Hari ini, traffic light dapat menarik nafas lega. Sungguh, tiada hijrah tanpa pengorbanan. Walau betapa nampak indah dan terasa ramai dalam melaksanakan kemaksiatan, sesungguhnya ia hanya keseronokan sesaat berbanding nikmat akhirat yang tiada bandingnya.
Dan sungguh, apabila kita berusaha untuk berubah, dari sekadar hidup untuk memuaskan nafsu, kepada mengikut aturan yang telah Allah tetapkan, Allah akan membantu kita ke arah perubahan itu.
Sebaik sahaja perubahan itu dibuat, dengan bukan sekadar bertukar nama atau persatuan, tetapi bertukarnya kepercayaan dan perspeksi, maka dunia ini akan berubah buat kita semua. Dunia ini tidak lagi sekecil yang selama ini lihat. Cita-cita tidak lagi sependek dahulu. Malah, perasaan kita akan menjadi sebesar alam ini. Orang di sekeliling kita akan terkesan dek perasaan yang dalam itu, hingga merubah mereka untuk merubah dunia.
Lihat lah traffic light itu. Ia sudah merubah arahnya, untuk kembali membawa manusia ke jalan yang sebenar. Menjadi kebiasaan, manusia takut untuk berubah, tidak ramai yang sanggup untuk mengikut seruan traffic light dalam kebenaran itu. Namun, kerja itu perlu diteruskan. Kerana kita bukan setakat mengajak mereka untuk berubah, namun kembali.
Kembali ke dunia idaman. Sebelum mereka menjadikan neraka sebagai tempat pengembalian.
Anda mungkin dapat menyelesaikan kebuntuan akal dan fikiran:
1 comment:
Lihatlah, walaupun Traffic Light tidak lagi menyeru kereta kepada laluan kemusnahan,
Namun betapa ramai yang masih lagi seronok dan derhaka, mahukan maksiat.
Mereka sudah mabuk nafsu dan gelap hati.
Traffic Light yang pernah menyeru mereka ke sana, berasa sangat menyesal dan ingin mengubahnya dengan menunjukkan arah yang sebenar, jalan yang benar.
Semoga Allah menerima taubat sahabat kita itu.
:)
Post a Comment