Sunday, February 21, 2010

Rumah (Tangga) Dakwah




Tarbiyyah mengajarkan kita bahawa, dalam mengharungi Proses Tarbiyyah ini, ia memerlukan beberapa unsur yang perlu ada dalam pembawaannya.

Pertama, Murobbi yang mentarbiyyah dan mendidik seorang Mutarobbi itu. Tanpanya, suatu wahyu tidak tercapai dan hati tidak dipaut untuk menghadap ilahi.

Kedua, Mutarobbi yang tanpanya, hanya ada guru, tetapi tiada murid-murid. Kepada ia matlamat pengajaran ilmu. Dan semua orang adalah mutarobbi yang punyai murobbi.

Ketiga, Manhaj. Inilah syllabus. Inilah matlamat pengajaran. Inilah Al-Quran dan As-Sunnah. Dan segala apa yang dibekalkan oleh Rasul dan para as-salaf kepada kita sepanjang kehidupan mereka.

Ar-Rasul, Muhammad SAW adalah Mutarobbi kepada Allah. Ar-Rasul adalah Murobbi kepada Para Sahabat seleruhnya. Merekalah yang menjadi Murobbi kepada kita dengan pelbagai wasilah (Cara / Medium) agar akhirnya, mesej ilahi sampai kepada kita hari ini. Kerja ini terus dijalankan. Kerja untuk menyampaikan manhaj, yang hanya berguna dengan adanya ketiga-tiga unsur itu.

Begitulah berjalannya tarbiyyah, jalan dan jalan, hingga kepada hati yang menyahutnya dengan sebenar-benar perasaan.

Namun, meniti sebuah sejarah kehidupan. Kita melihat bagaimana akhirnya suatu episod tarbiyyah melalui usrah ini tamat akhirnya di zaman Ar-Rasul sudah mampu mendirikan sebuah negara. Perjalanan sebuah dakwah dan tarbiyyah yang penuh dengan kerahsiaan pada dulunya, di zaman makiyyah, akhirnya menjadi jahar (terbuka) di fasa madaniyyah.

Ia menuntut kita untuk memahami, bahawa kerahsiaan dakwah yang dibuat itu (dengan arahan Allah) adalah menurut peringkat bagaimana terlaksananya suatu unsur yang tidak terlihat dalam proses tarbiyyah itu. Ia akan berkembang dari peringkat ke peringkat hingga seorang islam dapat merasainya turut berkembang dalam amal mereka.

Unsur itu mempengaruhi bagaimana suatu wasilah itu digunakan. Bagaimana suatu harakah bergerak. Juga bagaimana pemikiran ummat islam pada waktu-waktu tertentu. Ia lah yang disebarkan oleh seseorang itu sehari hari. Itulah biah (Suasana). Unsur yang ingin seseorang capai dalam diri mereka hinggalah alam ini ialah biah solehah (Suasana yang baik), yang hanya ada dengan islam, bukan dengan Jahiliyyah.

Biah inilah yang terbentuk dalam diri seorang ketika berkenalan dengan islam hingga hatinya celik dan tidak henti-henti bertasbih memuji pencipta. Biah ini jugalah yang bertasbih ketika dirinya itu dengan penuh kobaran perasaan menyebarkan risalah, hingga dirinya mengehendaki biah ini, lahir dalam masyarakat sekeliling, negara dan seluruh dunia. Kerana ia yakin biah solehah, biah robbaniyyah ini sahaja yang benar-benar dapat menyajikan kepuasan kepada sebuah penghidupan insan. Ia lah yang memberikan nilai kehidupan hingga saat kematian di hujung perjalanan, namun dengan senyuman kepuasan terukir.

Biah inilah yang sentiasa memberikan seorang daei itu suatu ketsabatan dalam perjuangan, kerana ia merupakan perlindungan kepadanya dari dunia yang penuh dengan anasir-anasir kecelakaan jahiliyyah yang tanpa putus-putus menodai kesucian perasaan.

Kerana ketidakhadiran biah ini dalam keluarga, sang anak sedar, akhirnya ia perlu mencari sel islami lain yang membenarkannya merancang agenda besar. Bak kata Mustafa Masyur, Usrah itu didirikan untuk menggantikan keluarga yang tidak dapat mendidik anaknya. Dengan kelompok kecil yang mendidik ini, harapnya inilah keluarga baru yang dapat menjadi tunjang kepada pengislahan sebuah komuniti masyarakat. Murobbi adalah ayahnya, yang memberikan segala keperluan sang anak. Manakala, Mutarobbi adalah anak-anak yang taat kepada sang ayah dan bertaut kepada sang ayah, hingga ia benar-benar dapat menjadi ayah kepada keluarga-keluarga dakwah yang berkehendaklah tangan-tangan mereka.



Rumah Ikah / Badar / Baituna / RI / Patih

Di sini aku tidak ingin membincangkan teknikal pembinaan rumah-rumah markas ikhwah akhwat. Bukan ingin membincangkan soal pembayaran bil rumah, bil api atau perlantikan ketua ajk basuh pinggan rumah. Tetapi aku ingin membincangkan soal rumah ikhwah, dalam erti mewujudkan biah islami dalam diri, dan keperluannya dalam menggiatkan suatu amal dakwah.

Seorang daei itu seharusnya tajarrud (memutuskan diri) dari jahiliyyah sepenuhnya. Tidak wajar bagi seorang daei, mencela dan mengutuk jahiliyyah sedang dia masih bergelumang di dalamnya. Dan untuk dirinya itu berlepas diri sepenuhnya dari jahiliyyah itu, ia memerlukan rakan-rakan lain yang akan tidak putus-putus mengingatkan sang daei akan pentingnya tilawah al-quran, qiam al-lail, membaca, meninggalkan perkara lagha dan lain kemaksiatan. Mengingatkan bukan sahaja dengan memutar belitkan lidah, namun menasihati dengan amalan.

Biah itu pastinya berhasil menjadikan seorang daei itu benar-benar islam dan bersedia untuk dicampakkan ke dalam api jahiliyyah agar dapat menyelamatkan kawan-kawan nya yang lain di dalam marak api itu. Lantas dari api itu, akan keluar daei itu dengan kawannya di kedua-dua belah tangannya. Dengan rambut sedikit kerosakan akibat dijilat api serta muka yang tercalit arang, ia tidak henti-henti memuji kebesaran ilahi.

Ia kembali mencuci badannya dan pakaiannya. Mencuci kawan-kawannya yang baru sedar dari kepanasan jahiliyyah dan seterusnya bersedia untuk kembali ke dalam api, untuk sama-sama menyelamatkan kawan-kawan yang lain pula.

Rumah ikhwah, bukan sekadar sebagai markas merancang dakwah, tempat buat usrah, atau tempat letak barang-barang terpakai (barang-barang program), tetapi ia adalah tempat menjana biah. Hingga akhirnya seorang daei itu benar-benar sedar, bahawa inilah biah yang ingin diwujudkan dalam masyarakatnya, dan juga sedar, bahawa biah kemaksiatan di luar itu adalah sebuah pakej umrah ke neraka. Yang perlu dipadam apinya, dengan air-air suci robbani.



Asyik-asyik pasal kahwin~!

Apabila bercakap tentang Bait-ul-Muslim (BM), ikhwah akan cenderung berfikir tentang Al-Akh bernikah dengan Al-Ukht.

"Akhi, apa cerita BM nta?"

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar"

"Bila rancangnya nikah tu?"

"Hehe, dah 23 tahun BM tu terlaksana" (Merujuk kepada BM antara ummi, abi dan aku)

"???"


Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebuah perkahwinan bukan sekadar pertemuan 2 belahan pinang bagi memuaskan kehendak biologi mereka, atau menjadi perhiasan mereka semata-mata, tetapi ada matlamat yang lebih besar ingin tercapai. Ia sekadar hadaf (objektif), bukan ghoyah (matlamat akhir).

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang hebat dalam dunia islam, semuanya lahir dari keluarga yang islami. Seorang mujaddid, tidak lahir dengan niat mereka semata-mata, tetapi bermula daripada niat seorang atuk, ataupun seorang ayah!

Lihatlah Hasan Al-Banna. Lihatlah Maududi. Lihatlah Sayyid Qutb. Mereka semua adalah insan-insan yang ibu bapa mereka sangat mementingkan tarbiyyah anak-anak mereka. Islam adalah matlamat hidup mereka dan keluarga mereka. Biah yang terhasil dalam rumah-rumah mereka menyebabkan mereka sangat takut untuk keluar dari rumah mereka, dan sangat merindui suasana, biah di rumah mereka setiap relung masa yang ada.

Tidak keluarga mereka menyerahkan sahaja anak-anak mereka untuk dibentuk, ditarbiyyah oleh sistem sekular negara. Juga mereka tidak menyerahkan anak-anak mereka bulat-bulat ditarbiyyah oleh ikhwah-ikhwah lain semata-mata. Tetapi pentarbiyyahan itu bermula seawal di rumah, sang ayah sebagai naqib mereka yang pertama dan utama.

Berkahwin bukan untuk nafsu, tetapi untuk lahirkan para mujaddid!





4 comments:

tuantaufik said...

pergh.terkesan.

S h a z w a n said...

kt rumah ikhwah la ana dikunci didalam sorang2 dikala ana kelaparan...sdeh2, sdeh seribu bahasa

hehe gurau2...

alhamdulillah ada Badar, sgt efektif dalam mengikat hati2 kita, sgt efisyen dalam mewujudkan bi'ah solehah itu dan paling penting..

sangat memudahkan ana untuk buat liqa' mingguan

QAYYIM HAFIDZI said...

"kt rumah ikhwah la ana dikunci didalam sorang2 dikala ana kelaparan..."

uish, dasat syeh tarbiyah Badar!

Abu Khalid said...

Kami di BADAR setiap masa melaksanakan penapisan ahli. Samada ahli tetap atau ahli Biskut.

Pengaduan domba itu biasa berlaku di kalangan mereka yang mufarakah.

Mereka akan sentiasa cuba menjustifikasi agar tindakan mereka itu tidak nampak sonsang dan mereka sekadar mangsa keadaan. Mereka juga akan sentiasa katakan bahawa kelemahan itu di peringkat BADAR, jadi penyatuan tidak dapat diteruskan.

Ahli-ahli BADAR yang lain, malah pembaca blog ini juga cuba dipengaruhi dari masa ke masa agar turut sama menyertai mereka. Ada juga program-program berskala besar dan peringkat kebangsaan diadakan bagi tujuan itu.

Kita diajar agar tidak menyebarkan aib mereka. Semoga masa menjadi penawarnya. Dan semoga mereka kembali ke tariqul-HAQ!!!

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]