Seandainya Tuk Janggut, Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Panglima Hitam dan pahlawan-pahlawan melayu lain masih wujud hari ini, pasti mereka akan meratapi kejatuhan ummah.
Pasti mereka akan berasa sedih dan pilu melihat anak-cucu-cicit mereka berzina siang dan malam, minum arak bertong-tong, mencari pendapatan tambahan melalui nombor ekor, rasuah, dan yang paling teruk ialah, mereka akan sedih, mengapa keturunan mereka akur menjadi hamba tercela di bawah kekuasaan penjajah-penjarah barat.
Mereka pasti akan memandang di sekeliling mereka dan menyeru sekalian kampung, daerah, negeri dan seluruh negara untuk bersatu bersama mereka, membebaskan watan tercinta. Betapa kecewanya mereka kelak, kerana rupanya-rupanya lebih ramai di kalangan keturunan mereka ini yang tidak peduli akan nasib bangsa mereka.
Pengecut-pengecut ini ingin berlepas diri dari sebarang kecelakaan berhadapan dengan penjajah. Mereka lebih senang duduk-duduk di kedai kopi, melemahkan diri dengan rokok dan permainan games, melayan pornografi, bersiar-siar atau melancong di sekeliling busut dan pulau-pulau, atau duduk-duduk di rumah untuk khatamkan semua cerita di dalam komputer dan astro mereka.
Sesungguhnya pejuang-pejuang ini pernah mengalami situasi yang sama dahulu. Betapa ramai jiwa-jiwa kecil sebegini, yang menghilangkan haus dengan air kencing penjajah. Jiwa mereka terkurung tidak merdeka.
Pejuang-pejuang ini pasti akan mengangkat pedang mereka. Mereka akan mengerahkan sebanyak mungkin kekuatan untuk berhadapan penjajahan yang halus ini. Lantas, mereka tidak kisah akan kematian, seandainya hidup mereka tidak ubah seperti najis yang hina. Malah mereka seperti tahi yang dipermainkan oleh kanak-kanak penjajah. Dipermainkan sehingga tiada apa yang ada di tubuh watan ini, adalah milik mereka. Mereka dijajah sepenuhnya.
Hingga pejuang-pejuang ini dikotorkan nama mereka. Mereka dibunuh dengan penuh kehinaan. Malah diwarwarkan mereka sebagai pengkhianat yang gilakan kuasa. Padahal, hanya Allah yang tahu, betapa sayangnya pejuang ini kepada bangsa mereka. Mereka berjuang tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk maslahat kita. Mereka sanggup berkorban apa sahaja, hinggakan nyawa tergadai dalam pertarungan.
Malulah kalian!!!Wahai pengecut-pengecut yang masih bermain-main dengan dunia,Malulah kalian!!!Kalian terjajah, terhina. Namun masih seperti kanak-kanak, tidak matang dan hanya mampu berfikir tentang perut sendiri semata-mata. Kalian umpama orang tua nyanyuk yang selalu terlupa bahawa kejadian ini berulang, berulang dan terus berulang.Jiwa kalian kerdil. Malah kalian membiarkan penjajah itu sendiri membezakan mana yang batil, dan mana yang haq!Kalian membiarkan penjajah sendiri untuk mendefinasikan, apakah itu islam! Kalian membiarkan mereka sendiri mentafsirkan, apakah itu jihad!Dan kalian sanggup tersenyum melihat pahlawan-pahlawan islam terbunuh...Semoga Allah membuka pintu hati kalian yang masih mampu berseronok, bersuka-suka dalam hidup ini.
3 comments:
salam...
ana ade dengar yang pejuang2 dulu berjuang kerana Islam, bukan sebab nasionalisme mcam yg ada dalam buku teks tu. Kat mane ana boleh cari sumber ye?
thanx brother
magna_journey
try cari buku 'Jejak Risalah di Nusantara' tulisan Dr Hafidzi terbitan JIMedia.
setakat ni dah kuar siri 1, 5 dan 6. jilid 2, 3 dan 4 tak kuar lagi. (macam Star Wars plak hehe ~)
Post a Comment