Salam sejahtera, salam perkenalan, salam ziarah, dan salam 1akidah diucapkan kepada semua.
Post kali ini, hanyalah sebuah kata-kata dari yang hati yang terbit dari hati seorang jejaka yang sedang sibuk membaca tatkala ada sedikit masa di hadapan komputer sebelum menyambung kembali pembacaan beliau memandangkan beliau ini perasan sibuk dan sedang semua orang tidak sibuk dengan peperiksaan, beliau menyibukkan diri dengan peperiksaan.
Al-kisahnya, dengan mesej yang pendek dan padat, Hussaini ialah seorang lelaki. Walaupun beliau ini tidak sekacak mana, walaupun ada bisikan-bisikan entah dari mana berkata beliau ini kacak, namun beliau menafikannya. Ok, saya sudah lari tajuk.
Kisahnya, Hussaini ialah seorang lelaki biasa yang mudah tergoda. Jadi, kepada mana-mana akhwat (bukan ikhwah) yang terasa hendak senyum, ataupun ingin menyapa beliau (lebih daripada salam), silalah jangan berbuat demikian.
Dibimbangi, saudara Hussaini ini akan syok sendiri, lantas siang dan malam beliau akan terbayang-bayang wajah akhwat tersebut (ana dah kata jangan bayang!). Ataupun akan terbayang tulisan akhwat tersebut, lantas terbayang jari-jemari yang menaipnya (ini amaran, jangan bayang!). Apatah lagi, jika senyuman itu, terbit dari hati, pasti saudara Hussaini akan menunggu-nunggu naqibnya, merisik saudara hussaini dan menyerahkan borang akhwat tersebut kepada saudara Hussaini.
Malah, dalam krisis emosi itu, dibimbangi saudara Hussaini akan mula membayangkan masa depan mereka bersama. Kereta keluarga bagaimana yang ideal, di manakah ingin dibeli pakaian anak-anak, dan mungkin sudah mula merisik-risik samaada ingin menyekolahkan anak-anak di sekolah Al-Amin, Hidayah atau Hira'.
Jadi sekali lagi, kepada akhwat yang ingin bertindak mengikut nafsu memuncak mereka (mencodak-codak) ataupun kerana tidak tahunya mereka, maka saya memberitahu sekarang.
Saudara Hussaini juga ingin mengajak akhwat-akhwat yang rajin membaca blog beliau, agar teruskan membaca, dan menegur jika ada sebarang salah dan silap. Dan jika ada masa lapang, bacalah post ini. Haa... Mungkin boleh membantu apa-apa yang patut.
Di kesempatan ini juga, saya yakin, ada akhwat yang merasakan pendapat saya rapuh tanpa hujah yang kuat. Maka jika tidak mahu beriman dengan al-Quran dan al-Hadis, cukuplah dengan mengasihani saya yang sudah bertungkus lumus berpuasa menjaga iman dan melakukan seperkara dengannya.
Insya-Allah, saudara Hussaini ini tidak akan terasa hati, jika dia mendapati akhwat yang berselisih dengannya, tetapi tidak bertegur sapa hatta mengucapkan 'Assalamualaikum'. Kerana saudara Hussaini maklum, sesetengah akhwat itu terlebih malunya dan saudara Hussaini memahaminya. Jika ada akhwat yang lain pula, kerana malu yang teramat, hanya kerana ingin masuk ke dalam kedai buku TTS, diminta nya semua ikhwah untuk keluar juga, insya-Allah saudara Hussaini memahaminya dan saudara Hussaini akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menjaga kemuliaan saudara perempuannya, sama seperti tidak sanggup melihat adik perempuannya sendiri bercampur gaul dengan lelaki lain.
Tidaklah menjadi kesalahan untuk seorang akh dan ukht itu berbincang, cuma biarlah kena pada caranya. Jika ada apa-apa perbincangan yang perlu, saya bersedia bila-bila masa untuk berbincang selagi mengikut syariat. Maka, tidak perlulah kita bercanda-candu atau berbasa-basi selain dalam perkara-perkara yang disyariatkan juga.
Sapaan-sapaan ini sama sahaja nilainya, samada di alam realiti, dalam program ke, luar program ke, sambil makan-makan ke, sms, email facebook, ym, blog, chat box. Sila kawal senyuman manis anda. Terlebih gula buah pinggang binasa, terlebih senyum hati binasa, akhirat entah kemana.
Sekian sahaja,
Harap maaf jika post ini tidak releven dengan sesiapa. Kelak di kemudian hari, kita bincangkan perkara yang lebih significant pula.
Hussaini,
UPM,
Bujang,
Tipu la kalau saya kata saya kahwin dengan dakwah, tak pernah ada akad nikah pun. Dan tak praktikal lansung. (Ideal)
5 comments:
salaam,
hahha.. luahan hati kah?
ideal lalalala...
salam..
perkongsian yg berani (x ramai yg akan tulis isu2 begini)
cuma ana melihat ia juga praktikal utk ikhwah..
maksud ana.. klu term 'akhwat' digantikan kpd 'ikhwah' pun ok juga..
kita bersama2 menjaga hati.
Sakit di hati siapalah yang tahu.
Padahal ia nadi kebangkitan ummah.
Ana sengaja menulis metafora ini, agar mesejnya dicapai semua.
Memang. Ia akan kelihatan seolah-olah penulis syok sendiri, menulis tanpa pedoman dan sebarang keterikatan, tetapi penulis sebenarnya menulis di setiap perenggan dengan mesej yang berbeza-beza setiap satunya.
Ia bukan sekadar luahan hati. Tapi cubaan untuk menegur dari hati ke hati. Bukan sekadar utk akhwat, tetapi kepada seluruh tubuh badan ummat ini.
kahkahkahkahkah....
sejauh ni anta tulis...bagus2 =)
Post a Comment