Monday, May 31, 2010

Nur kepada Zulumat



Sejak bila filem, drama, cerita hantu sudah kembali di-halalkan di Malaysia?

Sejak bila filem-filem epic penuh dengan unsur ke-dukunan, ke-syirikan, ke-kurafatan dan ilmu-ilmu sihir kembali di-halalkan di Malaysia?

Kembali menjadi pengamal hindu tegar purbakala

Sejak bila judi kembali di-halalkan di Malaysia?

Sejak bila arak di-halalkan di Malaysia?

Sejak bila adegan-adegan seks dan segala jenis perlakuan mengghairahkan di-halalkan di Malaysia?

Sejak bila tidak bertudung itu dianggap sebagai perlakuan yang biasa?

Sejak bila ber-couple itu biasa-biasa aja?

Sejak bila anak-anak haram kembali ditanam?


Semua kekufuran ini pernah kita sama-sama tentang satu hari dahulu. Akhirnya ia luntur satu demi satu. Hingga islam menjadi suatu pandangan umum yang pekat.

Namun, di mana salah kita, kita perlu sama-sama lihat kembali. Apa salah kita, hingga kesemua mad'u kita kembali kepada jahiliyyah mereka?

Adakah kita sendiri sudah berpaling? Sudah kembali berjinak-jinak dengan kemaksiatan?


Bukankah kita pernah berkata:

"Sayonara Jahiliyyah"?


Adakah kita sudah mula berkata:

"Apa khabar jahiliyyah? Lama sudah tidak bersua. Sihatkah kau? Aku merinduimu..."?

Mempolitikkan Isu





Apabila isu Gaza juga dipolitikkan


Pelik melihat gelagat pengisi kotaraya Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu. Dalam interview yang dilakukan secara rambang (buat yang tidak kisah disoal jawab), ternyata tidak ramai yang mengambil tahu akan isu tersebut.


Ada juga yang berpendapat isu serangan di Gaza, kepungan demi kepungan itu diadakan oleh Israel itu hanya lah berkisar di sebalik perlawanan dua fahaman politik, HAMAS dan Fatah. Dipandang seperti apa yang berlaku di Malaysia. Semuanya kerana perpecahan dalaman PLO. Dan kini mereka berebut kuasa. HAMAS itu suatu parti politik baharu yang gilakan kuasa, ingin mengambil alih kuasa negara, dengan menggunakan nama jihad.


Begitulah media mengajarkan kita. Baik media asing mahupun dalam negara.





Hari ini, tergempar lagi satu berita. Seluruh dunia menghantar wakil untuk menghulurkan bantuan kepada Gaza. Bukan sahaja atas rasa kepedulian ummah dan rasa kepedulian sesama gerakan islam, namun atas dasar kemanusiaan.


Di seluruh dunia. Di seluruh dunia, kutipan wang dibuat, di seluruh dunia, harta benda dan tenaga dikerah. Baik dari gerakan islam, NGO kebajikan, malah dari individu-individu yang peka.


Pada awalnya, tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang kisah, mahu ambil tahu dan tiada siapa mahu menggembar gemburkan berita, kerana pada mereka, itu bukan hal mereka. Ya, itulah hakikat pahit yang perlu kita telan. Ummah kini hanya akan peduli tentang sesuatu yang akan memberikan mereka saham dan keuntungan. Ini yang terjadi bahkan/hatta pada gerakan islam sekalipun!


Semua orang berebut-rebut untuk menjuarai satu-satu isu. Dan hanya si pemenang yang akan bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan. Pada yang lain-lain, isu itu tidak sekali-kali penting. Kalaupun penting, tiada gunanya mereka bersama, kerana mereka tidak dapat apa-apa.


Teori yang kita dapat semasa daurah menidakkan kenyataan ini. Tetapi hakikat amalan kita, itulah.


Bila ada mana-mana tokoh yang tampil kehadapan itu yang mereka suka pandangannya, atau pemimpin yang mereka jilat punggungnya, barulah mereka menunjukkan minat mereka untuk memberikan sokongan yang jitu dan tidak berbelah bahagi. Malah, merekalah yang paling kuat bertakbir.


Takutnya aku, jika aku tergolong dalam kelompok itu. Kelompok yang iman mereka terbius, hati mereka tertutup. Iman mereka hilang sensitiviti dan kepekaan. Malah, iman mereka perlu ditunjuk-tunjuk, mana yang perlu rasa sedih, mana yang perlu rasa peduli dan mana yang perlu rasa marah.


Iman mereka terbius dan pening-pening lalat, di barisan mana mereka perlu berada.


Itulah hakikat iman kita di zaman fitnah ini. Zaman yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak sudah-sudah.





~~*~~

Menembak doa. Semoga peluru-peluru ini menembusi dada-dada israel celaka...


Thursday, May 27, 2010

Di jalan dakwah aku menikah



Beberapa cadangan tajuk siri-siri penikahan untuk Syeikh Cahyadi Takariawan:

Di jalan dakwah aku menikah LAGI
Apabila 1 terasa tidak mencukupi

Kerana pernikahan, aku meninggalkan jalan ini
Ini terjadi jika murotib amalnya hanya 2 tingkat

Di jalan pernikahan aku berdakwah
Khusus untuk pengelola/jawatankuasa Baitul Muslim berkaitan

Kerana pernikahan aku berdakwah
Niat akhi, niat!

Di jalan dakwah.
Apabila mereka lebih rela berkahwin dengan dakwah


Yang melaksanakan tanggungjawab,

Hussaini,
Masih bujang.
Tiada unsur promosi diri diterapkan.

Marilah bertangguh-tangguh





Demi masa! Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Wednesday, May 26, 2010

Tholut dan Jalut



Rujuk Tafsir Al-Baqarah 2: 246-253



Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat dan maju ke hadapan, kadang-kadang adalah orang yang paling pengecut dan mundur apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Bahkan ia mungkin boleh dijadikan kaedah.

Ia adalah kerana terlalu bersemangat dan maju ke depan lazimnya berpunca dari tidak tahu menilai hakikat sesuatu tugas, bukannya berpunca dari sifat berani dan tahan lasak. Ia juga dari sikap tidak tahan menanggung kesempitan dan derita, lalu sifat tidak sabar itu mendorongnya bergerak ke hadapan untuk mengalahkan musuh tanpa menilai kekuatan dan ketahanan diri sendiri.

Jadi apabila mereka berhadapan dengan realiti dan mendapati bahawa tugas itu lebih berat daripada yang disangka, mereka menjadi saf yang pertama mundur dan tumbang. Tetapi orang yang tahan lasak dan tidak mundur ialah orang yang dapat mengawal diri, sabar menanggung kesempitan dan derita pada beberapa ketika serta membuat persiapan dan pandai menilai tugas harakah.

Sejauh mana kesabaran jiwa menanggung tugas-tugas ini, maka mereka akan bersabar, tidak gopoh dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Orang-orang yang terlalu bersemangat maju ke depan tadi mungkin tidak bersetuju dengan cara ini dan menganggapnya suatu kelemahan.

Di dalam peperangan barulah terbukti manakah di antara dua golongan tadi lebih tahan lasak dan lebih jauh pandangannya. (Fi Zilalil Quran, 5/712)

Cyborg



Kepada rakan seperjuanganku, naqibku, mutarobbiku, mas'ulku, bapaku, adik-adikku, adik-adik iparku... ketahuilah:

Aku bukannya sebuah/seekor cyborg yang sempurna,

Aku hanya insan biasa, hanya manusia biasa,

Aku hanya manusia biasa, yang bisa menangis bila terasa sedih,
Aku hanya manusia biasa, yang bisa sakit apabila dilukai,
Aku hanya manusia biasa, yang bisa marah, apabila diprovokasi,
Aku hanya manusia biasa, yang bisa tersenyum, apabila diladeni,
Aku hanya manusia biasa, yang bisa tergelak ketawa, apabila dihiburi,
Aku hanya manusia biasa, yang bisa merindui, apabila lama tidak bersua,

Aku hanya manusia biasa,
Allah menguji aku dengan pelbagai warna;

Ada kalanya aku rasa gembira, ada kalanya aku rasa sugul,

Ada kalanya aku lah insan yang paling bersemangat, ada kalanya terasa malang yang amat,
Ada kalanya rasa sayang dan cinta tumbuh umpama putik-putik daun muda, dan ada kalanya jiwa ini penuh kebencian,

Ada kalanya segalanya berjalan dengan penuh minat dan kecenderungan, dan ada kalanya terasa bosan dalam setiap apa yang dilakukan,

Ada kalanya, aku rajin hingga pelbagai pekerjaan aku lakukan, setiap masa aku luangkan, namun ada kalanya jiwa ini sakit dan malas untuk berbuat apa sahaja.


Namun,
Dari keimanan yang Allah titipkan dalam jiwa ini,
Ia tidak pernah putus asa cuba dan cuba untuk bermujahadah.
Agar kegelapan jahiliyyah dan mazmumah luntur, tidak muncul-muncul.
Agar akhirnya yang ada dalam jiwa, hanya cahaya.
Cahaya ilahi yang bakal menerangi... Seantero alam ini.

Hijrah diri, mengajar diri tidak pernah putus asa mendisplinkan diri,
Agar mengikuti manhaj tarbiyyah robbani ajaran rasulullah.
Setiap saat diri ini, samada hanyut terleka, atau sepenuhnya mengabdikan diri.
Akan datang suatu hari, di mana kegelapan itu tiada lagi.
Ia akan pergi, disinari cahaya, dilimpahi air yang menyucikan segenap lumpur-lumpur hati.
Menjadi hati yang suci lagi berani, pastinya bererti.

Ikhwah akhwat sekalian, terutamanya yang mengenali diri ini,
Hari ini, aku melihat kemenangan yang kita cita-citakan sehari-hari itu suatu kepastian.
Jika pada hari ini, kita berikrar janji,
Untuk tidak lagi menjadikan jahiliyyah itu rasa hati kita.
Untuk tidak lagi menjadikan jahiliyyah itu suatu tempat pengembalian selepas proses format hati.
Tetapi, naluri diri ini, sentiasa ingin kembali kepada ilahi.
Hanya dengan niat yang luhur itu, kita pasti akan dapat menggapai kemenangan dengan tangan kita sendiri.
Jika masih ada ragu dalam diri kita, walau sedikit,
Janganlah terus bermimpi dan berangan-angan, tetapi tunggulah generasi qurani berikutnya yang akan menggantikan saf-saf hodoh ini. Kerana kau sudah membukukan ketidak imanan mu pada janji ilahi.

Aku melihat hari ini, kita sudah menjadi pemenang!

Ketika pemuda barat menyibuk diri mereka dengan memuja perempuan, kita hari demi hari meninggalkannya. Mereka seorang demi seorang mabuk dengan permainan yang mengiurkan, kita makin lama makin jijik menyentuhnya, terasa masa semakin banyak terbuang dan hati makin lalai dari mengingatinya andai tersungkur kembali.

Bangsa lain menuju kebinasaan, sedang kita selangkah demi selangkah keluar dari kelompok yang sedang dimamah usia dan kehancuran itu. Berbahagialah wahai penerus risalah ini!






duhai bulan,
malam ini aku sendiri lagi.
bisa temankan aku?
. . . . . . . . . . .
bulan, aku sedang berbicara denganmu,
bersuara, lah.
. . . . . . . . . . .
eh awan, ke tepi lah,
aku ingin lihat bulan,
aku ingin berbicara dengan bulan.
. . . . . . . . . . .
tidak,
aku tak mahu berbicara sama bintang,
aku mahu sama bulan.
. . . . . . . . . . .
apa,
bulan tak mahu dengar rintihan aku lagi?
benarkah, bulan?
. . . . . . . . . . .
jadi, benarlah?
kalau begitu, tak mengapalah bulan,
usahlah dipaksa hatimu lagi.
aku mimpikan kau malam ini pun sudah cukup indah.


Sajak Duhai Malam adalah karya,

Lelaki melayu terakhir



Aku bersyukur, Alhamdulillah.

Hari ini, Allah masih memberikan aku kesempatan dan keinginan hati untuk menangis. Suatu nikmat yang tidak pernah aku kecapi semasa jahilku dulu. Sewaktu dosa berlalu tanpa terasa kewujudannya. Sewaktu hati keras hingga mata kering tidak pernah menumpahkan isinya. Hari ini, aku mampu menangis lagi.

Menangisi betapa sukarnya membentuk insan-insan di sekelilingku, membentuk individu-individu baru, ruh-ruh yang baru. Betapa seninya dunia ini Allah ciptakan. Sangat berwarna-warni.

Pelbagai warna dan rasa. Pelbagai rupa dan bentuk. Hingga akhirnya aku melihat manusia ini ada berjuta-juta jenis, mereka berbeza tidak serupa. Sikap mereka, perasaan mereka, hati mereka, akhlak mereka, akidah mereka, akademik mereka.

Alangkah indahnya medan dakwah ini jika mereka semua sama, tidaklah berjenis-jenis-jenis-jenis-jenis-jenis mereka itu. Pasti akan berjaya dengan mudahnya kita merekrut mereka, bahkan sangat mudah kita mentarbiyyah mereka. Jika mereka semua SAMA.

Aku kini sedang belajar. Belajar mengenal selok-belok hati manusia. Mereka berbeza, dan aku perlu mencari persamaan mereka agar tugasku ini dapat aku penuhi matlamatnya. Betapa sukar menambat hati manusia bergelar lelaki.

Mereka kini dalam krisis nilai dan identiti diri. Di university, mereka yang paling sedikit kuantiti, malah rendah pula kualiti. Di penjara, merekalah ahli. Di mahkamah tinggi, mereka datang dan pergi...

Padahal, saat mekarnya risalah ini di zaman nabi, merekalah kaum (lelaki) yang mengetuai. Merekalah yang menjadi tunjang, baik sebagai seorang pendakwah hujah, mahupun dengan pedang di tangan.

Dalam saff barisan ummat, ternyata jumlah mereka mengatasi kaum hawa sebagai qaedah sulbah yang pertama. Namun kini, segalanya tinggal kenangan.

Betapa ramai kaum lelaki yang berjaya dilalaikan oleh kafir laknatullah. Mereka leka dengan permainan mereka dan jarang kita lihat badan-badan dakwah yang berjaya menarik minat mereka untuk bersama dalam program ceramah-ceramah islamik kita.

Kenapa? Kenapa?



Dakwah bil hal



Bukan sekadar kata

... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

Tuesday, May 25, 2010

Formspring.me




Sengaja menambah tanggungjawab sosial, menambah jaringan perhubungan. Jika ada sebarang persoalan atau perkongsian, boleh terus lanjutkan di profil formspring.me penulis atau tuliskan di kotak soalan di bahu kanan-bawah blog ini.

Perhubungan penulis di laman-laman web sosial lain, boleh didapati di "Aku, pautan lain", juga di bahu kanan blog.


~~*~~


  1. Ribuan kemaafan kerana tidak mampu menulis dengan konsisten dua tiga minggu ini atas keterbatasan masa dan kuderat (fizikal, mental, ruh).
  2. Doakan ana agar terus tsabat di atas jalan ini. Fitnah dunia ini tidaklah sesepele mana.
  3. :)

Tuesday, May 18, 2010

Aku dan Mereka





"Akhi, ana layak ke bergelar seorang akh?"

Tugas semua Rasul Allah di seluruh zaman adalah mengalihkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Khaliq (pencipta), dan seruan mereka yang pertama kepada kaum mereka adalah; "Sembahlah Allah dan jauhilah berhala". (An-Nahl : 36). "Sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia". (Perkataan ini disebutkan oleh Al-Quran melalui lisan Nabi Nuh, Shaleh dan Syuaib dalam surah Al-A'raf, ayat: 59, 65, 73 dan 85).

Indahnya, seandainya semua orang menyedari hakikat sebenar dakwah kita. Kejujuran dakwah kita yang hanya menyeru kepada Allah, bukan selain dariNya. Bukan kepada persatuan kita. Bukan kepada pemimpin kita. Bukan kepada kita. Bukan kepada nama-nama atau negara-negara kita. Bukan kepada aset-aset dakwah dan tarbiyyah dan modul yang kita ada. Bukan kepada sistem teknikal jemaah yang kita anuti. Bukan kepada jemaah terbesar dan terawal di negara kita. Bukan juga menyeru dengan penuh kebanggaan kepada Jemaah terbesar di dunia. Tetapi hanya kepada Allah.

Krisis yang menimpa ummah kini, bukan sekadar niat mereka tidak jitu dan tepat kepada Allah, namun mereka saling tidak menghargai mukmin-mukmin lain. Dalam tidak sedar mereka, menentang dengan keras, malah mengkafirkan para duat lain yang ikhlas di jalan Allah. Lagi-lagi dalam kelompok duat Melayu yang sinonim dengan perasaan tidak senang melihat orang lain berjaya. Lantas, kerja yang berat ini bertambah bebannya, kerana orang-orang islam (baca : kononnya berjuang) yang dengki.

Tidak kurang pula, di setiap celah dakwah yang disampaikan ini, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang samada sedang keliru, ataupun tidak ikhlas kerana Allah. Mereka mencari-cari erti diri mereka, menisbatkan keimanan mereka kepada Siapakah jemaah yang dituruti bersama ini. Dalam setiap perjumpaan mereka, mereka berbangga-bangga dengan kelompok mereka. Mereka membina ketaksuban dalam diri, hinggakan di suatu ketika dalam hidup, kebanggaan itu akhirnya dibeli dengan tarbiyyah terjual. Tarbiyyah yang sangat fundamental dalam mengenal erti ketuhanan, malangnya diabaikan demi keberadaan bersama jemaah yang ditaksubi secara total itu.

Apabila berada di ceruk dunia, tanpa sebarang ahli jemaah mereka untuk mentarbiyyah mereka, mereka lebih sanggup tidak ditarbiyyah daripada bersama dengan ummat islam lain yang mampu memenuhi keperluan mereka.

Mereka lupa, jemaah islam itulah jemaah mereka. Ya, usrah mereka atau katibah mereka adalah syura mereka dan itulah permulaan amal jama'ie mereka, namun perlu disedari, ummah inilah jemaah mereka yang sebenarnya, walau siapa yang berada di dalamnya.

Mereka lupa, jemaah itu tidak lebih daripada sekumpulan orang yang mengharap redha Allah. Allah itu matlamat mereka, ketetapan Allah itu undang-undang mereka. Dan jemaah yang wujud itu, bukan ekslusif seperti yang disangka-sangka. Ia bukanlah semata-mata sebuah persatuan rahsia yang siapa yang bisa menjadi ahlinya itu, mempunyai mustawar, tahapan iman tinggi memuncak. Dan selain daripada mereka adalah golongan-golongan bodoh dan slow. Bukan, bukan begitu.

Malah, silap jika mereka masih mencari-cari organisasi rahsia itu, menunggu masa diuji dan mengikat janji umpama Free-Mason dan persatuan mereka; ada ritual rahsia, ikatan ukhuwwah yang sulit dan perjanjian darah yang menyesatkan. Kerana jemaah ummah inilah jemaah mereka. Dengan akidah mereka disatukan, kepada Allah mereka berserah, dan kepada undang-undang Allah mereka mengikat.

Dalam jemaah umpama jemaah solat fardhu sehari-hari, setiap orang yang berada dalam solat itulah anggota jemaah. Setiap mereka yang menuruti perintah amir untuk berada dalam pergerakan solat yang berhubung dengan Allah secara terus itulah jemaah. Makanya, semua orang yang bertelingkuh dalam majlis-majlis kita, mengikut peraturan kita, beramal seperti kita, dan matlamatnya itu Allah, memperbaiki diri untukNya, dan merekrut para kader untuk bersama seperti kita itulah ahli jemaah kita. Jemaah kita. Islam.

Undang-undangnya jelas:

Taat kepada Allah, Taat kepada Rasul, Taat kepada Qiyadah.

Taat kepada perintah Allah, di atas bimbingan Ar-Rasul, di bawah pantauan Qiyadah.

Al-Quran, As-Sunnah, Harakah.

Setiap ahli dalam jemaah ini, umpama batu bata. Setiap satu darinya itulah yang membentuk kepaduan jemaah. Tiada batu bata, maka tiada lah jemaah. Setiap satu daripada batu bata itu, perlu memainkan peranan yang sama, untuk mendirikan amal jama'ei yang penuh barakah dengan bimbingan islam.

Di sini, kata-kata seperti; akh yang baik adalah seorang murobbi terbebankan. Seorang peserta jemaah ini, perlulah terdiri daripada individu-individu yang sentiasa mengejar darjat 100% islam. Yang dalam dirinya tiada lain selain ingin berusaha 100% untuk menjadi 100% islam. Menjadi islami dari segala aspek hidup, hinggalah berdakwah dan mentarbiyyah, kerana kesemua peserta jemaah ini adalah pemimpin, setidak-tidaknya pemimpin dirinya dan keluarganya. Dan tanggungjawab seorang pemimpin yang paling asas adalah mentarbiyyah, agar segala amalan pimpinannya itu robbani, tidak lari dari tuntutan Allah.

Qiyadah dalam jemaah ini adalah imam yang wajib ditaati. Bukan kerana taasub, tapi agar solat dan ibadat ini tetap sah. Solat kita tetap untuk Allah. Seandainya sang imam terkentut, maka, bersiap siagalah ahli jemaah lain pula untuk menggantikan tempatnya, dengan peranan yang sama tanpa menjadikan mereka bertambah bongkak jiwa. Hanya kerana kita perlukan imam yang mengetuai pada setiap masa kita, agar jemaah ini terpandu tanpa khilaf.

Bukan untuk membina ketaksuban.


Akhi, ukhti,

Menjadi ahli jemaah dakwah ini, adalah dengan amal bukan dengan borang. Menjadi makmum dalam jemaah dakwah ini, bukan sekadar untuk membangga-bangga, tetapi menguji suatu ketaatan kepada Maha Pencipta.

Tegakkanlah tamadun islam dalam jiwamu, kemudian lihatlah kerajaan jiwa ini bangun seorang demi seorang... Ia akan menakluk dunia, bermula dengan jiwa kecilmu.



Betapa inginnya kami agar negeri ini mengetahui bahwa
mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri.

Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur
sebagai penebus bagi kehormatan mereka,
jika memang tebusan itu yang diperlukan.

Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan,
kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka
jika memang itu harga yang harus dibayar.

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini
selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,
menguasai perasaan kami,
memeras habis air mata kami, dan
mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.

Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana
yang mencabik-cabik negeri ini,
sementara kita hanya menyerah pada
kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan.

Kami ingin agar negeri ini mengetahui bahwa
kami membawa misi yang bersih dan suci,
bersih dari kepentingan peribadi, bersih dari kepentingan dunia,
dan bersih dari hawa nafsu.

Kami tidak mengharapkan sesuatu pun dari manusia,
tidak mengharap harta benda atau imbalan lainnya,
tidak juga kemasyhuran, apalagi sekedar ucapan terima kasih.

Yang kami harap adalah
terbentuknya negeri yang lebih baik dan bermartabat
serta kebaikan dari Allah – Pencipta Alam semesta


Monday, May 17, 2010

Jiddiyyah





Buat mereka yang ingin mengambil iktibar

Jadilah seperti semut yang bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Tidak pernah berehat walau seketika. Tidak pernah berhenti bergerak walau sesaat. Dan tidak pernah curi-curi makan walaupun kerjanya ialah cari-cari makanan dan bawa-bawa makanan.

Jadilah seperti semut askar yang bersungguh-sungguh, tabah berjuang demi kemaslahatan kelompoknya. Gigitannya sangat kuat dan kemas, hingga tidak akan kita dapat melepaskan gigitannya itu. Ditarik-tarik, ditarik-tarik, ternyata ia tetap tabah dan degil menggigit berterusan. Hinggalah ditarik putus kepalanya, gigitan itu terus kemas. Kepalanya tergantung-gantung, tetap kuat menggigit.

Namun sahabat, dalam kita bersungguh-sungguh itu, bertindak bijaklah. Janganlah atas kebodohan kita, memudaratkan kita dan ummah pula. Berfikirlah dan bertindaklah dengan semaksimum mungkin lalu bertawakkallah.

Jangan jadi seperti penyu yang bertelur beratus-ratus biji telur, tapi dibiarkan tanpa pantauan. Dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya, telur-telur itu menjadi sajian biawak dan manusia. Kalaupun menetas, tidak semua anak-anak penyu mampu hidup di lautan yang luas. Ada ikan yu, pemangsa, ombak yang kuat dan sumber protein (kantung makanannya) yang terbatas. Akhirnya dari beratus-ratus telur yang dihasilkan, hanya menghasilkan 1-2 ekor penyu yang mampu meneruskan cita-cita emak penyu.

Sudah masanya kita melangkah bukan sahaja dengan sepenuh hati, tapi juga dengan kebijaksanaan. Kerana kekuatan yang tidak terencana itu akan kalah di tangan kelemahan yang terencana.

Suatu kisah, ketika awal-awal USA dan Russia menjejakkan kaki ke angkasa terlintas di mindaku. Ketika itu, ketika perang dingin dan psikologi masih semarak di kalangan mereka, mereka bingung kerana di angkasa tanpa graviti, pena tidak dapat digunakan,

Setiap kali pena digunakan, dakwat pena akan kembali terapung dan terapung. Saintis USA kebingungan. Selepas 10 tahun, barulah mereka dapat merekod dengan jitu segala maklumat di angkasa, kerana pena yang dapat menulis di angkasa tercipta. Tahukah anda, 10 tahun sebelumnya Russia telah menyelesaikan masalah 'besar' itu?

Mereka menggunakan pensel.




Thursday, May 13, 2010

Aku Merinduimu




Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju




Berhari-hari tidak sempat berbuat apa-apa. Sakit di hati datang lagi... Datang tanpa dipinta-pinta.


Wednesday, May 5, 2010

Uhibbuka Fillah



Alangkah manisnya jalan dakwah ini. Ianya perit dengan bermacam ragam dan kepayahan. Tapi cita-cita dan matlamat hujung yang dijanjikan Allah itu, merupakan motivasi tertinggi. Jiwa-jiwa yang bersama di atas jalan ini, tidak pernah jemu, tidak pernah gelisah, dan tidak pernah menyesal berada di atasnya.

Inilah jalan yang dilalui oleh para anbiya dan rasul-rasul, hingga akhirnya mereka mati di atas jalan ini, dalam keimananan yang tiada taranya. Inilah juga jalan yang dilalui oleh para sahabat ar-rasul, mereka tekad berjuang di atas jalan ini hingga akhirnya mati dalam iman. Begitulah seterus nya nasib tabiin, tabi' tabiin, dan pejuang-pejuang islam yang lain.

Darah mereka satu titik demi satu titik menitis di atas jalan ini, dan mereka mati tersungkur dengan senyuman penuh kemanisan terukir di bibir mereka. Dengan cahaya Allah yang indah terpancar dari muka mereka, yang tidak pernah menghadap kecuali kepada Allah semata-mata.

Inilah jalannya, Tariqul Haq~! Jalan kebenaran.

"Katakanlah, "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang mensyirikkan."

(Yusuf 12:108)


"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikuti mu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka . Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : “ Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama - samamu” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar - benar orang yang berdusta."
(Taubah 9:42)


Di atas jalan yang kasar ini, tiada permaidani merah yang menambah glamor. Tiada sofa dan tilam untuk berehat. Tiada televisyen dan WD untuk menghiburkan diri. Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja.

Yang ada hanyalah hiasan-hiasan yang menjadikan nya sangat indah.

Hiasan yang sama yang disajikan kepada para sahabat ar-rasul ketika merasai kemenangan dan kekalahan (tiada erti kata kalah buat orang islam). Hiasan sama yang dirasai oleh pejuang-pejuang sebelum kita, generasi-generasi IKRAM sebelum kita.

Ukhuwwah itulah hiasannya.

Ukhuwwah yang menyebabkan program yang panjang berjela-jela terasa sangat sebentar. Jaulah yang jauh tidak kepenatan. Mukhayyam yang sukar itu terasa sangat senang. Dan jalan dakwah yang mendesak jiwa ini, terasa sangat penuh dengan cinta. Penuh dengan keakraban. Kasih sayang. Khabaran yang baik. Kata-kata yang menenangkan. Pandangan mata yang indah. Janji-janji yang menenteramkan hati. Dan di setiap penjuru jalan ini, terasa sangat selamat dan terjamin keselamatannya.

Ukhuwwah ini, bukan indah semata-mata ketika kita sama-sama seronok, bersemangat dan tampak beriman.

Ianya sangat-sangat diperlukan ketika jiwa ini diuji. Ketika solat tidak lagi rasa ruhnya. Bila doa tidak lagi diyakini mustajabnya. Ketika ditimpa musibah harta, iman dan keluarga. Sewaktu yang mencabar itulah, perhiasan ini menghias.

Ketika kita sedang futur lah, hak ukhuwwah itu dituntut untuk ditunaikan. Bila kata-kata tidak lagi berguna. Di waktu inilah, pelukan seorang sahabat terasa sayangnya. Ketika inilah, bila kita sama-sama menangis, terasa dekatnya Allah dengan kita. Betapa Allah mengasihi kita atas kasih sayang sesama kita kepadaNya.

Sewaktu itulah, terasa berat yang amat ketika ingin berpisah. Seolah-olah pertemuan dan perpisahan itu adalah buat sekian kalinya. Takutnya jika diri ini mati dalam perjalanan meraih pertemuan seterusnya, hingga tidak mampu merasaikan kehangatan ukhuwwah ini lagi. Ah rindunya~

Maka ikhwah dan akhwat sekalian,

Dalam sebuah hadis yang masyur, apabila dalam hati terlintas kasih dan sayang pada akh/ukht kita (sesama jantina please), maka kita disarankan untuk meluahkannya, bukan memendamkannya. Agar kasih sayang itu turut sama dirasai oleh sahabat kita, hingga keseluruhan jemaah dakwah ini merasai kehangatan ukhuwwah dalam semua program mereka bersama.

Meluahkan dengan lafaz : Ana uhibbuka fillah. Aku mencintaimu (akh) kerana Allah.

Kepada akh yang dilafazkan cinta kepadanya, diucapkan kata balasan. Alangkah indahnya sunnah yang diterapkan dalam kelompok as-salaf terdahulu. Semoga kita merasai ruh yang sama, hingga mampu mati demi ummah.


Doa Balasan Uhibbuka Fillah


أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ


“Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya.” [221]




[221] HR. Abu Dawud 4/333. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/965.




Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita


Tuesday, May 4, 2010

Rijal




Rijal engkau tunggak perjuangan
Bersiaplah menuju medan
Rijal tenaga mu kerahkan
Bersatu menegakkan islam

Rijal ummah kini ternoda
Kedaulatan islam tiada
Pada mu harapan agama
Kembalikan kemegahannya

Rijal sejati tidak pernah jemu
Untuk berusaha mencari ilmu
Juga sentiasa bekerja
Ilmu tanpa amal tak guna

Kini sudah tiada masa
Kerja lagho tiada berguna
Tugas mu rijal membina ummah
Sebarkan Islam agama rahmat

Di dalam perjuangan ini
Dengan cubaan kau kan diuji
Tiada guna takutkan mati
Di dalam menuju ilahi

Sunday, May 2, 2010

Advencer 1408





Insya-Allah, anda akan terpana membaca pos-terbaru (2 Mei 2010) di blog Akhuna Awang Ilham (advencer1408.blogspot.com)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]