Saturday, December 4, 2010

Asyik-asyik Ikhwah!


Bukak facebook, ikhwah.

Bukak blog, ikhwah.

Bukak ym, ikhwah.

Bukak email, ikhwah.

Bukak sms, ikhwah.

Balik rumah, ikhwah.

Balik kampung, ikhwah.

Buat usrah, ikhwah.

Makan, dengan ikhwah.

Tajmi, ikhwah.

Walimatul urusy, ikhwah.


Alhamdulillah, tiada ikhwah yang mengacau hidup gue di fakulti. Kawasan bebas ikhwah.


~~*~~


Itu dulu.

Sekarang ni, di Skudai ni, mana-mana aku pergi ada ikhwah... Susah juga kalau dakwah berjaya ni...

Tension. Tolong lar. Aku taknak aku jadi baik sebab orang lain ada, bukan sebab Allah ada...

Tak makan kat MacD sebab ikhwah nampak, bukan sebab Allah nampak!
Tak ngorat awek sebab ikhwah tahu, bukan sebab Allah tahu!
Tak baca manga kat laptop sebab kantoi dengan ikhwah, bukan sebab kantoi dengan Allah!
Tak dengar Linkin Park sebab takut ikhwah hilang tsiqoh, bukan sebab takut Allah murka!
Aku ingin beriman pada Allah! Bukan pada ikhwah!

8 comments:

Be Inspired said...

Salam bro

kat skudai skrg ni? =)

Abu Khalid said...

Salam

Ya. Ana sudah 2 hari berhijrah ke Skudai ni...

Tukar angin

Ariffin said...

Salam,

mengenali nta menerusi tulisan nta, membuat ana amat yakin pada nta dan perjuangan nta
muga nta terus thabat

dan, ingin juga mengucapkan selamat untuk menaiki tangga seterusnya dalam perjuangan ini

kami semua berbahagia dengan pertambahan 1 lagi baitul muslim/baitul dakwah yang bakal mewarnai perjuangan ini

maaf atas salah dan silap...

http://www.youtube.com/watch?v=fJeQU0qlm0Q

Halaqah Borneo said...

Asyik2 Ikhwah... Rindu pun kat Ikhwah....hehe.. rindu gak kat hussaini..lama dah tak jmpa.. maklumlah ana kat sarawak, hussaini kat skudai.. hehe..lagi 4 hari....

Abu Khalid said...

Akh Azrin, masa itu emas, pedang, kehidupan.

Sekarang lebih terasa kehangatan ukhuwwah, iman dan harga setiap masa.

Kan best kalau rasa camni selalu. Ni yang rasa nak kahwin setiap tahun ni...

Abu Khalid said...

Akh Ariffin,

Semoga kita dapat bertemu dalam sesi di dunia ini, dan yang paling utama, di akhirat sana.

Semoga Allah bimbing kita ke atas jalan yang suci lagi lurus ini. Jalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah ISLAM itu sendiri.

Haiya bina!

Muhammad said...

Salam akhi. Apa kata orang macam enta ni perlu dihantar ke zon bebas ikhwah untuk mengikhwahkan non-ikhwah? Peace. ^^V

.Inilah aku. said...

Tah, semua benda ikhwah..
sejak ble kita diajart utk beriman kepada ikhwah! huh

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]