Sunday, April 7, 2013

Kerana sebiji epal



Tersebut suatu kisah yang mahsyur, seorang pengembara kelaparan singgah sebentar di sebuah sungai lalu ia terjumpa sebiji epal yang sedang tenggelam timbul di dalam air itu... dipendekkan cerita (aku lupa kisah ini secara detail & malas nak cari sumber yang sahih, kalau melalut takut jadi seperti cerita hikayat Hang Tuah atau Hikayat Merong Mahawangsa pula) dia terpaksa bekerja dengan pemilik kebun dalam tempoh waktu yang lama dan dipaksa berkahwin dengan anak perempuannya yang serba kekurangan. Pada malam yang entah ke berapa, alangkah terkejutnya pemuda tersebut, gadis itu ternyata sangat sempurna (di matanya), dan sangat berbeda dengan apa yang digambarkan oleh sang ayah mertuanya (dah boleh panggil ayah dah). Dan kita semua tahu apa jawapannya.

Untuk sumber yang lebih sahih, rujuk lagu "Cari Pasangan" nyanyian Rabbani.

Ada 3 ibrah yang aku nak petik sesuka hatiku:

  • Berbaik sangkalah pada Allah. Apabila lelaki tersebut terasa bertanggungjawab & berusaha cari pemilik buah epal yang sudah diratahnya dengan lahap. Apabila disuruh untuk buat macam-macam yang tak logik selama beberapa tahun kerana sebiji epal. Apabila disuruh untuk berkahwin dengan seorang gadis yang serba kekurangan, malah cacat! Diburukkan keadaan lagi, kebanyakan akhawat setuju dengan konsep poligami, asalkan bukan menimpa diri sendiri. Konon-kononnya itsar tapi hampeh je. Bayangkan betapa hebatnya optimistik pemuda itu. Kita?

  • Jagalah martabat diri kita. Tak kisah lah ikhwah ke akhawat, sama je. Nampakkan betapa pemuda tersebut sangat bertanggungjawab, dan menjaga kehormatan dirinya? Bila dilihat kritiria sang isteri itu, terasa nak menitis air mata. Sangat sukar mencari peribadi-peribadi mulia sebegitu, sedangkan dakwah memerlukan ia lahir dari celah-celah ummah untuk menjaga mereka. Du'at kena menjaga peribadi mereka dan tsiqah mereka dalam masyarakat, agar martabat masyarakat ini turut sama diangkat, sebagaimana islam itu dijulang. Tengok dalam FB, ikhtilat, tabarruj, aurat, wahan, takassur... Aduai...

  • Tokoh islam itu lahir dari baitul muslim. Siapa sangka, kisah yang dipetik itu ialah kisah mengenai ayahnya Imam Syafie? Ya. Betapa hebatnya imam Syafie yang menjadi salah seorang daripada 4 imam mazhab Fiqh, bukannya secara magiknya lahir dari sekolah-sekolah pondok semata-mata, namun dari ibu dan bapa yang hebat. Kena datang dari ibu dan bapa yang ada misi yang jelas untuk melahirkan tokoh dalam keluarga mereka. Itu pengajaran yang turut sama dipetik daripada kelahiran Maududi, Hasan Al-Banna, Muhammad Al-Fateh dan banyak lagi tokoh-tokoh islam. Pengajaran buat kita? Kita kena ada cita-cita dan pentarbiyahan yang drastik, bukan sahaja untuk pembinaan diri kita menjadi pemimpin masyarakat, tetapi juga untuk melahirkan khalifah dari baitul muslim yang kita dirikan!


*Aku rasa kisah ini sangat dekat dengan diriku. Entah kenapa.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]