Wednesday, May 26, 2010

Lelaki melayu terakhir



Aku bersyukur, Alhamdulillah.

Hari ini, Allah masih memberikan aku kesempatan dan keinginan hati untuk menangis. Suatu nikmat yang tidak pernah aku kecapi semasa jahilku dulu. Sewaktu dosa berlalu tanpa terasa kewujudannya. Sewaktu hati keras hingga mata kering tidak pernah menumpahkan isinya. Hari ini, aku mampu menangis lagi.

Menangisi betapa sukarnya membentuk insan-insan di sekelilingku, membentuk individu-individu baru, ruh-ruh yang baru. Betapa seninya dunia ini Allah ciptakan. Sangat berwarna-warni.

Pelbagai warna dan rasa. Pelbagai rupa dan bentuk. Hingga akhirnya aku melihat manusia ini ada berjuta-juta jenis, mereka berbeza tidak serupa. Sikap mereka, perasaan mereka, hati mereka, akhlak mereka, akidah mereka, akademik mereka.

Alangkah indahnya medan dakwah ini jika mereka semua sama, tidaklah berjenis-jenis-jenis-jenis-jenis-jenis mereka itu. Pasti akan berjaya dengan mudahnya kita merekrut mereka, bahkan sangat mudah kita mentarbiyyah mereka. Jika mereka semua SAMA.

Aku kini sedang belajar. Belajar mengenal selok-belok hati manusia. Mereka berbeza, dan aku perlu mencari persamaan mereka agar tugasku ini dapat aku penuhi matlamatnya. Betapa sukar menambat hati manusia bergelar lelaki.

Mereka kini dalam krisis nilai dan identiti diri. Di university, mereka yang paling sedikit kuantiti, malah rendah pula kualiti. Di penjara, merekalah ahli. Di mahkamah tinggi, mereka datang dan pergi...

Padahal, saat mekarnya risalah ini di zaman nabi, merekalah kaum (lelaki) yang mengetuai. Merekalah yang menjadi tunjang, baik sebagai seorang pendakwah hujah, mahupun dengan pedang di tangan.

Dalam saff barisan ummat, ternyata jumlah mereka mengatasi kaum hawa sebagai qaedah sulbah yang pertama. Namun kini, segalanya tinggal kenangan.

Betapa ramai kaum lelaki yang berjaya dilalaikan oleh kafir laknatullah. Mereka leka dengan permainan mereka dan jarang kita lihat badan-badan dakwah yang berjaya menarik minat mereka untuk bersama dalam program ceramah-ceramah islamik kita.

Kenapa? Kenapa?



2 comments:

Muhammad said...

Kata Imam Hassan Al-Banna:
Kerijalan (kelelakian) adalah rahsia kehidupan sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berkelelakian yang berketerampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan tinggi. Kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki yang memiliki sifat kelelakian sebenar.

Ps. Semoga kita menjadi lelaki yang 'lelaki'.. Wallahu a'lam.

Abu Khalid said...

Mungkin benar kata seorang penulis ini: Perempuan lebih terkesan dan tertindas dalam sistem jahiliyyah ini. Kerana itu, mereka lebih cenderung untuk bangkit berbanding dengan kaum lelaki yang masih kemaruk dengan angan-angan dan dongeng-dongeng mereka.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]