Monday, May 17, 2010

Jiddiyyah





Buat mereka yang ingin mengambil iktibar

Jadilah seperti semut yang bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Tidak pernah berehat walau seketika. Tidak pernah berhenti bergerak walau sesaat. Dan tidak pernah curi-curi makan walaupun kerjanya ialah cari-cari makanan dan bawa-bawa makanan.

Jadilah seperti semut askar yang bersungguh-sungguh, tabah berjuang demi kemaslahatan kelompoknya. Gigitannya sangat kuat dan kemas, hingga tidak akan kita dapat melepaskan gigitannya itu. Ditarik-tarik, ditarik-tarik, ternyata ia tetap tabah dan degil menggigit berterusan. Hinggalah ditarik putus kepalanya, gigitan itu terus kemas. Kepalanya tergantung-gantung, tetap kuat menggigit.

Namun sahabat, dalam kita bersungguh-sungguh itu, bertindak bijaklah. Janganlah atas kebodohan kita, memudaratkan kita dan ummah pula. Berfikirlah dan bertindaklah dengan semaksimum mungkin lalu bertawakkallah.

Jangan jadi seperti penyu yang bertelur beratus-ratus biji telur, tapi dibiarkan tanpa pantauan. Dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya, telur-telur itu menjadi sajian biawak dan manusia. Kalaupun menetas, tidak semua anak-anak penyu mampu hidup di lautan yang luas. Ada ikan yu, pemangsa, ombak yang kuat dan sumber protein (kantung makanannya) yang terbatas. Akhirnya dari beratus-ratus telur yang dihasilkan, hanya menghasilkan 1-2 ekor penyu yang mampu meneruskan cita-cita emak penyu.

Sudah masanya kita melangkah bukan sahaja dengan sepenuh hati, tapi juga dengan kebijaksanaan. Kerana kekuatan yang tidak terencana itu akan kalah di tangan kelemahan yang terencana.

Suatu kisah, ketika awal-awal USA dan Russia menjejakkan kaki ke angkasa terlintas di mindaku. Ketika itu, ketika perang dingin dan psikologi masih semarak di kalangan mereka, mereka bingung kerana di angkasa tanpa graviti, pena tidak dapat digunakan,

Setiap kali pena digunakan, dakwat pena akan kembali terapung dan terapung. Saintis USA kebingungan. Selepas 10 tahun, barulah mereka dapat merekod dengan jitu segala maklumat di angkasa, kerana pena yang dapat menulis di angkasa tercipta. Tahukah anda, 10 tahun sebelumnya Russia telah menyelesaikan masalah 'besar' itu?

Mereka menggunakan pensel.




3 comments:

Mashizaki Keikan said...

yeah.... tu dia... dah keluar dah. ana dah agak dah.

Al-Mufakkir Hamidi said...

Salam... lama xupdate... :)

Abu Khalid said...

Hehe...
Jangan risau akhi, nanti ana bayar hutang-hutang update tu ye...

gee.. :D

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]