Wednesday, December 16, 2009

Apabila fikrah islam mencair dalam diri


Gambar 1: Kejadian tragis yang berlaku di suatu persimpangan jalan di Seri Kembangan, Selangor. Tiada korban dicatatkan, malah Sang Murobbi masih boleh menunjukkan arah jalan.


Sebatang tiang Traffic Light itu, hari-harinya dihabiskan untuk menunjukkan arah dan masa yang sesuai untuk satu-satu kereta itu bergerak. Mengelakkan kenderaan-kenderaan dari pelbagai arah bertembung akibat kekeliruan akal fikiran. Traffic Light menjadikan tugasnya itu sebagai tugas rutin, akhirnya menjadi kebiasaan yang tidak boleh diubah.

"Berenti la wei" (Lampu Merah)

"Dah boleh jalan" (Lampu Hijau)

"Pecut... Pecutt... Pecuttt!!!" (Lampu Kuning-Oren)

Itulah kata-katanya sehari-hari kepada ummat yang lalu, dan mereka patuh kepadanya, kerana mereka sama-sama sepakat bahawa mengikut Traffic Light adalah untuk maslahat bersama, walau di kala tiada kereta sekalipun. Dan juga mereka tahu, melanggar qarar Traffic Light akan mengundang kerugian RM300.00, sedang mereka tidak tahu keberadaan hidden camera yang akan memerhatikan mereka. Di sinilah konsep muraqabah dan ihsan dipraktikkan.

Hari ini, akhirnya Traffic Light sedar, hal-hal sehari-hari yang dilakukannya merupakan suatu kemurkaan, suatu kemaksiatan. Menyedari, selama ini batang tubuh Traffic Light nya itu rupa-rupanya mengarah kepada suatu azab yang pedih dan keras (syadid). Malah Traffic Light turut membimbing ummat-ummat lain untuk turut bermaksiat bersamanya, mengarah kepada maksiat.

Menyedari hakikat itu, Traffic Light meratap dengan penuh keinsafan. Walau esakan tidak kedengaran, tetapi seluruh komuniti Seri Kembangan merasai suatu daya yang kuat di sekelilingnya, suatu tarikan untuk berubah, menuju hijrah yang mulia.

Lalu, taubatnya diterima Allah. Permintaannya untuk menjadi benar-benar soleh lagi musleh diperkenan Ilahi Rabbi. Tubuh Traffic Light itu lantas dilanggar sipi-sipi umpama angin lalu dek Trak Kargo Scania R 420 6x2 Highline 24-metre rigid (with box body and trailer). Penangan itu menyebabkan tubuh Traffic Light terhempas ke tanah, terhampar di atas sebuah kehinaan (di mata polis traffik dan pemandu-pemandu yang tiada perasaan belas), selepas 'kemuliaannya' sebelum ini.

Namun Traffic Light bangga. Kerana Traffic Light bukan sahaja telah berhijrah, malah mampu mengajak ummat-ummat lain ke jalan yang sebenarnya, walau terpaksa mengorbankan sebuah kemuliaan di dunia.


2 comments:

Amar san said...

salam akhi.

thanks for the reminder. jzkk.
nice analogy. keep it up.

amar

fieqa said...

salam..analogi y sgt baik!
tak pernah terfikir pulak..

terima kasih atas perkongsian.jzkk...

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]