Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan
Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi
Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya
Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku
Bukan sekali, namun berkali-kali aku mengalir air mata semasa remajaku, apabila mendengar dendangan nasyid ini. Takut benar aku berhadapan dengan kehilangan seorang kekasih hati yang tidak mungkin ada gantinya. Alhamdulillah, kini ku dapat merasai kekuatan itu, menempuh suratan takdir dengan penuh ketaatan seorang hamba.
Janjiku pada ummi,
Akan kami menjadi anak-anak yang soleh, dan akan sentiasa mendoakanmu
Nikmatilah ganjaran-ganjaran atas pengorbananmu dalam perjuangan ini
Dan akan kami tambah berantai-rantai amalmu dengan kehidupan dakwah kami
Semoga berada dalam redha, rahmatNYA,,,
Selamat tinggal ibuku...
Wahai tentera Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah
~~*~~
Ummi, Hasmah binti Osman telah dipanggil menghadap Maha Pencipta
Jam 1.00 pagi
1 Oktober 2009
Di Hospital Kemaman, Terengganu
Kepada yang berkesempatan, majlis pengurusan jenazah akan dimulakan seawal 8 pagi hingga ba'da zohor di 11992, Jalan Teratai, Gong Pauh, 24000, Kemaman, Terengganu.
Ana secara peribadi mewakili ummi,
Meminta kemaafan andai mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak,
Tanpa kesengajaan pastinya.
Urusan hutang piutang boleh dijelaskan melalui ana dan keluarga.
Muhammad Hussaini bin Khairudin boleh dihubungi melalui:
+60133870153
12 comments:
Innalillahi wa inna 'ilaihi raaji'uun.
Alhamdulillah, sungguh bertuah dia mempunyai anak-anak seperti anta adik-beradik.
Innalillahi wa inna 'ilaihi raaji'uun.
Alhamdulillah, sungguh bertuah dia mempunyai anak-anak seperti penulis dan adik beradik..
takziah buat family sekeluarga
allahummaghfirlaha warhamha... moga beliau ditempatkan di kalangan para solihin..
takziah ya akhi.
Innalillahi wa inna 'ilaihi raaji'uun.
Semoga dikurniakan syurga untuk umi dan ketabahan untuk anta sekeluarga
innalillahi wainna ilaihi raaji'un
moga sekeluarga redha dgn apa yg berlaku dan tabah dlm meneruskn sisa2 perjuangan yg msh berbaki...
takziah drpd fmly pakcik tarmizi dan makcik yus, gombak
al-fatihah utk ummi mu..
secara langsung,bila sampai msg pd pulul 12 lbh waktu mesir bekenaan berita ini terus peti pemikiranku ligat berputar kenangan2 terindah nta duk kertih,ketika mntk izin dgn umi keluar nak men red alert,cs, teruskan nta pindah p kemamn kita p kuantan berjalan tidur rmah nta ,ketika ana p k.l ikut nta p rumah nenek nta jupa Allahyarham ummi yg mana ketika itu sdg sakit, hingga yang terakhir berjumpa di surau saat2 akhr ana di malaysia ketika mengimbau kembali kenangan yg x sukar dipadam membuat ana tnpa disedari sebak dan ingin mengalir air mata.sikapnye yg peramah ,yg mudah didekati menjelaskan sifat keibuan yg sesiapa dekati pasti akan merasainya.
utk akhi husaini nta sulung amik peranan ni , jaga adik2 n keluarga,teruskan perjuangan meninggikan syiar Islam.
ku harap dirimu terus thabat dalam perjuangan. ku harap sentiasa doakan ku disini sahabatku!
Innalillah wa inna ilaihi raj'un...Sahabatku..maafkan aku kerana lewat mengetahui hal ini...tak sangka aku pergi ke rumahmu baru2 adalah untuk melihat ibu kesayanganmu untuk kali terakhir..ternyata aku dapat melihat wajah ibumu seorang yang gigih dan berhati waja..melawan penyakitnya dalam keadaan senyum yang bersahaja..husaini...semaga kau tabah dengan dugaan ini..kau mampu melaluinya..kerana itu kau dipilih..subhanallah...aku tak dapat bayangkan jika aku ditempatmu...Semoga ibumu ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah..semoga kamu menjadi anak yang soleh..ibumu beruntung mempunyai zuriat sepertimu..maka si ibu boleh pergi dengan tenang...Semoga Allah bersama kita..Takziah sahabat....subhanallah...
innalillahiwainnailaihirajiun..moga trus kuat sahabat seakidah..allah knows best dan allah sebaik2 perancang..
salam takziah
dari allah kita datang, kepada-Nya kita kembali... semoga Allah menghimpunkan kalian semula di jannah, inshaAllah... tiada lain yang akan dapat mengubat kerinduan hati melainkan suatu janji bahawa kalian akan ditemukan dan dihimpunkan kembali bersama orang-orang berbakti.. teruskan juang ya akh. hingga syahid nnt inshaAllah.
takziah akhi...kuatkan hati...ingatlah...Allah is always there for you,& not forgetting all of us ;)
Jazakumullahu khoiran kathira atas sokongan semua...
Alhamdulillah kami sekeluarga tetap tabah dan kini semakin bersemangat menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini...
PERJALANAN MASIH PANJANG!
Berbilion jiwa perlu kita selamatkan.
shai fuivku wholes mooraj vertical lewin draft weapon remedial billingham pointsb
masimundus semikonecolori
Post a Comment