Showing posts with label Indahnya Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Tarbiyyah. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Di manakah takaful kita?




Hasan Al-Banna telah menukilkan sebuah kisah dalam Memoar Pendakwah dan Dakwahnya:

"Seorang akh (Syed Abu Saud) ada sebuah kedai runcit. Seorang anggota ikhwan lain yang bernama Mustafa Yusuf telah membeli sebotol minyak wangi dari Syed Abu Saud dan membayar 10 Qursy. Tetapi Syed Abu Saud enggan menerima wang yang berjumlah lebih dari 8 Qursy. Kedua belah pihak enggan beralah dari pendirian masing-masing.

Saya anggap ini satu contoh yang baik. Akhirnya saya masuk campur dan meminta senarai harga barang. Saya dapati sedozen botol minyak wangi berharga 96 Qursy. Rupanya si peniaga tidak mahu mengambil sebarang keuntungan dari para sahabatnya.

Kemudian saya berkata kepadanya, 'Jika anda tidak mengambil sebarang keuntungan daripada saudara anda dan musuh anda pula tidak membeli satu apa pun dari anda, maka bagaimana anda ingin menyara hidup anda?

Syed Abu Saud menjawab, 'Tidak ada perbezaan di antara saya dan sahabat saya. Saya akan gembira jika dia menerima tawaran saya itu.' Saya bertanya pula kepada Mustafa Yusuf, 'Mengapa awak menolak tawaran sahabat awak itu?'

Dia menjawab, 'Jika di kedai lain saya perlulah membayar 10 Qursy, Di kedai sahabat saya pula saya berkewajipan membeli barang tadi walaupun dengan harga yang lebih dari itu'. Saya menyelesaikan perkara itu dengan menentukan bayaran sebanyak 9 Qursy."


Kita sering mendengar rakan-rakan kita mengeluh tidak mendapat hak mereka. Tidak diberikan hak yang saksama untuk mengundi contohnya... Atau tidak diberikan hak untuk bercakap dalam mesyuarat, atau dalam usrah. Juga tidak diberikan hak yang sewajarnya diberikan sebagai seorang pengguna. Ataupun sebagai penuntut di sebuah IPTA. Dan macam-macam lagi.

Semuanya dengan minda penerima. Sedangkan setiap fardu akan dinilai atas apa yang diberi, bukan apa yang diterima/dimiliki di akhirat kelak.

Setiap orang mulia dengan apa yang diberinya, bukan dengan apa yang diterima.

Seseorang mulia bukan kerana anugerah yang diterima, tetapi apa yang diberi olehnya hinggakan melayakkanya menerima hadiah seumpama itu.

Sekiranya kita yakin, apa yang ada di akhirat sana itu lebih utama. Sekiranya kita yakin, nilaian Allah itu lebih tepat.

Begitu juga kita dan ukhuwwah ini. Seseorang itu lebih dihargai apabila ia banyak menerima. Percayalah, nikmat ukhuwwah itu akan lebih terasa apabila kita memberi, bukan apabila kita menerimanya.


~~*~~

Semasa ummi hidup, dia tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Dia tidak pernah berebut harta, bahkan harta peninggalan yang ditinggalkan datuk tidak sedikit dijamahnya.

Di tempat kerja, tidak pernah aku melihatnya bertikam lidah dengan sesiapa. Walhal perang sudah dinyalakan.

Di rumah, tidak pernah aku lihat beliau meninggikan suara kepadanya abi, walau sekalipun. Tidak pernah aku melihatnya engkar walau satu perkara.

Kemarahannya hanya tergambar pada kami, anaknya yang ganaz-ganaz ni. Dan ternyata baru kini aku memahami betapa sayang dan cintanya dia pada kami. Bila sudah mula memikul tugas di atas bahtera rumahtangga, baru aku sedar betapa dia melaksanakan segalanya untuk kemaslahatan kami juga.

Dan dia seumpama tidak memiliki apa-apa. Tiada apa yang mampu diwasiatkan untuk kami. Tiada apa yang dikumpul untuk dirinya sendiri. Kerana dia tidak meminta, dia hanya memberi seumur usianya.

Apabila ummi meninggal dunia, banglo kami tidak mampu memuatkan rakan-rakan dan kenalan-kenalannya yang menyayanginya. Begitu juga laman rumah kami yang besar pada waktu itu (sekarang kami baru berpindah ke teratak baru, di KL), juga tidak mampu menampung mereka. Hingga ada yang solat di luar rumah, juga di luar pagar.

Begitu besar kasih sayang orang ramai pada insan yang tidak memiliki apa-apa ini.

Ya, orang sayang kita sebab apa yang kita bagi, bukan pada apa yang ada pada diri kita sendiri.


~~*~~


Pada hari aku sedang cuak-cuak nak sambut anak orang, nak melafazkan akad yang berat, nak menyarungkan cincin buat kali pertama, abah dan ibu G (mak baru yea~) sanggup bersafar dari Terengganu. Hingga ke Skudai mereka merantau untuk anak teruna mereka seorang ini.

Dalam ketenangan dan kegembiraan ibuku melayan karenah ku yang sedang dalam mood tak stabil ini, ternyata aku dapat membaca kesedihannya.

Walau cuba untuk aku mengorek perlahan-lahan rahsia yang ada, tenyata dia enggan untuk berkongsi. Berkongsi sesuatu yang besar. Bahawa sesungguhnya adikku yang sedang dalam kandungannya itu gugur setibanya mereka tiba di UTM. Yakni sejam sebelum akad nikahku.

Dipaksa senyuman itu, dikerah sepenuh kekuatan untuk tetap di samping ku. Untuk setiap dari keluargaku tetap bersamaku, memberikan aku kekuatan yang kuat, hingga akhirnya aku mampu mengharungi hari yang besar itu.

Setelah tamat lafaz akad nikahku, aku, dengan wajah yang control melihat kedua ibu bapaku yang sentiasa gembira di sampingku.

Namun aku tahu, tidak lama kemudian mereka menjauh ke pinggir masjid. Abi memujuk ibu yang menangis teresak-esak. Meluahkan derita perasaan.

Selepas beberapa ketika, barulah ibu berkongsi bahawa mungkin disebabkan stres dan perjalanan yang jauh, menyebabkan ibu keguguran.

Betapa kerdilnya jiwa aku berbanding insan-insan di sekelilingku. Aku bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan ibu yang semulia ini yang menggantikan tempat umi di hati abi dan kami.

Dan ternyata, rezeki itu milik ilahi buat siapa sahaja yang Ia ingini. Ibu kini hamil lagi, insya-Allah akan lahir serentak dengan lahirnya bapa/ibu saudaranya.


Sunday, September 5, 2010

Syurga diperuntukkan buat mereka yang hatinya suci




”Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang,
Berkilau di pandang orang,
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi.
Janganlah seperti asap,
Yang mengangkat diri tinggi di langit,
Padahal dirinya rendah-hina…”


Anas ra berkata, "Tatkala kami duduk-duduk bersama Rasulullah saw, beliau kemudian bersabda, 'Saat ini akan muncul di depan kalian seseorang yang termasuk penghuni syurga.' Lalu, muncullah salah seorang sahabat dari kalangan Ansar, yang janggutnya masih basah dengan air wudhu. Ia menenteng sepasang sandalnya dengan tangan kanannya.

Keesokan harinya, Rasulullah saw kembali bersabda seperti itu dan orang tersebut kembali muncul seperti pada malam pertam. Pada hari ketiga, Rasulullah saw juga bersabda seperti itu dan orang tersebut kembali muncul seperti keadaannya pada hari pertama.

Maka, ketika Rasulullah saw berdiri, Abdullah bin Amru bin Ash mengikut orang tersebut dan berkata, 'Sungguh aku telah berulang kali bersumpah di hadapan ayahku bahawa aku tidak akan masuk ke dalam rumah menemuinya selama 3 hari. Jika Anda berkenan memberiku tumpangan menginap sampai sumpahku tersebut berlalu 3 hari, maka aku akan bisa menunaikan sumpah tersebut.' Orang itu menjawab, 'Baiklah.'

Abdullah kemudian bercerita bahawa ia menginap di rumah orang tersebut selama 3 malam. Akan tetapi, ia tidak mendapatinya mengerjakan shalat malam. Hanya sahaja, jika ia terbangun dari tidurnya, ia langsung berzikir mengingat Allah swt dan bertakbir sampai ia bangun untuk melaksanakan shalat subuh.

Abdullah melanjutkan ceritanya, 'Namun, yang aku kagumi adalah ia tidak pernah berbicara kotor dan yang ia ucapkan hanyalah kebaikan. Maka tatkala telah berlalu 3 malam dan aku hampir meremehkan amalannya, aku pun berkata kepadanya, 'Wahai hamba Allah, sesungguhnya antara aku dan ayahku tidak ada masalah, baik itu kemarahan maupun saling menjauh. Akan tetapi, kerana aku berulang kali mendengar Rasulullah saw bersabda bahawa akan muncul di depan kalian seorang laki-laki dari penghuni syurga, dan tiap kali beliau bersabda seperti itu, ternyata yang muncul adalah Anda.

Oleh sebab itu, aku berniat bermalam di tempat Anda agar aku bisa mengetahui amalan apa yang selalu Anda kerjakan, dengan tujuan agar aku bisa menirunya. Alan tetapi, aku tidak mendapati Anda beramal dengan amalan yang banyak. Lalu, amalan apakah yang membuat Anda sampai pada derajat tinggi sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah saw?

Orang itu menjawab, "Tiada amalan lain selain yang telah engkau lihat selama ini, itu sahaja."

Abdullah melanjutkan, "Tatkala aku berbalik, orang tersebut memanggilku, 'Hanya itu sahaja,. Hanya saja aku tidak pernah menaruh di dalam diriku rasa tidak senang kepada seorang muslim pun dan aku juga tidak pernah merasa iri hati dengan kebaikan yang Allah berikan kepadanya.'

Abdullah berkomentar, "Inilah yang membuat Anda sampai pada derajat tinggi tersebut, yang mana kami sendiri tidak mampu melakukannya."

(Hadis Riwayat Ahmad. Al-Mundziri berkomentar, "Sanadnya sahih sesuai dengan syarat Muslim")

Tuesday, August 17, 2010

Nilai ukhuwwah kita 2




Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar !!!

Allah masih memberikan kita jiwa yang beriman, yang merasakan semua teguran itu significant kepada diri kita. Semua teguran itu adalah buat kita, bukan orang lain. Dan semoga kita dapat merasakan segala teguran itu adalah datang dari Allah bukanlah semata-mata datang dari sahabat kita yang serba kekurangan itu. Dan alangkah indahnya jika kita dapat merasakan bahawa teguran yang Allah beri itu datang bukan sahaja melalui kata-kata, malah kita merasakan pada setiap masa dan keadaan kita, kita ditegur oleh Allah untuk kebaikan kita. Itulah nikmatnya menjadi pendukung agama Allah, kerana Allah tidak akan membenarkan agama nya ini dipikul oleh orang-orang yang fasik lagi sesat.

Aku juga sering merasa itu, sering merasa teguran Allah itu di setiap langkahku.


~~*~~


Setelah beberapa hari post Nilai Ukhuwwah Kita, ana tulis dan kepilkan dalam blog ini, ternyata ada beberapa orang ikhwah yang terkesan. Pada yang dapat merasai betapa besarnya ukhuwwah yang akan kita jana bersama, alhamdulillah, banyak-banyakkanlah bersyukur kepada Allah.

Yang ana takutkan adalah; ada ikhwah yang merasakan tulisan itu sebagai suatu teguran sinis secara terbuka yang dilayangkan hingga seolah-olah membunuh keterbukaan kita bersama. Tidak! Akhi, sekali-kali tidak!

Ana secara ikhlasnya ingin merasai segala apa yang ana ada ini sebagai hak milik ntum juga. Ya, milik ntum sebagai ikhwah yang menjadi penunggang kuda dakwah ini! Ya benar, kita ada hak milik kita juga, privasi kita dan etc. Tapi ingatlah ikhwah sekalian, bukankah kita telah menjual jiwa dan seluruh harta kekayaan kita kepada Allah?

Adakah kita sudah merasainya? Atau kita masih gagal merasainya?

Adakah kita sudah merasai dakwah dan islam itu sendiri lebih mahal dan berharga berbanding apa-apa sahaja di atas muka bumi ini? Adakah kita sudah dapat merasai sahabat kita, ukhuwwah kita ini lebih bermakna berbanding hiburan-hiburan dunia?

Jika belum, ana meragui niat kita berada di atas jalan ini. Jika belum, ana meragui kebolehan kita untuk memimpin ummah ini, jika kita masih mementingkan diri kita dan perut kita semata-mata.


Ikhwah sekalian,

Ana sangat teringin ukhuwwah kita sehebat Ikrimah bin Abu Jahal yang sanggup mengorban jiwa dan raga kerana ikhwah tercinta. Juga ana ingin ukhuwwah kita sehebat muhajirin dan ansar yang sanggup mengorban harta, isteri dan kepentingan dunia demi menyahut seruan dakwah dan jihad. Ana impikan dapat merasai ukhuwwah seperti Abu Ayyub Al-Ansori ketika dia menawarkan segala-galanya miliknya kepada Abdul Rahman bin Auf. Ana ingin merasai kehebatan ukhuwwah ketika Abu Bakar menahan lubang makhluk berbisa itu dengan tangannya. Ana ingin merasai ukhuwwah itu, apabila para ikhwah mujahid al-ikhwan al-muslimun sanggup diseksa dengan 1001 macam penyeksaan, daripada mendedahkan aktiviti dakwah ikhwah yang lain dan pergerakan jemaah ini.

Nah! Di mana nilai ukhuwwah kita? Adakah kita menilai ukhuwwah kita di tahap yang sama?

Apabila al-ustaz kita membacakan sebuah hadis berkenaan hak seorang sahabat, saudara seislam yang hinggakan dibenarkan masuk rumah seorang sahabat yang lain tanpa kebenaran sahabat itu sendiri dan minum air di dalamnya, yang kita lihat itu adalah peluang atau itsar? Yang kita lihat itu hak atau tanggungjawab? Yang kita empatikan itu tangan yang di atas atau tangan yang di bawah?

Betapa mulianya Abdul Rahman bin Auf ketika dia menolak tawaran sahabatnya. Betapa besarnya jiwa para sahabat yang akhirnya ketiga-ketiga mereka mati kehausan. Betapa hebatnya para sahabat yang tidak merasakan walau secubitpun kepala kambing itu.


Ikhwah sekalian,

Ana malu, ana merasa sangat malu jika di saat ada ikhwah yang memerlukan bantuan daripada ana sendiri, ana gagal memberikannya kerana ketiadaan masa, modal atau apa-apa sahaja yang diperlukan itu.

Dan betapa malu dan sedihnya ana, ya akhi, jika di saat ntum memerlukan pertolongan itu, jiwa ana merasa berat untuk melaksanakannya kerana sibuk dan lalai dengan dunia.... Hingga akhirnya mata berpinar-pinar dan hati terasa penuh dengan kegelapan yang tidak mampu dicuci lagi.

Teringat kisah seorang akh yang tiada duit kemudian dia menghubungi ikhwah lain, ternyata akh itu meminjam duit untuk dipinjamkan kepada akh lain yang memerlukannya. Kerana akh itu juga tiada wang.

Di mana kita sekarang ini? Di manakah jiwa kita?

Sunday, August 15, 2010

Nilai ukhuwwah kita



Adakah ia lebih mahal berbanding Peugeot 908 RC?


Sekitar tahun 2003

Seorang akh meminjam kereta wira milik seorang akh yang lain. Pendek kata, abi , Khairudin Mohamad meminjam kereta Wira pakcik Zameran Jusoh. Berkongsi kisah mereka, sekadar mengambil intipati ukhuwwah mereka yang aku cemburui.

Kereta itu dibeli secara second-hand oleh pakcik Zameran, dan dipinjam oleh abi untuk kegunaan hariannya, kebetulan kereta Volvo usangnya itu sedang berada di bengkel kereta, menanti ajal.

Pada suatu malam, selepas tamat aktiviti tarbiyyahnya, abi keletihan dan meninggalkan kereta Wira tersebut di hadapan pintu pagar, tanpa memasukkannya ke dalam perkarangan rumah.

Keesokan harinya, bukan main terkejutnya abi apabila kereta itu tidak lagi berada di hadapan rumah, gagal dikesan. Lalu berita ini dikhabarkan kepada empunya kereta itu. Alangkah terkejutnya abi apabila sahabatnya menjawab, sambil tersenyum;

"Takpe lah, dah hilang tu nak buat macam mana deh"

Kisah ini, menyebabkan aku tertanya-tanya, adakah aku ada sahabat seperti ini? Atau mampukah aku menjadi seorang sahabat seperti ini. Dan, peristiwa ini merupakan peristiwa-peristiwa penting perubahan diri ini.

Tidak lama kemudian, Allah telah mengilhamkan kepada syarikat insuran untuk membayar berkali-kali ganda harga kereta tersebut. Dan pakcik Zameran beli Van Mercedes pula.



~~*~~


Ogos 2007

Terdengar dari balik tangga, bunyi selipar yang bergesel-gesel dengan lantai tingkat atas. Aku baru usai halaqah dengan adik-adik kursus perubatan. Bunyi itu semakin kuat dan semakin menghampiriku.

"Oh, Faidhi rupanya, Assalamualaikum"

"Waalakumussalam, abang Hussaini"

Aku pun tidak tahu sejak bila aku mengahwini kakaknya, tapi yang jelasnya adalah di raut mukanya itu ada kegelisahan. Kegelisahan yang jelas, yang turut tercermin di balik setiap gerak tubuhnya. Getaran suaranya yang serak-serak basah secara tiba-tiba, anak mata yang bergerak dengan gerakan yang tidak sekata, nafas yang putus-putus, dan air mata yang membentuk mata yang berkaca-kaca memberikan suatu petanda yang tidak jarang aku hadapi.

"Abang tahu apa yang berlaku", kataku, buat-buat tenang sambil membetulkan tangan kanan yang penat mengangkut whiteboard ke sana ke mari.
"Macamana abang boleh tahu ni?"

"Haa, mana Faidhi letak kereta abang?"
"Kat depan tu hah", telunjuknya menunjukkan Viva hijau yang telah banyak berjasa kepadaku itu. Kami bergerak ke arah kenderaan itu.

Ternyata bumper belakangnya remuk. Kata Faidhi, terlanggar pembentung jalan ketika gostan ke belakang. Dia meminjam Viva itu untuk bertemu rakannya di UKM, tidak berapa jauh dari kolej kami itu.

"Takpe la, lagipun Faidhi bukannya anak usrah abang yang pertama yang melukakan kereta ni"

"Tipu la abang tak rasa apa-apa, abang baru je beli kereta ni, saya pulak buat hal", katanya tidak percaya. Faidhi sedikit beremosi, rasa bersalah menyebabkan suaranya itu tengelam, ditelan sebak di dada.

Aku merenungnya, sambil duduk. Tangan memegang remuk, cuba menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Viva, sebuah makhluk mati tanpa nyawa.

"Faidhi, kalau kereta ni rosak ke, hilang ke, remuk ke, abang boleh minta ayah abang beli yang lain. Abang pun gembira dapat kereta baru"

Faidhi sedikit tersenyum mendengarnya,

"Tapi kalau Faidhi yang hilang, mustahil abang dapat cari orang seperti Faidhi, yang serupa 100% untuk berada dalam hati abang."


~~*~~


"Akhi, kereta nta ni berada dalam tangan nta atau dalam hati nta?"


~~*~~

Sebenarnya, ana rasa takut nak berkongsi rasa tentang nikmatnya ukhuwwah, apabila nilai ukhuwwah lebih mahal berbanding wang kertas, kereta cabuk, atau apa-apa materi yang dipandang mulia di mata manusia yang tertipu.

Satunya, takut diri sendiri sudah mula mengubah kayu ukur yang selama ini hanya dengan iman dan taqwa.

Keduanya, dah ada ikhwah yang suka sangat dengan barang-barang ana dua tiga menjak ni. Ana ok je, semuanya milik ntum ya akhi...

Marilah menyembah Allah.


Wednesday, July 28, 2010

Telor-telor Malaysia





Dalam satu jaulah kami ke Terengganu, seorang akh, Amir sedang berurusniaga dengan seorang makcik penjual keropok lekor.

Lokasi: Kuala Kemaman
Masa: Waktu Dhuha



Amir: "Makcik, mak saya pesan supaya saya belikan keropok lekor untuknya. Tahan ke keropok ni sampai ke KL ni makcik?"

Makcik Misteri: "Mu nok makang krepok ni slalu ker awang weih?"

Amir: "Takde la selalu sangat saya datang Terengganu ni makcik. Ini pun kali pertama saya ke mari"

Kemudian makcik itu menyambung kerjanya seperti biasa, meninggalkan Amir terpinga-pinga.

Kami yang nakal ini, memandang dari jarak sederhana, sambil ketawa-ketawa kecil. Akh Amir masih keliru.


Ibroh: Jika tidak tahu, maka bertanyalah. Ilmu itu luas.



~~*~~


Dalam jaulah yang lain, kali ini ke Kelantan pula.

Lokasi: Kuala Berang, Hulu Terengganu
Masa: Waktu Asar



Awang: "Akhi, biar ana sajalah yang belikan jagung tu"

Kami diam, tanda setuju. Ada ikhwah yang cuba-cuba cakap syukran, tapi Awang dah keluar dari kereta Peugeot 908 RC kami tanpa pandang ke belakang. Hanya tangannya diseluk ke poket belakang, mengeluarkan kantung syilingnya.

Tidak lama kemudian, sesudah selesai membeli, Awang masuk ke dalam kereta bersama jagung harga istimewanya. Raut muka beliau ternyata dalam kekeliruan.

Ana tergelak nakal lagi.

Ana: "Akhi, ana tahu apa yang bermain di fikiran nta"

Awang: "Apa dia?" (Masih kebingungan)

Ana: "Pasti nta tertanya-tanya, macamana makcik-makcik jual jagung tu tahu nama nta kan?"

Awang: "Ha-ah..."


Ibroh: Ibroh yang sama


Tuesday, July 27, 2010

Adegan-adegan menyentak jiwa 2


Dalam sebuah muktamar tahunan sebuah wadah dakwah di malaysia, pada tahun 2007. Barisan kepimpinan sedang duduk di atas pentas sambil melihat audien-audien yang sedang memenuhi dewan persidangan. Seorang demi seorang.

Lantas seorang daripada barisan kepimpinan itu tampil ke lostrum sambil berkata:

"Ana rasa FIDAK 2015 perlu ditangguhkan kepada tahun 2016, 2017... Iya-lah kan, ikhwah akhawat selamba je lambat datang 5 minit , tidur semasa pembentangan dan bertangguh-tangguh buat dakwah..."


~~*~~



Sambil membaca tulisan di atas kain rentang; "Mimpi semalam adalah kenyataan hari ini", al-akh berkata;

"Patutnya tukar moto program kita ni, Mimpi semalam adalah mimpi hari ini"


~~*~~


"Akhi, nta tahu tak kenapa ana masih tsabat dalam dakwah walaupun dalam beberapa tahun ni, ana dilanda dengan pelbagai masalah dan ujian dari Allah. Tarbiyyah ana diabaikan, hak ana tidak tertunai, tapi ana masih lagi ada di sini hari ni?"

Al-Akh terdiam, setelah perkongsian yang sangat panjang dari sahabatnya mengenai penderitaan beliau, al-akh tidak lagi mampu berkata apa-apa. Dia terasa bersalah kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar sahabatnya itu. Bertahun-tahun lamanya.

"Semuanya kerana nta pernah kata pada ana beberapa tahun yang lepas. Nta katakan pada ana yang nta akan membayangkan muka ana setiap kali nta membacakan doa rabithah. Nta pernah katakan bahawa ana tidak akan pernah berseorangan dalam dakwah ini, kerana nta akan sentiasa mendoakan ana."

Al-Akh itu sekali lagi terdiam. Terkedu. Jiwanya merasai betapa hangatnya ukhuwwah mereka. Terharu kerana ia tidak pernah menyangka bahawa ucapan kecilnya itu, telah membuatkan satu hati ummah ini menjadi kuat, umpama gunung yang memikul segala hasil bumi. Bahkan lebih kuat lagi.


~~*~~

"Makcik ingin ingatkan ntum tentang 3T. Ntum ingat baik-baik. Kalau ntum nak berjaya dalam dakwah ni, ntum kena kuat dalam 3T.

1. Tarbiyyah
2. Tarbiyyah
3. Tarbiyyah"


~~*~~


Dalam suatu syuro kampus, sebelum bersurai. Al-akh menunjukkan pokok dakwah mereka yang mereka telah buat sepanjang malam itu, hingga jam 3 pagi;

"Ntum lihat semua manusia dalam sistem tarbiyyah kita. Ingat baik-baik, mereka semua tidak confirm lagi bersama dengan kita. Kenapa?"

Berfikir sejenak.

"Mereka semua belum commit sepenuhnya dalam usrah kita?"

"Mereka belum bawa usrah lagi?"

"Mereka belum ditapis sepenuhnya lagi?"

Jawab akh tersebut.

"Kerana Allah yang memegang hati mereka. Terpulang pada Allah untuk menyatukan mereka bersama kita atau tidak. Pastikan setiap daripada kita mengikat jiwa kita kepada Allah setiap masa."


~~*~~


Perbualan antara 2 akh berkenaan Baitul Muslim;

"Akhi, nta taknak masuk meminang akhawat A ke? Lumayan tau, qowiy jiddan jiddan. Di bawah kelolaannya sahaja ada 500 akhawat yang lain!"

"Jangan bertawakkal dengan jumlah, bertawakkallah pada Allah, walau seramai mana sekalipun. Dalam sekelip mata Allah boleh memecahbelahkan mereka, dan akhirnya akhawat itu tiada nilainya"

"Kalau jumlahlah nilai harga diri seseorang itu"


Monday, July 26, 2010

Adegan-adegan menyentak jiwa




Pada suatu malam yang hening, sekumpulan mahasiswa berkumpul dalam kumpulan yang kecil. Mereka ragu-ragu dengan keupayaan mereka dalam menggerakkan dakwah di kampus mereka. Sehinggalah senior mereka bertanya satu soalan;

"Cuba kira pondan dan ikhwah yang join usrah di kampus kita. Mana yang lebih ramai?"


~~*~~


Seorang ukht bertanya kepada seorang ustaz yang sedang ligat di medan dakwah;

"Ana lihat ustaz ini siang malam usrah, dakwah, meeting dan macam-macam program tarbiyah. Bila ustaz ambil masa untuk membaca buku, bekalan menyampaikan semua ilmu-ilmu itu?"

"Ana membaca semua buku-buku bekalan itu sewaktu muda dahulu."


~~*~~


Di suatu majlis sesama ikhwah;

"Akhawat berasa kecewa dengan ikhwah yang tidak dapat bertahan qiamullail malam tadi. Mereka kecewa dengan sikap ikhwah yang satu hari nanti akan memimpin mereka. Ntum tidak malu kah ingin mengaku diri ntum sebagai bakal suami-suami mereka kelak?"

"Tolong ajar ana untuk menyembah Allah, bukan menyembah akhawat. Tolong ajar ana agar ana buat semua amal ibadah untuk Allah, bukan untuk kesukaan akhawat. Tolong pimpin ana supaya ana ikhlas kerana Allah, bukan bermatlamatkan nafsu kepada wanita bergelar akhawat."


~~*~~


Di sebuah pertemuan bersama seorang akh yang baru sahaja ingin membina koleksi bukunya, perpustakaan dakwahnya;

"Akhi, mari kita lumba siapa yang dapat kumpul paling banyak buku. hehehe"

"Taknaklah macam tu, mari kita lihat, siapa yang paling banyak membacanya."


Thursday, July 22, 2010

Anak-anak kecil




Pernah aku berkongsi dengan kalian tentang cerita dan rasa aku di awalan dakwahku. Pernah aku merintih seksanya batin di saat kematian ibu dan bapa, adik-beradik malah seluruh keluarga dakwah yang pernah dibina. Malah, rumah tempat kami berlindung terbakar hangus, tempatnya dirampas oleh penyanyi-penyanyi jalanan yang menipu semua penduduk kampung kami.


Bersendirian aku itu, tidak pernah menggagalkan diri untuk terus melangkah dan memaksa setiap tapak ini terhunjam teguh, terpasak di dalam tanah yang lembit lagi penuh lekit-lekit ini.




Hari demi hari, datang seorang demi seorang anak-anak kecil menghampiriku. Mereka merengek-rengek, memohon diberi sedikit asi agar terisi perut yang kosong dan terubat sakit kritikal di hati. Hari demi hari juga Allah memberikan secupak demi secupak rezeki dan sedikit demi sedikit anak-anak ini ku lihat tumbesarannya.


Ada anak-anak yang datang dalam keadaan yang lapar, ada juga yang kesunyian dan rindukan sentuhan kasih sayang. Dan tidak kurang yang datang untuk melihat besar atau kecilnya rumah usang yang kami duduki bersama ini. Begitulah, rumah yang usang, buruk dan kecil ini, tidak ramai yang mampu melihatnya sebagai rumah yang damai. Apa yang ada di hati mereka hanyalah penyaman udara, ataupun televisyen ataupun wifi yang ada di dalamnya. Itu yang membuatkan mereka lari ke rumah lain, walaupun kedamaian itu gagal diperoleh mereka.


Anak-anak yang tetap ingin bersamaku, di dalam rumah ini, tidaklah secomel mana. Lansung tidak dapat menyaingi kecomelan aku sewaktu aku seusia dengan mereka. Tapi tidak mengapalah ya... Mereka ini ku ajar bagaimana untuk melihat dunia melalui jendela. Ku ajarkan tentang keindahan pelangi. Ku ajarkan bagaimana untuk menanam pohon-pohon indah, agar seri dan kedamaian itu sama-sama ada di dalam rumah kami.

Lama kelamaan, rumah yang terbina ini sejengkal demi sejengkal mula menyerupai rumah, rumah secara skemanya. Di mana ada lompong, kecacatan dan kebocoran, kami akan sama-sama perbaiki. Bila lantai berdebu, akan ada anak-anak ini yang menyapunya keluar dari rumah yang disayangi ini. Kami tidak mahu debu-debu, sawang-sawang, habuk (baca: gumpalan habuk hitam dan menggelikan) di kipas syiling mengganggu gugat keselamatan dan kesihatan kami sekeluarga.


Perlahan-perlahan, kasih sayang terbina di antara kami. Hinggakan, telefonku adalah telefon mereka. Keretaku adalah kereta mereka. Kasutku adalah kasut mereka. Baju, seluar dan boxerku adalah juga milik mereka. Begitu juga sebaliknya.


Anak-anak ini, kini sudah dewasa. Aku yang semakin tua, janggut pun dah tumbuh sikit-sikit, mampu melihat mereka berdikari. Kadang-kadang mereka buat kejutan untukku, masakkan aku hidangan, dan meraikan hari jadiku.


Aku mengerlih ke luar tingkap. Di sana, aku dapat lihat sangat ramai anak-anak tidak beribu, tidak berayah. Aku memandang kesemua mereka sambil berlinang air mata. Tidak sanggup aku melihat mereka semua bergelumang dalam lumpur dan karat di luar sana. Kesunyian. Ketakutan. Kegelisahan. Kekuyupan, kebasahan dek air hujan yang sedang lebat.


Aku merenung mereka dari dalam rumah.




Aku merenung dengan lama...




Hingga akhirnya ada di antara anak-anak ku ini memandangku dengan perasaan yang hiba. Dia mengajak anak-anak yang lain juga turut sama memandang ke luar... Mereka berseloroh sesama mereka lantas mereka bertakbir. "Allahu akbar!!"


Pelik betul semangatnya... Aku memandang mereka dengan wajah mencurigakan... Apa ni?


Namun, mereka bergegas ke luar rumah dengan payung di tangan dan keazaman yang membara di wajah. Entah dari siapa mereka belajar buat muka pelik camtu,,,


Tidak lama kemudian, aku menangis lagi. Aku bersyukur kepada Allah atas hidayah yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya.

Anak-anak ini menggendong bayi-bayi kecil di tangan mereka. Ada juga yang membawa bayi dewasa yang tidak sabar-sabar ingin belajar ilmu kehidupan denganku. Ia ingin segera keluar semula untuk mengambil lebih ramai anak-anak kecil.

Aku tersenyum gembira sedang melihat anak-anak baru ini. Ada yang menangis entah macam apa. Ada yang membisu kekeliruan punca. Ada yang semangat terlebih-lebih. Ada yang sedang bercakar-cakaran sesama mereka.

Tapi anak-anak ku yang sudah dewasa ini memintaku untuk merehatkan kelopak mata dan tubuh badan. Anak-anak baru ini mereka belai, beri makan, basuh berak mereka, diajarkan cerita hingga semuanya tidur dengan nyenyak di malam hari.


Bila semuanya sudah selesai, mereka (anak-anak lama, yang kurang comel tu) datang kepadaku dan meluahkan perasaan dan kepenatan mereka. Aku memberikan sekuntum dua kata. Hingga terubat kelelahan mereka dan akhirnya mereka dapat tidur dengan penuh azam di dada.


Aku melihat kesemua anak-anak ini tidur dengan nyenyak.

Jauh di dalam hati ku, aku berkata:

"Oh, tengoklah nanti kalau ada masa lapang nanti, aku carikan mak untuk korang"


Senyum itu sedekah :)


Tuesday, June 22, 2010

Tarbiyyah Kita





























Hak anda apabila anda berada di dalam sistem Tarbiyyah ini

Mendapat tarbiyyah secara terus dari IKRAM dalam program-program umum dan khususnya.

Ditarbiyyah dalam kelompok katibah setiap bulan dalam sesi-sesi daurah dan aktiviti-aktiviti lainnya.

Mendapat latihan khusus dalam usrah masing-masing bagi memantapkan segala segi ahli-ahli usrah. Minimum secara mingguan.

Mendapat sentuhan peribadi naqib dari hati ke hati pada setiap masa.


Kepada mana-mana anggota jemaah ini yang tidak mendapat mana-mana haknya, bolehlah mengingatkan naqib masing-masing tentang betapa azabnya seksa di neraka kelak.

Jangan lupa, anda juga ada tanggungjawab anda sebagai ahli dalam sistem tarbiyyah ini. Belajarlah untuk memberi.

Pada banyak keadaan, kita mengatur macam-macam perancangan, namun Allah jualah yang menentukan.


Wednesday, May 5, 2010

Uhibbuka Fillah



Alangkah manisnya jalan dakwah ini. Ianya perit dengan bermacam ragam dan kepayahan. Tapi cita-cita dan matlamat hujung yang dijanjikan Allah itu, merupakan motivasi tertinggi. Jiwa-jiwa yang bersama di atas jalan ini, tidak pernah jemu, tidak pernah gelisah, dan tidak pernah menyesal berada di atasnya.

Inilah jalan yang dilalui oleh para anbiya dan rasul-rasul, hingga akhirnya mereka mati di atas jalan ini, dalam keimananan yang tiada taranya. Inilah juga jalan yang dilalui oleh para sahabat ar-rasul, mereka tekad berjuang di atas jalan ini hingga akhirnya mati dalam iman. Begitulah seterus nya nasib tabiin, tabi' tabiin, dan pejuang-pejuang islam yang lain.

Darah mereka satu titik demi satu titik menitis di atas jalan ini, dan mereka mati tersungkur dengan senyuman penuh kemanisan terukir di bibir mereka. Dengan cahaya Allah yang indah terpancar dari muka mereka, yang tidak pernah menghadap kecuali kepada Allah semata-mata.

Inilah jalannya, Tariqul Haq~! Jalan kebenaran.

"Katakanlah, "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang mensyirikkan."

(Yusuf 12:108)


"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikuti mu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka . Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : “ Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama - samamu” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar - benar orang yang berdusta."
(Taubah 9:42)


Di atas jalan yang kasar ini, tiada permaidani merah yang menambah glamor. Tiada sofa dan tilam untuk berehat. Tiada televisyen dan WD untuk menghiburkan diri. Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja.

Yang ada hanyalah hiasan-hiasan yang menjadikan nya sangat indah.

Hiasan yang sama yang disajikan kepada para sahabat ar-rasul ketika merasai kemenangan dan kekalahan (tiada erti kata kalah buat orang islam). Hiasan sama yang dirasai oleh pejuang-pejuang sebelum kita, generasi-generasi IKRAM sebelum kita.

Ukhuwwah itulah hiasannya.

Ukhuwwah yang menyebabkan program yang panjang berjela-jela terasa sangat sebentar. Jaulah yang jauh tidak kepenatan. Mukhayyam yang sukar itu terasa sangat senang. Dan jalan dakwah yang mendesak jiwa ini, terasa sangat penuh dengan cinta. Penuh dengan keakraban. Kasih sayang. Khabaran yang baik. Kata-kata yang menenangkan. Pandangan mata yang indah. Janji-janji yang menenteramkan hati. Dan di setiap penjuru jalan ini, terasa sangat selamat dan terjamin keselamatannya.

Ukhuwwah ini, bukan indah semata-mata ketika kita sama-sama seronok, bersemangat dan tampak beriman.

Ianya sangat-sangat diperlukan ketika jiwa ini diuji. Ketika solat tidak lagi rasa ruhnya. Bila doa tidak lagi diyakini mustajabnya. Ketika ditimpa musibah harta, iman dan keluarga. Sewaktu yang mencabar itulah, perhiasan ini menghias.

Ketika kita sedang futur lah, hak ukhuwwah itu dituntut untuk ditunaikan. Bila kata-kata tidak lagi berguna. Di waktu inilah, pelukan seorang sahabat terasa sayangnya. Ketika inilah, bila kita sama-sama menangis, terasa dekatnya Allah dengan kita. Betapa Allah mengasihi kita atas kasih sayang sesama kita kepadaNya.

Sewaktu itulah, terasa berat yang amat ketika ingin berpisah. Seolah-olah pertemuan dan perpisahan itu adalah buat sekian kalinya. Takutnya jika diri ini mati dalam perjalanan meraih pertemuan seterusnya, hingga tidak mampu merasaikan kehangatan ukhuwwah ini lagi. Ah rindunya~

Maka ikhwah dan akhwat sekalian,

Dalam sebuah hadis yang masyur, apabila dalam hati terlintas kasih dan sayang pada akh/ukht kita (sesama jantina please), maka kita disarankan untuk meluahkannya, bukan memendamkannya. Agar kasih sayang itu turut sama dirasai oleh sahabat kita, hingga keseluruhan jemaah dakwah ini merasai kehangatan ukhuwwah dalam semua program mereka bersama.

Meluahkan dengan lafaz : Ana uhibbuka fillah. Aku mencintaimu (akh) kerana Allah.

Kepada akh yang dilafazkan cinta kepadanya, diucapkan kata balasan. Alangkah indahnya sunnah yang diterapkan dalam kelompok as-salaf terdahulu. Semoga kita merasai ruh yang sama, hingga mampu mati demi ummah.


Doa Balasan Uhibbuka Fillah


Ø£َØ­َبَّÙƒَ الَّذِÙŠْ Ø£َØ­ْبَبْتَÙ†ِÙŠ Ù„َÙ‡ُ


“Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya.” [221]




[221] HR. Abu Dawud 4/333. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/965.




Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita


Wednesday, April 28, 2010

Tarbiyyah Dzatiyyah



Yang perlukan tarbiyyah itu, kita

Kejayaan tarbiyyah ini, untuk membentuk jiwa-jiwa mukmin, tidak terletak kepada Tarbiyyah Jama'iyyah (Tarbiyyah dalam jemaah/sistem) atau Tarbiyyah Madaniyyah (Tarbiyyah di medan/masyarakat). Keberjayaan produktiviti seorang akh itu, tidak bergantung kepada apa yang didapatinya dalam liqo' mingguan, daurah bulanan, mukhayyam setiap sem, jaulah setiap tahun, rehlah yang tidak habis-habis dan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama.

Kejayaan tarbiyyah itu, tidak 100% kerana hebatnya seorang naqib. Atau sejauh mana IKRAM kawasan mahupun negeri aktif melaksakan marathon programnya. Ia bukan didasarkan atas semua itu semata-mata.

Apa yang membezakan antara seorang akh yang mencapai muwasofat muslimnya (10 ciri-ciri khusus muslim impian) dan seorang lagi akh yang juga dalam sistem tarbiyyah, tetapi masih lagi lambat-lambat, merangkak-rangkak dalam perubahan diri, adalah Tarbiyyah Dzatiyyah. Dengan izin Allah, kuncinya adalah Tarbiyyah Dzatiyyah.

Cabaran dalam mentarbiyyah pada zaman ini, tatkala ada banyak pilihan di depan mata, adalah untuk membentuk individu-individu yang bukan sahaja ditarbiyyah secara fardhi, secara jamaei, secara praktikal di medan, tetapi juga (paling utama), mampu mentarbiyyah diri sendiri. Kesedaran inilah, kunci utama yang paling susah nak dibina dalam diri manusia. Menjadi pengikut, dalam masa yang sama, menjadi pemimpin kepada mad'unya selepas memimpin diri sendiri.

Tarbiyyah Dzatiyyah yang aku fahami adalah itu. Bagaimana seorang akh mampu melihat semua perincian sifat-sifat muslim itu dengan seteliti mungkin, dan memuhasabah pencapaian dirinya saban hari. Saban hari pula, menghasilkan perubahan tanpa disuruh-suruh. Mereka ini, yang ingin perubahan dalam diri, pastinya tidak merasa berat untuk menghadiri mana-mana majlis perubahan. Juga tidak pernah berkira-kira masanya untuk merubah orang lain kerana tahu, ia merupakan suatu pentarbiyyahan juga.

Seorang akh yang faham ini, pasti di setiap lapang masanya, adalah untuk memperkasa akidah, ibadah, akhlak, jasad, tsaqafah, menghargai masa, menghargai orang lain, menghargai diri sendiri, bermujahadah, dan istiqamah melaksanakannya. Melaksanakan segala wajibat usrahnya dengan saksama.

Setiap masanya, tidak pernah serik membaca al-quran, mentadabbur ayat-ayatnya, menghafal setiap bait dan kata, bermuayasyah dengan hadis baginda, membaca karya-karya pejuang dakwah, meneliti setiap saat sirah dan sejarah, menghafal puisi-puisi indah, beriadah dan lain-lain lagi.

Hinggakan, di setiap masanya, ingin berada dalam kelompok ikhwah, agar tidak luput dari kesedaran mereka, akan amal kerja berterusan mereka itu.



Masih ada yang keliru

Malangnya, masih ada di kalangan ikhwah yang masih berada dalam dunia angan-angannya. Mereka tekun dengan tarbiyyah mereka, secara jamaie atau secara dzatnya, hingga tiada masa melayan dunia.

Pelik? Tapi benar. Aku juga pernah melalui saat-saat itu, ketika zaman idealku dulu.

Pabila diri terbangun dari mimpi dan mula sedar tang mana dunia yang benar-benar dunia, tidak henti-henti diri ini berusaha untuk benar-benar bangun-bangun dan tidak tidur-tidur. Setiap masa diteguknya minuman tenaga Livita dan Redbull, supaya tidak kembali mengantuk.

Siang baca buku, rehat kejap, kemudian liqa... liqa... dihalaqahkan... halaqah... sehingga akhirnya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Rakan-rakan, ditinggalkan sehingga diri sendiri menjadi fitnah kepada kelompok dakwah. Pelajaran terabai, mengharapkan pertolongan Allah semata-mata.

Sedarlah, Tarbiyyah Dzatiyyah bukan sekadar pada Quran, Hadith, Sirah dan tambahan: jogging 2 jam setiap minggu (ikhlaskan niat). Marilah kita bersama-sama membentuk insan yang benar-benar manusia. Yang benar-benar mentarbiyyah diri menjadi seorang ayah yang paling baik. Menjadi suami yang paling bertanggungjawab. Menjadi pekerja yang paling cemerlang. Menjadi pelajar yang paling rajin. Menjadi abang yang paling hensem, di mata adik-adiknya. Menjadi jiran, kawan-kawan, rakan sekolej yang paling disukai.

Marilah mendidik hati untuk menjadi Murobbi yang paling bagus. Menjadi Mutarobbi yang paling taat dan proaktif. Menjadi hamba Allah yang paling kuat beramal.

Bukankah ini ciri-ciri yang ada pada Rasul kita?

Jika kita masih sayang pada Jemaah Dakwah ini. Jika kita masih sayang pada Tarbiyyah yang kita lalui ini.

Sempurnakanlah Tarbiyyah Dzatiyyahmu. Secara menyeluruh.

Narawastu Ilmu




Kita semua meyakini, penulisan di blog bukanlah kerja kita yang asasi, apatah lagi yang utama. Namun, penglibatan dalam medan dakwah yang sangat komplikated dan medan yang semakin mencapah ini, mendesak kita untuk turut sama meluaskan capaian-capaian kita, tanpa melupakan kerja yang lebih qowiy iaitu pembinaan dalam kelompok-kelompok kecil itu.

Jauh di sudut hati, itulah niat yang tersimpan semenjak aku mula menulis di lapangan ini. Tarbiyyah tujuannya. Tidak lain daripada itu.

Blog yang aku bina dan aku ladeni saban hari ini, (malangnya) tidak aku sasarkan untuk aku berdakwah secara umum, tapi semata-mata untuk membina rijal-rijal yang membacanya. Itulah harapanku.

Membina diri ini dan mereka yang intima' di sekelilingku. Bersama-sama mengharungi Jalan Dakwah yang penghujungnya di Syurga yang sangat luas.

Aku memerhatikan bahawa penulisan di alam maya ini, merupakan satu tarikan yang amat kuat. Baik untuk mengajak kepada maksiat, ataupun sebaliknya. Tarikannya perlu diseimbangkan dengan adanya suatu tenaga yang dibina perlahan-lahan dalam usaha untuk menghancurkan tirani yang sedang bermaharajalela dalam vakum ini.

Diharapkan penulisan-penulisan ini, memberikan nafas-nafas baru kepada jiwa-jiwa yang aku sayangi di luar sana. Tidak kira ikhwah atau akhawat. Semoga kita sama-sama dapat tolong menolong saling tarik menarik menyelamatkan setiap seorang dari kita dalam berhadapan dengan berbagai-bagai tarikan tirani jahat. Adanya syaitan lagha komik, manga, anime, porno, fitnah, drama, dan macam-macam lagi tarikan yang akan menyebabkan jiwa kita lemah di alam nyata.

Betapa sukarnya menghadapi dunia hari ini.

Hanya Allah yang layak menjadi pengadil akan keikhlasan niat kita dalam berjuang.

Disebabkan itu, aku tidak pernah kisah seandainya ada di antara ntum yang ingin mengkopi pes mana-mana artikel yang pada ntum berguna. Malah jika ada yang ekstrim yang nak buat satu blog baru dan kopi pes setiap artikel aku pun tidak mengapa. Nak buat buku? Lepas itu jual dengan nama kalian pun, aku tidak peduli.

Namun, kadang-kadang, pada setiap hari-hari baharu, aku berasa terbeban jika tidak berpeluang untuk menulis walau secangkir dua kata. Terbeban dek kerana diri ini ketinggalan, berbanding jahiliyyah yang tidak pernah berhenti bekerja di setiap detik masa mereka.

Oleh itu, andai diri ini sudah terlalu sibuk hingga gagal bekerja di alam ini, maka gugahlah semangatku. Langkah kita di masa akan datang sangat-sangat ditentukan oleh usaha kita kini. Alangkah sesalnya kita, andai kerana rasa berat hari ini, jiwa kita terpaksa merasai seksa esok hari.


Ikhwah akhawat,

Penulisan ini, bukanlah sekadar lintasan-lintasan hati seorang perajurit yang nyaris-nyaris tumbang dalam perjuangannya. Ia bukan sekadar sebuah lukisan indah kanak-kanak yang baru belajar mengerti perasaan sendiri. Ia tidak diminta untuk dimengerti sebuah rasa hati.

Penulisan ini, bukanlah sekadar sebuah kompilasi karya-karya yang indah susunan ayatnya. Bukan tempat mengajar tatabahasa atau mengajar ayat-ayat puitis. Bukan sekadar itu.

Penulisan ini, bukanlah sekadar perkongsian cerita-cerita indah. Ataupun tempat berjenaka, menghiburkan jiwa-jiwa yang sedang hambar kerana ketagihan dadah hedonisme.

Penulisan ini, bukanlah untuk pengkhabaran khabar-khabar semasa penulisnya. Bukan sekadar ingin dikongsi berita-berita baharu tentang ummat islam seluruh dunia. Bukan semata-mata tempat seorang naqib memberikan arahan terbaru kepada mutarobbi-mutarobbinya.

Penulisan ini, bukanlah sekadar tempat berkongsi ayat-ayat Allah dan Hadis-hadis yang selama ini dibentangkan oleh generasi tua dalam bentuk yang kering. Hingga hati ini tidak sampai terkesan dengan makna yang sepatutnya sangat membasahkan itu.

Penulisan ini, bukanlah sekadar tempat dikongsi hasil-hasil pembacaan terbaru penulis, ilmu-ilmu baharu yang baru dicakupnya. Dengan menganggap wadah ini suatu bekas memuntahkan segala sisa-sisa ilmu. Menjadikan diri ini pelatih kinestatik yang berjaya.

Penulisan ini juga, bukan tempat untuk meluahkan perasaan, menunding jari atau menghentak tangan ke meja.

Ia lebih dari itu.

Harapannya lebih besar. Menggunung tinggi. Tarbiyyah yang dihadapi, mengajar diri untuk tidak memisahkan mana-mana bahagian dunia yang dilihat. Ianya satu, segalanya untuk mengenal pencipta, tanpa terpisah-pisah.

Niatku untuk akhirnya, penulisan ini mampu menjadi seperti penulisan penulis-penulis agung lain, yang mampu menggugah jiwa-jiwa, membina mereka menjadi seorang pembina bangunan ummah, mencakar langit biru.

Namanya, Narawastu Ilmu, dari Kamus Bahasa Melayu purba; Keharuman Akar Punca Ilmu Pengetahuan. Ia bukan sebuah nama atas kecantikan bahasanya semata-mata, namun itulah nama pertama yang aku dengar, ketika kali pertama pengorbanan kecil dan kudus ini dibuat. Untuk tekad meninggalkan cita-cita dunia nafsu serakah yang menggunung tinggi.

Hingga cita-cita kini hanya untuk kebahagiaan ummat.

Semoga Allah menerima pengorbanan secuit itu. Semoga Allah menerimanya sebaris dengan amal-amal seterusnya.


Ikhwah akhawat yang aku kasihi, sayangi dan cintai;

Aku bawakan untuk kalian penulisan-penulisan ini, semoga cinta di antara kita makin mekar. Semekar bunga di taman.



Penulisan ini:


Terilham dari as-Syaheed
yang telah mengorak langkah menghidupkan balik
rasa rindu untuk bersama memahami nas-nas
dalam naungan amal haraki.

Ketika rasa meluap ingin menghayati kalam as-Rasul saw
dari hati seorang sahabat yang perit jerih membawa Islam
dengan darah dan air mata.

Walaupun kita tidak dianugerahi
kurniaan melihat dan menatap kekasih tertinggi,
namum amal yang kita ceburi
membayangi ‘aura’ zaman itu.

Moga curahan perasaan dan perkongsian ini datang dari
wangian wahyu dan bukan dari ‘al-hawa’.


Yiu Qiu Wai

Monday, February 8, 2010

Cita-cita atau Angan-angan?





Mengubah angan-angan menjadi suatu cita-cita

"Sebelum ini, aku merasakan bahawa kisah-kisah para sahabat dan anbiya itu suatu idealisme. Selepas bersama para ikhwan, aku merasakan ia bukan suatu yang mustahil".

Itulah yang berlaku. Itulah yang dibuktikan. Itulah yang direalisasikan oleh orang yang jiwa mereka tersentuh dengan ruh Allah yang disuntikkan dalam tarbiyyah. Menjadikan mereka generasi rabbani. Yang lahir dari jiwa mereka islam. Yang terzahir dengan amal mereka islam.

Pasti kita pernah mendengar kisah ikhwan yang menjual basikalnya, Ali Abu Ala namanya (rujuk Tarikh Al-Ikhwan Jilid 2 m/s 47) demi pembangunan dakwah islam. Juga kisah para akh yang berebut-rebut ingin mati mengebom kafilah keretapi Bristish dalam perang. Juga kisah seorang ibu menangis kerana tidak ada anak untuk dihantar dijihad di jalan ALlah setelah ketiga-tiga anak lelakinya syahid.

Aku ingin melakarkan sebuah kisah real yang berlaku, yang berlaku antara seorang akh Malaysia dengan mutarobbinya yang berasal dari Brunei.

Pada satu hari, al-Akh Malaysia bersama keluarganya merancang untuk melancong ke Brunei, setelah al-akh ini pulang dari pengajiannya di UK. Maka, Akh Brunei mengetahui perkara ini. Sesampainya Akh Malaysia di bumi Brunei, akh sekeluarga disambut oleh Akh Brunei. Akh Brunei ini menghantar mereka ke mana sahaja destinasi mereka dan kembali menghantar mereka ke hotel setelah selesai hari-hari mereka. Perlancongan mereka diuruskan oleh Akh Brunei itu selama seminggu itu.

Yang mengejutkan, segala perbelanjaan mereka, daripada makan minum, pengangkutan hinggalah menetap di hotel, ditanggung sepenuhnya oleh Akh Brunei tersebut. Dan yang lebih mengejutkan, Akh Brunei tersebut baru setahun menyertai tarbiyyah!

Hingga akhirnya ibu Akh Malaysia berasa sangat hairan dan bertanya:

"Boleh ibu join usrah juga? Ada tak usrah untuk makcik-makcik?"

Satu contoh lain tertegaknya islam ialah peristiwa yang berlaku di bumi UK. Di sana, bagi melicinkan gerak kerja dakwah, para akhwat menubuhkan Rumah Dakwah Akhwat. Di sanalah tidur makan minum mereka. Di sanalah mereka menguruskan hidup mereka. Dan di sanalah mereka melaksanakan sesi-sesi mentarbiyyah nadi-nadi ummah.

Apabila bertanya kepada seorang ukht, ia berkata:

"Ana sangat suka berada di rumah tersebut, kerana terasa suasana islamnya"

Masakan tidak! Di sana, rukun-rukun usrah terlaksana. Taaruf, Tafahum, Takaful. Mereka saling kenal mengenal. Saling memahami. Dan saling bantu membantu.

Mereka di rumah itu memahami, semua orang sibuk dengan kerja-kerja dakwah mereka. Pada setiap masa! Jadi apabila di rumah itu, kelihatan ada baju-baju dalam bakul ukht mereka yang belum berbasuh, mereka akan basuhkan. Tidak cukup dibasuh wangi-wangi, mereka akan keringkan baju tersebut. Kemudian, mereka akan saterika hingga benar-benar hilang kedut-kedut di baju sahabiah mereka. Setelah itu mereka akan lipat dan susun baik-baik baju mereka,


Tarbiyyah kita, cita-cita atau angan-angan?



Merealisasikan islam di mana-mana


Cita-cita terbesar kita dalam dakwah dan tarbiyyah kita ini ialah pada akhirnya, islam itu terlaksana, dalam diri kita hingga akhirnya ke seluruh alam ini. Ya, ia bermula dari kita.

Usaha demi usaha kita lakukan agar, kita dapat mengecapi dunia yang 100% islam. Di mana seluruh alam buana ini tunduk kepada hakimiyyah Allah Az-Zawajalla semata-mata. Tiada ruang walau sedikit untuk kemaksiatan, yakni suatu unsur tanpa redha Allah di atas alamNya ini. Baik yang melanggar arahanNya, mahupun yang melaksanakan laranganNya.

Ketundukan total ini tidak akan berlaku sekiranya suatu kuasa besar islam tidak melaksanakan kerja ini secara berjemaah masif. Ia tidak akan berlaku jika jiwa-jiwa yang beriman kesemuanya ini, tidak melaksanakan total revolusi kepada dunia hari ini, yang sedang sakit dan sedang dijajah oleh tentera-tentera syaitani. Islam tidak akan dapat tertegak jika masih dicengkam dan dibelenggu oleh kuasa selain daripadaNya.

Ia memerlukan sebuah kesatuan umat islam yang dipayungi seorang Khalifah yang sejahtera. Di bawah lembayung khalifah itu, berdiri negara-negara islam yang bukan sahaja islam pada nama. Ianya melaksanakan sepenuh sebuah ketundukan kepada Allah, dan menjadi suatu dakwah kepada seantero dunia.

Negara-negara ini menjadi tempat berteduh dan berlindung ummatnya, juga menjadi suatu utopia atau atlantis yang menjadi idaman semua untuk berada di dalamnya. Rakyatnya berasa sangat tidak selesa jika ingin keluar dari negara tersebut, kecuali kerana tuntutan dakwah yang sangat besar, dan orang-orang asing, berasa sangat mencemburui keadilan dan kesejahteraan negara itu.

Negara-negara islam dakwah ini ditadbir oleh kerajaan-kerajaan islam yang kukuh dan beriman sepenuhnya kepada Allah. Pemimpin-pemimpin mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan islam dan menegakkan panjinya. Segala keputusan mereka berpaksikan al-quran dan as-sunnah, jauh dari pengaruh nafsu yang mencemar. Pengikut-pengikut, masyarakatnya pula terdiri daripada jiwa-jiwa yang mengharapkan redha Allah semata-mata. Mereka mendengar dan taat akan perintah pemerintah mereka. Tidak berniat untuk menjatuhkannya dan berebut-rebutkan kuasa. Kerana mereka saling faham memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Apabila diseru untuk berjihad di jalan Allah dengan harta mereka, maka harta mereka segera dilaburkan. Apabila nyawa, jiwa mereka diseru, maka ia menyahut dengan penuh kerelaan, tanpa sedikit rasa keterpaksaan. Kerana mereka adalah orang-orang, pejuang-pejuang yang itsarkan maslahat ummah lebih, berbanding maslahat peribadi.

Pada mereka, harta milik mereka lebih utama, berbanding harta yang akan mereka wariskan. Jiwa mereka pula, sudah menjadi milik Allah dari awal penyaksian mereka, selayaknya berada di atas jalan Allah. Ikhlas nya mereka hingga perasaan, kesenangan, kesenggangan, kesihatan, keturunan, segala-galanya diserahkan untuk perjuangan di atas jalan dakwah, jalan islam, jalan Allah.


Tarbiyah kita, cita-cita atau angan-angan?



Ayuh jiwa! Mari mengorak langkah!



Teringat kisah yang dirakam oleh Hassan Albanna dalam kitabnya 'Mudzakiratud Dakwah wad Daiyah' tentang seorang akh yang pada hari jumaat malam mula memberikan taujihat, kemudian qiam di tempat lain, kemudian bersama dengan akh-akh binaannya di tempat lain pula untuk memberikan bimbingan dalam mukhayyam, kemudian memberikan taujihat lagi dan lagi di tempat-tempat yang sangat jauh di antara satu dengan yang lainnya. Dan pada hari isninnya, dia yang paling awal sampai ke kantornya!

Hari minggu yang sepatutnya menjadi rehat, malah semakin cergas dan aktif pula aktivitas dakwah tarbiyyah yang dilaksanakan oleh seorang al-akh.

Pengorbanan ASHAB, tidak perlu aku nyatakan di sini, boleh rujuk banyak buku-buku lain yang menerangkan betapa gigihnya usaha seorang mujaddid tanpa rehat itu. Siang dan malamnya diinfaqkan untuk dakwah islamiyyah. Malah tidurnya semata-mata rehat melayan fisiologi badan, menunaikan hak tubuh badan.

Hari ini, aku melaksanakan suatu kegilaan. Aku mungkin pernah dengar kisah para ikhwah yang bawa hingga 23 usrah. Juga ada akhwat usrahnya dari isya hingga subuh. Juga ada daurah yang dilaksanakan tanpa henti selama 2 hari. Akh yang mengorbankan waktu malamnya untuk membuat daurah online untuk ikhwah di luar negara.

Aku juga mungkin pernah melaluinya. Tapi aku tidak pernah rasa sepenat ini. 4 hari tidak berhenti bergerak dan berfikir untuk dakwah, merupakan suatu cabaran. Ia merupakan suatu teguran betapa kurangnya usaha aku untuk membimbing ummah. Bayangkan bagaimana gigihnya Ar-Rasul yang telah melaksanakan dakwah ini, tanpa rehat selama 23 tahun! Terasa kecil diriku jika dibandingkan dengan Nabi Nuh yang telah melaksanakannya selama 950 tahun!

Terasa sangat jauh tapak-tapak yang akan disusun. Terasa sangat lama lagi perjalanan ini. Terasa sangat panasnya matahari yang membahang. Terasa sangat lenguh kaki.

Pada masa inilah, sokongan dan bantuan ikhwah lain diperlukan. Nyawa yang singkat ini diserahkan sepenuhnya untuk islam, namun ianya mustahil tanpa kita melaksanakan tanggungjawab ukhuwwah kita. Ianya akan terasa berat andai hanya 2 3 orang dari kafilah ini yang melaksanakannya.

Kita mesti menggerakkan segala usaha, modal dan aset kita dengan semaksima mungkin bersama-sama. Kita mesti memaksimakan sumbangan kita, agar cita-cita kita bersama itu, bukan sekadar angan-angan yang mengkhayalkan!

Marilah kita sama-sama menjadi generasi robbani, yang akan menggegarkan dunia dengan islam itu sendiri. Agar suatu hari nanti, keturunan kita dapat merasai nikmat hidup yang sebenarnya!


Lantas, Tarbiyyah kita, cita-cita atau sekadar angan-angan?





~~*~~


Aku ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku mutarobbi-mutarobbi yang tidak putus-putus memberikan bantuan dan sokongan kepadaku. Semoga Allah menciptakan kemenangan islam melalui tangan-tangan kalian.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]