Showing posts with label Borak0borak0. Show all posts
Showing posts with label Borak0borak0. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Bermulanya suatu perperangan


Menjadi seorang lelaki, aku seorang yang sangat fokus. Sangat fokus.

Dalam tweetkan sesuatu, bercakap, malah berkongsi dalam blog, ia adalah hasil fokus aku pada waktu-waktu tertentu.

Sekarang ini fokusku adalah pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagi mereka yang memperjuangkan islam, pilihanraya bukan perkara yang main-main. Ia bukan sahaja berkait dengan hak kita secara peribadi untuk mengundi sahaja, tetapi juga tanggungjawab untuk melaksanakan suatu uslub perubahan, mengikut manhaj taghyir yang telah digariskan.

Ia merupakan suatu peperangan moden, yang gagal difahami oleh mereka yang tidak berada di medan.

Melihat-lihat dari kaca televisyen sahaja akan merosakkan pemikiran kita, kerana media itu sendiri merupakan alat pemerintah untuk menagih undi. Menyelidik dari internet sahaja, ia justeru hanyalah teori yang gagal untuk mempengaruhi. Peranan kita adalah untuk mendekati secara nyata, dan berada di tengah-tengah medan ini akan memberikan impak yang sangat berbeza kepada diri, juga kepada hasil peperangan di akhirnya.

Namun, dalam keterbatasan yang ada, gunakanlah apa sahaja yang kita ada, agar islam memenangi peperangan ini. Dengan apa sahaja yang kita ada, laksanakanlah syahadatul haq itu. Moga kita memberi walau sekecil mana pemberian kita kepada kemenangan itu.

Peperangan itu telah bermula. Selamat beramal.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Sunday, March 31, 2013

eBook Jom!





Majalah Jom! ialah majalah yang paling osem pernah aku baca. Topik-topiknya simpe & basic je, tapi kupasannya sangat mendalam & dekat dengan pembacanya. (Aku la tu)

Ok, itu rasanya semua orang dah tahu.

Tapi tahukah anda ia kini sudah ada dalam pasaran iTunes?

Boleh dibeli dalam newsstand dengan harga USD$1.99 senaskah atau subscribe selama setahun untuk USD$19.99.

Guna kad debit atau kad kredit menggunakan Apple ID anda. Aku pilih guna kad debit.

Aku subscribe setahun & dapat 2 edisi percuma!

Bila kita menggunakan Apple ID, sekaligus semua iDevice yang menggunakan ID yang sama akan dapat download ebook ini secara percuma. Maka kami sekeluarga dapat membaca dan memiliki eBook Jom! dengan sekali subscribe sahaja.

Aku rasa ini satu langkah bijak Abang Ammar kerana susah juga nak dapat pembeli setia yang akan beli setiap bulan tanpa boring. Subscriber lah yang akan menyelamatkan bisnes dia.

Ya, win-win situation.

Membacanya di dalam iPad pastinya tidak sama dengan membaca buku yang sebenar. Namun, dengan teknologi terkini, majalah ini kelihatan sangat cantik (almaklum designer Brotherhood antara yang terbaik di pasaran), boleh dibaca pada banyak keadaan (gelap/cerah etc) & apa yang paling penting ialah hanya 1 gadget untuk semua perkara.

Aku masih teringat di awal Tarbiyah, ikhwah akan bawa Quran terjemahan & buku fikrah yang sedang dibaca. Quran yang penuh dengan penanda sehingga pening tak tahu yang mana satu tanda & buku yang perlu dihabiskan sebagai bekalan di jalan ini.

Bila usrah pula, kena bawa Quran, buku fikrah bacaan tadi, buku tafsir, buku Sirah, buku hadis, buku fikrah tugasan usrah dan buku catatan usrah. Selalunya, ikhwah x bawa buku catatan, mereka bawa laptop, dan oleh kerana mereka tak selesa membaca buku dalam laptop, maka buku-buku sebenar itu akan dibawa juga.

Maka akan penuh bulatan gembira (yang nampak macam bulatan serabut, tapi masih gembira Insyaallah) dengan buku-buku dan laptop + wire Extension.

Dalam keadaan yang samar-samar itu, masa itu pun, aku masih nak adapt dengan iPad dan masih x boleh nak berenggang dengan buku sebenar, tiba-tiba Jom! lahir. Membaca intinya menyebabkan aku rasa x boleh sekadar baca sikit-sikit semacam baca Solusi atau majalah i ni. Ia perlu dihadam betul-betul! Maka tambah satu lagi buku yang perlu dibawa ke mana-mana.

Ok fine.

Dipendekkan cerita, walaupun Jom! best dan kecil, namun disebabkan peredaran zaman, aku merasakan sangat leceh nak membawanya. Kini apa yang aku bawa kemana-mana ialah iPhone, iPad dan quran yang muat masuk poket. Jom! masih dibeli namun diletakkan di atas almari, susun cantik-cantik.

Lama kelamaan, aku merasakan Jom! ni dah tak berfaedah. Sama dengan majalah Solusi, majalah i dan banyak majalah lain, tersusun dengan cantik, dan disebabkan nak membelinya tu pun satu hal, aku bercadang lepas daripada tu, nak pinjam kawan punya je. Senang cerita.

"Alah, APG copy paste blog dia je"


Akhirnya, aku dah tak beli bermula edisi yang ke-9.

Hari ini dalam sejarah, aku whatsapp abang Ammar, cuba-cuba pancing dia sikit nak tanya pasal eBook dia tu.

"Abang Amar, no 13 tak keluar lagi ke?" (Aku dah baca no 12 ikhwah lain punya)



"InsyaAllah Isnin atau Selasa depan. Nta subscribe je la"


Gulp. Bagi membantu bisnes x-pakcik usrahku ini, aku tekan subscribe dan membacanya. Wah! Sangat best! Alhamdulillah!

Terima kasih Allah! Terima kasih krew Jom!



Abu Khalid,
Kuli Dakwah.

Wednesday, March 27, 2013

Istiqamah


Memulakan. Ia merupakan cabaran yang terbesar dalam perlaksanaan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika perkara yang nak dibuat itu sangat besar. Akal & hati akan bertarung, berkira-kira nak mulakan atau tidak, mampu atau tidak. Padahal x lakukan apa-apa pun lagi.

Banyak orang gagal, kerana tak berani nak mulakan. Membuang senjata, sebelum sampai ke medan pertempuran, kerana mendengar khabaran yang meruntuhkan semangat juang.

Namun, percayalah, mulakan sahaja apa yang kau ingin lakukan itu, dengan langkah-langkah kecil. Rasulullah juga mengiktiraf 'pahala-pahala kecik' dalam menghapuskan dosa-dosa kita.

Apabila kita sudah bermula, ia akan menghasilan resonance, umpama ombak; menghasilkan ombak yang besar yang menghakis pantas dan melemaskan manusia, dengan hanya sedikit gegaran di tengah lautan.

Mulakan langkah-langkah kecil, ke arah matlamat yang disasarkan, walaupun dari masa ke masa kita akan banyak merapu kerana tidak pernah beramal atau sudah lama meninggalkan amal tersebut.

Aku juga begitu. Kalau dahulu, setiap hari aku akan konsisten berlari 10-20 km dengan kelajuan 5' per km. Kesibukan dakwah tidak pernah menggugatku berkomitmen sebegitu. Bahkan, ia menjadi ruang muayasyah dengan anak-anak usrah setiap hari. Habis jogging, nangis-nangis. Bayangkan.

Namun, setelah berkahwin, ternyata banyak masa dan tumpuan perlu aku berikan kepada lebih ramai orang & tempat. Akhirnya, aku terpaksa menggadaikan jogging & blogging (Yang blogging tu kita cerita pasni). Diri kena diuruskan & dibiasakan dengan keadaan yang totally baharu. Seronok, tapi banyak perkara berubah dan perlukan adjustment yang lebih.

Pendek kata, semuanya telah terhenti begitu sahaja.

Nak memulakan kembali? Azabnya... Namun, apabila difikir-fikirkan semula, azab yang terasa itu kerana aku meletakkan benchmark yang terlampau tinggi. Ya, amat tinggi.

Padahal, pencapaian yang sebelumnya terhasil kerana aku melaksanakan dengan penuh istiqamah, dan akhirnya amal itu berkembang dengan sendirinya. Stamina bertambah secara berperingkat. Otot belajar untuk cope dengan asid laktik dan stress berpanjangan dengan berkembangnya masa. 

Maka, aku belajar untuk mempersetankan perasaan 'tidak boleh' dalam diri dan buat sahaja apa yang aku rasa terbaik, namun dengan dos yang sangat rendah, agar permulaan itu menjadi motivasi untuk langkah-langkah berikutnya.

"Bismillah, jalan je" (Ustaz Atep, 2007)

So, aku pun berlari sekali setiap hari, walaupun dapat 100 m, 500 m, 1 km. Apa yang penting, aku dapat keluar dari kepompong jahiliyah (x bersenam itu pun jahiliyah tahu?) & kembali menanamkan minatku dalam aktiviti outdoor.

Begitu juga dengan blogging. Kalau dulu, dapat tulis kencang-kencang setiap hari. Menggugah jiwa daei, kini aku cuba untuk tulis & kongsi apa sahaja dalam ruangan ini. Harapnya ada yang sudi menjenguk dan memberikan komentar. Maaf kalau tulisanku kurang menarik pada kalian, almaklum, dah 2 tahun tak menulis.

Kini, baru aku tahu penangan istiqamah. Kita bukan sahaja perlu membuang rasa malas supaya dapat maintain amal kita. Namun apa yang lagi penting lagi, istiqamah itu sendiri memberikan kita perlindungan daripada tersungkur. Kerana jika kita tersungkur, terkeluar, terhumban dari 'rutin & kebisaaan' itu, maka nak masuk balik, bukan senang. Malah, sangat susah!

"Wahai orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan menjadikan kamu tsabat" (Muhammad:7)

Futur itu makamnya lebih tinggi sedikit dari qu'ud. Futur itu rebah, qu'ud itu terduduk.

Biasalah dalam jalan dakwah ni, kadang-kadang datang rasa malas. Sifat iman ini Al-yazid wal yankuz.  Turun & naik, lumrah manusia biasa. Sehinggakan Umar & Abu Bakar As-Siddiq radiallahu anhum pun merasainya.

Namun, bila kita terperasan kita futur, cepat-cepat kembali kepada Allah. Jangan layan perasaan itu. Jangan nak rasa: 

"Bestnya futur, bila dah futur ni, biar futur betul-betul. Eh? Mana muvie dulu tu ya? Dah delete? Takpe, download balikkk"

Ataupun ada yang lebih-lebih rasa down hingga terasa sangat hina & depressed (kisah benar)

Takut-takut, nanti kita akan meletakkan diri kita di kalangan orang yang putus asa dan terus hilang, lari dari jalan dakwah. Gugur sebelum gugur di medan syahid. Menjadi orang-orang yang qu'ud. Menjadi golongan yang tercicir, mutasaaqitun.

Allahu Allah, peliharalah kami di atas jalan ini. 


Abu Khalid,
Kuli Dakwah.

Friday, March 22, 2013

Blog

Lain rasanya apabila sudah lama tak menulis

Tulisan terasa kaku
Metafora tidak meresap
Tiada idea untuk letakkan gambar yg sesuai
Penceritaan yang tidak mengalir

Mungkin perlukan masa juga untuk kembali dari dunia cakap-cakap, kepada dunia penulisan yang cukup berbeza.

Audien juga tidak seperti dulu

Ramai yang tidak tahu blog ini wujud
Ramai yang baru-baru join tarbiyah, & tidak pernah kenal mengenali
Ramai yang minat penulisan yang sempoi, berbanding penulisan yang serius

Biarlah masa menjadi ilaj. Moga aku tidak ketinggalan dalam pasaran pahala ini.

Kepada mereka yang tidak mengenaliku, aku hanya insan biasa dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini.

Masih belajar untuk memahami fikrah islam yang sebenar
Masih belajar untuk melaksanakan dakwah
Masih belajar untuk menyusun gerak kerja dakwah
Masih belajar untuk berkongsi tentang dakwah

InsyaAllah orang menulisnya masih sama. Hati yang sama, matlamat yang sama. Namun, dengan izin Allah, tarbiyah telah menjadikanku lebih matang dalam melihat dunia.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 20, 2013

FB itu penyakit?

Assalamualaikum

Insya-Allah, bagi menjadikan masa saya ini muntij dan dapat menfokuskan amal-amal saya, saya akan lebih banyak berkongsi dalam Twitter (@profhussaini) dan Blog ini sahaja.

Sebarang lintasan & perkongsian ringkas akan dibuat di Twitter.

Dan sebarang perkongsian yang berbentuk penulisan yang lebih proper akan dibuat di Blog ini.

FB hanya tempat utk sharing penulisan terbaru di Blog dan medium untuk chatting sahaja. Sepatutnya saya deactivate terus FB, tapi banyak pula pergantungan saya kepadanya (Allah as-somad) dengan menghubungkan saya dengan kenalan-kenalan saya.

Kalau anda cuba utk tag dan ajak saya like, komen dalam FB, anda akan kecewa. Saya ingin menjadi manusia. Tidak mahu 'bersosial' di alam maya sahaja.

Ia juga memberi ruang kepada saya untuk kembali menulis di blog, ruang yang banyak melatih saya menjadi penulis yang lebih proper.

Ok itu sahaja. Nantikan penulisan dari masa ke masa. Moga dapat jadi best macam dulu-dulu.


Abu Khalid,
Kuli Dakwah.

Thursday, November 10, 2011

Bila blog menjadi bangkai




Tidak pernah pejuang mengenal erti kekalahan, tidak akan pernah kenal apa itu putus asa.

Namun hakikatnya dalam perjuangan ini, kita perlu mengetahui keutamaan.

Bak kata Abu Ammar dalam bukunya Al-Masar:

Ada 6 pintu datangnya bisikan tipu daya iblis. Jika gagal, maka ia akan terus menyerang hinggakan lawannya tumpas. Namun jika berjaya, inilah kemenangan yang akan menjengkelkan iblis, hingga ia tiada ruang untuk memusnahkan masa depan muslim.

1) Perjuangan untuk menghasilkan orang yang kufur

2) Perjuangan untuk melaksanakan bidaah yang sesat

3) Perjuangan untuk melaksanakan dosa besar yang melalikan iman

4) Perjuangan untuk melaksanakan dosa kecil yang menipu mangsanya

5) Perjuangan untuk melalaikan dengan perkara yang sia-sia (lagha)

6) Perjuangan untuk memesongkan seorang muslim itu daripada keutamaan


Maka, penulis dalam suasana baru dengan keadaan dakwah, keluarga, keluarga besar, anak, kerjaya, pelajaran yang baru mendesak untuk direhatkan langkah dalam penulisan.

Hampir setahun sudah tidak menulis, bukanlah bermakna sudah mengabaikan 'tanggungjawab' untuk menghasilkan lasso canggih di alam maya ini, tetapi ada alam yang lebih nyata dan lebih akrab yang perlu disantuni.

Blog ini tidak cuba dibunuh, bukan juga sudah menjadi mayat. Ia sedang memberikan ruang selaku alat.

Bukan umpan yang memakan ikannya.

Dengan izin Allah, aku akan kembali. Bersama rakan-rakan seperjuangan. Kita tidak pernah lupa!

Saturday, December 4, 2010

Asyik-asyik Ikhwah!


Bukak facebook, ikhwah.

Bukak blog, ikhwah.

Bukak ym, ikhwah.

Bukak email, ikhwah.

Bukak sms, ikhwah.

Balik rumah, ikhwah.

Balik kampung, ikhwah.

Buat usrah, ikhwah.

Makan, dengan ikhwah.

Tajmi, ikhwah.

Walimatul urusy, ikhwah.


Alhamdulillah, tiada ikhwah yang mengacau hidup gue di fakulti. Kawasan bebas ikhwah.


~~*~~


Itu dulu.

Sekarang ni, di Skudai ni, mana-mana aku pergi ada ikhwah... Susah juga kalau dakwah berjaya ni...

Tension. Tolong lar. Aku taknak aku jadi baik sebab orang lain ada, bukan sebab Allah ada...

Tak makan kat MacD sebab ikhwah nampak, bukan sebab Allah nampak!
Tak ngorat awek sebab ikhwah tahu, bukan sebab Allah tahu!
Tak baca manga kat laptop sebab kantoi dengan ikhwah, bukan sebab kantoi dengan Allah!
Tak dengar Linkin Park sebab takut ikhwah hilang tsiqoh, bukan sebab takut Allah murka!
Aku ingin beriman pada Allah! Bukan pada ikhwah!

Friday, December 3, 2010

Kasih seorang abang








Aku ada 5 orang adik. Mereka semua comel-comel belaka. Aku ingin berkongsi bagaimana caranya aku menyalurkan cinta kepada mereka. Ketahuilah, aku adalah seorang abang yang mengasihi kesemua adik-adikku;

Ruqaiyah (Angah)

Ha-ana-za: Along tengok angah ni score semacam je Medic. Result asyik 90, 98, 100! Senang ke Medic ni...?

Ruqaiyah: Ha'ah, angah rasa senang la pula dunia Medic ni. Dulu orang cakap bukan main susah lagi. Amacam terer tak angah? Bangga tak? Puji laa, puji laa...

Ha-ana-za: Bangga apa?! Buat malu along aje... Macam ni ke result seorang daeiyah? Macam tak buat dakwah je nampak gayanya... Angah bawa berapa usrah sekarang ni?

Ruqaiyah: Er? Satu je...

Ha-ana-za: Sebegitu banyak akhawat, angah bawa 1 usrah je? Jangan jadi penjual ikan ya angah

Ruqaiyah: Ye la, ye la. Tak payah la sindir angah lagi...

Ha-ana-za: Lepas ni along nak angah bawa 3 usrah! Pointer tu kasi kurang sikit. Tak nampak macam berdakwah pun... Tambah ria' je apa gunanya...

Ruqaiyah: Ye la, ye la

Kini Ruqaiyah sudah berkahwin dengan akhuna Tuan Mohd Taufik yang juga menjaga pointer beliau. Apa nak jadi lah dengan budak-budak zaman sekarang!


~~*~~


Atiqah (Achik)

Ha-ana-za: Iqah pergi tak perjumpaan penggerak-penggerak dakwah semalam?

Atiqah: Iqah tak pergi la. Ada hal dengan kawan semalam... Lagipun naqibah tak cakap pun. Mungkin sebab iqah tak bawa usrah lagi.

Ha-ana-za: Tak bawa usrah? Iqah hidup ni, ada matlamat hidup ke? Nak mati dengan kertas-kertas peperiksaan tu ke? Serius ke nak syurga ni?

Atiqah: ???

Tidak lama kemudian, Achik sudah berubah menjadi penggerak di IPT beliau.


~~*~~


Najihah (Ateh)

Ha-ana-za: Amacam usrah ihah sekarang? Ok ke?

Najihah: Alhamdulillah, naqibah pun bersemangat. Tapi kawan-kawan yang lain macam bermasalah.

Ha-ana-za: Diorang tu slow ke? Ihah tak tolong diorang ke?

Najihah: Takde la slow, tapi agak berat sikit. Naqibah ihah yang uruskan mereka kan?

Ha-ana-za: Semenjak bila tarbiyyah kita menjadikan kita ni pentingkan diri sendiri. Dakwah ni bukan untuk mereka yang hanya memikirkan perut dan nafsu mereka sahaja. Mana pergi slogan rukun usrah tu? Mana definisi amal taaruf? tafahum? takaful?

Najihah: Dah tu? Ihah pun kena buat sesuatu ke?

Ha-ana-za: Takkan ihah nak biarkan diorang macam tu je? Nanti bila akak-akak tu dah grad, ihah nak bekerja sorang-sorang je ke?

Mana pergi amal jamaei? Amal jamaei bukan pada syura nak buat program perabis air mata je!

Najihah: Oh macam tu... Ok la...

Ha-ana-za: Kalau macam ni la sikap kita... Sangat jauh lah kita dari itsar ansar muhajirin. Apatah lagi itsar nyawa Ikrimah dan 2 sahabatnya.

Tu belum kira Jaafar si pemegang panji... Come on la ihah!

Kisah...

,,,

...

---

Ceramah (Bebelan membina) berterusan sehingga kenderaan sampai ke Nilai, dari Terengganu...


~~*~~


Ufairah (Alang)

Ufairah sedang menyisihkan sayur-sayur di pinggannya. Aku sekadar melihat. Sudah bertahun-tahun lamanya kakak-kakaknya memberikan arahan memakan sayur, tapi jiwa Ufairah masih lagi memberontak tidak mahu menelan klorofil-klorofil tersebut.

Ha-ana-za: Ufai kenal pakcik Megat?

Ufairah: La arif (Riak muka berubah)

Ha-ana-za: Pakcik Miqdat?

Ufairah: La arif aidon...

Ha-ana-za: Pakcik Iskandar?

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Pakcik Akmal?

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Pakcik Arizam? (Bukan nama sebenar, harap tidak perasan ya)

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Kesian... Kesian kat mereka semua,

Ufairah: Kenapa along? Siapa mereka-mereka tu?

Ha-ana-za: Kesiannn...

Ufairah: Kenapa long? Siapa tuu...? Cakap la...

Ha-ana-za: Tak pernah tahu... Tak pernah dengarrr pun nama-nama tu kan? Mereka tu, bukan sahaja mati dalam kehinaan, malah nama mereka pun tiada siapa yang perasan lagi. Kesian...

Ufairah: Kenapa dengan mereka along? Mereka mati ke?

Ha-ana-za: Betul ke Ufai nak tak tahu ni?

Ufairah: Ye lah... Ye lah... Ufai nak tahu ni...

Ha-ana-za: Mereka semua pakcik-pakcik yang baik-baik. Ikhlas di jalan dakwah. Tapi mati kerana TAK MAKAN SAYUR! (Cerita ini rekaan semata-mata, harap maklum. Sila baca journal di Sciencedirect untuk mengetahui peranan sayur dalam fisiologi manusia)

Ufairah dengan laju dan lahapnya menghabiskan sayur di pinggannya. Malah ditambah-tambah lagi.

Kami adik-beradik yang lain bergelak-ketawa :D


~~*~~


Iqbal (No longer BONGSU!)

Iqbal: Along nak nombor 7!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

...

Symptom itu tidak pernah berakhir. Malah seakan-akan tiada penghujungnya. Sila ulangkaji pelajaran yang lepas ya...


Bagaimana anda menyalurkan cinta kepada adik-adik anda pula?


~~*~~


Tiba-tiba dapat SMS dari abi. Ia tidak berbunyi begini, sekadar tertera di skrin henset aku:

"Tiny arm & leg buds have formed. Hand with webs between the fingers have formed at the end of the arm buds. Fingerprints are detectable......"



Alhamdulillah! Masya-Allah! Aku bakal dapat adik baru!

...

...

...

Macamana agaknya aku nak layan dia ni ya...?


Gambar kami yang terbaru. Najihah tidak dapat turut-serta. Arwah baik orangnya.

Thursday, December 2, 2010

Semalam, permulaan untuk hari ini

Amaran: Untuk orang yang tidak mengenali diriku, akan rasa penulisan ini agak syok sendiri. Percayalah, aku tidak mampu menipu, nanti masuk neraka. Dan aku tidak cuba meniru gaya mana-mana blogger. Ha-ana-za (inilah aku).

Kalau rasa nak komen dan betulkan apa yang patut, jangan segan-silu ya. Kemanisan ukhuwwah ini adalah dengan saling tazkirah tentang Allah. Walau hanya dengan menatap muka.




Cikgu Aziz: Hussaini, apasal awak ni tak study lagi? Esok exam paper saya awak tahu tak? Saya dah prepare paper yang susah tak ingat punya lah

Ha-ana-za: Hehe, saya ni mana study-study ni cikgu... Kan saya dah study masa cikgu mengajar tu... Saya boleh score punya lah!

Cikgu Aziz: Oh, berlagak... Kita tengok lah nanti

Keputusannya, aku berjaya score markah paling tinggi tanpa membaca walau satu perkataan pun. Cikgu Aziz teruja.

Cikgu Aziz: Awak tak payah belajar pun saya yakin kerusi di Universiti tu dah tersedia untuk awak, Hussaini woi

Ha-ana-za: ~

~~*~~

Ummi: Cikgu, Hussaini target untuk jadi top-student sekolah ni

Cikgu Senik: Awak dengan kemalasan awak tu, tak payah nak mimpi lah Hussaini wei...

Ha-ana-za: Cikgu, kalau tak cuba, mana lah tahu kan?

Dan aku telah berjaya mencapainya.


~~*~~

Uzair: Hussaini, kau ni aku tengok asyik tidur je 24 jam

Ha-ana-za: Rileks la uzair, nanti sebulan sebelum SPM aku study lar...

Dan aku laksanakannya. Dan berjaya dapat apa yang aku nak.


~~*~~

Ashraf Dinie: Nta ni asal buka buku je, tidur... Tapi score juga

Ha-ana-za: Itu semua rezeki Acap oi... Nta study la dulu. Kejut ana subuh nanti.

Ashraf Dinie: Psyco betul lah mamat ni, ada ke tidur depan orang nak study ramai-ramai ni. Ni baru pukul 10.30 ni...

Ha-ana-za: Ana tak percaya semua orang di matrik ni dapat jadi doktor acap wei. Lagipun ana dah tahu berapa dos ana kena belajar untuk dapat pointer yang ana kena dapat tu...

Ok la, gua tidur dulu. Nak jumpa bidadari...

~~*~~

Aku dapat kos yang aku nak. Dan aku mula terdedah dengan aktiviti dakwah yang lebih radikal. Se-radikal atom nuklear.

Abi: Mana ada orang nak dengar dakwah dari orang yang mengabaikan akademiknya?

Ummi: Kalau along belajar, ummi yakin along akan lebih berjaya lagi.

Ha-ana-za: Along tak beriman dengan ilmu yang along ada di kepala along ni, along beriman pada Allah.

Along bertawakkal pada Allah, bukan ilmu cetek di dada.

Rekod paling lama aku study pun adalah 2 jam sebelum peperiksaan. Itu pun sekadar untuk imbas kembali segala apa yang pernah dipelajari semasa kuliah. Dan Allah masih mengurniakan apa yang aku kehendaki.

~~*~~

Rohaizad: Nini, macamana ko boleh skor 3.5 sem lepas? Ko bukan pegang jawatan bagai nak rak ke? (Masa tu aku pegang 23 jawatan seluruh UPM dan Malaysia)

Ha-ana-za: Tips nya adalah fokus masa lecturer bercakap kat depan dan berdoalah pada Allah. Takyah rajin-rajin baca buku pun takpe, yang pentingnya study biar smart.

Aku boleh dikatakan berjaya selepas tu. Tapi Ijad dapat 1st class, mungkin tercabar agaknya dengan gaya selamba study aku. Huhu

~~*~~

Ummi: Untuk along, ummi ada 2 wasiat; jaga isteri baik-baik dan belajarlah rajin-rajin.

Ha-ana-za: Aduh, skemanya wasiat ummi, ada ke patut suruh along study. Suruh la along ni lagi aktif dakwah ke, banyak membaca ke... Syurga ummi, syurga...

Ummi: Study..!

Ha-ana-za: Ye lah... Insya-Allah along cuba.

Selepas itu ummi meninggal, dan aku merana depressi selama setahun. Langsung tak study.

~~*~~

Beberapa hari yang lepas, Syeikh Ramadhan Al-Buti datang ke Malaysia. Di KUIS. Dalam pertemuan yang sangat berharga itu, seorang akh bertanya satu soalan (dalam bahasa arab fushah);

Al-Akh: Apakah kepentingan ilmu untuk seorang pelajar?

Ha-ana-za (Lintasan hati): Apa ke bodoh soalan macam ni? Syeikh tu datang jauh-jauh, dia layan kasi soalan skema macam ni pula. Google lah...

Syeikh RB:

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

(Al-Mukminun 23: 78)

Kita akan dipersoalkan atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Telinga. Mata. Hati. Akal. Mana boleh kita tak tahu apa yang kita lakukan. Segalanya yang kita buat hendaklah dengan pandangan yang jelas. Kefahaman yang paling maksima. Segalanya untuk mencapai jannah dunia akhirat.

Aku tambah kasi best sikit ayat ni. Yang pentingnya aku tersentak mendengar jawapannya. Dan azam mula tumbuh dalam jiwa yang mungil ini.

Azam untuk berubah. Menjadi orang yang benar-benar berjaya dunia akhirat. Untuk menjadi manusia. Untuk menjadi pelajar, mukmin, daei, ayah, anak, suami, kekasih, pekerja yang terbaik. Bukan sekadar terbaik, malah berusaha untuk jadi yang terbaik.

~~*~~

Hari ini aku berjaya menamatkan lab basah aku. Alhamdulillah. Ada akh yang tak percaya dengan kebolehan aku untuk menamatkan episod penderitaan pelajar sarjana ni (berdasarkan komitmen dakwah sepenuh masa aku, dan kemalasan belajar pada masa yang sama). Tapi bila aku tunjuk slip peperiksaan aku, terbeliak matanya! (hehe sori ya akhi)

Insya-Allah akan aku cuba. Agar dapat menunjukkan itqan di hadapan ALlah kelak.

~~*~~

Hari ini aku sudah mulakan perubahan pertama. Minggu depan aku ada exam besar. Dan aku sudah bersedia seminggu lebih awal!

A procrastinator had just died today! Seminggu lebih awal aku bersedia. Semoga aku sukses ujian itu kelak. Yang pentingnya, usaha aku ini sama sekali tidak akan merendahkan nilai tawakkal aku kepadaNya. Tetap aku tsabat dengan cintaku kepadaNya.

Amin, Ya Allah.


Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Tuesday, October 26, 2010

Anda seorang book-addict apabila


Anda seorang book-addict apabila,

1) baca buku sampai tak sedar dah pukul 4 pagi (sikit jer lagi ni nak habiskan gak!)

2) happy giler nampak orang baca buku kt dlm putra lrt (nak tengok tajuk buku tp segan la pulak)

3) kad perpustakaan memang sentiasa penuh kuota - pinjam adik, kawan (sape2 jer la) punya kad (PNM sekarang guna I/C ganti kad pinjaman so camner, takkan nak pinjam I/C org kot? sob sob)

4) tak sah kalau tak singgah kedai buku kalau pergi shopping complex mana-mana pun

5) kalau keluar ke mana-mana, rasa serba tak kena bila tak bawa buku bersama. Kalau terlupa bawa, memang rasa monyok semacam.

6) suka hidu bau buku, terutama yang baru beli - sebelum belek mesti sedut baunya dulu kemudian baru baca.

7)anda memberi markah kpd shopping complex berdasarkan adanya kedai buku di dalamnya atau tidak dan mutu kedai buku berkenaan.

8)lebih suka keluar berseorangan sbb boleh duk berjam-jam kat kedai buku (melainkan teman yg ikut tu pun 2x5 macam kita jugak le)

9)Membeli buku-buku baru hampir setiap minggu w/pun buku yg sedang tunggu untuk dibaca dah bertimbun kat bilik.

10)Marah gila apabila buku kegemaran anda diadaptasi ke filem dan pengarah filem menukar jalan cerita dan dialog.

11)Berdoa kpd Allah supaya janganlah membutakan mata kita selagi kita hidup sbb khuatir takleh baca buku lagi (erm, ataupun ni saya sorang je yg buat??)

12)Memberi buku sebagai hadiah di semua majlis (kahwin, ulangtahun) tanpa memperdulikan bahawa si penerima tu ulat buku ke tak.

13)Tak gemar memandu sebab takleh membaca dlm kereta.

14)Takleh tidur kalau tak membaca atas katil.

15) Menangguh kerja-kerja lain apabila sedang membaca buku

16) Rasa geram apabila telefon berbunyi semasa sedang membaca

17) Sangat suka membaca review buku-buku baru dalam surat khabar atau katalog dari kedai buku.

18) Perlu fikir 2 kali sebelum pergi ke kaunter pembayaran di kedai buku, takut2 terbanyak sangat buku dan tak cukup duit pulak nanti nak membayarnya

19) Tidur dengan buku di sebelah

20) Pada akhir shopping trip, duit paling banyak dibelanja di kedai buku berbanding dengan kedai lain

21 ) Kita tak rasa apa2 kalau beli buku yang Rm30 atau lebih , tapi kalau benda lain kita akan soal semula diri patut ka beli.

22) Sanggup memujuk rayu emak (sebelum kahwin dulu) atau suami (selepas kahwin) dalam kapasiti mereka sebagai penasihat kewangan supaya benarkan beli buku-buku tambahan walaupun sedar yang duit sudah menyusut dengan dahsyatnya

23) Setiap ruang rumah yang bersesuaian sekurang-kurangnya mesti ada sebuah buku supaya bila ada saja masa luang sedikit pun, boleh capai buku dan baca.

24) Selalu berasa ruang paling indah di rumah adalah ruang di mana rak buku berada.

25) Sanggup meredah shopping complex semata-mata untuk mencari sebuah buku..

26) Boleh menghabiskan buku yg baru dibeli/dipinjam sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah (esp zaman2 tidak memandu dulu)

27) bercita-cita menjadi sangat kaya supaya tidak perlu lagi berkira-kira duit semasa hendak membeli buku.

28) Bila time 'melabur' bawak buku dan baca dalam jamban.

29) Berapa kali dah baca belakang botol syampu, botol conditioner, botol sabun cair etc sementara menunggu dua minit for the darned conditioner to condition your hair?

30) Walaupun dah diperli dan digoda dek family and friends, anda masih belum dapat di "lured to the dark side" untuk membuka Facebook account. Alasan? I'd rather be reading!

31) Senyum aje (atau senyum juga) bila timbul rasa sangat puas hati dapat beli buku - buku (walaupun tak termasuk dalam bajet)

32)Bila di kedai buku, pandang buku ini, baca sinopsis rasa macam nak beli, pandang buku kat sana (rak yang berlainan mungkin), baca sinopsis pun rasa macam nak beli. Geram bila teringat duit sangat2 memaksa TIDAK BOLEH membeli.. Ishk!

33)Bila tengok di rak buku, buku2 yang dah dibeli dan belum dibaca, buka dan baca. Pandang semula ke rak, ambil lagi 1 buku, buka dan baca pula. "Dah! Letak balik! Baca 1 sahaja". - Agaknya, saya jer kut... Hehehe

34) Sanggup beli plastik meja yang tebal yg semeter RM3.50 tu untuk balut buku. Supaya terjaga , tidak kotor dan tidak terkepak.

35) Rasa sedih sangat bila tempat kita tak ada kedai buku yang best utk kita pi. Hu hu.

36) bila dah start baca buku, kawan baik awak ajak awak bergosip pn awak buat x layan.. (lepas tu, kalau saya x marah dia sbb buat bising, dia akan marah saya sbb buat bodoh.. hehehe)

37) bila awak baru je sampai rumah, member2 kat rumah sume tanya, "beli buku apa hari ni?" padahal, awak x cakap pn awak ade beli buku ke x.. pulak tu, bukan dieorng nk tnye awk ok ke x td? ade orng nk ragut awak ker? ade orang nak langgar awak ker? citt..

38) lepas je beli buku, kawan awak terus rampas buku2 tu n simpan kt tempat lain. dia kata,"kau ni bukannya betul pun.. aku simpan dulu semua buku2 ni.. esok lepas exam baru aku bagi ko baca.. itu pun satu je.. jgn harap aku nk bg tiga2!!" (sedihnya saya time tu, u all je la yg tau.. berkobar2 nk baca bku baru, tp malangnya kena kuarantin dulu sbb exam da dekat.. merayu2 saya nak buku saya tu taw.. hehehe)

39) kita akan marah bila orang yang dah pinjam buku kita x letakkan buku tu semula pada tempatnya.. (mak ngn adik saya selalu kena membebel dgn saya..)

40) bila anda menjadi perpustakaan bergerak.. sesiapa yang nk pinjam buku, pasti akan pergi menemui anda.. contohnya, "syaee yg comey (dan2 tu la saya comel..), ko ada novel ape? nk pinjam boleh?"

41)Sentiasa berangan-angan dapat kahwin dengan pasangan yang juga minat dengan buku.Sekepala.

42)Nak sangat masuk kelab buku dan rasa ketinggalan jika tidak menyertainya,seperti GR ini.

43)Bercita-cita supaya dapat sebuah kolum buku di akhbar(sedang pujuk editor).

44)Belajar bahasa Inggeris bersungguh-sungguh ketika sekolah dahulu supaya cepat-cepat dapat baca dan faham buku orang putih.(Belajar bahasa Inggeris sungguh-sungguh bukan matematik dan sains, tahu)

45) Buat bajet bulanan, bajet buku mesti at least 15% bigger than any other budget, including (but not limited to) tambaang bas dan juga belanja makan...

(Ish... Sah sakit...)

46) Pergi pesta buku dan plan and janji kat diri sendiri; Aku mesti beli SATU buku aje, SATU ajer. Tup tup... Keluar, beg HAH! Kiri kanan... Lebih 20 buah...

(Eheheh... Guilty here...)

47) Desperately (To an extreme point) nak belajar bahasa lain sebab ada buku dalam bahasa lain tak pernah di translate ke dalam English, inikan pulak Bahasa Melayu...

(There languages and counting >.<)

48) Kawan2 semua ingat yang member sekor ni dah hilang akal. Mana tak nye. Tengah2 jalan pun boleh membaca. Sampai diaorang membebel "Cik adik oiiii... Ni KL, bukan 18th Century England, ada yang kena langar ni kangggg"

(Dah pernah kena langar sekali, hampir kena langar... Lost count... Heheh...)

49) Hidup seharian takkan lengkap kalau tak dapat baca at least SATU page of a good book. Kalau tak dapat, ape2 je la, lepas gian - Surat khabar, pamphlet...

(Isyhhh... Bahaya)

50) Bila member buat lawak, lawak kasar diaorang "you'll run out of shelves.. but knowing you, you ran out of them already so.. you'll run out of floor!"... Sebab diaorang tahu, bilik anda penuh dengan buku and rak anda dah nak runtuh dah... Ouch... Below the belt... Hampehnye kawan...




51) kalau buku tu depressing, boleh jadi depressed berhari-hari- tulah effect buku (dan sebab tu suka baca buku yang happy)

52) boleh ketawa sorang-sorang dlm bas or LRT kalau tengah baca part lawak dalam buku (Terry Pratchett patut diharamkan baca di tempat awam :p)

53. jgn kn kate dalam bas / LRT je, kat mane2 pn sama.. dalam kelas, kat cafe, dewan kuliah, surau, bas stop, airport, shopping complex, dlm kereta, kat rumah, kat mcdonald, senang kate, semua tempat la... kalau da kelakar tu, gelak sorng2 je la.. lepas tu org semua tngk n dalam hati kate, "gile ke ape bdk ni?"..

54. tadi ketawa.. ni menagis pulak.. hurm.. kalau da sampai kt part yg sedih tu, menangis bukan main.. macam la laki kite yg mati.. pulak tu, org kt sebelah, kiri kanan geleng kepala je.. "kenapa la dgn bdk ni? x paham, x paham.."

55. Bila dapat berita kene transfer keje ke mana2 negeri yg unfamiliar, terus risau pasal kedai buku kat situ menepati citarasa @ x. (mcm saya, dapat tau je kene ke kuching, terus surf kedai buku ape yg ada..)

56.exited amat kalau baru kenal someone yg ske baca buku gak, tambah2 plak klu dia ske baca apa yg kita baca..

57.pantang jmpe library, konfem mesti nak tengok masuk buku ape yg ada. (hari pertama smpai tpt keje baru, sy melawat library terus buat kad library hehe..)

58) mak bising sbb selalu sangat beli buku..ayah pun siap kata "jangan sampai membazir..ingat2 sikit" huhu~

59) jealous nengok otai2 mcm dlm GR ni yg dah baca pelbagai jenis buku, n rasa nak bace semua yang mereka dah baca (buku terry pratchett yg mane yg best ye?nak kene g MPH lagi la ni,damn..baru je pegi last friday)

60) Hari Sabtu/Ahad (atau hari off, ape2 je la), orang lain keluar jalan2, tengok TV. Anda plak... Duduk kat rumah, for some who prefers it - put on a good music, duduk comfortably, bukak buku, sedar2, dah pukul 7 petang - alamak... Lupa nak makan tengah hari lak...

61) Teringat buku pada hari raya pertama ketika di kampung nenek sebab boring dgn program raya.

62) Berangan2 nak ada satu bilik yg penuh dgn buku bila dah ada rumah sendiri. (Teringat watak "Eleanor" dalam novel Inkheart)

63)Membuat senarai buku2 yg dah dibeli. Ala2 mcm library sistem sebab sy letak ISBN, tempat beli buku, tarikh beli dgn harga sekali.

64) Dah xde sape nak bertegur sapa dgn sy bila baca buku. Semua org pn dah fhm2 terutama roomate ibarat ckp dgn dinding la kalo sy tgh baca buku. Mls sgt nk layan bersembang.

65) Buka buku pn berhati2 agar tulang blkg buku x patah..nanti buku buruk T-T

66) Pergi ke pesta buku setiap hari sebab risau terlepas pandang buku2 yg menarik atau pun pekedai keluarkan stok2 baru...

67) Rasa nak bunuh orang (ops) kalau ada buku-buku yang hilang, lagi-lagi yang tak sempat di kick-in dalam data :)

68) Kalau travel jauh, akan ada satu beg, yang ada paling kurang 3 buku yang diharapkan dapat dihabiskan semasa trip tersebut :)

69) Bagai nak gila kalau terjumpa kedai-kedai lama yang jual buku-buku lama yang dijual dengan harga-harga lama... which is rm2, rm3...

70) Kalau lalu highway jauh-jauh, mampu habiskan satu buku nipis sambil driving

71) Sangat berharap tak pindah rumah coz tak larat nak angkat buku-buku di library

72) Buku di library, lagi banyak yang belum dibaca berbanding yang dah dibaca

73) no.72 + ... tapi still nak pinjam buku kat library universiti n kat kat kawan-kawan juga

74)Pernah menangis sorang-sorang dalam rapid KL.. sure orang assume saya ni putus cinta.. padahal tengah membaca!!

75) tambahan juga pada no. 65 dan 66 tu - walau tahu unread books melambak, pergi mana pun for some unknown reason kita akan terserempak buku. Pergi grocery shopping (tadi ke Carrefour) nampak buku. Pergi cuti, orang lain bawak balik souvenir and shopping sakan; kita bawak balik buku satu beg. Pergi tinjau orang berjual masa Perhimpunan UMNO kat PWTC, orang lain beli batik la, songket la, macam-macam; kita bawa balik buku jugak. Jenuh ngangkat masuk Komuter.

76) Tambah motto avid reader ek...

77) Menamakan anak sempena nama watak di dalam buku kegilaan anda.

78) you start writing the book itself

79) or, you start REwriting the book itself (like, menokoknambah plot cerita supaya kononnya lagi interesting hahaha)


81) Bila dah baca buku saya akan cerita kat org...lepas tu orang tu tanya "Eh, nak pinjam buku tu bleh tak?" kalau ikutkan nk cakap " beli la sendiri" tapi nnt kesian plak. rasa mcm kedekut ilmu

yang bab nangis n gelak sorg2 x tentu tempat tu biasalah tu.

82) Bila naik lrt yg sempit n x de ruang langsung, rasa nk mengamuk sbb x leh baca buku.

83) ble semua bku author favorite kt library habis di baca dalam masa 6 bln..

84) siang malam asyik teringat kat Goodreads... btw, hanya peminat buku tegar sahaja yg suka melepak kat GR ni. :P

85) Suami sendiri start 'terasa' bila kita buka buku. Dia kata kita tak perdulikan dia, asyik dengan buku saja, haaiiihh... (nasiblah suami mak suka tengok tv!)

86) Anak-anak kena tarik buku yang kita sedang baca supaya kita layan dia. Selalunya dia akan ambil buku dan tengok dengan terbalik sambil berkata, 'Ibu, boleh Ayeh baca buku Ibu ni?'. Sayang, ketahuilah. Ibumu ini sudah ketagihan!

87) Ucapkan salam /selamat pagi / hai pada buku-buku di rak perpustakaan setiap kali lalu berhampiran rak-rak buku di tempat kerja dan bercakap-cakap dengan buku itu dalam hati/separa berbisik (macam botanist bercakap dengan tumbuhan)

88) Masa lalu di tepi-tepi rak buku perpustakaan dalam perjalanan ke bilik air dan lain-lain urusan, akan tersenyum2 seorang dengan bahagianya :D

89) Sentiasa merindu perpustakaan yang banyak berjasa- saya merindui Perpustakaan Awam Besut, UPM dan UM

90) Terkilan sebab dah tak berkesempatan ke perpustakaan lagi, natijahnya beli buku banyak-banyak. Kononnya nak buat perpustakaan peribadi.

91)menolak bila kawan baik rancang makan besar untuk sambut besday kita..sebaliknya minta dibelikan buku :))))(gila+tak malu hahaha)

92)merancang beri buku dihari perkahwinan sebagai buahtangan (instead of telur,sabun,sapu tangan)
'hadiah dari pengantin' dari PTS sangat sesuaiiii..

93) tempat lepak kegemaran adalah tempat yang dipenuhi buku-buku macam perpustakaan atau bookstore (especially those yg bagi kita ruang utk free-reading).

94) buku tu baca ke tidak tetap dibawa ke mana-mana. asal ada peluang je baca.

95) bila orang kutuk cakap membaca kat public tu menunjuk2, kita buat tak tahu je.

96) Pada hari yg kalut, anda mahu ambil baju tetapi terambil buku (sebab buku banyak sangat terpaksa letak dalam almari baju).

97) Rak buku anda roboh gara-gara terlalu banyak buku (dan berat2!) di atas rak itu.

98) dah tak reti nak bagi hadiah apa kat orang lain kecuali buku2.

99) Main nyorok2 pun sempat lagi baca buku.

100) masa tunggu giliran masuk toilet pun baca buku.

101) asal shopping buku je balik terus balut buku takut kerap dibelek kang rosak buku tu.

102) memberi cadangan untuk membukukan topik "and seorang book-addict bila.."

103) masuk kedai baju tak sampai 1/2 jam, tapi masuk kedai buku tak ingat nak balik.


Dicuri sesedap rasa dari forum Goodreads Malaysia, bersama rakan-rakan yang sama-sama juga penggila buku.

Ikhwah, carilah hikmahnya...


"So many books, so little time"
(Frank Zappa)


"Books serve to show a man that those original thought of his aren't very new at all"
(Abraham Lincoln)


"My alma matter was books, a good library... I could spend the rest of my life reading, just satisfying my curiosity"
(Malcolm X)


"Book collecting is an obsession, an occupation, a disease, an addiction, a fascination, an absurdity, a fate. It is not a hobby. Those who do it, must do it. Those who not do it, think of it as a cousin of stamp collecting, a sister of the trophy cabinet, bastard of a sound bank account and a weak mind"
(Jeanette Winterson)


[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]