Wednesday, December 8, 2010

Ad-Deen 00



Kitaran hayat orang yang sia-sia


Seorang mahasiswa yang melangkah masuk ke dalam universitinya pasti tahu dan faham akan matlamatnya menjejakkan kaki ke alam kampus. Hanya satu tujuan yang bermain dalam benaknya, meraih kejayaan. 4 flat. Dean list. First class honors. Anugerah naib canselor. The President Award. dan lain-lain trofi kejayaan yang jelas terbentang dalam fikirannya.


Lalu dia pun ke kuliah, dengar curahan informasi dan menyalin lecture notes yang berjela panjangnya. Tapi itu masih belum cukup buat pemuda itu. Dia mahukan lebih.


Sesudah tamatnya kuliah, dia bergegas pula ke perpustakaan. Di situ dia menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyemak semula nota kuliah yang disalinnya tadi. Dia menghafal formula-formula yang rumit, menekuni gambar rajah serta diagram yang memeningkan kepala dan melatih dirinya dengan soalan-soalan yang mencabar.


Akan tetapi, itu masih belum cukup buat pemuda itu. Di malam harinya pula dia duduk tekun di hadapan meja studynya, berdepan dengan timbunan buku yang dipinjam dari perpustakaan. Telinganya ditutup rapat dengan headphone Sony MDR-NC6 yang mendengarkan lagu Sing dari My Chemical Romance, matanya pula tertumpu ke arah soalan latihan yang baru difotostatnya siang tadi.


Pemuda tadi masih berasa tidak puas hati, jadi di hujung minggunya dihabiskan pula untuk group discussions. 10 pagi hingga 12 tengahari, 9 hingga 11 malam pada hari Sabtu. Hari Ahadnya pula dilunaskan ke Mid Valley, Lowyat ataupun The Mines. Sesekali kakinya melangkah ke Pavillion dan Times Square.


Di masa senggangnya, dia sering dilihat di gelanggang futsal berhampiran, di bilik rakannya bermain gitar ataupun menanti rakannya selesai mendownload movie terbaru. Ada masanya dia dilihat bersantai di kafeteria sambil berbual kosong. Di lain masa, dia turun ke program anjuran pimpinan kolejnya untuk mengutip points bagi tinggal di kolej. Begitulah kehidupan beliau untuk tiga atau empat tahun berikutnya. Di celah-celah masa sibuknya, disempatkan juga untuk membalas sms dari teman istimewanya.


Di satu sudut kehidupannya, sesekali dia menyempatkan dirinya untuk singgah di surau. Solat berjemaah untuk beberapa minit kemudian balik semula ke biliknya. Pada hari Jumaat pula dia ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, memberi sumbangan sebanyak RM 1.00 setiap minggu dan kalau sempat dia akan lepak seketika mendengar ceramah di surau berdekatan.


Ideally, itulah kehidupan seorang mahasiswa yang normal.


***


Sebelum melangkah masuk ke universiti, si ayah berpesan kepada anaknya,


"Masuk u, belajar elok-elok. Dapat kerja gaji tinggi nanti senang hidup"


Oh tidak, rupa-rupanya semasa di sekolah lagi si anak telah diberi peringatan,


"Kamu kalau tak cemerlang dalam akademik, macam mana kamu nak hidup nanti?"


Ada masanya anak itu disindir,


"Haih, kamu ni bila nak buka buku belajar?! Malu mak tau dengan anak kawan-kawan mak, semuanya pandai-pandai!"


Semasa di kampus pula, ada suara yang mengeluh,


"Kalau lah aku rajin sikit masa sekolah dulu kan best. Member aku ada yang dah sampai kat France, Canada. Kat Russia pun ada. Aku je yang stuck kat Malaysia nih"


***

Kehidupan ini semacam satu rotational motion, bukan macam roda, tapi rotational motion. Satu kitaran yang tak pernah berhenti, yang dilalui oleh manusia secara berfasa. Bermulanya dari saat kelahiran hinggalah saat ditalkinkan. Hasil dari kitaran yang tak pernah berhenti ini, wujudlah bermacam jenis manusia yang terhasil dari pengalaman masing-masing dalam melalui kehidupan itu.


Kita mudah merasa puas kerana kita beranggapan kita telah berjaya melalui kehidupan itu dengan sepatutnya. Masuk tadika, masuk sekolah, A-levels, universiti, kerja, kahwin, rumah, kereta, tanah, ladang, anak, tua, golf. Dan akhirnya mati. Umumnya, itulah kehidupan sempurna.


Kehidupan yang berputar dalam satu never ending cycle. Yang kita wariskan kepada anak kita. Mungkin juga kepada cucu dan cicit kita. What a shitty life that is.


Kita memilih untuk menjadi apa dan siapa dalam kehidupan kita, lalu kita tanpa sedar jatuh dalam satu jurang yang sangat dalam. Tanpa mampu kita mencari jalan keluar. Satu jurang yang gelap, yang dilalui oleh mereka yang tak kenal tujuan hidup dan kemana pengakhiran hidup mereka. Belajar, kerja, kahwin, mati. Dan seterusnya.


***


Pernah wujud di dunia ini satu generasi, yang disebut oleh Sayyid Qutb sebagai al-Jillun Quraniyun Fareed (Generasi Quran Yang Unik). Generasi yang menjadikan Allah sebagai satu-satunya ilah dalam hidup mereka, lantas mereka hanya menjadi sebenar-benar hamba kepada Allah sahaja. Al-Quran menjadi panduan mereka dan Rasulullah menjadi teladan mereka.


Generasi itu mempunyai impian yang sangat besar, iaitu memastikan hanya Allah sahaja menjadi sembahan di setiap inci tanah di muka bumi ini. Mereka meluaskan jajahan Islam dengan harapan untuk membebaskan manusia dari menyembah sesama manusia (menjadi hamba kepada sistem, falsafah dan ideologi ciptaan manusia) kepada penyembahan hanya kepada Allah.


Lantaran dari itu, pada akhirnya wafatnya mereka di serata alam dan bukannya di atas katil empuk yang selesa di rumah masing-masing. China, Nusantara, Sepanyol, Perancis, India, Syria ...


Seawal usia belasan tahun mereka merengek meminta untuk keluar menunaikan impian mereka itu, seawal usia itu mereka menjadi para ulama yang diminta untuk berfatwa, seawal usia itu mereka berada ribuan kilometer dari keluarga tersayang semata-mata untuk menegakkan kalimah tauhid di bumi ini.


Nah, itulah mereka. Bagaimana dengan kita?





Dunia ini adil kan?







Bakarlah hamasah kalian! Bangkitkan ruh bersama!

Monday, December 6, 2010

MyMutabaah

Kreativitas Akh Abdullah Mujahid dan zaujahnya. Kini untuk dijual!


Dengan nama Allah, rabb sekalian alam.

Mengenang hayatku dalam tarbiyyah, aku telah membuang lebih ramai orang berbanding menarik mereka. Sesungguhnya saff ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan nekad dalam memperjuangkan agama Allah.

Allah akan memelihara saff ini, daripada mereka yang lemah, punya banyak alasan dan yang bisa merosakkan jamaah dengan maksiat yang seronok mereka kerjakan. Lihatlah bagaimana lemahnya iman dan ketaatan, yang menyebabkan kalahnya tentera-tentera islam di Perang Uhud... Lihat pula nasib mereka pada Perang Hunain...

Ikhwah akhwat sekalian,

Bagaimana mutabaah (evaluasi) amal ntum pada hari ini? Bagaimana tilawah kalian? Bagaimana saum? Solat berjamaah? Zikir Ma'thurat?

Dalam perjumpaan-perjumpaan mingguan kita, itu yang kita titik beratkan. Itulah kayu ukur, indikasi sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta, yang diharapkan memenuhi segala sudut hati dan perasaan kita (Surah Al-Ikhlas). Ia juga mengehendaki agar kader-kader dakwah ini akhirnya dapat melestarikan amal islam sepenuhnya dalam diri mereka, secara syumul. Bukan sekadar ibadah-ibadah khusus sahaja.

Sirah perjuangan Ar-Rasul telah menunjukkan dakwah baginda selama 23 tahun telah berjaya hingga mengislamkan seluruh alam. Perkembangan dakwah baginda itu, memberikan kita suatu disiplin dalam dakwah kita, agar amal kita turut berkembang selari dengan tarbiyyah yang kita perolehi.

Peri penting Mutabaah amal ini, biar aku bongkarkan mengapa; Allah berfirman:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin."

(Az-Zariyat:55)

Dalam sesi-sesi tarbiyyah kita, begitu banyak taujihat (penyampaian) yang kita perolehi. Itulah tazkirah, peringatan kepada kita. Semakin lama kita bersama tarbiyyah ini, sepatutnya semakin banyak tazkirah diperolehi, semakin mantap amalan kita, seandainya kita beriman.



Jika amal kita masih sama selepas berTAHUN-TAHUN bersama tarbiyyah, ada 2 kemungkinan mengapa:

Pertama, murobbi tidak ikhlas dalam teguran dan tazkirahnya, hingga tidak berbekas di hati.

...atau...

Kedua, anak-anak usrah tidak beriman.




Jika sebabnya ialah sebab yang kedua itu, maka seruanku, juga antara 2:

Pertama, bersama dengan kami dan perbaiki diri.

...atau...

Kedua, carilah jemaah lain yang mampu menyentuh hati kalian.


~~*~~


Kepada anak-anak mutarobbiku, maafkan daku kerana tidak dapat bersama kalian, bondaku sedang tenat di ICU. Doakan ya...

Saturday, December 4, 2010

Asyik-asyik Ikhwah!


Bukak facebook, ikhwah.

Bukak blog, ikhwah.

Bukak ym, ikhwah.

Bukak email, ikhwah.

Bukak sms, ikhwah.

Balik rumah, ikhwah.

Balik kampung, ikhwah.

Buat usrah, ikhwah.

Makan, dengan ikhwah.

Tajmi, ikhwah.

Walimatul urusy, ikhwah.


Alhamdulillah, tiada ikhwah yang mengacau hidup gue di fakulti. Kawasan bebas ikhwah.


~~*~~


Itu dulu.

Sekarang ni, di Skudai ni, mana-mana aku pergi ada ikhwah... Susah juga kalau dakwah berjaya ni...

Tension. Tolong lar. Aku taknak aku jadi baik sebab orang lain ada, bukan sebab Allah ada...

Tak makan kat MacD sebab ikhwah nampak, bukan sebab Allah nampak!
Tak ngorat awek sebab ikhwah tahu, bukan sebab Allah tahu!
Tak baca manga kat laptop sebab kantoi dengan ikhwah, bukan sebab kantoi dengan Allah!
Tak dengar Linkin Park sebab takut ikhwah hilang tsiqoh, bukan sebab takut Allah murka!
Aku ingin beriman pada Allah! Bukan pada ikhwah!

Friday, December 3, 2010

Kasih seorang abang








Aku ada 5 orang adik. Mereka semua comel-comel belaka. Aku ingin berkongsi bagaimana caranya aku menyalurkan cinta kepada mereka. Ketahuilah, aku adalah seorang abang yang mengasihi kesemua adik-adikku;

Ruqaiyah (Angah)

Ha-ana-za: Along tengok angah ni score semacam je Medic. Result asyik 90, 98, 100! Senang ke Medic ni...?

Ruqaiyah: Ha'ah, angah rasa senang la pula dunia Medic ni. Dulu orang cakap bukan main susah lagi. Amacam terer tak angah? Bangga tak? Puji laa, puji laa...

Ha-ana-za: Bangga apa?! Buat malu along aje... Macam ni ke result seorang daeiyah? Macam tak buat dakwah je nampak gayanya... Angah bawa berapa usrah sekarang ni?

Ruqaiyah: Er? Satu je...

Ha-ana-za: Sebegitu banyak akhawat, angah bawa 1 usrah je? Jangan jadi penjual ikan ya angah

Ruqaiyah: Ye la, ye la. Tak payah la sindir angah lagi...

Ha-ana-za: Lepas ni along nak angah bawa 3 usrah! Pointer tu kasi kurang sikit. Tak nampak macam berdakwah pun... Tambah ria' je apa gunanya...

Ruqaiyah: Ye la, ye la

Kini Ruqaiyah sudah berkahwin dengan akhuna Tuan Mohd Taufik yang juga menjaga pointer beliau. Apa nak jadi lah dengan budak-budak zaman sekarang!


~~*~~


Atiqah (Achik)

Ha-ana-za: Iqah pergi tak perjumpaan penggerak-penggerak dakwah semalam?

Atiqah: Iqah tak pergi la. Ada hal dengan kawan semalam... Lagipun naqibah tak cakap pun. Mungkin sebab iqah tak bawa usrah lagi.

Ha-ana-za: Tak bawa usrah? Iqah hidup ni, ada matlamat hidup ke? Nak mati dengan kertas-kertas peperiksaan tu ke? Serius ke nak syurga ni?

Atiqah: ???

Tidak lama kemudian, Achik sudah berubah menjadi penggerak di IPT beliau.


~~*~~


Najihah (Ateh)

Ha-ana-za: Amacam usrah ihah sekarang? Ok ke?

Najihah: Alhamdulillah, naqibah pun bersemangat. Tapi kawan-kawan yang lain macam bermasalah.

Ha-ana-za: Diorang tu slow ke? Ihah tak tolong diorang ke?

Najihah: Takde la slow, tapi agak berat sikit. Naqibah ihah yang uruskan mereka kan?

Ha-ana-za: Semenjak bila tarbiyyah kita menjadikan kita ni pentingkan diri sendiri. Dakwah ni bukan untuk mereka yang hanya memikirkan perut dan nafsu mereka sahaja. Mana pergi slogan rukun usrah tu? Mana definisi amal taaruf? tafahum? takaful?

Najihah: Dah tu? Ihah pun kena buat sesuatu ke?

Ha-ana-za: Takkan ihah nak biarkan diorang macam tu je? Nanti bila akak-akak tu dah grad, ihah nak bekerja sorang-sorang je ke?

Mana pergi amal jamaei? Amal jamaei bukan pada syura nak buat program perabis air mata je!

Najihah: Oh macam tu... Ok la...

Ha-ana-za: Kalau macam ni la sikap kita... Sangat jauh lah kita dari itsar ansar muhajirin. Apatah lagi itsar nyawa Ikrimah dan 2 sahabatnya.

Tu belum kira Jaafar si pemegang panji... Come on la ihah!

Kisah...

,,,

...

---

Ceramah (Bebelan membina) berterusan sehingga kenderaan sampai ke Nilai, dari Terengganu...


~~*~~


Ufairah (Alang)

Ufairah sedang menyisihkan sayur-sayur di pinggannya. Aku sekadar melihat. Sudah bertahun-tahun lamanya kakak-kakaknya memberikan arahan memakan sayur, tapi jiwa Ufairah masih lagi memberontak tidak mahu menelan klorofil-klorofil tersebut.

Ha-ana-za: Ufai kenal pakcik Megat?

Ufairah: La arif (Riak muka berubah)

Ha-ana-za: Pakcik Miqdat?

Ufairah: La arif aidon...

Ha-ana-za: Pakcik Iskandar?

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Pakcik Akmal?

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Pakcik Arizam? (Bukan nama sebenar, harap tidak perasan ya)

Ufairah: La!

Ha-ana-za: Kesian... Kesian kat mereka semua,

Ufairah: Kenapa along? Siapa mereka-mereka tu?

Ha-ana-za: Kesiannn...

Ufairah: Kenapa long? Siapa tuu...? Cakap la...

Ha-ana-za: Tak pernah tahu... Tak pernah dengarrr pun nama-nama tu kan? Mereka tu, bukan sahaja mati dalam kehinaan, malah nama mereka pun tiada siapa yang perasan lagi. Kesian...

Ufairah: Kenapa dengan mereka along? Mereka mati ke?

Ha-ana-za: Betul ke Ufai nak tak tahu ni?

Ufairah: Ye lah... Ye lah... Ufai nak tahu ni...

Ha-ana-za: Mereka semua pakcik-pakcik yang baik-baik. Ikhlas di jalan dakwah. Tapi mati kerana TAK MAKAN SAYUR! (Cerita ini rekaan semata-mata, harap maklum. Sila baca journal di Sciencedirect untuk mengetahui peranan sayur dalam fisiologi manusia)

Ufairah dengan laju dan lahapnya menghabiskan sayur di pinggannya. Malah ditambah-tambah lagi.

Kami adik-beradik yang lain bergelak-ketawa :D


~~*~~


Iqbal (No longer BONGSU!)

Iqbal: Along nak nombor 7!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

Iqbal: Nak!

Ha-ana-za: Taknak...

...

Symptom itu tidak pernah berakhir. Malah seakan-akan tiada penghujungnya. Sila ulangkaji pelajaran yang lepas ya...


Bagaimana anda menyalurkan cinta kepada adik-adik anda pula?


~~*~~


Tiba-tiba dapat SMS dari abi. Ia tidak berbunyi begini, sekadar tertera di skrin henset aku:

"Tiny arm & leg buds have formed. Hand with webs between the fingers have formed at the end of the arm buds. Fingerprints are detectable......"



Alhamdulillah! Masya-Allah! Aku bakal dapat adik baru!

...

...

...

Macamana agaknya aku nak layan dia ni ya...?


Gambar kami yang terbaru. Najihah tidak dapat turut-serta. Arwah baik orangnya.

Thursday, December 2, 2010

Semalam, permulaan untuk hari ini

Amaran: Untuk orang yang tidak mengenali diriku, akan rasa penulisan ini agak syok sendiri. Percayalah, aku tidak mampu menipu, nanti masuk neraka. Dan aku tidak cuba meniru gaya mana-mana blogger. Ha-ana-za (inilah aku).

Kalau rasa nak komen dan betulkan apa yang patut, jangan segan-silu ya. Kemanisan ukhuwwah ini adalah dengan saling tazkirah tentang Allah. Walau hanya dengan menatap muka.




Cikgu Aziz: Hussaini, apasal awak ni tak study lagi? Esok exam paper saya awak tahu tak? Saya dah prepare paper yang susah tak ingat punya lah

Ha-ana-za: Hehe, saya ni mana study-study ni cikgu... Kan saya dah study masa cikgu mengajar tu... Saya boleh score punya lah!

Cikgu Aziz: Oh, berlagak... Kita tengok lah nanti

Keputusannya, aku berjaya score markah paling tinggi tanpa membaca walau satu perkataan pun. Cikgu Aziz teruja.

Cikgu Aziz: Awak tak payah belajar pun saya yakin kerusi di Universiti tu dah tersedia untuk awak, Hussaini woi

Ha-ana-za: ~

~~*~~

Ummi: Cikgu, Hussaini target untuk jadi top-student sekolah ni

Cikgu Senik: Awak dengan kemalasan awak tu, tak payah nak mimpi lah Hussaini wei...

Ha-ana-za: Cikgu, kalau tak cuba, mana lah tahu kan?

Dan aku telah berjaya mencapainya.


~~*~~

Uzair: Hussaini, kau ni aku tengok asyik tidur je 24 jam

Ha-ana-za: Rileks la uzair, nanti sebulan sebelum SPM aku study lar...

Dan aku laksanakannya. Dan berjaya dapat apa yang aku nak.


~~*~~

Ashraf Dinie: Nta ni asal buka buku je, tidur... Tapi score juga

Ha-ana-za: Itu semua rezeki Acap oi... Nta study la dulu. Kejut ana subuh nanti.

Ashraf Dinie: Psyco betul lah mamat ni, ada ke tidur depan orang nak study ramai-ramai ni. Ni baru pukul 10.30 ni...

Ha-ana-za: Ana tak percaya semua orang di matrik ni dapat jadi doktor acap wei. Lagipun ana dah tahu berapa dos ana kena belajar untuk dapat pointer yang ana kena dapat tu...

Ok la, gua tidur dulu. Nak jumpa bidadari...

~~*~~

Aku dapat kos yang aku nak. Dan aku mula terdedah dengan aktiviti dakwah yang lebih radikal. Se-radikal atom nuklear.

Abi: Mana ada orang nak dengar dakwah dari orang yang mengabaikan akademiknya?

Ummi: Kalau along belajar, ummi yakin along akan lebih berjaya lagi.

Ha-ana-za: Along tak beriman dengan ilmu yang along ada di kepala along ni, along beriman pada Allah.

Along bertawakkal pada Allah, bukan ilmu cetek di dada.

Rekod paling lama aku study pun adalah 2 jam sebelum peperiksaan. Itu pun sekadar untuk imbas kembali segala apa yang pernah dipelajari semasa kuliah. Dan Allah masih mengurniakan apa yang aku kehendaki.

~~*~~

Rohaizad: Nini, macamana ko boleh skor 3.5 sem lepas? Ko bukan pegang jawatan bagai nak rak ke? (Masa tu aku pegang 23 jawatan seluruh UPM dan Malaysia)

Ha-ana-za: Tips nya adalah fokus masa lecturer bercakap kat depan dan berdoalah pada Allah. Takyah rajin-rajin baca buku pun takpe, yang pentingnya study biar smart.

Aku boleh dikatakan berjaya selepas tu. Tapi Ijad dapat 1st class, mungkin tercabar agaknya dengan gaya selamba study aku. Huhu

~~*~~

Ummi: Untuk along, ummi ada 2 wasiat; jaga isteri baik-baik dan belajarlah rajin-rajin.

Ha-ana-za: Aduh, skemanya wasiat ummi, ada ke patut suruh along study. Suruh la along ni lagi aktif dakwah ke, banyak membaca ke... Syurga ummi, syurga...

Ummi: Study..!

Ha-ana-za: Ye lah... Insya-Allah along cuba.

Selepas itu ummi meninggal, dan aku merana depressi selama setahun. Langsung tak study.

~~*~~

Beberapa hari yang lepas, Syeikh Ramadhan Al-Buti datang ke Malaysia. Di KUIS. Dalam pertemuan yang sangat berharga itu, seorang akh bertanya satu soalan (dalam bahasa arab fushah);

Al-Akh: Apakah kepentingan ilmu untuk seorang pelajar?

Ha-ana-za (Lintasan hati): Apa ke bodoh soalan macam ni? Syeikh tu datang jauh-jauh, dia layan kasi soalan skema macam ni pula. Google lah...

Syeikh RB:

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

(Al-Mukminun 23: 78)

Kita akan dipersoalkan atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Telinga. Mata. Hati. Akal. Mana boleh kita tak tahu apa yang kita lakukan. Segalanya yang kita buat hendaklah dengan pandangan yang jelas. Kefahaman yang paling maksima. Segalanya untuk mencapai jannah dunia akhirat.

Aku tambah kasi best sikit ayat ni. Yang pentingnya aku tersentak mendengar jawapannya. Dan azam mula tumbuh dalam jiwa yang mungil ini.

Azam untuk berubah. Menjadi orang yang benar-benar berjaya dunia akhirat. Untuk menjadi manusia. Untuk menjadi pelajar, mukmin, daei, ayah, anak, suami, kekasih, pekerja yang terbaik. Bukan sekadar terbaik, malah berusaha untuk jadi yang terbaik.

~~*~~

Hari ini aku berjaya menamatkan lab basah aku. Alhamdulillah. Ada akh yang tak percaya dengan kebolehan aku untuk menamatkan episod penderitaan pelajar sarjana ni (berdasarkan komitmen dakwah sepenuh masa aku, dan kemalasan belajar pada masa yang sama). Tapi bila aku tunjuk slip peperiksaan aku, terbeliak matanya! (hehe sori ya akhi)

Insya-Allah akan aku cuba. Agar dapat menunjukkan itqan di hadapan ALlah kelak.

~~*~~

Hari ini aku sudah mulakan perubahan pertama. Minggu depan aku ada exam besar. Dan aku sudah bersedia seminggu lebih awal!

A procrastinator had just died today! Seminggu lebih awal aku bersedia. Semoga aku sukses ujian itu kelak. Yang pentingnya, usaha aku ini sama sekali tidak akan merendahkan nilai tawakkal aku kepadaNya. Tetap aku tsabat dengan cintaku kepadaNya.

Amin, Ya Allah.


Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]