Sunday, April 7, 2013
Antaitel'd
Penat kan berada atas jalan ni?
Memang lah seronok. Tapi bila pandang belakang, dengan pahit manis di atasnya macam tak percaya je Allah telah beri kekuatan hingga sekarang.
Menarik nafas lega itu, bila ada masa untuk berehat dan memuhasabah kembali langkah-langkah di atasnya.
Di pagi yang hening, di pagi yang sunyi seorang diri; inilah masanya untuk menilai tahap amal terkini.
Peduli apa orang lain kata apa. Apa yang penting, apa sahaja yang aku lakukan, aku lakukan dengan ikhlas dan dengan kesedaran yang jelas. Kalau salah tu betulkan, kalau betul tu improve lagi la.
Bila pandang ke hadapan, jauh lagi perjalanan rupa-rupanya.
Umpama penumpang bas Seri Maju dari Alor Setaq ke JB, bangun dari tidur berjam-jam, baru tiba Kuala Kangsar. Panjang lagi jalannya. Jauh lagi perjalanannya.
Gulp.
Moga Allah memberikan kethabatan kepadaku dan kalian. Moga bertemu Allah dengan qalbu yang salim.
Boleh ke x? Boleh ke?
Bismillah. Jalan!
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment