Segala amalan bermula dengan niatnya.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kekayaan, maka dapat lah anda kekayaan itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan perempuan cantik mukanya, maka dapat lah anda kecantikan mukannya itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan lelaki yang bertubuh sasa dan berkulit halus, maka dapat lah anda kulit dan ototnya itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemuliaan, maka dapat lah anda rasa mulia itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemasyuran, maka dapat lah anda kemasyuran itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kepandaiannya, maka dapat lah anda kepandaian itu.
Kalau niat kahwin sebab satu negeri, maka dapat lah anda orang yang negeri yang sama itu.
Kalau niat kahwin sebab satu tempat kerja, maka dapat lah anda orang yang kerja sekali dengan anda itu.
Kalau niat kahwin sebab jemaah/persatuan/usrah yang semuanya ngarut-ngarut belaka, maka dapat lah anda bersama dengan jemaah/persatuan/usrah yang ngarut tapi anda sayang itu.
Kalau niat kahwin sebab nak jaga hati naqib, maka dapat lah anda hati naqib anda itu, dicintai dan dapat naik level cepat, pastu dapat jadi mursyidul am cepat sikit (in your dream la brother).
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan redha ibu bapa, maka dapat lah anda keredhaan ibu bapa.
Kalau niat kahwin kerana berkehendakkan keredhaan Allah semata-mata, maka dapat lah Allah dan Rasul dan Islam dan Dunia dan Akhirat.
Sungguh, Allah tidak menciptakan 2 hati dalam 1 rongga. Pilihlah niat anda sekarang.
Sila muhasabah niat anda dalam setiap apa yang anda buat juga.
~~*~~
Anda sudah boring membaca bab Baitul Muslim? Sila baca blog orang lain. Saya tidak rugi apa-apa selain rantaian pahala yang berkurang dan bertambah.
Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam.
10 comments:
salaam,
hehe ~ tak salah nak tulis. cuma tertanya2 bila bleh nak makan nasi minyak nye..
Bila terasa lapar, minta lah pada Allah, jangan minta pada ana.
Ana bukan tuhan.
(^_^)~
salam,
jemaah/persatuan/usrah yang ngarut-ngarut tu macam mana ya?
Salam
Asif, jika ada percanggahan pendapat dan sedikit kontroversi di situ.
Ingat, kita tengah berbicara tentang niat. Niat kita yang sama sekali sepatutnya tidak dapat tidak adalah untuk Allah, kerana Allah.
Dari nafas kita, hingga kepada kita berjuang untuk mati, juga kerana Allah.
Lagi-lagi kalau berjuang dalam gerakan islam untuk memartabatkan agama Allah. Sudah tentu matlamatnya gh0yahnya, adalah Allah juga.
Baca ali imran 3:79
Kita menyeru manusia kepada Allah, agar mereka ikhlas kerana Allah!
Begitulah.
Begitulah Al-Quran mengajarkan kita.
Namun, di luar sana, tidak kira dalam kelompok atau jemaah mana, masih ada orang yang keliru.
Mereka memperjuangkan persatuan mereka, bukan kerana Allah, tetapi memperjuangkannya kerana sayang dan taksub pada jemaah/persatuan/usrah mereka semata-mata.
Kepada golongan ini, ana menyeru mereka supaya beriman kepada Allah.
syukran akhi..tazkirah tepat pada masa..;)
tumpang lalu... nice post you've got there~
Ambboi amirul, bersopan-santun pula nta ni,
Tapi lupa bagi salam.
Assalamualaikum.
~3~
salam, mintak izin di copy pastakan di blog. jazakallah
Sila-sila, diizinkan
Post a Comment