Showing posts with label Ku Ingin Daki Tangga Amalan itu... Bantulah Daku.... Show all posts
Showing posts with label Ku Ingin Daki Tangga Amalan itu... Bantulah Daku.... Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Kerana sebiji epal



Tersebut suatu kisah yang mahsyur, seorang pengembara kelaparan singgah sebentar di sebuah sungai lalu ia terjumpa sebiji epal yang sedang tenggelam timbul di dalam air itu... dipendekkan cerita (aku lupa kisah ini secara detail & malas nak cari sumber yang sahih, kalau melalut takut jadi seperti cerita hikayat Hang Tuah atau Hikayat Merong Mahawangsa pula) dia terpaksa bekerja dengan pemilik kebun dalam tempoh waktu yang lama dan dipaksa berkahwin dengan anak perempuannya yang serba kekurangan. Pada malam yang entah ke berapa, alangkah terkejutnya pemuda tersebut, gadis itu ternyata sangat sempurna (di matanya), dan sangat berbeda dengan apa yang digambarkan oleh sang ayah mertuanya (dah boleh panggil ayah dah). Dan kita semua tahu apa jawapannya.

Untuk sumber yang lebih sahih, rujuk lagu "Cari Pasangan" nyanyian Rabbani.

Ada 3 ibrah yang aku nak petik sesuka hatiku:

  • Berbaik sangkalah pada Allah. Apabila lelaki tersebut terasa bertanggungjawab & berusaha cari pemilik buah epal yang sudah diratahnya dengan lahap. Apabila disuruh untuk buat macam-macam yang tak logik selama beberapa tahun kerana sebiji epal. Apabila disuruh untuk berkahwin dengan seorang gadis yang serba kekurangan, malah cacat! Diburukkan keadaan lagi, kebanyakan akhawat setuju dengan konsep poligami, asalkan bukan menimpa diri sendiri. Konon-kononnya itsar tapi hampeh je. Bayangkan betapa hebatnya optimistik pemuda itu. Kita?

  • Jagalah martabat diri kita. Tak kisah lah ikhwah ke akhawat, sama je. Nampakkan betapa pemuda tersebut sangat bertanggungjawab, dan menjaga kehormatan dirinya? Bila dilihat kritiria sang isteri itu, terasa nak menitis air mata. Sangat sukar mencari peribadi-peribadi mulia sebegitu, sedangkan dakwah memerlukan ia lahir dari celah-celah ummah untuk menjaga mereka. Du'at kena menjaga peribadi mereka dan tsiqah mereka dalam masyarakat, agar martabat masyarakat ini turut sama diangkat, sebagaimana islam itu dijulang. Tengok dalam FB, ikhtilat, tabarruj, aurat, wahan, takassur... Aduai...

  • Tokoh islam itu lahir dari baitul muslim. Siapa sangka, kisah yang dipetik itu ialah kisah mengenai ayahnya Imam Syafie? Ya. Betapa hebatnya imam Syafie yang menjadi salah seorang daripada 4 imam mazhab Fiqh, bukannya secara magiknya lahir dari sekolah-sekolah pondok semata-mata, namun dari ibu dan bapa yang hebat. Kena datang dari ibu dan bapa yang ada misi yang jelas untuk melahirkan tokoh dalam keluarga mereka. Itu pengajaran yang turut sama dipetik daripada kelahiran Maududi, Hasan Al-Banna, Muhammad Al-Fateh dan banyak lagi tokoh-tokoh islam. Pengajaran buat kita? Kita kena ada cita-cita dan pentarbiyahan yang drastik, bukan sahaja untuk pembinaan diri kita menjadi pemimpin masyarakat, tetapi juga untuk melahirkan khalifah dari baitul muslim yang kita dirikan!


*Aku rasa kisah ini sangat dekat dengan diriku. Entah kenapa.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Wednesday, September 29, 2010

Suatu Kepastian




Pernah dengar ayat quran:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai pernikahan"?


...

Pasti tidak pernah. Yang selalu kita dengari dan tadabburi ialah:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"


Sibukkanlah diri dengan apa yang pasti. Janganlah disebabkan oleh apa yang tidak pasti, kita menggadaikan apa yang memang pasti akan terjadi; matlamat hidup kita itu sendiri.

Semoga seandainya ada pernikahan itu, ia memperkukuhkan matlamat kita.

Kepada al-akh Shazwan Abdul Halim, al-akh Qayyim Hafidzi, al-akh Tuan Mohd Taufik, al-akh Syazwan Abdul Syukor dan al-ustaz Aqib Ahmat; tahniah kepada kalian. Jangan nak berlagak sangat pula.

Kita sama-sama mendaki gunung kehidupan ini. Sama-sama masuk ke dalam bangunan tarbiyyah dan sama-sama turun ke medan dakwah.

Kepada sisa-sisa keluarga usrah ini, duduklah dan lihatlah. Kita tidak berada dalam status Facebook yang sama, namun masih dalam daerah hati yang sama. Semoga terus tsabat dalam dakwah tarbiyyah ini.




Sunday, April 4, 2010

Nawaitu




Segala amalan bermula dengan niatnya.



Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kekayaan, maka dapat lah anda kekayaan itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan perempuan cantik mukanya, maka dapat lah anda kecantikan mukannya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan lelaki yang bertubuh sasa dan berkulit halus, maka dapat lah anda kulit dan ototnya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemuliaan, maka dapat lah anda rasa mulia itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemasyuran, maka dapat lah anda kemasyuran itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kepandaiannya, maka dapat lah anda kepandaian itu.

Kalau niat kahwin sebab satu negeri, maka dapat lah anda orang yang negeri yang sama itu.

Kalau niat kahwin sebab satu tempat kerja, maka dapat lah anda orang yang kerja sekali dengan anda itu.

Kalau niat kahwin sebab jemaah/persatuan/usrah yang semuanya ngarut-ngarut belaka, maka dapat lah anda bersama dengan jemaah/persatuan/usrah yang ngarut tapi anda sayang itu.

Kalau niat kahwin sebab nak jaga hati naqib, maka dapat lah anda hati naqib anda itu, dicintai dan dapat naik level cepat, pastu dapat jadi mursyidul am cepat sikit (in your dream la brother).

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan redha ibu bapa, maka dapat lah anda keredhaan ibu bapa.

Kalau niat kahwin kerana berkehendakkan keredhaan Allah semata-mata, maka dapat lah Allah dan Rasul dan Islam dan Dunia dan Akhirat.





Sungguh, Allah tidak menciptakan 2 hati dalam 1 rongga. Pilihlah niat anda sekarang.

Sila muhasabah niat anda dalam setiap apa yang anda buat juga.



~~*~~


Anda sudah boring membaca bab Baitul Muslim? Sila baca blog orang lain. Saya tidak rugi apa-apa selain rantaian pahala yang berkurang dan bertambah.

Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam.

Sunday, February 21, 2010

Rumah (Tangga) Dakwah




Tarbiyyah mengajarkan kita bahawa, dalam mengharungi Proses Tarbiyyah ini, ia memerlukan beberapa unsur yang perlu ada dalam pembawaannya.

Pertama, Murobbi yang mentarbiyyah dan mendidik seorang Mutarobbi itu. Tanpanya, suatu wahyu tidak tercapai dan hati tidak dipaut untuk menghadap ilahi.

Kedua, Mutarobbi yang tanpanya, hanya ada guru, tetapi tiada murid-murid. Kepada ia matlamat pengajaran ilmu. Dan semua orang adalah mutarobbi yang punyai murobbi.

Ketiga, Manhaj. Inilah syllabus. Inilah matlamat pengajaran. Inilah Al-Quran dan As-Sunnah. Dan segala apa yang dibekalkan oleh Rasul dan para as-salaf kepada kita sepanjang kehidupan mereka.

Ar-Rasul, Muhammad SAW adalah Mutarobbi kepada Allah. Ar-Rasul adalah Murobbi kepada Para Sahabat seleruhnya. Merekalah yang menjadi Murobbi kepada kita dengan pelbagai wasilah (Cara / Medium) agar akhirnya, mesej ilahi sampai kepada kita hari ini. Kerja ini terus dijalankan. Kerja untuk menyampaikan manhaj, yang hanya berguna dengan adanya ketiga-tiga unsur itu.

Begitulah berjalannya tarbiyyah, jalan dan jalan, hingga kepada hati yang menyahutnya dengan sebenar-benar perasaan.

Namun, meniti sebuah sejarah kehidupan. Kita melihat bagaimana akhirnya suatu episod tarbiyyah melalui usrah ini tamat akhirnya di zaman Ar-Rasul sudah mampu mendirikan sebuah negara. Perjalanan sebuah dakwah dan tarbiyyah yang penuh dengan kerahsiaan pada dulunya, di zaman makiyyah, akhirnya menjadi jahar (terbuka) di fasa madaniyyah.

Ia menuntut kita untuk memahami, bahawa kerahsiaan dakwah yang dibuat itu (dengan arahan Allah) adalah menurut peringkat bagaimana terlaksananya suatu unsur yang tidak terlihat dalam proses tarbiyyah itu. Ia akan berkembang dari peringkat ke peringkat hingga seorang islam dapat merasainya turut berkembang dalam amal mereka.

Unsur itu mempengaruhi bagaimana suatu wasilah itu digunakan. Bagaimana suatu harakah bergerak. Juga bagaimana pemikiran ummat islam pada waktu-waktu tertentu. Ia lah yang disebarkan oleh seseorang itu sehari hari. Itulah biah (Suasana). Unsur yang ingin seseorang capai dalam diri mereka hinggalah alam ini ialah biah solehah (Suasana yang baik), yang hanya ada dengan islam, bukan dengan Jahiliyyah.

Biah inilah yang terbentuk dalam diri seorang ketika berkenalan dengan islam hingga hatinya celik dan tidak henti-henti bertasbih memuji pencipta. Biah ini jugalah yang bertasbih ketika dirinya itu dengan penuh kobaran perasaan menyebarkan risalah, hingga dirinya mengehendaki biah ini, lahir dalam masyarakat sekeliling, negara dan seluruh dunia. Kerana ia yakin biah solehah, biah robbaniyyah ini sahaja yang benar-benar dapat menyajikan kepuasan kepada sebuah penghidupan insan. Ia lah yang memberikan nilai kehidupan hingga saat kematian di hujung perjalanan, namun dengan senyuman kepuasan terukir.

Biah inilah yang sentiasa memberikan seorang daei itu suatu ketsabatan dalam perjuangan, kerana ia merupakan perlindungan kepadanya dari dunia yang penuh dengan anasir-anasir kecelakaan jahiliyyah yang tanpa putus-putus menodai kesucian perasaan.

Kerana ketidakhadiran biah ini dalam keluarga, sang anak sedar, akhirnya ia perlu mencari sel islami lain yang membenarkannya merancang agenda besar. Bak kata Mustafa Masyur, Usrah itu didirikan untuk menggantikan keluarga yang tidak dapat mendidik anaknya. Dengan kelompok kecil yang mendidik ini, harapnya inilah keluarga baru yang dapat menjadi tunjang kepada pengislahan sebuah komuniti masyarakat. Murobbi adalah ayahnya, yang memberikan segala keperluan sang anak. Manakala, Mutarobbi adalah anak-anak yang taat kepada sang ayah dan bertaut kepada sang ayah, hingga ia benar-benar dapat menjadi ayah kepada keluarga-keluarga dakwah yang berkehendaklah tangan-tangan mereka.



Rumah Ikah / Badar / Baituna / RI / Patih

Di sini aku tidak ingin membincangkan teknikal pembinaan rumah-rumah markas ikhwah akhwat. Bukan ingin membincangkan soal pembayaran bil rumah, bil api atau perlantikan ketua ajk basuh pinggan rumah. Tetapi aku ingin membincangkan soal rumah ikhwah, dalam erti mewujudkan biah islami dalam diri, dan keperluannya dalam menggiatkan suatu amal dakwah.

Seorang daei itu seharusnya tajarrud (memutuskan diri) dari jahiliyyah sepenuhnya. Tidak wajar bagi seorang daei, mencela dan mengutuk jahiliyyah sedang dia masih bergelumang di dalamnya. Dan untuk dirinya itu berlepas diri sepenuhnya dari jahiliyyah itu, ia memerlukan rakan-rakan lain yang akan tidak putus-putus mengingatkan sang daei akan pentingnya tilawah al-quran, qiam al-lail, membaca, meninggalkan perkara lagha dan lain kemaksiatan. Mengingatkan bukan sahaja dengan memutar belitkan lidah, namun menasihati dengan amalan.

Biah itu pastinya berhasil menjadikan seorang daei itu benar-benar islam dan bersedia untuk dicampakkan ke dalam api jahiliyyah agar dapat menyelamatkan kawan-kawan nya yang lain di dalam marak api itu. Lantas dari api itu, akan keluar daei itu dengan kawannya di kedua-dua belah tangannya. Dengan rambut sedikit kerosakan akibat dijilat api serta muka yang tercalit arang, ia tidak henti-henti memuji kebesaran ilahi.

Ia kembali mencuci badannya dan pakaiannya. Mencuci kawan-kawannya yang baru sedar dari kepanasan jahiliyyah dan seterusnya bersedia untuk kembali ke dalam api, untuk sama-sama menyelamatkan kawan-kawan yang lain pula.

Rumah ikhwah, bukan sekadar sebagai markas merancang dakwah, tempat buat usrah, atau tempat letak barang-barang terpakai (barang-barang program), tetapi ia adalah tempat menjana biah. Hingga akhirnya seorang daei itu benar-benar sedar, bahawa inilah biah yang ingin diwujudkan dalam masyarakatnya, dan juga sedar, bahawa biah kemaksiatan di luar itu adalah sebuah pakej umrah ke neraka. Yang perlu dipadam apinya, dengan air-air suci robbani.



Asyik-asyik pasal kahwin~!

Apabila bercakap tentang Bait-ul-Muslim (BM), ikhwah akan cenderung berfikir tentang Al-Akh bernikah dengan Al-Ukht.

"Akhi, apa cerita BM nta?"

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar"

"Bila rancangnya nikah tu?"

"Hehe, dah 23 tahun BM tu terlaksana" (Merujuk kepada BM antara ummi, abi dan aku)

"???"


Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebuah perkahwinan bukan sekadar pertemuan 2 belahan pinang bagi memuaskan kehendak biologi mereka, atau menjadi perhiasan mereka semata-mata, tetapi ada matlamat yang lebih besar ingin tercapai. Ia sekadar hadaf (objektif), bukan ghoyah (matlamat akhir).

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang hebat dalam dunia islam, semuanya lahir dari keluarga yang islami. Seorang mujaddid, tidak lahir dengan niat mereka semata-mata, tetapi bermula daripada niat seorang atuk, ataupun seorang ayah!

Lihatlah Hasan Al-Banna. Lihatlah Maududi. Lihatlah Sayyid Qutb. Mereka semua adalah insan-insan yang ibu bapa mereka sangat mementingkan tarbiyyah anak-anak mereka. Islam adalah matlamat hidup mereka dan keluarga mereka. Biah yang terhasil dalam rumah-rumah mereka menyebabkan mereka sangat takut untuk keluar dari rumah mereka, dan sangat merindui suasana, biah di rumah mereka setiap relung masa yang ada.

Tidak keluarga mereka menyerahkan sahaja anak-anak mereka untuk dibentuk, ditarbiyyah oleh sistem sekular negara. Juga mereka tidak menyerahkan anak-anak mereka bulat-bulat ditarbiyyah oleh ikhwah-ikhwah lain semata-mata. Tetapi pentarbiyyahan itu bermula seawal di rumah, sang ayah sebagai naqib mereka yang pertama dan utama.

Berkahwin bukan untuk nafsu, tetapi untuk lahirkan para mujaddid!





Tuesday, December 8, 2009

Selamat Pengantin Baharu! (Another Theory of Mine)






Bulan 12, Musim Mengawan

Hari berganti hari. Kini sudah tiba musim cuti sekolah, juga musim ikhwah akhwat disatukan dalam sebuah rumah tangga dakwah. Hari minggu dalam diariku penuh dengan nama-nama dan alamat-alamat mempelai-mempelai di serata Malaysia. Tidak kurang juga ada undangan yang tidak dapat dipenuhi kerana ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan.

Ada ikhwah yang akan menamatkan zaman bujang 30 tahunnya. Adik yang berumur 21 tahun juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan syariah dalam dirinya itu, menyempurnakan separuh keislaman mereka. Dari Johor (Taufik), Skudai (Amin), Batu Pahat (Zahid), Cheras (Nazif), Kota Bharu (Hariff), Melaka (Bakri), Terengganu (Hartono) dan Putrajaya (Musab). Sungguh, hati ini rasa sangat gembira dengan kejayaan mereka dan terasa sangat bersalah kerana tidak dapat hadir kebanyakan jemputan itu. Sejarah diri ini, tidak pernah melepaskan peluang mengaut ruh-ruh 'perjuangan' mereka walau sesempit manapun diri ini, ini merupakan kali pertama.

Semoga aku juga dapat mengiringi kalian suatu hari nanti dalam pertemuan yang penuh barakah. Jangan bertawakkal dengan mata dan materi kalian, bertawakkalah dengan Allah. Hari-hari selepas ini tidak akan seperti dahulu lagi. Kalian tidak akan memikirkan perut kalian sahaja, masa kalian sahaja atau segala kepentingan kalian seorang sahaja. Akan ada teman setia yang perlu kalian pimpin tangannya dan tuntun setiap langkahnya, seiring dan senada.

Rumah ini, rumah ikhwah ini kehilangan 4 orang pejuangnya, (walaupun mereka ini memang jarang tidur di rumah, semua ini gara-gara dakwah!). Akan sunyi dapur kita dan akan bertambah sewa rumah bulanan yang perlu kami bayar kerana pemergian duti bulanan kalian.

Jangan putus-putus memuji Allah atas anugerah ini. Sesungguhnya kemanisan yang dikecapi adalah ketentuanNya. Manis. Bertambah manis apabila pendamping hati adalah seorang isteri yang juga seorang serikandi dakwah. Siang malamnya adalah untuk Allah. Aku pasti kalian akan bertambah seri. Seberseri muka Akh Bakri sebentar tadi. (^-^)

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah),

Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai,

Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

(An-Nasr 110 : 1-3)


"Barakallahulaka wa barakallahu alaika wa jam'akuma fi khoir"

Semoga diberkahi Allah kepada mu
Semoga diberkahi Allah ke atasmu
Semoga dipertemukan Allah kedua mu dalam kebaikan






Berakhirlah suatu perjuangan

Teringat zaman-zaman bujang dahulu. Pengalaman bermujahadah melawan nafsu remaja yang memuncak. Diri mana yang tidak terdorong untuk berpacaran dalam dunia kini yang tidak putus-putus menawarkan 'kebahagiaan segera'.

Iklan-iklan mengiklankan cinta. Drama dan filem menceritakan cinta. Komik menggambarkan cinta. Novel membicarakan cinta. Hinggakan terasa hanya diri seorang ini tidak bercinta dalam zaman ini. Seringkali dianggap orang yang berakal kuno kerana tidak mempunyai teman wanita. Tidak kurang juga mengatakan diri ini jual mahal, nak yang cantik-cantik sahaja. Mungkin ada benarnya, bukan senang nak cari yang benar-benar imannya (Al-Mumtahanah : 10).

Apa-apaan pun, diri ini tetap dengan prinsip seorang muslim, pantang berpacaran sebelum pernikahan. Jari manis ini sudah bersarung berjenis-jenis cincin, berlakon sudah bertunang sekian lama, takut andai tragedi pancing memancing terkena umpannya. Status married di frienster dan facebook juga dijadikan perisai dari umpanan. Bukan mudah menjaga iman.

Namun itulah, kita kadang-kadang digoda dengan pelbagai sumber. Mata, minda dan telinga. Dan akhirnya berjaya dengan sebuah pernikahan, segala puji hanya untuk Allah. Tamatlah sebuah episod mujahadah yang panjang. Kesengsaraan dahulu kini membuahkan kebahagiaan. Hasil petunjukNya dalam istikharah itu, terjadinya suatu perjanjian yang kukuh, terbinanya sebuah 'Mahligai Kebahagiaan'.


Walaupun Usia Kita Masih Muda
Janganlah Kita Hanyut Dalam Arus Dunia

Kerana Ajal Tiada Mengenal
Tua Atau Muda Umur Dan Usia

Jikalau Kita Dipanjangkan Usia
Janganlah Hingga Lalai Dan Leka

Bersyukurlah Kita Di Atas Segala
Nikmat Nya Yang Tidak Terkira

Awas Dan Waspada,Jangan Terpedaya
Dengan Godaan Syaitan Durjana...

Hawa Nafsu Yang Kehausan
Harus Dileraikan Dengan Ketabahan

Banyakkan Ibadah, Tambah Saham Akhirat
Tingkatkan Iman, Amalkan Ihsan

Taman Syurga Melambai-Lambai
Kepada Mereka Yang Telah Berjaya

Mereka Di Sana Bersuka Ria
Di Taman Keindahan Mahligai Kebahagiaan

'Jannatunnaim'...
Haruman Raihan...
Nikmatnya Air Mata Salsabil...



Simpang siur pasti ditemui

Nasihatku (Az-Zariyaat 51: 55) kepada mempelai-mempelai ini, jangan harapkan kesempurnaan, tapi binalah ia. Benar, dengan nikah itu, sudah tertanggung akan dikau kesempurnaan dalam syahadah, namun tugas yang berat menanti kalian dengan rupa yang jauh berbeza.

Kalian ada masyarakat yang lebih luas untuk disantuni. Sebelum ini, mungkin sang ikhwah matanya terbuka memandang rijal-rijal sahaja, sudah sampai masanya mendengar rintihan-rintihan serikandi-serikandi dakwah pula.

Jika sebelum ini, orang-orang bujang ini tidak diiktiraf dalam komuniti setempat, tiada tanggungjawab dalam kejiranan itu (bak kata kariyah Surau Firdaus, Taman Kembang Sari), kini dikau akan merasainya. Bukan bersama orang-orang tua sahaja, namun kanak-kanak yang nakal-nakal itu juga. Malah dalam keluarga yang baru dibina ini, dikaulah ketuanya, pembuat keputusan itu.

Jika dahulu hanya keluargamu yang perlu difikirkan dalam apa-apa keputusan, kini ia bertambah dua kali ganda. Tidak lama lagi, kau akan ada anak yang akan mewarnai setiap detik dalam perhubungan ini, dan ini bermakna tugasmu bertambah lagi.

Namun, kau bertuah wahai saudaraku, kerana beban yang bertambah itu, tidak akan kau harungi berseorangan sahaja, kini kau sudah ada side-kick yang setia di sisi. Semoga kau tabah menghadapi segala-galanya.

Kepada ikhwah-ikhwah yang belum berjaya lagi, jangan risau, ntum boleh cuba lagi. Ada setahun lagi sebelum musim seterusnya. Aku sentiasa menunggu kad-kad jemputan dari kalian.

Pesanku, jangan mengharapkan perkahwinan dapat menyelesaikan masalah kalian. Jangan membawa masalah kalian ke dalam keluarga itu. Bertemulah ia dengan kemantapan dari segala segi, agar tidak porak peranda.

Pengalamanku (dari pengalaman orang lain), perkahwinan akan menyelesaikan masalah, namun pada waktu yang sama, akan ada masalah lain yang menanti. Jangan jadikan perkahwinan sebagai tempat mengumpul masalah-masalah peribadi, anda akan terkejut dengan masalah-masalah pasangan anda. Maka, ringankan jangan beratkan masalah. Biasalah, hanya mati yang akan menjadi rehat kita daripada masalah. Bersedialah.





Monday, September 21, 2009

Anda tidak tahu tentang BM... Tapi anda malu bertanya!



Adakah menjadi kesalahan jika kita membicarakan tentangnya? Sedangkan itulah foundation dakwah kita setelah Individu Muslim itu terbina. Isu ini hanya berani dibincangkan oleh pakcik makcik dan orang-orang tertentu sahaja. Yang lain-lain mengambil langkah samada diam ataupun mengeluh tentangnya di blog-blog mereka.

Tidak kurang ada yang mencemuh, menebarkan fitnah sesama mereka, atas inkuiri sahabat mereka tentang proses yang sudah pastinya tidak pernah mereka lalui. Bukankah menjadi hak seorang ikhwah untuk didoakan permintaannya, malah dibantu selagi termampu?

Tidaklah salah berkongsi ide tentangnya, selagi kita tidak "terawang-awangan", teori tanpa amal. Apatah lagi jika ia menyebabkan kita terlupa matlamat BM dalam Marotib Amal itu. Awas saudaraku, masih ku ingat kata-kata seorang pak ustaz ini,

"Jika nta nak hilang semua usrah-usrah yang nta bawa tu, berikhtilatlah"
(Ustaz A, 2008)

Jangan kerana ingin tegakkan ibadah, maksiat terlaksana. Dan kita semua sudah sedia maklum, tutuplah pintu maksiat itu, dengan ibadah, dengan membuka pintu-pintu pahala dengan Baitul Muslim.



  • Saya ni dah bersedia ke nak kahwin ni?
Soalan ini adalah soalan NAK ATAU TIDAK. Ia bukan berkenaan BOLEH ATAU TIDAK BOLEH. Sesungguhnya pilihan di tangan anda.

Dan apabila bercakap pilihan itu, kita sendiri yang buat, kita sendiri kena lihat sejauh mana kefahaman kita mengenai hakikat perkahwinan dalam islam. Maqasidnya, Rukunnya etc. Maknanya, pembacaan dan perkongsian perlu lebih meluas. Di sini letaknya kepentingan perbincangan sebegini.

Aku benar-benar bersyukur kerana wujudnya ikhwah-akhwat indonesia yang sudi menulis berkenaan hal ini, kerana ku saksikan betapa mandulnya produksi buku islami di Malaysia.

Jika diri sudah jelas sejelas-jelasnya akan hal ini, sudah pasti pilihan itu boleh dilakukan.

Jangan kita menjadi hamba yang menjadikan harta, rumah, kereta, akademik, WANG sebagai berhala. Yang kepadanya tempat kita bergantung.

Tapi ingat, ini tidak memberikan ruang kepada mereka-mereka yang malas untuk berusaha, sekadar tawakkal semata.

Bergantunglah pada Allah.




  • Ada ke ikhwah atau akhwat untuk saya?
Soalan ni soalan cepu emas juga. Kita sering melihat diri ini serba kekurangan. Dengan aib silam, kekurangan fizikal, kekurangan materi... yang sebenarnya akan ter-setel dengan sendiri jika masing-masing itu ikhlas dan faham kehendak perkahwinan yang berkah itu.

Ramai orang yang sekadar menunggu panggilan ilahi, seakan-akan akan datang putera atau puteri idaman yang mencari-cari mereka. Menanti "The Frog Prince". Jika tampak berusaha, macam terhegeh-hegeh pula. Dah nampak macam gatal sangat nak kahwin pun ada.

Ketahuilah sesungguh takdir telah ditentukan. Dakwat sudah kering dan pena telah diangkat. Jodohmu, Rezekimu dan Ajalmu, segalanya sudah ditentukan.

Kita tahu bahawa kita akan mati juga akhirnya, namun kita tetap terus berusaha merubat penyakit kita. Agar kita menjadi hamba yang benar-benar bersyukur, atas segala nikmat yang dikurnia Allah.

Kita tahu bahawa rezeki kita telah tercatat. Masih terngiang-ngiang kata-kata Sang Murobbi,

"Kalau sumur kering, minta sahaja sama Allah..."
... Tapi kita terus gigih berusaha kini. Belajar dengan tekun. Bekerja dengan keras. Untuk mencari secicip rezeki itu untuk keluarga kita.

Begitu juga dengan jodoh. Ya, ia sudah ditentukan. Dan anda ada peranan dalam mendapatkannya. Jangan dikenang dek perigi mencari timba, jika itu kemusykilan yang timbul. Kita turuti sahaja kehendak agama kita, sebagaimana yang telah digariskan dalam kisah-kisah para sahabat dan sahabiah yang masyur,,,




  • Saya bimbang tak kawin pula. Akhwat dah la "jauh" lebih ramai berbanding ikhwah...
Ikhwah akhwat yang ana kasihi sekalian,

Secara idealnya, itulah masyarakat yang ingin kita bentuk. Apabila individu-individu yang benar-benar faham tanggungjawab mereka sebagai manusia ini, mendirikan baitul dakwah. Yang akan melahirkan du'ah, yang bakal menerajui pengislahan masyarakat kita ini.

Tetapi realitinya kini, nisbah ikhwah akhwat sangat tidak seimbang. Jangankan di lokaliti, malah malaysia dan seluruh dunia juga begitu.

Pernah seorang ikhwah Indonesia menyatakan sedemikian rupa juga. Itulah cerminan dunia kini. Ada ikhwah (yang otai ni) yang berani menyatakan, nisbah ikhwah kepada akhwat ialah 1:9 !!!

Jadi bagaimana ingin dibentuk ya masyarakat islam kita? Apakah nasib akhwat kita ini. Berkahwin di hujung usia atau sekadar menanti bidadari lelaki di syurga?

Sahabatku,

Fitnah terhadap orang bujang yang menimpa dulu dan kini, fitnah itu lebih berat ditanggung oleh kaum perempuan.

Bermusyawarahlah dengan kelompokmu, sungguh, tidak sedikit ikhwah yang mengecapi nikmat iman dan islam hanya setelah berkahwin dengan ukhtuna. Si suami hanya mengenal jalan dakwah setelah perkahwinan.

Tidak sedikit pula akhwat kita yang hilang sudah tsiqahnya terhadap jalan ini, setelah bernikah dengan ikhwah fillah. Terhalang dakwah si isteri setelah menikah dengan ikhwah itu sendiri.

Dan sepanjang pemerhatianku, ramai sahaja aku lihat ikhwah-ikhwah ini (yang minoriti ini), yang belum berpunya, dan belum berencana untuk berkahwin, sedang ribuan akhwat memerlukan mereka. ~Aih, ramai yang lebih selesa menunggu perigi mereka. Atau sibuk dengan dakwah, dan takut binaan itu akan terganggu apabila mereka disibukkan dengan proses BMsasi.

Renung-renungkanlah...

Bagiku, pabila mengenang perkara ini, ada satu perkara yang perlu dilakukan:::
Dakwah ikhwah perlu diperhebat...!
Jangan biarkan saudara perempuan kita terkapai-kapai tanpa bimbingan,
Terkesima atas kelalaian dan kemalasan kita!!!


~~*~~


Post kali ini adalah sekadar perkongsian dan luahan perasaan, atas pemerhatian penulis. Pastinya ada kena mengena dengan ikhwah akhwat. Kalau terasa tu, alhamdulillah, semoga rasional menerima pendapat orang lain.

I'diluu (Berlaku adillah)

Thursday, August 27, 2009

.:Antara Nikah dan Dakwah:.




Kiri dan kananku kini, ikhwah seusia denganku sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka. Tidak kurang pula yang sedang melalui proses diperkenankan dengan bakal pasangan. Di ruangan blog dan kumpulan email, isu ini juga masih hangat, sedang hangat, dan semakin hangat diperkatakan. Sesuai pada pengamatanku kini untuk aku berkongsi apa yang aku rasakan.

Ikhwah, mungkin kaca mataku lebih terarah ke sana.

Bak kata-kata terkenal itu, pengakhiran yang baik adalah hasil daripada permulaan yang baik. Dan benarlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 24. Sesungguhnya akidah, niat kerana-Nya itulah ikatan yang paling kukuh yang akan memelihara rumah tangga ini. Semua bermula kerana Allah. Agar rumah tangga ini terpandu dengan manhajNya.


Apa yang berlaku?

Bukan main sibuk ku lihat tokoh-tokoh yang menguruskan BM (TKB) ini melayan ikhwah-ikhwah yang memerlukan pertolongan mereka. Membujuk. Mencadang. Memberi panduan. Dan ikhwah-ikhwah ini tidak putus asa berbincang sesama mereka apa yang terbaik untuk keluarga yang bakal dibentuk itu.

Borang-borang diperkemas, bertukar pendapat agar memberikan impresi yang terbaik kepada sang akhwatnya. Tidak cukup dengan itu, TKB dan sang Murobbi sentiasa menjadi tempat rujukan agar tajnidul amal ini tidak mengabaikan amal-amal yang lain pula.

Sang ikhwah siang malam beristikharah dan berdoa, agar pilihan bukanlah atas hawa nafsu yang meliar. Agar tepat pilihannya, untuk membina keluarga du'at, yang bakal membumikan dakwah mereka bersama. Tidak jarang ku dengar esakan mereka dan tangisan mereka di kala malam hari, dalam kepekatan malam, saat tubuh-tubuh lain membungkam di sebalik comforter masing-masing.

Saat sudah selesai taaruf dan beradanya mereka pada fasa khitbah, solat malam tidak pernah ditinggalkan. Istikharah habis-habisan tetap dijalankan, takutnya hati ini berbolak-balik, sedang peranannya sebagai qa'idul usrah (ketua keluarga) amat diperlukan.

Segala perancangan termaktubkan dan dibincangkan dengan pantauan TBM. Menjaga hati dengan niat tulus mulus ini. Mulalah segala pengalaman berada dalam persatuan digunakan. KPI, KRA... SP keluarga dalam jangka masa pendek, jangka masa panjang dikompilasikan bersama.

Sedar akan keperluan kewangan yang diperlukan, sang ikhwah tidak ragu-ragu untuk mengikat perutnya. Ada yang menyimpan sedikit daripada gajinya setiap bulan. Ada yang menyimpan separuh. Ada yang menyimpan hampir semua!! Semuanya untuk keluarga bayangan itu. Terdapat cerita yang kudengar, ada ikhwah sanggup makan roti gardenia kosong dan air sahaja setiap hari untuk menyimpan tabungan!! (Al-maklum ikhwah Malaysia miskin, tak macam ikhwah oversea).

Ada ikhwah yang tidak pulang-pulang ke rumah kerna sibuk bekerja siang dan malam. Teliti sungguh perancangannya. Sambil belajar, ada kerja dan ada kerja part-time lagi!! Kehulu-kehilir mencari penempatan untuk keluarga bayangan itu di sekitar KL dan Selangor ini, bukan mudah untuk berjumpa dengan yang besar, cantik, selesa, baik jiran tetangganya dan yang paling penting: MAMPU DIMILIKI (disewa).

Pada saat-saat inilah, tidak putus-putus sang ikhwah pulang ke kampung. Sampai di rumah, segala kehendak ibu dan ayah dituruti. Pada masa inilah, sang ikhwah mula melayan karenah adik-adik. Pada saat inilah, lalang-lalang di belakang rumah ditebas, pagar dicat dan pinggan mangkuk dicuci. Pada saat inilah, ibu dan ayah menjadi teman berborak.

Jika bab bacaan jangan cakap la. Mana ikhwah yang tak kenal buku pink (Di jalan dakwah aku menikah)? Ikhwah mana yang tak habis baca lagi "Indahnya berpacaran selepas pernikahan"? Semua buku Cahadi Takariawan dikhatamnya. Tak cukup dengan itu, segala buku berunsur Nikah dan Tarbiyatul Aulad memenuhi perpustakaan peribadi mereka. Menyediakan perpustakaan peribadi itu juga sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan biah tarbawi dalam keluarga itu.

Kes-kes halangan ibu bapa juga bukan perkara baru. Lantas kita lihat betapa bernasnya idea mereka merencana rancangan agar perkahwinan mereka berjaya. Macam-macam kes, tak perlu ana cerita. Pokoknya:

Begitu bersungguh-sungguh Sang Ikhwah dalam usaha menggapai cita-cita.



Dakwah kita (pernah) seserius ini?



Alangkah indah wahai ikhwah akhwat sekalian,
Andai air-air mata itu menitis di jalan dakwah... T_T
Menangisi pemergian tokoh-tokoh dakwah...
Menangisi kehancuran ummah...
Menangisi dakwah kita yang tidak mustajab...



Alangkah indahnya wahai ikhwah akhwat sekalian,
Andai Mas'ul kita menjadi panduan kita setiap masa, ^_^
Untuk menunjukkan kepada kita arah dan tujuan...
Untuk membimbing segala amal kita...
Bukan tempat bertaut ketika kalut nak BM sahaja...




Alangkah indahnya wahai ikhwah akhwat sekalian,
Jika kita laksanakan segala kesungguhan di atas ini, untuk Dakwah Islami kita...
Bacaan kita, hubungan dengan kawan-kawan kita, hubungan dengan ibu dan ayah kita, kerajinan kita, ibadah kita dan segala-galanya...



Sekarang,,,
Masih adakah ikhwah yang sanggup mengikat perut dan masa rehat mereka untuk dakwah?
Atau hanya sanggup bekorban sebegitu hanya kerana perempuan idaman hati mereka...
Alangkah berjayanya Westlife, Backstreet Boys dan Five, mencipta perempuan sebagai ilah kita.



Dan yang paling penting,,,
Masih adakah ikhwah yang mahu menggunakan sepenuhnya tenaga dan pemikiran mereka untuk menarik ummah dari kelemasan ini?
Atau kita masih mahu menjadi part-timer. Yang lebih sayangkan keluarga kita.



Adakah kita akan terus begini?
Adakah kita akan terus begini?
Adakah kita akan terus begini?


"...Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimipin bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Furqan:74)


"Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar"
(Al-Anfal:28)







Tuesday, June 16, 2009

'Ainul Mardiyyah, pujaan hati

AWAS: Paparan ini mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

AWAS: Sila dahulukan akal anda sebelum emosi ketika membaca paparan ini. Selamat mencuba!~





















Ada yang bertanya, akhwat bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?

Mana boleh ek?

Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..

Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).



Kalaulah diberi pilihan,,, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda...



Kalau diberi pilihan,,, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.



Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.



Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.

Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.



Ikhwah akhwat sekalian,

Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.

Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya... hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::


Al-Bidadari


Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!

Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.

Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.

Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.

Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.

Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.


"Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"

"Kebun-kebun dan buah-buah anggur"

"Dan gadis-gadis montok yang sebaya"

"Dan gelas-gelas yang penuh"

"Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta"

(An-Naba':31-35)



"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan"

"Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera"

Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan"

"Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya"

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal"

"Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai"

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe"

"Sebuah mata air yang bernama Salsabil"

"Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda..."

(Al-Insan: 11-19)




Wednesday, October 22, 2008

Di Sisi Mujahid ada Mujahidah...




Terkadang hati ini tertanya-tanya… Kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui Mujahidku… Diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari-hari ku…

“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu… Mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… Bersama-sama si Mujahid… Menemaninya dalam perjuangannya… Eh??? Perjuangan??? Ya Allah… Aku lupa lagi… Seorang Mujahid, tujuannya SATU… Berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… Walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan... Pengorbanan tetap diteruskan!!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?...

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si Mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya… Yg menjadi pendorong kepada perjuangannya... (Begitulah harapnya)... Mana mungkin pada masa yg sama, si Mujahid menyintai ku (Setelah bergelar ISTERI) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang... Ku legakan penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja... Ku cukupkan makan pakainya… si Mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” [9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si Mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar… Tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini… Tapi sanggupkah??… Sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si Mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si Mujahid perlu ke medan juang??? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si Mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si Mujahid yang teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang???... Sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah??? Sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin… Ummi-ummi kita… Lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… Lihat sahaja ketabahan hati mereka… Sehinggakan setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu

“Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka??? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga??? Mampukah aku mengingatkan si Mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya??? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi???

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu… Masanya belum tiba untuk kau memiliki si Mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang Mujahidah yang sebenar!!! HATI, janganlah kau sibuk mengejar cinta Mujahid, tetapi kejarlah cinta PENCIPTANYA… HATI, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu… Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih…. HATI, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan???… Tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya… Kau perlu tabah!!! Dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai HATI… Bersabarlah… Perjalanan kita masih jauh… Bersabarlah… Teruskan doamu… Hari itu akan tiba jua… Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak… Bersabarlah…..

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]