Aku ada 5 orang adik. Mereka semua comel-comel belaka. Aku ingin berkongsi bagaimana caranya aku menyalurkan cinta kepada mereka. Ketahuilah, aku adalah seorang abang yang mengasihi kesemua adik-adikku;
Ruqaiyah (Angah)
Ha-ana-za: Along tengok angah ni score semacam je Medic. Result asyik 90, 98, 100! Senang ke Medic ni...?Ruqaiyah: Ha'ah, angah rasa senang la pula dunia Medic ni. Dulu orang cakap bukan main susah lagi. Amacam terer tak angah? Bangga tak? Puji laa, puji laa...Ha-ana-za: Bangga apa?! Buat malu along aje... Macam ni ke result seorang daeiyah? Macam tak buat dakwah je nampak gayanya... Angah bawa berapa usrah sekarang ni?Ruqaiyah: Er? Satu je...Ha-ana-za: Sebegitu banyak akhawat, angah bawa 1 usrah je? Jangan jadi penjual ikan ya angahRuqaiyah: Ye la, ye la. Tak payah la sindir angah lagi...Ha-ana-za: Lepas ni along nak angah bawa 3 usrah! Pointer tu kasi kurang sikit. Tak nampak macam berdakwah pun... Tambah ria' je apa gunanya...Ruqaiyah: Ye la, ye la
Kini Ruqaiyah sudah berkahwin dengan akhuna Tuan Mohd Taufik yang juga menjaga pointer beliau. Apa nak jadi lah dengan budak-budak zaman sekarang!
~~*~~
Atiqah (Achik)
Ha-ana-za: Iqah pergi tak perjumpaan penggerak-penggerak dakwah semalam?Atiqah: Iqah tak pergi la. Ada hal dengan kawan semalam... Lagipun naqibah tak cakap pun. Mungkin sebab iqah tak bawa usrah lagi.Ha-ana-za: Tak bawa usrah? Iqah hidup ni, ada matlamat hidup ke? Nak mati dengan kertas-kertas peperiksaan tu ke? Serius ke nak syurga ni?Atiqah: ???
Tidak lama kemudian, Achik sudah berubah menjadi penggerak di IPT beliau.
~~*~~
Najihah (Ateh)
Ha-ana-za: Amacam usrah ihah sekarang? Ok ke?Najihah: Alhamdulillah, naqibah pun bersemangat. Tapi kawan-kawan yang lain macam bermasalah.Ha-ana-za: Diorang tu slow ke? Ihah tak tolong diorang ke?Najihah: Takde la slow, tapi agak berat sikit. Naqibah ihah yang uruskan mereka kan?Ha-ana-za: Semenjak bila tarbiyyah kita menjadikan kita ni pentingkan diri sendiri. Dakwah ni bukan untuk mereka yang hanya memikirkan perut dan nafsu mereka sahaja. Mana pergi slogan rukun usrah tu? Mana definisi amal taaruf? tafahum? takaful?Najihah: Dah tu? Ihah pun kena buat sesuatu ke?Ha-ana-za: Takkan ihah nak biarkan diorang macam tu je? Nanti bila akak-akak tu dah grad, ihah nak bekerja sorang-sorang je ke?Mana pergi amal jamaei? Amal jamaei bukan pada syura nak buat program perabis air mata je!Najihah: Oh macam tu... Ok la...Ha-ana-za: Kalau macam ni la sikap kita... Sangat jauh lah kita dari itsar ansar muhajirin. Apatah lagi itsar nyawa Ikrimah dan 2 sahabatnya.Tu belum kira Jaafar si pemegang panji... Come on la ihah!Kisah...,,,...---
Ceramah (Bebelan membina) berterusan sehingga kenderaan sampai ke Nilai, dari Terengganu...
~~*~~
Ufairah (Alang)
Ufairah sedang menyisihkan sayur-sayur di pinggannya. Aku sekadar melihat. Sudah bertahun-tahun lamanya kakak-kakaknya memberikan arahan memakan sayur, tapi jiwa Ufairah masih lagi memberontak tidak mahu menelan klorofil-klorofil tersebut.
Ha-ana-za: Ufai kenal pakcik Megat?Ufairah: La arif (Riak muka berubah)Ha-ana-za: Pakcik Miqdat?Ufairah: La arif aidon...Ha-ana-za: Pakcik Iskandar?Ufairah: La!Ha-ana-za: Pakcik Akmal?Ufairah: La!Ha-ana-za: Pakcik Arizam? (Bukan nama sebenar, harap tidak perasan ya)Ufairah: La!Ha-ana-za: Kesian... Kesian kat mereka semua,Ufairah: Kenapa along? Siapa mereka-mereka tu?Ha-ana-za: Kesiannn...Ufairah: Kenapa long? Siapa tuu...? Cakap la...Ha-ana-za: Tak pernah tahu... Tak pernah dengarrr pun nama-nama tu kan? Mereka tu, bukan sahaja mati dalam kehinaan, malah nama mereka pun tiada siapa yang perasan lagi. Kesian...Ufairah: Kenapa dengan mereka along? Mereka mati ke?Ha-ana-za: Betul ke Ufai nak tak tahu ni?Ufairah: Ye lah... Ye lah... Ufai nak tahu ni...Ha-ana-za: Mereka semua pakcik-pakcik yang baik-baik. Ikhlas di jalan dakwah. Tapi mati kerana TAK MAKAN SAYUR! (Cerita ini rekaan semata-mata, harap maklum. Sila baca journal di Sciencedirect untuk mengetahui peranan sayur dalam fisiologi manusia)
Ufairah dengan laju dan lahapnya menghabiskan sayur di pinggannya. Malah ditambah-tambah lagi.
Kami adik-beradik yang lain bergelak-ketawa :D
~~*~~
Iqbal (No longer BONGSU!)
Iqbal: Along nak nombor 7!Ha-ana-za: Taknak...Iqbal: Nak!Ha-ana-za: Taknak...Iqbal: Nak!Ha-ana-za: Taknak...Iqbal: Nak!Ha-ana-za: Taknak...Iqbal: Nak!Ha-ana-za: Taknak...Iqbal: Nak!Ha-ana-za: Taknak......
Symptom itu tidak pernah berakhir. Malah seakan-akan tiada penghujungnya. Sila ulangkaji pelajaran yang lepas ya...
Bagaimana anda menyalurkan cinta kepada adik-adik anda pula?
~~*~~
Tiba-tiba dapat SMS dari abi. Ia tidak berbunyi begini, sekadar tertera di skrin henset aku:
"Tiny arm & leg buds have formed. Hand with webs between the fingers have formed at the end of the arm buds. Fingerprints are detectable......"
Alhamdulillah! Masya-Allah! Aku bakal dapat adik baru!
...
...
...
Macamana agaknya aku nak layan dia ni ya...?
Gambar kami yang terbaru. Najihah tidak dapat turut-serta. Arwah baik orangnya.
1 comment:
Haha.. ada kalanya usikan provokatif yang dasarnya kasih sayang jauh lebih berkesan di hati dari percakapan yang bunyinya sopan tetapi stereotaip dan cliche. Teruskan mentarbiah adik-adik..
Post a Comment