Monday, December 6, 2010

MyMutabaah

Kreativitas Akh Abdullah Mujahid dan zaujahnya. Kini untuk dijual!


Dengan nama Allah, rabb sekalian alam.

Mengenang hayatku dalam tarbiyyah, aku telah membuang lebih ramai orang berbanding menarik mereka. Sesungguhnya saff ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan nekad dalam memperjuangkan agama Allah.

Allah akan memelihara saff ini, daripada mereka yang lemah, punya banyak alasan dan yang bisa merosakkan jamaah dengan maksiat yang seronok mereka kerjakan. Lihatlah bagaimana lemahnya iman dan ketaatan, yang menyebabkan kalahnya tentera-tentera islam di Perang Uhud... Lihat pula nasib mereka pada Perang Hunain...

Ikhwah akhwat sekalian,

Bagaimana mutabaah (evaluasi) amal ntum pada hari ini? Bagaimana tilawah kalian? Bagaimana saum? Solat berjamaah? Zikir Ma'thurat?

Dalam perjumpaan-perjumpaan mingguan kita, itu yang kita titik beratkan. Itulah kayu ukur, indikasi sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta, yang diharapkan memenuhi segala sudut hati dan perasaan kita (Surah Al-Ikhlas). Ia juga mengehendaki agar kader-kader dakwah ini akhirnya dapat melestarikan amal islam sepenuhnya dalam diri mereka, secara syumul. Bukan sekadar ibadah-ibadah khusus sahaja.

Sirah perjuangan Ar-Rasul telah menunjukkan dakwah baginda selama 23 tahun telah berjaya hingga mengislamkan seluruh alam. Perkembangan dakwah baginda itu, memberikan kita suatu disiplin dalam dakwah kita, agar amal kita turut berkembang selari dengan tarbiyyah yang kita perolehi.

Peri penting Mutabaah amal ini, biar aku bongkarkan mengapa; Allah berfirman:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin."

(Az-Zariyat:55)

Dalam sesi-sesi tarbiyyah kita, begitu banyak taujihat (penyampaian) yang kita perolehi. Itulah tazkirah, peringatan kepada kita. Semakin lama kita bersama tarbiyyah ini, sepatutnya semakin banyak tazkirah diperolehi, semakin mantap amalan kita, seandainya kita beriman.



Jika amal kita masih sama selepas berTAHUN-TAHUN bersama tarbiyyah, ada 2 kemungkinan mengapa:

Pertama, murobbi tidak ikhlas dalam teguran dan tazkirahnya, hingga tidak berbekas di hati.

...atau...

Kedua, anak-anak usrah tidak beriman.




Jika sebabnya ialah sebab yang kedua itu, maka seruanku, juga antara 2:

Pertama, bersama dengan kami dan perbaiki diri.

...atau...

Kedua, carilah jemaah lain yang mampu menyentuh hati kalian.


~~*~~


Kepada anak-anak mutarobbiku, maafkan daku kerana tidak dapat bersama kalian, bondaku sedang tenat di ICU. Doakan ya...

5 comments:

Mashizaki Keikan said...

2. Cari jamaah lain? wow...

Why not try cari naqib lain yang mampu membangkitkan iman yang lemah dulu...?

Abu Khalid said...

Hehe
Ni mazhab Dr Hizul..
Point ana pun banyak ana ambil dari ceramahnya,

Tegas dalam memelihara jamaah dari orang yang bermain-main, khusus untuk mereka yang sedang diseleksi menjadi Qaedah Sulbah

Ana bercakap tentang kes khusus yang sedang berlaku, dalam kita kekurangan orang yang dapat membawa, tiada masa melayan kerenah manja

Juga menegur diri sendiri serta rakan seperjuangan

Pointnya lebih kepada mengehendaki setiap ahli agar melakukan perubahan dari dalam diri, ya akhi..

Jika masih nak main-main, kita tidak letakkan dalam tarbiyyah khusus... Program umum no prob je

Kita tidak keras dalam kata, namun prinsip itu harus ditegakkan kerana kita tidak mengenal erti main-main dalam perjuangan

Sepertimana kata ISHAB, Para sahabat tidak bergurau ketika perang.

Wallahua'lam
Pendapat ana yang masih belajar

Abu Khalid said...

Repost untuk tazkirah bersama.
Supaya karya-karya lama tidak mati.

adeq said...

sejak bila pula ada mazhab dr.hizul. ish-ish.

Abu Khalid said...

Huhu

Sekadar menceduk pandangannya yang best

Asif kalau tak tepat penggunaan kata

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]