Tuesday, December 29, 2009

Aku masih kecil






Aku sekerdil fizikalku

Merasa kekerdilan merupakan syarat awal mengenal makna ketuhanan. Apabila terasa diri ini kerdil berbanding denganNya, barulah terasa betapa besarnya Allah. Pada waktu itu, ego ditundukkan dan segala arahan dipatuhi.

Setiap manusia beriman yang menyahut taufik kurniaan ilahi pasti kan merasai ketenangan, berkat penuh perasaan seorang hamba. Perasaan penuh kasih sayang Allah Az-Zawajalla, dan pengamatanNya. PerlindunganNya dari segala bahaya dan kegagalan yang menghantui diri sejak sekian lama. Diri terasa kerdil di sisiNya.

Kebesaran makhluk yang datang hari demi hari dalam cubaan menggugat keutuhan ikatan akidah yang sejahtera. Mendesak kita, serupa angkara Firaun yang mendesak sekalian rakyat bertuhankan dirinya. Percakapan dan tindakannya menggambarkan betapa besarnya dirinya itu dirasakan, menggambarkan hati yang kufur, menjadikannya golongan yang melampaui batas (togho) yang dilaknati Allah. Malah neraka tersedia buatnya sebagai tempat kembali yang kekal abadi.

Diri yang kerdil tadi, berkat taufik dan hidayah kurniaan Ilahi, beroleh kekuatan untuk mengharungi badai itu. Segala kesengsaraan yang dititipkan Jahiliyyah diharungi dengan jiwa yang bersedia dan tidak sudah-sudah berkumat kamit kalimah "Allahu Ahad" "Allahu Akbar" .. Tidak sudah-sudah diri menolak kebesaran selain kekuatan Allah yang nyata.

Semua cubaan-cubaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah suatu kenikmatan yang membuahkan lagi keimanan, dan memasakkan ketakwaan. Hati terasa semakin kuat dan yakin dengan pertolongan Allah. Hari demi hari dihiasi dengan keindahan syurga yang dijanjikan. Janji yang hanya tinggal masa untuk untuk dituntut.

Sayangnya, manusia sering lupa bahawa ujian itu datang bukan dalam bentuk kesengsaraan semata-mata. Ia bukan sahaja datang dalam bentuk cercaan. Namun kejayaan sementara juga akrab dengan kefasikan. Ia akan datang dan menjolok sekeping hati dari celah-celah ruang yang tidak pernah terkesankan. Hingga suatu masa nanti, ia, dalam 'keimanannya' itu, dalam segala 'amal dakwah' yang dilakukan itu, ia besar kepala hingga gagal mencari unsur keikhlasan. Sedang selama ini ia merasakan dirinya itu ikhlas. Malah, paling ikhlas di kalangan semua pejuang ad-deen.

Kepala perlahan-perlahan dipam angin oleh syaitan, hingga terasa sangat besar, penuh dengan ilmu, dan sangat petah berhujah islami. Sedang ia hanya umpama tin kosong yang sangat lantang, namun hanya penuh udara di dalam. Dadanya pula terasa besar dan tinggi, disangkakan penuh dengan keimanan, namun ianya penuh dengan cita-cita duniawi dan janji-janji yang ia sangkakan ukhrawi dalam mengaut hasil dakwah 'ikhlas'nya itu.

Dari pandangan matanya, tulisannya lah yang paling kencang. Kata-katanya umpama kata-kata orator-orator handalan, yang bisa memaku pandangan, mengubah riak perasaan serta mengeluarkan air-air mata. Amal yang dibuatnya tidak pernah tidak menjadi, malah dialah tokoh dakwah yang paling disegani di seantero alam. Dirinya dirasakan hanya setapak di belakang As-Syeikh Hassan Al-Banna.

Lama-kelamaan, pasti jiwanya itu akan mendambakan lebih banyak hasilan. Pasti. Manusia itu tidak pernah puas dan tidak akan kenal akan kesesatan jika tidak pernah memuhasabah berbekalkan kata-kata ilahi dan sunnah rasulNya. Lama-kelamaan, seorang Firaun akan terlahir, membesar dalam sebuah kelompok keimanan, namun dalam jiwa penuh dengan hawa nafsu syaitani. Terasa dirinya paling besar, hingga merasakan dialah yang paling agung, hingga pada akhirnya merasakan dialah tuhan. Semuanya kerana diri tidak lagi terasa kerdil di sisi Tuhan.

Segalanya bermula apabila diri terlupa kebesaran ALLAH. Apabila sedetik terasa sebuah kejayaan itu datang dari usahanya sendiri... Segalanya bermula dari sana...

Seandainya diri ini berhasil belajar tentang sejarah Firaun dalam Quran...



Jangan mendidik aku menjadi syaitan

Benar. Pada asasnya pujian-pujian memotivasi seraut wajah ini untuk terus tersenyum, sebatang tubuh ini untuk lebih gigih menyatukan saf ummah malah untuk mengorbankan segala-galanya demi dakwah yang mulia ini. Pujian-pujian telah memberikan kekuatan kepada Sang Daei yang muda dahulu untuk terus berjuang, mengharapkan lebih ramai orang yang terkesan dengan risalah islam melalui titik peluh yang dititiskannya.

Namun, lama-kelamaan, Sang Daei sedar bahawa beliau sedang membesar menjadi seorang Syaitan, malah Firaun. Pujian-pujian itu, melalaikan diri dari kenyataan alam nyata yang asasnya bukan dengan kata-kata. Pujian-pujian itu, walau indah ditadah halwa telinga, namun umpama dadah yang mematikan pertumbuhan ruhi Sang Daei. Amalnya kelak bukan dengan titipan ruh Allah, tetapi dengan penuh keyakinan akan kekuatan dirinya. Sungguh kata Ar-Rasul dalam sepotong hadis:

"Taburkan debu ke wajah orang yang suka memuji."

Kerana biasanya pujian tersebut muncul dari kemunafikan atau pujian itu akan mengakibatkan orang yang dipuji terlena hingga mendorongnya bersikap sombong setelah dirinya membangga diri (Jum'ah Amin, Auraq min Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun, ms. 289). Pujian yang kita sangkakan, yang kita harapkan dapat 'mengambil hati' sahabat kita yang dicintai, akhirnya memakan dirinya, hingga hilang keikhlasan bertempur melawan dunia. Itulah kunci punca kekalahannya di medan.


"Sesungguhnya suatu dakwah tidak akan mati di tengah jalan kecuali jika pengikutnya bertumpu pada beberapa orang sahaja. Jika demikian, apabila orang tersebut meninggal, maka mati pula dakwahnya... Sedangkan kalian wahai saudara-saudaraku, prinsip-prinsip kalian adalah kekal... Allah adalah tujuan kalian, Rasulullah S.A.W. adalah pemimpin kalian, Al-Quran adalah pedoman pergerakan kalian, jihad adalah jalan kalian, dan gugur di jalan Allah adalah dambaan kalian yang paling tinggi. Prinsip-prinsip inilah yang harus menjadi tumpuan kalian, kerana ialah yang tetap kekal."

(Hassan Al-Banna)



"Berbicaralah tentang dakwah kerana ia lebih kekal, sedangkan manusia akan musnah."

(Hassan Al-Banna)






Cemburu





Para anbiya' (nabi-nabi) merupakan golongan yang sangat istimewa. Mereka adalah segolongan manusia yang terpilih dari bangsa mereka. Dari kumpulan, bangsa atau kelompok mereka, para anbiya' inilah yang paling baik dari segala segi. Merekalah yang paling baik nasabnya, paling kental semangatnya, paling halus akhlaknya, paling cantik tubuh badannya, paling kuat fizikalnya dan paling pintar berbicara lagi pintar berfikir. Mereka ini ma'sum dan telah dijanjikan tempat yang kekal abadi di akhirat sana bersama pengikut-pengikutnya yang taat lagi setia.

Para syuhada' merupakan golongan manusia mati sedang hati mereka menegakkan syahadatul haq islam. Penyaksiannya sempurna dari sudut hati, percakapan dan AMAL. Hingga matinya juga kerana ISLAM. Rasulullah telah menjanjikan syurga tanpa hisab kepada mereka dengan para bidadari yang perawan menunggu mereka di gerbang syurga.

Manusia mana yang tidak cemburu apabila memikirkan betapa istimewa nya manusia-manusia ini di sisi Allah, namun dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Di antara para hamba Allah terdapat sekumpulan manusia yang tidak tergolong sebagai para nabi-nabi dan syuhada', tetapi mereka dicemburui oleh para nabi-nabi dan syuhada' kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah pada hari Qiamat"

Lalu (sahabat-sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, ceritakanlah kepada kami, siapakah mereka?"

Jawab baginda: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang di antara mereka kerana agama Allah walaupun mereka tidak mempunyai hubungan rahim dan tidak mempunyai harta kekayaan yang membolehkan mereka saling memberi di antara satu sama lain. Demi Allah, wajah-wajah mereka sentiasa berseri-seri dan mereka sentiasa berada dalam nur hidayah Allah. Mereka tidak berasa takut ketika orang ramai mengalami ketakutan dan mereka tidak bersedih ketika orang ramai dilanda kesedihan
."

(Hadith riwayat Abu Daud)

Thursday, December 24, 2009

Cinta menghindar kesamaran






Mengharung karat dunia dengan ketakwaan




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah. Dan setiap orang hendaklah memikirkan apakah yang telah disediakan untuk hari esok (Akhirat), bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan kamu"

(Al-Hasyr 59: 18)

Memikirkan seputar kehidupan di dunia ini, orang-orang beriman yang sentiasa merujuk Al-Quran dan As-Sunnah akhirnya akan memahami, dunia ini hanyalah sekadar sebuah jambatan menuju Akhirat yang kekal abadi. Ketakwaanlah yang akan memelihara tubuh genit hamba ini, dalam meniti jambatan yang penuh lubang-lubang dan marabahaya.

Orang-orang yang bertakwa akan sentiasa merasa takut, serba salah dan malu dilihat Penciptanya, andai diri berlaku sumbang di atas jambatan itu. Juga perasaan itu akan menguasai diri, jika ada sekelumit rasa di dalam hati, sayang terhadap jambatan itu mengatasi kerinduaan matlamat akhirnya, bertemu destinasi yang nan indah. Perasaan yang hebat itu, adalah kerana muraqabah, yakni merasakan adanya al-hafiz, yang memelihara dan mengawasinya pada setiap ketika. Merasai bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMANYA, walau kadang kala, diri tampak keseorangan di pinggir jambatan, sambil membaling-baling batu ke dalam lautan kemaksiatan.

Allah senantiasa sayang akan hambaNya yang bertakwa kepadaNya, hingga diri itu sentiasa diingatkan betapa destinasi itu sangat dekat dengannya, dan untuk ke sana, perlu ada pembekalan yang mencukupi. Asas kepada dakwah kepada Allah itu adalah ketakwaan yang memacu langkah, dan di setiap langkah itu, perlu difikirkan pembekalan agar tidak lapar atau terkandas di dalam perjalanan.

Di sana, seorang daei yang bertakwa, berusaha dengan bersungguh-sungguh pada setiap saat dan tahunnya, agar kepastian akan kejayaan akhir itu tercapai. Hati para daei yang bertakwa akan sentiasa memeriksa amalnya, kemakrufan dan kemungkaran yang dilakukan itu dimuhasabahkan agar benar-benar tertegak selari dengan misi akhir yang tiada keraguaan kepadanya.

Seorang daei yang bertakwa pasti akan berusaha sepenuh hatinya, untuk sebuah amal yang qowi (kuat, berkesan) yakni dakwah yang akan menjadi rantaian amal yang kekal abadi walau diri sudah tinggal tulang dan menjadi sisa-sisa dunia. Anak-anak binaannya, bukan sahaja ramai pada kuantiti tetapi dipastikan keutuhan kualitinya, kerana fiqh dakwah mengajar betapa dakwah kita adalah untuk penumpuan, bukan meramaikan. Amal sebeginilah yang akan memastikan rantai itu, bukan sahaja panjang, tetapi berterusan hingga hari kebangkitan.

Pembekalan itu juga, mengingatkan para daei yang bertakwa, bahawa tidak diketahui akan bila waktu dan ketika, nyawa akan ditarik dan tubuh akan diusung ke permakaman. Tidak diketahui bilakah waktunya, seorang daei itu mampu meraih rehatnya. Rehat daripada sebuah episod perjuangan yang panjang. Mungkin perjalanan ini pendek, dengan pembekalan yang sedikit, namun jiwa yang penuh berahi (ghirah) bertemu ilahi. Atau mungkin perjalanan panjang, dengan pembekalan yang banyak, namun tidak diketahui akan lesu ataupun masih bermaya jiwa seorang pemuda.

Di sini, seorang daei perlu memikirkan momentum dakwahnya itu, kerana dia mungkin seorang pejuang kini, pejuang di barisan hadapan, namun ketuaan yang memamah diri, menumbuhkan penyakit lupa dan penyakit hati yang menjanjikan azab.



Ahli ibadah yang tertipu



"Dan jangalah kamu jadi seperti orang-orang yang telah lupakan Allah dan Allah jadikan mereka lupakan diri mereka sendiri. Merekalah orang-orang yang fasiq."

(Al-Hasyr 59: 19)


Bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh tahun di atas jalan dakwah ini, tidaklah menyahkan godaan syaitan, namun mengumpannya untuk melaksanakan syahadatul batilnya tanpa henti, malah dengan pelbagai bisikan yang tidak pernah terfikirkan oleh kita.

Bersaf-saf binaan dakwah. Berpuluh-puluh sekolah. Beratus-ratus figura-figura. Berjuta-juta harta. Semua itu diinfaq dan diusahakan oleh seorang daei yang gigih itu. Masa yang lama, tidak pernah dipersia walau sedetik untuk agenda selain dakwah semasa hidupnya. Pada ketika itu, syaitan-syaitan gedik mampir, membisikkan kata nista terus ke dalam sukma seorang daei hingga dia merasakan bahawa amalnya sudah menggunung. Perasaan cukup. Perasaan hebat. Perasaan islami sudah mencair dalam masyarakat. Hingga akhirnya dirinya rasa sudah selamat dan seakan-akan syurga sudah terhampar di hadapannya.

Nauzubillahumin zalik. Seorang daei lama yang lupa, akan akhirnya duduk diam dan mengharapkan penyambung-penyambung rantaian amal yang melaksanakan tugas mereka. Diri yang sedang dimamah usia, sudah mula ingin mengecap segala hasil dakwah, sedang hakimiyyah Allah di muka bumi ini belum lagi tertegak. Hak Allah masih lagi tidak diraih secara mutlak di setiap inci bumiNya. Daei-daei yang lupa ini, hingga lupa bahawa Allah telah mengecop mohor Fasiq ke dahi mereka lupa kepadaNya. Kepada mereka yang telah berjanji taat setia kepadaNya, tetapi dalam masa yang sama tertipu dengan diri sendiri, pencen tanpa gaji daripada jalan dakwah tanpa kesenangan ini.

Semua ini merupakan sebuah pengajaran dan peringatan kepada golongan muda, agar kelak, cita-cita luhur kita tidak tinggal angan-angan, kerana kelemahan jiwa di penghujung usia, mengkhianati sebuah kerangka yang dibina bersama. Kembali tidur selepas jaga, adakah dosa yang lebih sia-sia daripada ini?




Erti sebuah kemenangan



"Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga. Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung."

(Al-Hasyr 59: 20)

Berteriaklah! Cemburulah kita akan figura-figura yang telah berjaya! Dalam tangisan ini, aku sangat cemburu terhadap mereka. Mereka telah mencapai apa yang telah kita sama-sama ikrarkan suatu masa dahulu. Menjeritlah!!! Kita mungkin tidak berpeluang menjadi sehebat mereka di akhirat sana.

Akh Ariff, terkorban jiwa nya setelah hanya 4 jam merentasi sebuah perjalanan baru, dengan bidadari dunia yang sudah berjanji akan menemaninya di Adni suatu hari nanti. Hari yang penuh keindahan. Keindahan bersua ilahi dan bertemu seorang isteri yang selama ini hanya sempat bersua muka. Akhi, semoga kelak ntuma berbahagia berbulan madu di sana!!! Doa aku sentiasa bersamamu.

Syeikh Hasan Basyir, pejuang dakwah yang tidak pernah mengenal lelah dan lesu. Setiap saat dalam hidupnya adalah untuk ummat, hingga matinya juga di tanah orang. Beribu kilometer dari tanah air. Mandinya jenazah juga hanya ditangan bangsa-bangsa lain yang tidak pernah mengenali beliau dan amalnya. Tubuh itu disambut ribuan jiwa. Tanah Sudan menyaksikan ribuan pemuda solat dan berdoa untuknya buat sekian kali. Dan tanah itu menangis, kerana seorang pejuang mengharumkannya sudah tamat tugas, pergi menghadap rabbul izzati. Yang ada hanyalah tubuh harum yang tersimpan, terpelihara di dalam turob-turob itu.

Syurga. Destinasi terakhir. Lambang kejayaan seorang Mukhlisin. Orang ikhlas, jauh daripada kepentingan dunia yang sia-sia. Fana dan menipu. Menipu sebuah hakikat kebahagiaan dan kejayaan.

Seringkali mereka yang lemah motivasi kerana kurangnya hubungan dengan ayat-ayat Allah dan janji-janji Ar-Rasul. Tidak putus-putus Allah menjanjikan kemenangan itu bersama pejuang syurganya. Dan tiada makna segala kegagalan di dunia ini. Ia tidak pernah menyesakkan jiwa seorang yang jelas arah kemenangannya. Dunia ini tidak lain umpama kudis yang perlu dirawat, bukannya digaru hingga akhirnya semakin parah dan merebak. Menyakitkan, mencacatkan dan mencemar sebuah keindahan.



Tuesday, December 22, 2009

Kita serupa








"29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar."

Al-Quran mengajar kita bagaimana rupa interaksi kita sesama manusia. Akhirnya dengan islam, manusia mengerti, setiap daripada kita dipisahkan dengan akidah, kerana itu lah garis pemisah antara al-haq dan al-batil. Tiada kompromi apabila membahaskan isu antara agama. Jika wujud sifat belas dan muamalat, ia tidak lebih daripada sekadar untuk menjaga maslahat bersama, negara secara umumnya.

Larangan menjadikan kufar sebagai wali (tempat bergantung). Juga larangan untuk menjadikan mereka rakan baik. Larangan menjadikan mereka sekutu perang, apatah lagi bersepakat dengan mereka untuk menghancurkan kekuatan tentera-tentera islam. Betapa siksanya jiwa dan raga tentera-tentera islam Mesir apabila terpaksa mengikut telunjuk British, membunuh saudara seakidah mereka di utara Sudan dan Libya, pada akhir abad yang ke-19.

Sesungguhnya, ikatan akidah yang murni ini telah menyatukan hati-hati kita. Baik dari segala lapisan masyarakat, yang selama ini dipisahkan oleh sempadan-sempadan jahiliyah yang membutakan. Materi, keturunan, warna kulit, kecantikan paras rupa, bangsa, geografi... segala ini merupakan aspek-aspek rapuh untuk membentuk sebuah kesatuan.

Sesungguhnya bangsa-bangsa seluruh dunia tertipu dengan agenda Negara Bangsa, yang berkokok untuk bersatu di bawah sebuah reban / kandang yang sama. Ia merupakan penyatuan hanya di dada-dada akhbar, kata-kata dan merupakan propaganda-propaganda untuk menyonsangkan sebuah penyatuan akidah yang tiada taranya. Mereka tertipu dengan diri mereka sendiri sedang mereka menyangka mereka dapat memperdayakan kita, dan mengaut keuntungan daripada poket-poket kita (pecah dan perintah).

Persaudaraan orang-orang bertakwa ini, nyaris-nyaris tidak dapat diputuskan oleh apa-apa pun, selain api kemaksiatan dalam diri mereka yang menggugat perasaan mereka kepada Allah Az-Zawajalla. Ia kukuh, sekukuh ikatan yang dipertontonkan oleh para sahabat dan sahabiat Ar-Rasul S.A.W. Jiwa-jiwa yang mengerti dan menyelidik kisah-kisah mereka, pasti akan menitiskan air mata, memperoleh ubat menyembuhkan dari virus-virus ukhuwwah. Jiwa-jiwa itu pasti akan sarat dengan kasih sayang sesama mereka, jauh dari sifat mementingkan diri sendiri. Pasti akan itsarkan kepentingan ummah berbanding kepentingan peribadi.

Namun, setingkat demi setingkat, dalam zaman fitnah kini, ummat ini dipisahkan. Setiap anggotanya dihiris senipis-nipisnya, semenjak bercerainya ummat pertama seawal tarikh 1 Mac 1924. Ia tidak lagi satu, memikirkan firqah-firqah (Kumpulan-kumpulan) yang bercerai-cerai jumlah nya sahaja bisa membuatkan kepala pening.

Kita dipecahkan oleh barat dengan sepecah-pecahnya, meletakkan kita di bawah dua pengaruh yang besar, hingga kita pantas saling kafir mengkafirkan dek puak yang dahulu memang asyik mengapi-apikan kita. Syiah dan Sunni nama diberi, suatu pertelagahan yang awalnya hanya khilaf politik di zaman sahabat kini makin marak dan seakan-akan tidak mampu dihidupkan bersama. Pauk-puak songsang akidahnya lantas mengambil peluang menghidupkan lagi api itu, memamah mangsa-mangsa tersepit dan kecelaruan akidah itu makin memisahkan kita.

Krisis "Aku betul" ini tidak berakhir di sini. Mazhab ibadah yang empat, yang sepatutnya menyatukan kita, telah menjadi alasan kepada perpecahan di serata dunia. Wataniah negara yang tidak pernah menjadi alasan perpecahan di zaman ar-Rasul menjadi saksi kepada perpecahan ini. Telah wujud "Mazhab-mazhab negara" yang tidak merujuk kepada waqi', tetapi asbab taasub pengikutnya. Sudah mula ada taklid buta yang mengundang bidaah-bidaah hingga kesonsangan akidah dapat menerap ke dalamnya.

Dalam celahan itu, wujud golongan-golongan untuk membasminya, namun pendekatannya masih tetap dengan pendekatan "Aku betul". Intensi awal penubuhannya agar segala bidaah dan penyelewengan dihindar, terpesong dek ahli-ahlinya yang kurang mahir memahami lapisan pemikiran masyarakat hingga dakwahnya terlihat cacat-cela sedangkan ia membawa sebuah risalah yang agung lagi hanif. Akhirnya, amal yang muntijah tidak dapat terhasil selain kembali mereka ke dalam majlis cela-mencela, kafir-mengkafir menggunakan nama agama.

Krisis "Aku betul" tidak berhenti setakat itu. Melihat berpecahnya Jamaatul Muslimun seiring dengan kejatuhan khilafah, mencetus tertubuhnya jemaah-jemaah islam serata dunia, mengikut pemahaman islam penubuhnya. Semestinya dengan sandaran Al-Quran dan As-Sunnah. Tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menegakkan Hakimiyyah Allah di atas muka bumi ini. Agar bersatunya ummat islam ini di bawah perisai khilafah, bernaung di bawah panji khalifah. Tertubuhnya kembali Jemaah Islam yang satu itu. "Aku betul" membantutkan usaha ini di negara-negara islam.

Isu Taadud jemaah (Berbilang-bilang jemaah) masih menjadi persoalan, tanpa sebarang amal yang membina. Seakan-akan jemaah yang 'baru' itu hadir untuk saling hancur menghancurkan dan menjadi 'pesaing'nya dalam berdakwah kepada manusia. Seolah-olah jemaah 'baru' itu ditubuhkan tanpa basis dan matlamat untuk mengirim 'ahli-ahlinya' ke 'syurga'. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang ikhlas di atas jalanNya. Kebenaran itu hak milik Allah dan tiada siapa boleh mempertikaikannya.

Di atas jalan yang sama, namun di atas kenderaan yang berbeza, "Aku betul" masih tertitip di jiwanya. Hingga perasaan itu tidak pernah tenteram melihat kemenangan orang lain di atas jalan ini. Jiwa ini meragui cara dan etika, akhlak dan cinta pejuang-pejuang lain. Merasakan hanya fikrahnya yang betul, caranya yang paling kemas dan semangatnya yang paling tinggi. Dirinya yang paling serius di lapangan, lebih serius berbanding orang-orang yang terlebih dahulu mengorbankan jiwa dan harta mereka. Dibandingkan dengan pejuang-pejuang baru, pastinya ia merasakan diri lebih gah dan besar binaannya. Tanpa disedari dirinya sedang membina kebatilan, mendirikan sebuah jemaah ruh yang mengkhianati kabilah islam. Tarbiyyah yang sepatutnya menyatukan, menjadi sebaliknya.

Mari kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan di atas jalan ini, tsabat hingga ke hembusan nafas yang terakhir, hingga wasiat kita adalah untuk ummah, bukan semata-mata untuk isteri dan anak-anak tercinta. Semoga Allah memberikan keiklasan di atas jalan ini, jauh dari perasaan ria', ujub, takabbur, bongkak, merasa cukup dan malas. Dan yang paling penting, semoga hidup kita tidak penuh dengan kritikan-kritikan membunuh saudara-mara seakidah kita, tetapi amal untuk membinanya. Di sana lah letaknya kemanisan ukhuwwah dan itsar yang tidak dapat dibeli dengan apa-apa di atas muka bumi ini. Semoga hidup kita sentiasa dihiasi ruh jihad kepadaNya.

Telah berkata Jum'ah Amin dalam bukunya Auraq Min Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun, m/s 92:

"... kita menjumpai banyak cendiakawan yang diharapkan memiliki peranan dalam pembaikan dan banyak orang yang menjadi panutan masyarakat seperti para tokoh, para ulama, mereka yang memiliki orientasi pemikiran atau mereka yang berafiliasi kepada partai atau organisasi yang ada di masyarakat, kebanyakan dari mereka justeru sibuk saling melemparkan kritik terhadap pihak lain dan tidak mau melakukan perbaikan atau pun mencari kebenaran. Kebanyakan para kritikus tidak mencari kebenaran dengan kritik yang mereka lontarkan, sebab mereka tidak menggunakan kemampuan mereka untuk itu, akan tetapi mereka hanya mencari kekurangan orang dan menampakkan kesalahannya. Jika mereka mendapatkan sedikit hal tentang hal tersebut, atau mendunga adanya cela orang lain, maka mereka pun akan berteriak kegirangan. Kemudian mereka segera menggunakan pena mereka yang lebih mirip dengan pisau bedah yang dapat menguliti harga diri manusia, dan setelah itu mereka melarikan diri. Adapun terhadap kebenaran dan hakikat, para kritikus tadi selalu berpaling dan terhadap kebaikan mereka selalu mengabaikan."




"dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan"



"... (iaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna"



"... kecuali orang-orang yang mengharap Allah dengan hati yang bersih"

(As-Syu'ara' 26: 87-89)




Wednesday, December 16, 2009

Apabila fikrah islam mencair dalam diri


Gambar 1: Kejadian tragis yang berlaku di suatu persimpangan jalan di Seri Kembangan, Selangor. Tiada korban dicatatkan, malah Sang Murobbi masih boleh menunjukkan arah jalan.


Sebatang tiang Traffic Light itu, hari-harinya dihabiskan untuk menunjukkan arah dan masa yang sesuai untuk satu-satu kereta itu bergerak. Mengelakkan kenderaan-kenderaan dari pelbagai arah bertembung akibat kekeliruan akal fikiran. Traffic Light menjadikan tugasnya itu sebagai tugas rutin, akhirnya menjadi kebiasaan yang tidak boleh diubah.

"Berenti la wei" (Lampu Merah)

"Dah boleh jalan" (Lampu Hijau)

"Pecut... Pecutt... Pecuttt!!!" (Lampu Kuning-Oren)

Itulah kata-katanya sehari-hari kepada ummat yang lalu, dan mereka patuh kepadanya, kerana mereka sama-sama sepakat bahawa mengikut Traffic Light adalah untuk maslahat bersama, walau di kala tiada kereta sekalipun. Dan juga mereka tahu, melanggar qarar Traffic Light akan mengundang kerugian RM300.00, sedang mereka tidak tahu keberadaan hidden camera yang akan memerhatikan mereka. Di sinilah konsep muraqabah dan ihsan dipraktikkan.

Hari ini, akhirnya Traffic Light sedar, hal-hal sehari-hari yang dilakukannya merupakan suatu kemurkaan, suatu kemaksiatan. Menyedari, selama ini batang tubuh Traffic Light nya itu rupa-rupanya mengarah kepada suatu azab yang pedih dan keras (syadid). Malah Traffic Light turut membimbing ummat-ummat lain untuk turut bermaksiat bersamanya, mengarah kepada maksiat.

Menyedari hakikat itu, Traffic Light meratap dengan penuh keinsafan. Walau esakan tidak kedengaran, tetapi seluruh komuniti Seri Kembangan merasai suatu daya yang kuat di sekelilingnya, suatu tarikan untuk berubah, menuju hijrah yang mulia.

Lalu, taubatnya diterima Allah. Permintaannya untuk menjadi benar-benar soleh lagi musleh diperkenan Ilahi Rabbi. Tubuh Traffic Light itu lantas dilanggar sipi-sipi umpama angin lalu dek Trak Kargo Scania R 420 6x2 Highline 24-metre rigid (with box body and trailer). Penangan itu menyebabkan tubuh Traffic Light terhempas ke tanah, terhampar di atas sebuah kehinaan (di mata polis traffik dan pemandu-pemandu yang tiada perasaan belas), selepas 'kemuliaannya' sebelum ini.

Namun Traffic Light bangga. Kerana Traffic Light bukan sahaja telah berhijrah, malah mampu mengajak ummat-ummat lain ke jalan yang sebenarnya, walau terpaksa mengorbankan sebuah kemuliaan di dunia.


Monday, December 14, 2009

Putik-putik harapan




Hati ini bermain-main

#þqßJn=ôã$# $yJ¯Rr& äo4quysø9$# $u÷R9$# Ò=Ïès9 ×qølm;ur ×puZƒÎur 7äz$xÿs?ur öNä3oY÷t/ ֍èO%s3s?ur Îû ÉAºuqøBF{$# Ï»s9÷rF{$#ur ( È@sVyJx. B]øxî |=yfôãr& u$¤ÿä3ø9$# ¼çmè?$t7tR §NèO ßkÍku çm1uŽtIsù #vxÿóÁãB §NèO ãbqä3tƒ $VJ»sÜãm ( Îûur ÍotÅzFy$# Ò>#xtã ÓƒÏx© ×otÏÿøótBur z`ÏiB «!$# ×bºuqôÊÍur 4 $tBur äo4quysø9$# !$u÷R$!$# žwÎ) ßì»tFtB Írãäóø9$# ÇËÉÈ (#þqà)Î/$y 4n<Î) ;otÏÿøótB `ÏiB óOä3În/§ >p¨Yy_ur $pkÝÎötã ÇÚöyèx. Ïä!$yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ôN£Ïãé& šúïÏ%©#Ï9 (#qãZtB#uä «!$$Î/ ¾Ï&Î#ßâur 4 y7Ï9ºsŒ ã@ôÒsù «!$# ÏmÏ?÷sム`tB âä!$t±o 4 ª!$#ur rèŒ È@ôÒxÿø9$# ÉOÏàyèø9$# ÇËÊÈ !$tB z>$|¹r& `ÏB 7pt6ŠÅÁB Îû ÇÚöF{$# Ÿwur þÎû öNä3Å¡àÿRr& žwÎ) Îû 5=»tGÅ2 `ÏiB È@ö6s% br& !$ydr&uŽö9¯R 4 ¨bÎ) šÏ9ºsŒ n?tã «!$# ׎Å¡o ÇËËÈ ŸxøŠs3Ïj9 (#öqyù's? 4n?tã $tB öNä3s?$sù Ÿwur (#qãmtøÿs? !$yJÎ/ öNà69s?#uä 3 ª!$#ur Ÿw =Ïtä ¨@ä. 5A$tFøƒèC Aqãsù ÇËÌÈ tûïÏ%©!$# šcqè=yö7tƒ tbrâßDù'tƒur }¨$¨Z9$# È@÷ç7ø9$$Î/ 3 `tBur ¤AuqtGtƒ ¨bÎ*sù ©!$# uqèd ÓÍ_tóø9$# ߊÏJptø:$# ÇËÍÈ



20. ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

21. berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal Yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

24. orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan Yang menghina); dan sesiapa Yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Al-Hadid 57: 20-24)

Panas matahari menggigit-gigit. Menyengat ubun-ubun hingga ke lapisan dura, arachnoid dan pia yang melindungi otak. Terasa otak berdenyut-denyut akibat haba yang tak tertanggungkan. Bahang jalan raya menambah keperitan perjalanan, ditambah dengan degupan jantung sedang berlumba dengan masa, men-circulate darah agar panas tersebar ke seluruh badan dan terbebas ke udara melalui rongga-rongga kulit juga melalui 3 lapisan nipis kulit yang memerah ini. Badan mula merembeskan cecair lekit ke seluruh badan, membantu mengeluarkan sisa-sisa haba di setiap salurnya. Segala-galanya tamat bila berada di dalam kamar itu.

Kamar yang sangat luas, teduh dan berhawa dingin. Luar biasa dingin yang terasa. Semakin nikmat apabila peluh-peluh di dahi dan badan, meruap dan mendinginkan setiap cm tubuh. Kulit menggelap kembali dan hembusan nafas di mulut yang panas tadi beransur-ansur hilang suamnya.

Namun, jantung tidak berkurang degupnya. Malah kepantasannya bertambah di setiap minit seolah-olah ingin membelah dada dari bahagian dalam rusuk dan terus keluar ke arah dunia ini. Tangan yang tadi menggigil angkara pemanasan global, kini bertambah gigilan dan getarannya, kerana kepanasan yang sangat membahang dari dalam badan sendiri. Ia lebih panas berbanding panasnya matahari mahupun pemanas elektrik ataupun apa sahaja yang memanaskan di atas muka bumi Allah ini.

Semuanya bahana hati. Hati yang tidak henti-henti mempermainkan pemiliknya (pemilik sementara). Hati yang sentiasa berbolak balik antara kebenaran dan kebatilan. Di antara islam dan jahiliyyah. Walau tahu akan al-haq, namun seringkali hati yang berkudis ini menipu dan mengkhianati sekujur jasad ini. Hingga akhirnya seluruh jasad menjadi mangsa kebodohan. Walau hiba pernah menerpa dan otak berkira-kira, menunding keinsafan, namun ia seperti tidak pernah belajar daripada pengalaman. Tidak pernah cukupkah kegelapan lalu memberikan sebuah erti betapa jelasnya unsur syaitani akan memakan diri? Namun, namun, namun, diri ini tidak ubah seperti kaum-kaum lain yang berseru kepada penyeru iLahi. Kata-katanya masih mirip dahulu, walau sekadar di dalam hati:

(#qä9$s%ur $oYç/qè=è% þÎû 7p¨ZÅ2r& $£JÏiB !$tRqããôs? Ïmøs9Î) þÎûur $oYÏR#sŒ#uä ֍ø%ur .`ÏBur $oYÏZ÷t/ y7ÏZ÷t/ur Ò>$pgÉo ö@yJôã$$sù $uZ¯RÎ) tbqè=ÏJ»tã ÇÎÈ


5. dan mereka berkata: "Hati Kami Dalam tutupan Yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa Yang Engkau serukan Kami kepadaNya, dan pada telinga Kami penyumbat (menjadikan Kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara Kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah Engkau (untuk ugamamu), Sesungguhnya Kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "

(Fussilat 41: 5)


Mari mencari kunci-kunci

Sesungguhnya keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang beristighfar (rasa dan kata) dan bertaubat (amal tindakan). Allah sentiasa menyukai hamba-hambaNya yang ingin kembali kepadaNya, dan beramal kepadaNya.

Kita selalu mencari kunci-kunci untuk membuka hati manusia, sehingga kadang-kadang kita kehilangan gugusan kunci kita. Tekadang lupa bahawa hati ini akan sentiasa menyimpang siur daripada arah yang telah ditetapkan. Bila arah makin menjauh dek sudut ketakwaan mencapah dari ufuknya, barulah tangan meraba-raba lantai yang bersemak itu. Segala macam mat-mat lain dijumpai sebelum ketemu kunci kepada hatinya.

Malangnya, tangannya hanya menunggu masa untuk kelalaian minda sedar, untuk kembali melepaskan kembali kunci tadi ke dalam semak samun yang tiada janji.

Pada saat itu, kegelapan yang dibayangkan indah tadi baru terasa seksa. Semakin seksa apabila membayangkan kata-kata Tuhan yang mengingatkan kepada seksaanNya yang tidak terkata. Betapa lebih seksa, kerana segalanya umpama perlu diulang semula. Kerana di sebuah puncak kebaikan itu, diri lupa dan mengorbankan semua hanya kerana bisikan-bisikan pujangga.

Padanlah kemenangan itu tidak sudi-sudi berjumpa dengan kita. Padanlah diri ini alih-alih buat perkara yang sama. Semuanya kerana ada ahli-ahli sampan ini mendayung ke belakang, sedang yang lain kadang-kadang ke depan dan kadang-kadang ke depan. Hanya sedikit dan terpilih mampu teguh di atas mujahadah, untuk tanpa jemu, SENTIASA MENDAYUNG KE DEPAN.

Betapa diri berasa semakin lama semakin lesu, seiring dengan patahnya sepasang sayap mujahadah itu.





Insya Allah-Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way




[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]