Alangkah manisnya jalan dakwah ini. Ianya perit dengan bermacam ragam dan kepayahan. Tapi cita-cita dan matlamat hujung yang dijanjikan Allah itu, merupakan motivasi tertinggi. Jiwa-jiwa yang bersama di atas jalan ini, tidak pernah jemu, tidak pernah gelisah, dan tidak pernah menyesal berada di atasnya.
Inilah jalan yang dilalui oleh para anbiya dan rasul-rasul, hingga akhirnya mereka mati di atas jalan ini, dalam keimananan yang tiada taranya. Inilah juga jalan yang dilalui oleh para sahabat ar-rasul, mereka tekad berjuang di atas jalan ini hingga akhirnya mati dalam iman. Begitulah seterus nya nasib tabiin, tabi' tabiin, dan pejuang-pejuang islam yang lain.
Darah mereka satu titik demi satu titik menitis di atas jalan ini, dan mereka mati tersungkur dengan senyuman penuh kemanisan terukir di bibir mereka. Dengan cahaya Allah yang indah terpancar dari muka mereka, yang tidak pernah menghadap kecuali kepada Allah semata-mata.
Inilah jalannya, Tariqul Haq~! Jalan kebenaran.

"Katakanlah, "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang mensyirikkan."(Yusuf 12:108)"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikuti mu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka . Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : “ Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama - samamu” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar - benar orang yang berdusta."(Taubah 9:42)
Di atas jalan yang kasar ini, tiada permaidani merah yang menambah glamor. Tiada sofa dan tilam untuk berehat. Tiada televisyen dan WD untuk menghiburkan diri. Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja.
Yang ada hanyalah hiasan-hiasan yang menjadikan nya sangat indah.
Hiasan yang sama yang disajikan kepada para sahabat ar-rasul ketika merasai kemenangan dan kekalahan (tiada erti kata kalah buat orang islam). Hiasan sama yang dirasai oleh pejuang-pejuang sebelum kita, generasi-generasi IKRAM sebelum kita.
Ukhuwwah itulah hiasannya.
Ukhuwwah yang menyebabkan program yang panjang berjela-jela terasa sangat sebentar. Jaulah yang jauh tidak kepenatan. Mukhayyam yang sukar itu terasa sangat senang. Dan jalan dakwah yang mendesak jiwa ini, terasa sangat penuh dengan cinta. Penuh dengan keakraban. Kasih sayang. Khabaran yang baik. Kata-kata yang menenangkan. Pandangan mata yang indah. Janji-janji yang menenteramkan hati. Dan di setiap penjuru jalan ini, terasa sangat selamat dan terjamin keselamatannya.
Ukhuwwah ini, bukan indah semata-mata ketika kita sama-sama seronok, bersemangat dan tampak beriman.
Ianya sangat-sangat diperlukan ketika jiwa ini diuji. Ketika solat tidak lagi rasa ruhnya. Bila doa tidak lagi diyakini mustajabnya. Ketika ditimpa musibah harta, iman dan keluarga. Sewaktu yang mencabar itulah, perhiasan ini menghias.
Ketika kita sedang futur lah, hak ukhuwwah itu dituntut untuk ditunaikan. Bila kata-kata tidak lagi berguna. Di waktu inilah, pelukan seorang sahabat terasa sayangnya. Ketika inilah, bila kita sama-sama menangis, terasa dekatnya Allah dengan kita. Betapa Allah mengasihi kita atas kasih sayang sesama kita kepadaNya.
Sewaktu itulah, terasa berat yang amat ketika ingin berpisah. Seolah-olah pertemuan dan perpisahan itu adalah buat sekian kalinya. Takutnya jika diri ini mati dalam perjalanan meraih pertemuan seterusnya, hingga tidak mampu merasaikan kehangatan ukhuwwah ini lagi. Ah rindunya~
Maka ikhwah dan akhwat sekalian,
Dalam sebuah hadis yang masyur, apabila dalam hati terlintas kasih dan sayang pada akh/ukht kita (sesama jantina please), maka kita disarankan untuk meluahkannya, bukan memendamkannya. Agar kasih sayang itu turut sama dirasai oleh sahabat kita, hingga keseluruhan jemaah dakwah ini merasai kehangatan ukhuwwah dalam semua program mereka bersama.

Meluahkan dengan lafaz : Ana uhibbuka fillah. Aku mencintaimu (akh) kerana Allah.
Kepada akh yang dilafazkan cinta kepadanya, diucapkan kata balasan. Alangkah indahnya sunnah yang diterapkan dalam kelompok as-salaf terdahulu. Semoga kita merasai ruh yang sama, hingga mampu mati demi ummah.
Doa Balasan Uhibbuka Fillah
أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ
“Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya.” [221]
[221] HR. Abu Dawud 4/333. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/965.
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

2 comments:
uhibbuka fillah =)
benar ya akh..
segala2nya manes bile disaluti cinta dan kasih sayang yang mewarnai sepanjang perjalanan ini...
akui..turut merasai..
Post a Comment