Thursday, January 7, 2010

Cinta anta-anti (Episod 1)








Dakwah kita pernah mengisi setiap ruang yang ada

Pada tahun 70-an, gerakan dakwah begitu pesat hingga memberikan kesan yang besar kepada kesedaran islam di Malaysia pada waktu itu. Ianya pesat, hingga dakwah mengisi banyak ruang di celah-celah masyarakat ketika itu. Masyarakat islam yang ketika itu, amat pelik jika berbicara tentang islam, dan para ulama dianggap sangat asing, namun ianya berubah dengan mendadak.

Kaum perempuan sudah mula bertudung, dan kaum lelaki sudah mula meninggalkan seluar pendeknya. Agama juga bukan sekadar amal di surau atau masjid sahaja. Dakwah semakin luas ke media dan setiap lapisan masyarakat hingga tahun 90-an. Remaja dan Belia pada ketika itu sangat terkedepan, malah ikhwah dari negara-negara lain turut datang ke Malaysia untuk meminta tunjuk ajar ikhwah di Malaysia, melihat perkembangan dakwahnya. Pada waktu itu, sekolah-sekolah islah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ikhwah menghiasi hidupnya dengan bacaan quran dan lagu-lagu jihad arab yang sangat tegas dan bersemangat. Teringat lagi lagu "Al-Ardhu lana wal-Qudsu lana" dan "Tahanina" yang tidak henti-henti kedengaran dalam kereta buruk keluarga kami ketika itu. Kadang-kala, lagu nasyid Nada Murni dan Nahwan Nur memberikan ruh islami yang "praktikal" sedang abi dan ummi membina Baitul Muslim kami.

Pada tahun ~1998, suatu gelombang baru media menusuk ke dalam masyarakat. Masyarakat yang pada awalnya hanya terdedah kepada lagu-lagu mainstream inggeris, mendayu-dayu tradusional melayu, dan rock kapak spring, sudu, etc., menerima gelombang baru dari dari barat. Kumpulan Nsync, Backstreet Boys, WestLife, Five, Moffats menghiasi corong radio dengan sambutan yang sangat padu daripada remaja-remaji. Ditambah pula dengan pengenalan TV Satelit Parabola Astro dan Internet yang membuka remaja-remaji kita kepada dunia luar yang lebih ganas lagi. Ketika itu, masyarakat dan media sedang mencipta ilah baru yang lebih ditaati lagi. Pada waktu ini, suatu ilah bernama "Hedonisme" dicipta dan dibentuk dan dimasyarakatkan.

Ya. Dahulu ada gelombang sebegini, namun dakwah telah melemahkannya. Dan yang paling penting, penggerak dakwah (Muharrik) terasing daripada terkena serangan sedemikian. Perkembangan dakwah tidak terencat kerana serangan itu. Muharrik masih dapat melindungi keluarganya dan nizomul usroh daripada berdiplomasi dengan hedonisme. Sukar untuk mencari keluarga ikhwah yang ada TV pada waktu itu. Kerana ia seolah-olah membawa musuh ke dalam rumah. Mentarbiyyah dzatiyyah anak-anak dengan jahiliyyah. Hingga pada waktu itu, ketika abi menjual keretanya Proton Saga Iswara (No. Plat: TQ 2885), ada satu spek yang sangat menarik minat pembelinya:

"Kereta ini tidak pernah kedengaran suara di dalamnya selain quran dan nasyid... Alhamdulillah"


Aku pada ketika itu, sangat bangga akan ketegasan keluarga kami dalam melaksanakan syariat sepenuhnya. Jauh daripada jahiliyyah walau sepatah kata. Membina izzah dalam diri hingga kini.

Aku percaya, fenomena ini tidak berlaku dalam kelompok kita sahaja. Seluruh Malaysia, pengemban-pengemban dakwah semakin bertambah dari hari ke hari dari semua sudut dan wajihah-wajihah islam. Pada waktu itu, benih-benih ditanam, hingga terasa hanya tinggal masa untuk pokok itu membesar, dan buah-buah ranumnya dapat dinikmati bersama.







~~*~~


Sengaja diletakkan gambar askari, bukan gambar penuh nilai kasih sayang, sangat-sangat ingin menghindar jiwa lemah-longlai bila membincangkan isu ini.

Ini serius!






6 comments:

iqbal syarie said...

terima kasih saudara atas peringatan dan pembakar semangat ini.Jelas,kita wajib mula kembali bertemu dgn org islam dan mengajak melakukan yg maruf dan mencegah kemungkaran walaupun hanya mampu berdoa..

ProfHussaini said...

Akhi yang disayangi, cerita belum tamat, baru mukaddimah kuikui... :)

tuantaufik said...

owh mannnn, ingatkan dah habis....

ProfHussaini said...

Akhi..
Sori kerana mengecewakan nta.. hikhik (gelak gedik)

Insya-Allah nanti ana sambungkan penulisan
Sila ingat-ingatkan ana nanti ya
Ada mesej besar yang ana nak sampaikan (bukan pasal BM!)

Insan Biasa said...

Salam...hehe..cinta anta-anti...mcm penah ku dengar ye...tapi di mana ye...

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Hehe. Tepat sekali muaz. Time tu nta peminat tegar Majalah i.

Majalah i, bulan April tahun 2005 (Kalau tidak silap ana)

Karangan ustaz Mazlee Malik, pensyarah UIA, yang kini menyambung pelajaran di UK.

p/s: Ana pinjam tajuk dia, bukan nak suruh kawin awal. (seperti kandungan majalah i tersebut)

Pasal kawin ntum, sendiri pikir la. Takkan nak suruh orang arah-arah. Itu pun tak tau ke.

:)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]