Arab Badwi. Bayangkan, betapa indahnya kehidupan mereka. Mengembara dari utara ke selatan, mencari aosis untuk bekalan mereka dan unta-unta mereka. Mengembara dengan berpandukan bintang dan bulan. Mengembara dengan berwaktukan pasir dan bayang -bayang kayu. Mengembara ke serata tanah arab untuk memperdagangkan barangan mereka ke seluruh semenanjung arab itu.
Meskipun kerap kali mereka diuji dengan bahang matahari, sejuk malam, badai angin dan ribut pasir yang menghadang, semua itu enteng sahaja dengan kenderaan ajaib mereka yang bernama, unta. Dilahirkan, memang khusus untuk hidupnya di dataran pasir ini. Kakinya, bulu matanya, bonggol belakangnya, dan ketahanan badannya itu. Oh... Sungguh tidak terhitung jasanya kepada manusia di tanah arab ini.
Lanun-lanun dan para perompak sedar betapa mewahnya mereka dan barangan dagangan mereka yang ingin dibawa ke Syam (Syria kini) dari Yaman mahupun Mekah mahupun Yathrib (Madinah kini), lalu mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang orang-orang badwi ini. Namun, pengalaman telah mengajar masyarakat badwi ini untuk hidup berkelompok. Satu lidi mudah dipatahkan, segenggam lidi memerlukan kekuatan yang lebih untuk dilentokkan, apatah lagi untuk dipatahkan.
Kalaupun masyarakat badwi yang berpindah randah ini lemah jua atas ancaman perompak durjana, akan mereka upah pahlawan padang pasir dengan kekayaan mereka. Hiduplah mereka aman tanpa perlu memikirkan apa-apa selain tanda arah, ribut pasir dan segala apa yang biasa difikirkan mereka.
Singgahnya mereka ke Mekah setelah penat mengembara. Segala kelengkapan asas mereka dapat di sana. Sebagai habuan melepasi lelah yang panjang. Setelah ingin kembali mengembara, mereka akan menghadap Lata, Uza, Wadd, Manad, dan Hubal supaya merestui perjalanan mereka. Kepada YB Dato Abu Sufian, YAB Tan Sri Abu Lahab dan YB Dato Abu Jahal pula diserahkan imbalan kerna mengizinkan mereka bertandang di bumi puak Quraisy itu.
Lalu, dalam keselesaan kehidupan mereka itu, datanglah risalah islam yang menghalang mereka untuk terus mengembara dan hidup berpindah-randah. Kerana mereka perlu membina islam dalam diri mereka... Perlahan-lahan kemudiannya mereka sedar yang islam mereka itu bukan untuk diri mereka sendiri, ia perlu disebarkan. Perlu diwarwarkan, kerana ia ubat untuk segala jenis permasalahan di dunia ini. Ubat untuk semua pesakit yang senantiasa menanti-nantikannya. Bagi merubat jiwa dan masyarakat yang kian tersiksa tanpa ruh, hanya materi semata.
Dengan dakwah yang pesat ini, maka berdiri sebuah masyarakat ikhwah dan akhwat, masyarakat islami yang tertanam dalam jiwa mereka itu, islam yang benar-benar islam, bukan sekadar percaan-percaan yang kurang muwasofatnya (sifat-sifatnya). Baru mereka sedar, islam ini akan cantik dan indah jika ia disistemkan, dengan syarat ada masyarakat islam yang mendokongnya. Islam wujud dengan jemaah. Bukan sekadar individu.
Tidaklah satu individu itu mampu untuk menggambarkan islam secara seluruhnya. Maka, saff masyarakat islam inilah yang akan saling tampung menampung kekurangan satu sama lain. Yang akhirnya, negara yang benar-benar ideal dan sempurna dapat ditubuhkan. Bukan angan-angan dunia eutopia yang palsu. Dan juga bukan seperti dunia angan-angan "The Rupublik" yang diangan-angankan Plato. Juga bukan seperti angan-angan Lenin dan Stalin yang ingin menubuhkan empayar Komunis. Kita lihat akhirnya, Islam benar-benar telah berjaya menjadi kuasa besar dunia selepas hanya beberapa puluh tahun menubuhkan masyarakatnya.
Dalam sebuah hadis dalam Sunan Sa'id ibnu Manshur (Juz 3: 1: halaman 126), dengan sanad shahih, namun mursal, disebutkan:
"Bahawa Nabi saw telah melarang seorang arab badwi menghwini seorang wanita muhajirin, kerana arab badwi tersebut akan memasukkannya pada kaum arab badwi."
Hati akan dapat memahami bahawa larangan ini bertujuan agar kaum Muslimin yang terdiri dari kaum Quraisy dan lainnya tersebut terus melanjutkan amal jama'i, pembebasan (negeri-negeri kafir), pendidikan para tabi'in dan mengatur negeri islam yang semakin luas.
Sesiapapun yang mendengar perkara ini akan sedar, akhirnya dalam islam dan dakwah ini, NO TURNING BACK!
Seorang yang sudah bersama dengan jemaah islam, memainkan peranan mereka dalam jemaah ini, sudah pasti tidak ingin kembali ke zaman jahiliyyah mereka, bersama dengan permainan hawa nafsu mereka itu. Kerana akhirnya, mereka sedar secara aqli dan naqlinya, asimilasi mereka dalam jamaah islam itu wajib.
Walau bagaimana indah pun kelihatannya dunia ini, dengan pelbagai juadah al-hawa yang disediakan, tetapkan kita tahu bahawa semua ini fana dan akan sirna sebentar sahaja lagi. Berdoalah dan pintalah pada Allah, supaya menunjukkan kepada kita jalan ke syurgaNYA. Agar hidayah islam yang telah terlontar ke dalam jiwa kita ini tidak digantikan kegelapan yang pekat. Yang akan membuat kita menderita selama-lamanya,,,
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"
(Ali Imran:8)
No comments:
Post a Comment