pulau, atau duduk-duduk di rumah untuk khatamkan semua cerita di dalam komputer dan astro mereka.

Sesungguhnya pejuang-pejuang ini pernah mengalami situasi yang sama dahulu. Betapa ramai jiwa-jiwa kecil sebegini, yang menghilangkan haus dengan air kencing penjajah. Jiwa mereka terkurung tidak merdeka.

Pejuang-pejuang ini pasti akan mengangkat pedang mereka. Mereka akan mengerahkan sebanyak mungkin kekuatan untuk berhadapan penjajahan yang halus ini. Lantas, mereka tidak kisah akan kematian, seandainya hidup mereka tidak ubah seperti najis yang hina. Malah mereka seperti tahi yang dipermainkan oleh kanak-kanak penjajah. Dipermainkan sehingga tiada apa yang ada di tubuh watan ini, adalah milik mereka. Mereka dijajah sepenuhnya.

Hingga pejuang-pejuang ini dikotorkan nama mereka. Mereka dibunuh dengan penuh kehinaan. Malah diwarwarkan mereka sebagai pengkhianat yang gilakan kuasa. Padahal, hanya Allah yang tahu, betapa sayangnya pejuang ini kepada bangsa mereka. Mereka berjuang tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk maslahat kita. Mereka sanggup berkorban apa sahaja, hinggakan nyawa tergadai dalam pertarungan.

Malulah kalian!!!

Wahai pengecut-pengecut yang masih bermain-main dengan dunia,

Malulah kalian!!!

Kalian terjajah, terhina. Namun masih seperti kanak-kanak, tidak matang dan hanya mampu berfikir tentang perut sendiri semata-mata. Kalian umpama orang tua nyanyuk yang selalu terlupa bahawa kejadian ini berulang, berulang dan terus berulang.

Jiwa kalian kerdil. Malah kalian membiarkan penjajah itu sendiri membezakan mana yang batil, dan mana yang haq!

Kalian membiarkan penjajah sendiri untuk mendefinasikan, apakah itu islam! Kalian membiarkan mereka sendiri mentafsirkan, apakah itu jihad!

Dan kalian sanggup tersenyum melihat pahlawan-pahlawan islam terbunuh...

Semoga Allah membuka pintu hati kalian yang masih mampu berseronok, bersuka-suka dalam hidup ini.




[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]