Wednesday, March 27, 2013

Istiqamah


Memulakan. Ia merupakan cabaran yang terbesar dalam perlaksanaan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika perkara yang nak dibuat itu sangat besar. Akal & hati akan bertarung, berkira-kira nak mulakan atau tidak, mampu atau tidak. Padahal x lakukan apa-apa pun lagi.

Banyak orang gagal, kerana tak berani nak mulakan. Membuang senjata, sebelum sampai ke medan pertempuran, kerana mendengar khabaran yang meruntuhkan semangat juang.

Namun, percayalah, mulakan sahaja apa yang kau ingin lakukan itu, dengan langkah-langkah kecil. Rasulullah juga mengiktiraf 'pahala-pahala kecik' dalam menghapuskan dosa-dosa kita.

Apabila kita sudah bermula, ia akan menghasilan resonance, umpama ombak; menghasilkan ombak yang besar yang menghakis pantas dan melemaskan manusia, dengan hanya sedikit gegaran di tengah lautan.

Mulakan langkah-langkah kecil, ke arah matlamat yang disasarkan, walaupun dari masa ke masa kita akan banyak merapu kerana tidak pernah beramal atau sudah lama meninggalkan amal tersebut.

Aku juga begitu. Kalau dahulu, setiap hari aku akan konsisten berlari 10-20 km dengan kelajuan 5' per km. Kesibukan dakwah tidak pernah menggugatku berkomitmen sebegitu. Bahkan, ia menjadi ruang muayasyah dengan anak-anak usrah setiap hari. Habis jogging, nangis-nangis. Bayangkan.

Namun, setelah berkahwin, ternyata banyak masa dan tumpuan perlu aku berikan kepada lebih ramai orang & tempat. Akhirnya, aku terpaksa menggadaikan jogging & blogging (Yang blogging tu kita cerita pasni). Diri kena diuruskan & dibiasakan dengan keadaan yang totally baharu. Seronok, tapi banyak perkara berubah dan perlukan adjustment yang lebih.

Pendek kata, semuanya telah terhenti begitu sahaja.

Nak memulakan kembali? Azabnya... Namun, apabila difikir-fikirkan semula, azab yang terasa itu kerana aku meletakkan benchmark yang terlampau tinggi. Ya, amat tinggi.

Padahal, pencapaian yang sebelumnya terhasil kerana aku melaksanakan dengan penuh istiqamah, dan akhirnya amal itu berkembang dengan sendirinya. Stamina bertambah secara berperingkat. Otot belajar untuk cope dengan asid laktik dan stress berpanjangan dengan berkembangnya masa. 

Maka, aku belajar untuk mempersetankan perasaan 'tidak boleh' dalam diri dan buat sahaja apa yang aku rasa terbaik, namun dengan dos yang sangat rendah, agar permulaan itu menjadi motivasi untuk langkah-langkah berikutnya.

"Bismillah, jalan je" (Ustaz Atep, 2007)

So, aku pun berlari sekali setiap hari, walaupun dapat 100 m, 500 m, 1 km. Apa yang penting, aku dapat keluar dari kepompong jahiliyah (x bersenam itu pun jahiliyah tahu?) & kembali menanamkan minatku dalam aktiviti outdoor.

Begitu juga dengan blogging. Kalau dulu, dapat tulis kencang-kencang setiap hari. Menggugah jiwa daei, kini aku cuba untuk tulis & kongsi apa sahaja dalam ruangan ini. Harapnya ada yang sudi menjenguk dan memberikan komentar. Maaf kalau tulisanku kurang menarik pada kalian, almaklum, dah 2 tahun tak menulis.

Kini, baru aku tahu penangan istiqamah. Kita bukan sahaja perlu membuang rasa malas supaya dapat maintain amal kita. Namun apa yang lagi penting lagi, istiqamah itu sendiri memberikan kita perlindungan daripada tersungkur. Kerana jika kita tersungkur, terkeluar, terhumban dari 'rutin & kebisaaan' itu, maka nak masuk balik, bukan senang. Malah, sangat susah!

"Wahai orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan menjadikan kamu tsabat" (Muhammad:7)

Futur itu makamnya lebih tinggi sedikit dari qu'ud. Futur itu rebah, qu'ud itu terduduk.

Biasalah dalam jalan dakwah ni, kadang-kadang datang rasa malas. Sifat iman ini Al-yazid wal yankuz.  Turun & naik, lumrah manusia biasa. Sehinggakan Umar & Abu Bakar As-Siddiq radiallahu anhum pun merasainya.

Namun, bila kita terperasan kita futur, cepat-cepat kembali kepada Allah. Jangan layan perasaan itu. Jangan nak rasa: 

"Bestnya futur, bila dah futur ni, biar futur betul-betul. Eh? Mana muvie dulu tu ya? Dah delete? Takpe, download balikkk"

Ataupun ada yang lebih-lebih rasa down hingga terasa sangat hina & depressed (kisah benar)

Takut-takut, nanti kita akan meletakkan diri kita di kalangan orang yang putus asa dan terus hilang, lari dari jalan dakwah. Gugur sebelum gugur di medan syahid. Menjadi orang-orang yang qu'ud. Menjadi golongan yang tercicir, mutasaaqitun.

Allahu Allah, peliharalah kami di atas jalan ini. 


Abu Khalid,
Kuli Dakwah.

1 comment:

Anonymous said...

Ataupun ada yang lebih-lebih rasa down hingga terasa sangat hina & depressed (kisah benar)

^^V

SilentMuharrik, Msir.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]