Thursday, November 11, 2010

Di sekitar Narawastu Ilmu





Apakah itu narawastu ilmu?
Apakah itu kemanisan ilmu?
Apakah itu keharuman ilmu?
Apakah itu kelazatan ilmu?

Bilakah kita dapat merasainya?

Itulah apabila setiap ilmu yang kita dapat itu menambah pengetahuan kita tentang Allah. Apabila dengan ilmu yang diperoleh, dengan hidayah dan kasih sayang yang dirasai itu, kita semakin mengenal Allah. Apabila dengan ilmu, menambah keakraban kita dengan Al-Kholiq, Allah Az-Zawajalla.

Maksud ilmu, bukan untuk menghasilkan bijak pandai semata-mata. Ia bukan untuk menghasilkan pakar dalam bidang-bidang tertentu; sains, matematik, sejarah, psikologi malah syariah sekalipun. Tapi adalah untuk melahirkan sebuah nilai kemulian, iaitu takwa.

Dengan ilmu, seorang hamba mengetahui maksud penciptaanya. Dengan ilmu seorang perdana menteri mengetahui kerendahannya. Dengan ilmu, seluruh umat manusia mengetahui kedudukannya di sisi robb. Mengetahui nilai mereka dengan setiap apa yang mereka kerjakan. Mengetahui bahawa setiap perbuatan mereka akan ada pembalasannya. Akan adanya surga dan neraka. Akan adanya alam yang abadi. Dan akan sesungguhnya mereka hanyalah menumpang di dunia ini, bukan tinggal selama-lamanya mengumpul harta sia-sia.

Bila seorang muslim, berilmu, ia tidaklah menjadikannya ujub hingga menghina orang yang kurang berilmu berbanding dirinya. Namun sedar dan tahu bahawa ilmu itu, pengetahuan itu juga akhirnya milik Allah, akan menyebabkan dirinya tidak henti-henti menuturkan ilmu-ilmu itu sehingga ia benar-benar tertanam kukuh di dalam hatinya. Ya, ilmu bukan sahaja penuh di otak, tapi ia membumi subur di dalam hati. Di dadanya, hingga mampu membunuh hujah-hujah syaitan durjana.

Dengan ilmu, imannya tidak akan terpenjara dalam dirinya. Ia akan melihat sejarah orang-orang terdahulu yang juga beriman dengan ilmu, akhirnya tidak meng0ngkong diri mereka di masjid-masjid dan biara-biara. Ilmu itu akan membuatkan imannya meronta-ronta, ingin menggerakkan setiap otot yang ada dan mengerahkan segala keringat hingga ke hujung nyawanya.

Hakikat ilmu itu akan membawa orang yang berilmu itu untuk berdakwah di jalan Allah, seterusnya menjual segala yang ada pada tubuh badannya di jalan Allah berjihad di jalanNya hingga tiada lagi darah yang mampu keluar mengalir untuk memperoleh maksud perjuangannya.

Ilmu yang ada akan mengajar hamba yang berilmu itu bahawa dunia ini hanyalah platform sebelum tibanya hari pembalasan. Dan maut akan menjelma, maka kautlah sebanyak mungkin hasil dunia untuk perolehan di akhirat. Ilmu itu menyebabkan orang yang berilmu tidak lagi ingin membazirkan masanya bergelumang dalam perasaan yang tidak pasti. Ia akan mencodak-codak tidak keruan ingin menggapai kematian dalam kemulian yang kedudukannya itu jauh lebih mulia daripada maksud-maksud lain dunia. Ia akan sentiasa berfikir, bagaimana akhirnya ia dapat mati syahid. Pengetahuannya tentang bidadari syurga yang sangat mengiurkan, menyebabkan perasaan rindu pada mereka tidak dapat dibendung lagi. Mereka ingin mati syahid hari ini juga!

Namun apabila seorang itu berilmu, jihadnya juga dengan ilmu bukan ikut-ikutan. Hamasahnya juga terbimbing dengan ilmu, maka ia tidaklah gelojoh mengejar matlamatnya, melainkan menjadi orang yang terancang setiap hayun langkahnya, agar matlamatnya itu akhirnya berada dalam genggaman kedua belah tangannya.

Itulah yang menjadi intisari ayat pertama yang diturunkan kepada Rasul. Bacalah; walhal Rasulullah tetaplah seorang ummi hingga ke hujung hayatnya. Ingin mengajar kita, siapakah tuhan yang sebenarnya; "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan".

Tahu. Hanya dengan pengetahuan, akan berbuahnya keimanan. Dan keimanan itu, hanya dengan pengetahuan dapat melahirkan tindakan. Dan amal itu, hanya dapat terarah dengan betul, berada dengan haq atas tariqul haq ini jika sekiranya dilaksanakan dengan ilmu juga.

Itulah rahsia mengapa datangnya al-Fahmu sebelum ikhlas. Seseorang yang tidak faham, tidak akan pernah dapat melahirkan keimanan dalam dirinya. Walau serendah manapun ilmu di dada, yang pentingnya faham dan imani.

Dan timbalah ilmu sebanyak mungkin, agar semakin dekat dirimu dengan tuhanmu...

Wahai manusia, bebaskanlah diri anda dari penjara kejahilan!

10 comments:

Al-Mufakkir Hamidi said...

Apa makna jika ilmu yang kita pelajari tidak menjadikan kita sedemikian?

Abu Khalid said...

Akhi, paragraph yang mana ya?

Anonymous said...

spot on.

Al-Mufakkir Hamidi said...

Maksud ana,

apa makna jika ilmu yang kita pelajari tidak menjadikan diri kita sepertimana dalam tulisan anta, yakni ilmu yang dipelajari tidak mendekatkan diri kepada Allah, menjadikan diri kita semakin ujub, menjadikan diri semakin takabbur dan suka merendah-rendahkan orang lemah, dan seumpamanya...

Bagaimana kita nak pastikan bhw ilmu kita betul2 dpt mendekatkn diri kpd Allah? Betul2 mendapat Narawastu ilmu?

Abu Khalid said...

Oh, sedemikian itu adalah 'Narawastu ilmu'.

Sebelum itu, perlu kita tahu, bagi orang yang beriman, Narawastu ilmu adalah TAQWA itu sendiri.

Ok.

Biar ana restructure soalan nta:
(Dengan izin nta :))

Apa kita perlu buat untuk dapat rasa taqwa dari ilmu kita itu?

Abu Khalid said...

Halawatul iman= Taqwa= Narawastu ilmu

Abu Khalid said...

1. Pastikan niat untuk Allah. Bersihan niat menuntut ilmu selain untuk menggapai mardhatillah.

2. Pastikan ilmu kita mencenderungkan diri kita untuk rasa ini:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

3. Ilmu untuk akhirnya membumikan islam (iman) dalam segala apa yang kita buat di atas muka bumi ini

4. Ilmu yang akan menambah iman dan taqwa hingga kita tak sabar-sabar untuk berkongsinya dengan orang lain (dakwah)

5. Ilmu yang akan memaksa kita untuk menggunakan segalanya yang kita ada untuk menegakkan iman itu di seluruh alam (jihad)

Hingga kita sanggup korban:
-masa lapang
-nafsu makan
-nafsu seks
-nafsu macam-macam

Itu pendapat ana; untuk benar-benar dapat rasa narawastu ilmu

Hebatnya jika berilmu

Abu Khalid said...

Jangan lupa berdoa banyak-banyak

Al-Mufakkir Hamidi said...

:)

Jawapan mudah,
tapi sukar utk dapatkannya.

kdg2 ana rasa putus asa,
utk tambah ilmu.
rasa takut pun ada.

Setiap kali ana cuba dptkn ilmu baru, pasti hati ana dilanda dgn penyakit2 hati (Ujub, Riya' Takabbur etc)

---

Nak merasai halawatul iman pn satu hal. Ana cuba merasainya, tapi hnya dpt skejap shj. kemudian ia trus mghilg.

p/s: ana ada satu masalah, tp ana malu nk bgtau Murobbi ana. ana kongsi dgn anta blh? Melalui emel. Jika tak keberatan.

Abu Khalid said...

Boleh akhi

Sila-sila, ana cuba semampu ana
Ana manusia, dan ana pun ada masalah juga :)


profhussaini@gmail.com

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]