Wednesday, April 3, 2013

Muqaddimah




*Post ini sesuai untuk muwajih (orang yang kasi taujihat) mahupun mutawajih (orang yang dok mendengar) dengan ahdaf yang berbeza.

Apabila usia sudah meningkat, badan mula dimamah usia, aku semakin nampak kepentingan untuk melaksanakan stretching dan warm-up setiap kali nak mula berlari atau berenang. Melihat kadar metabolism aku ni, aku rasa catabolism sudah lebih banyak berbanding anabolism ni. Benar-benar sudah tua.

Oh ya, mengikut sekema Cikgu Sains Sukan, setiap kali nak bersukan kena buat:

  1. Betulkan niat (x niat tak dapat pahala tahu?)
  2. Stretching (atau dalam bahasa melayunya regangan badan, walaupun salah maksudnya itu secara literal)
  3. Warm-up (panaskan badan)


Mungkin ramai yang tidak memahami mengapa Stetching dan Warm-up ni penting sangat. Dan majoriti tak faham apa beza di antara Stretching dan Warm-up. Mungkin.

Bab niat tu tiada khilaf kan? Kalau ada khilaf, email aku ya (profhussaini@gmail.com)

Stretching tu maksudnya menegangkan otot badan di seluruh anggota, terutamanya anggota yang banyak terlibat dalam aktiviti sukan/senaman tersebut.





*Sila skip mana-mana bahagian yang tidak syarie dalam video di atas. Apa yang penting adalah apa yang dia cakap tu, banyak tips. Bila Ironman Muslim nak buat video yang syariah compliant ni?*

Sekiranya kita nak main badminton, stretching di seluruh anggota, terutamnya tangan dan pinggang. Kalau nak marathon 23km, fokusnya ialah di kaki. Video di atas adalah untuk triathlon (google ya).

Apa yang penting, setiap kali stretching itu dibuat, ahdaf kena tercapai iaitu otot badan relax dan betul-betul telah bersedia untuk bekerja. Jika tidak, akan berlaku muscle cramp yang mana akan menjadikan senaman yang kita buat bukan sahaja tidak menyihatkan, bahkan menyakitkan.

Antara cara untuk melakukan stretching yang berkesan ialah tegangkan otot, kemudian tekan dengan anggota yang satu lagi sehingga terasa sedikit sakit hasil tekanan itu. Ya, kena rasa sakit masa stretching. Sebagai contoh, jika tegangkan tangan kanan, tangan kiri yang pegang tangan kanan tu bukan sekadar pegang sahaja, tetapi kena 'tekan' hingga terasa tekanan di otot. Kedua-dua anggota itu kena saling berlawanan tindakan untuk stretch itu betul-betul berkesan.

*Awas: rasa sakit tegangan itu di otot, bukan di sendi- takut dislocate joint pula.

Apabila otot badan telah bersedia (tidak tertakluk kepada masa yang tertentu), warm up perlu dilakukan untuk persediaan seluruh badan, terutamanya dari dengupan jantung & pernafasan.

Selalunya larian keliling padang ataupun memulakan jogging dengan pace yang perlahan untuk membiasakan diri dan jantung dengan suasana permainan/riadhah. Dalam ruang yang terbatas, lari setempat atau lompat bintang juga boleh dibuat. Jika sudah bersedia, maka seorang akh itu mampu berprestasi sebaik mungkin di lapangan permainan/riadhah tersebut biiznillah.

Tidak jarang kita tidak punya masa untuk melakukan muqaddimah sebegini. Maka, penting diketahui, utamakan stretching daripada warm up kerana semasa permainan sudah bermula, warming up boleh dibuat sambil-sambil bermain dengan secara perlahan-lahan bermain. Kalau tak cukup masa la, kalau tak cukup masa.

Jangan jadi macam baca mathurat (wazifah), ISHAB kata siapa yang ada keuzuran bacalah wazifah sughra. Lepas daripada tu, asyik uzur memanjang :)


Apa kaitannya dengan tarbiyah kita?

Ehem-ehem. Riadhah itu juga sebahagian daripada wasilah tarbiyah kita bukan? Wasilah yang kelapan.  Eh?

Dalam kita menyampaikan sebarang taujihat, kena ada muqaddimah agar ahdaf taujihat tercapai. Muqaddimah bertujuan untuk:

  1. Memecahkan ais yang membeku
  2. Memberikan gambaran yang betul tentang konteks perbincangan
  3. Menyatukan fikrah di antara ahli dan penyampai. Pemahaman ahli kena seragam. Setuju x setuju itu cerita lain
Kesan jika muqaddimah tidak mencapai ahdaf? Pemahaman ahli semasa mendengar isi bercambah-cambah. Dan hasilnya, resolusi amal di akhir taujihat juga x dapat dicapai, x dapat disepakati dan taujihat automatil gagal mutlak.

Tempoh waktu muqaddimah boleh jadi bermacam-macam. Ada yang muqaddimah hanya beberapa minit, jam dan ada yang muqaddimah sampai 3 hari. Tengok Ibn Khaldun punya buku Al-Muqaddimah, beratus-ratus muka surat, berjilid-jilid.

Penting untuk kita tahu, muqaddimah ada matlamatnya dan ia boleh disudahkan setelah matlamatnya tercapai. Janganlah kerana kita dapat muqaddimah 10 hari, kita nak buat juga muqaddimah 10 hari dengan isi yang tak clear dan ilmu yang cetek. Padahal muqaddimah itu hanyalah jalan kepada isi sebenar.

Ingat, muqaddimah sangat penting. Tanpa muqaddimah yang berjaya, menyampaikan isi kepada audien umpama mencurahkan air ke daun keladi. Ia bukan sekadar meminum muntah, kemudian memuntahkan kembali kepada adik-adik yang mendengar. Ia adalah proses untuk memahamkan skop, isi sebenar yang nak disampaikan dan menggambarkan hasil akhir agar mereka memahami dalam konteks yang sama dengan muwajih.

Wallahua'lam


Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.


No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]