Thursday, December 2, 2010

Semalam, permulaan untuk hari ini

Amaran: Untuk orang yang tidak mengenali diriku, akan rasa penulisan ini agak syok sendiri. Percayalah, aku tidak mampu menipu, nanti masuk neraka. Dan aku tidak cuba meniru gaya mana-mana blogger. Ha-ana-za (inilah aku).

Kalau rasa nak komen dan betulkan apa yang patut, jangan segan-silu ya. Kemanisan ukhuwwah ini adalah dengan saling tazkirah tentang Allah. Walau hanya dengan menatap muka.




Cikgu Aziz: Hussaini, apasal awak ni tak study lagi? Esok exam paper saya awak tahu tak? Saya dah prepare paper yang susah tak ingat punya lah

Ha-ana-za: Hehe, saya ni mana study-study ni cikgu... Kan saya dah study masa cikgu mengajar tu... Saya boleh score punya lah!

Cikgu Aziz: Oh, berlagak... Kita tengok lah nanti

Keputusannya, aku berjaya score markah paling tinggi tanpa membaca walau satu perkataan pun. Cikgu Aziz teruja.

Cikgu Aziz: Awak tak payah belajar pun saya yakin kerusi di Universiti tu dah tersedia untuk awak, Hussaini woi

Ha-ana-za: ~

~~*~~

Ummi: Cikgu, Hussaini target untuk jadi top-student sekolah ni

Cikgu Senik: Awak dengan kemalasan awak tu, tak payah nak mimpi lah Hussaini wei...

Ha-ana-za: Cikgu, kalau tak cuba, mana lah tahu kan?

Dan aku telah berjaya mencapainya.


~~*~~

Uzair: Hussaini, kau ni aku tengok asyik tidur je 24 jam

Ha-ana-za: Rileks la uzair, nanti sebulan sebelum SPM aku study lar...

Dan aku laksanakannya. Dan berjaya dapat apa yang aku nak.


~~*~~

Ashraf Dinie: Nta ni asal buka buku je, tidur... Tapi score juga

Ha-ana-za: Itu semua rezeki Acap oi... Nta study la dulu. Kejut ana subuh nanti.

Ashraf Dinie: Psyco betul lah mamat ni, ada ke tidur depan orang nak study ramai-ramai ni. Ni baru pukul 10.30 ni...

Ha-ana-za: Ana tak percaya semua orang di matrik ni dapat jadi doktor acap wei. Lagipun ana dah tahu berapa dos ana kena belajar untuk dapat pointer yang ana kena dapat tu...

Ok la, gua tidur dulu. Nak jumpa bidadari...

~~*~~

Aku dapat kos yang aku nak. Dan aku mula terdedah dengan aktiviti dakwah yang lebih radikal. Se-radikal atom nuklear.

Abi: Mana ada orang nak dengar dakwah dari orang yang mengabaikan akademiknya?

Ummi: Kalau along belajar, ummi yakin along akan lebih berjaya lagi.

Ha-ana-za: Along tak beriman dengan ilmu yang along ada di kepala along ni, along beriman pada Allah.

Along bertawakkal pada Allah, bukan ilmu cetek di dada.

Rekod paling lama aku study pun adalah 2 jam sebelum peperiksaan. Itu pun sekadar untuk imbas kembali segala apa yang pernah dipelajari semasa kuliah. Dan Allah masih mengurniakan apa yang aku kehendaki.

~~*~~

Rohaizad: Nini, macamana ko boleh skor 3.5 sem lepas? Ko bukan pegang jawatan bagai nak rak ke? (Masa tu aku pegang 23 jawatan seluruh UPM dan Malaysia)

Ha-ana-za: Tips nya adalah fokus masa lecturer bercakap kat depan dan berdoalah pada Allah. Takyah rajin-rajin baca buku pun takpe, yang pentingnya study biar smart.

Aku boleh dikatakan berjaya selepas tu. Tapi Ijad dapat 1st class, mungkin tercabar agaknya dengan gaya selamba study aku. Huhu

~~*~~

Ummi: Untuk along, ummi ada 2 wasiat; jaga isteri baik-baik dan belajarlah rajin-rajin.

Ha-ana-za: Aduh, skemanya wasiat ummi, ada ke patut suruh along study. Suruh la along ni lagi aktif dakwah ke, banyak membaca ke... Syurga ummi, syurga...

Ummi: Study..!

Ha-ana-za: Ye lah... Insya-Allah along cuba.

Selepas itu ummi meninggal, dan aku merana depressi selama setahun. Langsung tak study.

~~*~~

Beberapa hari yang lepas, Syeikh Ramadhan Al-Buti datang ke Malaysia. Di KUIS. Dalam pertemuan yang sangat berharga itu, seorang akh bertanya satu soalan (dalam bahasa arab fushah);

Al-Akh: Apakah kepentingan ilmu untuk seorang pelajar?

Ha-ana-za (Lintasan hati): Apa ke bodoh soalan macam ni? Syeikh tu datang jauh-jauh, dia layan kasi soalan skema macam ni pula. Google lah...

Syeikh RB:

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

(Al-Mukminun 23: 78)

Kita akan dipersoalkan atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Telinga. Mata. Hati. Akal. Mana boleh kita tak tahu apa yang kita lakukan. Segalanya yang kita buat hendaklah dengan pandangan yang jelas. Kefahaman yang paling maksima. Segalanya untuk mencapai jannah dunia akhirat.

Aku tambah kasi best sikit ayat ni. Yang pentingnya aku tersentak mendengar jawapannya. Dan azam mula tumbuh dalam jiwa yang mungil ini.

Azam untuk berubah. Menjadi orang yang benar-benar berjaya dunia akhirat. Untuk menjadi manusia. Untuk menjadi pelajar, mukmin, daei, ayah, anak, suami, kekasih, pekerja yang terbaik. Bukan sekadar terbaik, malah berusaha untuk jadi yang terbaik.

~~*~~

Hari ini aku berjaya menamatkan lab basah aku. Alhamdulillah. Ada akh yang tak percaya dengan kebolehan aku untuk menamatkan episod penderitaan pelajar sarjana ni (berdasarkan komitmen dakwah sepenuh masa aku, dan kemalasan belajar pada masa yang sama). Tapi bila aku tunjuk slip peperiksaan aku, terbeliak matanya! (hehe sori ya akhi)

Insya-Allah akan aku cuba. Agar dapat menunjukkan itqan di hadapan ALlah kelak.

~~*~~

Hari ini aku sudah mulakan perubahan pertama. Minggu depan aku ada exam besar. Dan aku sudah bersedia seminggu lebih awal!

A procrastinator had just died today! Seminggu lebih awal aku bersedia. Semoga aku sukses ujian itu kelak. Yang pentingnya, usaha aku ini sama sekali tidak akan merendahkan nilai tawakkal aku kepadaNya. Tetap aku tsabat dengan cintaku kepadaNya.

Amin, Ya Allah.


Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

3 comments:

PuteriBonda Anis said...

inspiring!
thanks!

Unknown said...

benar.......
jangan jadikan fitnah kepada seorang da'ie kerana akademiknya.
lillah..

AmirSyafiq said...

ada.silap.sket.akh.kt.lirik.tuh.
tapi.xpe.
x.penting.pun.

-amirS.
(peminat.setia.mirwana)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]