Thursday, August 27, 2009

.:Antara Nikah dan Dakwah:.




Kiri dan kananku kini, ikhwah seusia denganku sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka. Tidak kurang pula yang sedang melalui proses diperkenankan dengan bakal pasangan. Di ruangan blog dan kumpulan email, isu ini juga masih hangat, sedang hangat, dan semakin hangat diperkatakan. Sesuai pada pengamatanku kini untuk aku berkongsi apa yang aku rasakan.

Ikhwah, mungkin kaca mataku lebih terarah ke sana.

Bak kata-kata terkenal itu, pengakhiran yang baik adalah hasil daripada permulaan yang baik. Dan benarlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 24. Sesungguhnya akidah, niat kerana-Nya itulah ikatan yang paling kukuh yang akan memelihara rumah tangga ini. Semua bermula kerana Allah. Agar rumah tangga ini terpandu dengan manhajNya.


Apa yang berlaku?

Bukan main sibuk ku lihat tokoh-tokoh yang menguruskan BM (TKB) ini melayan ikhwah-ikhwah yang memerlukan pertolongan mereka. Membujuk. Mencadang. Memberi panduan. Dan ikhwah-ikhwah ini tidak putus asa berbincang sesama mereka apa yang terbaik untuk keluarga yang bakal dibentuk itu.

Borang-borang diperkemas, bertukar pendapat agar memberikan impresi yang terbaik kepada sang akhwatnya. Tidak cukup dengan itu, TKB dan sang Murobbi sentiasa menjadi tempat rujukan agar tajnidul amal ini tidak mengabaikan amal-amal yang lain pula.

Sang ikhwah siang malam beristikharah dan berdoa, agar pilihan bukanlah atas hawa nafsu yang meliar. Agar tepat pilihannya, untuk membina keluarga du'at, yang bakal membumikan dakwah mereka bersama. Tidak jarang ku dengar esakan mereka dan tangisan mereka di kala malam hari, dalam kepekatan malam, saat tubuh-tubuh lain membungkam di sebalik comforter masing-masing.

Saat sudah selesai taaruf dan beradanya mereka pada fasa khitbah, solat malam tidak pernah ditinggalkan. Istikharah habis-habisan tetap dijalankan, takutnya hati ini berbolak-balik, sedang peranannya sebagai qa'idul usrah (ketua keluarga) amat diperlukan.

Segala perancangan termaktubkan dan dibincangkan dengan pantauan TBM. Menjaga hati dengan niat tulus mulus ini. Mulalah segala pengalaman berada dalam persatuan digunakan. KPI, KRA... SP keluarga dalam jangka masa pendek, jangka masa panjang dikompilasikan bersama.

Sedar akan keperluan kewangan yang diperlukan, sang ikhwah tidak ragu-ragu untuk mengikat perutnya. Ada yang menyimpan sedikit daripada gajinya setiap bulan. Ada yang menyimpan separuh. Ada yang menyimpan hampir semua!! Semuanya untuk keluarga bayangan itu. Terdapat cerita yang kudengar, ada ikhwah sanggup makan roti gardenia kosong dan air sahaja setiap hari untuk menyimpan tabungan!! (Al-maklum ikhwah Malaysia miskin, tak macam ikhwah oversea).

Ada ikhwah yang tidak pulang-pulang ke rumah kerna sibuk bekerja siang dan malam. Teliti sungguh perancangannya. Sambil belajar, ada kerja dan ada kerja part-time lagi!! Kehulu-kehilir mencari penempatan untuk keluarga bayangan itu di sekitar KL dan Selangor ini, bukan mudah untuk berjumpa dengan yang besar, cantik, selesa, baik jiran tetangganya dan yang paling penting: MAMPU DIMILIKI (disewa).

Pada saat-saat inilah, tidak putus-putus sang ikhwah pulang ke kampung. Sampai di rumah, segala kehendak ibu dan ayah dituruti. Pada masa inilah, sang ikhwah mula melayan karenah adik-adik. Pada saat inilah, lalang-lalang di belakang rumah ditebas, pagar dicat dan pinggan mangkuk dicuci. Pada saat inilah, ibu dan ayah menjadi teman berborak.

Jika bab bacaan jangan cakap la. Mana ikhwah yang tak kenal buku pink (Di jalan dakwah aku menikah)? Ikhwah mana yang tak habis baca lagi "Indahnya berpacaran selepas pernikahan"? Semua buku Cahadi Takariawan dikhatamnya. Tak cukup dengan itu, segala buku berunsur Nikah dan Tarbiyatul Aulad memenuhi perpustakaan peribadi mereka. Menyediakan perpustakaan peribadi itu juga sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan biah tarbawi dalam keluarga itu.

Kes-kes halangan ibu bapa juga bukan perkara baru. Lantas kita lihat betapa bernasnya idea mereka merencana rancangan agar perkahwinan mereka berjaya. Macam-macam kes, tak perlu ana cerita. Pokoknya:

Begitu bersungguh-sungguh Sang Ikhwah dalam usaha menggapai cita-cita.



Dakwah kita (pernah) seserius ini?



Alangkah indah wahai ikhwah akhwat sekalian,
Andai air-air mata itu menitis di jalan dakwah... T_T
Menangisi pemergian tokoh-tokoh dakwah...
Menangisi kehancuran ummah...
Menangisi dakwah kita yang tidak mustajab...



Alangkah indahnya wahai ikhwah akhwat sekalian,
Andai Mas'ul kita menjadi panduan kita setiap masa, ^_^
Untuk menunjukkan kepada kita arah dan tujuan...
Untuk membimbing segala amal kita...
Bukan tempat bertaut ketika kalut nak BM sahaja...




Alangkah indahnya wahai ikhwah akhwat sekalian,
Jika kita laksanakan segala kesungguhan di atas ini, untuk Dakwah Islami kita...
Bacaan kita, hubungan dengan kawan-kawan kita, hubungan dengan ibu dan ayah kita, kerajinan kita, ibadah kita dan segala-galanya...



Sekarang,,,
Masih adakah ikhwah yang sanggup mengikat perut dan masa rehat mereka untuk dakwah?
Atau hanya sanggup bekorban sebegitu hanya kerana perempuan idaman hati mereka...
Alangkah berjayanya Westlife, Backstreet Boys dan Five, mencipta perempuan sebagai ilah kita.



Dan yang paling penting,,,
Masih adakah ikhwah yang mahu menggunakan sepenuhnya tenaga dan pemikiran mereka untuk menarik ummah dari kelemasan ini?
Atau kita masih mahu menjadi part-timer. Yang lebih sayangkan keluarga kita.



Adakah kita akan terus begini?
Adakah kita akan terus begini?
Adakah kita akan terus begini?


"...Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimipin bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Furqan:74)


"Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar"
(Al-Anfal:28)







No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]