Monday, January 25, 2010

Masjid Melayu



Jarum pendek menunjukkan digit 6. Perlahan-lahan aku menutup pindu depan rumah. Membiarkan ia tidak berkunci, ikhwah lain masih sedang bersiap-siap untuk ke surau. Dengan memakai baju sejuk ber-hud, enjin kereta dihidupkan. Fikiran terawang-awang sambil menunggu enjin dipanaskan. Kesejukan pagi menggigit tulang hamba-hambanya yang belum mandi pagi ini, juga memaksa diri bersabar menanti enjin betul-betul bersedia menerjah keluar dari kawasan perumahan. Destinasinya ialah Masjid UPM. Seorang sahabatku akan mengisi ceramah pada pagi ini, ba'da subuh.

Sesampainya di masjid, rakaat sudah didirikan. Aku sekadar menjadi makmum masbuk. Sedang diri berma'thurat berseorangan, kelihatan orang sudah mula berkumpul di suatu sudut masjid sebesar dua padang bola sepak itu. Dan mereka semuanya berumur sekitar 50-an, 60-an. 'Rehal yang memuliakan al-Quran' diangkat menuju ke sana. Semua orang melakukan perkara yang sama, sambil tangan yang satu lagi memegang mushaf.

Ustaz AQ segera memulakan majlis. Sekitar 20-23 orang membentuk ladam kuda menghadap sang ustaz. Dari pengamatanku, aku yang paling muda di situ, 3 tahun lebih muda daripada sang ustaz. Bersila dan kusyuk membaca quran dan mendengar syarahannya. Surah ali-Imran ayat 27-35, huraian Syed Qutb dalam fi zilalnya. Mantap perkongsiannya, tidak hairanlah pakcik makcik yang mendengar ini begitu setia datang setiap minggu.

Tamat sahaja perkongsian itu, semua jemaah bersalam-salaman, sedang aku asyik meneliti musyafku dan baru ingin bangkit, datang seorang pakcik berjubah putih kepadaku. Wajahnya ceria seakan-akan datang untuk merisikku untuk dijadikan menantu. Ataupun datang untuk memujiku selaku seorang anak muda yang begitu mulia hadir ke majlis seperti ini, sedang rakan-rakan seusia denganku baru pulang dari kelab-kelab malam. Em, selalu sahaja perkara ini terjadi kepadaku. Pernah dahulu, seorang pakcik, selesai sahaja solat, dia memandangku sambil tersengih-sengih. Sudah puas menatap wajahku yang mungil ini, dia lantas menghulurkan not berwarna merah kepadaku. Aku menerima seadanya. "Baguh lhgo mu ni nok, rajhing-rajhing la maghi balai laghi yghe".

Kita kembali kepada cerita kita tadi. Maka terjadilah perbualan antara kami;

Pakcik : Anak ni datangnya dari mana?

Hussaini : Saya dari UPM pakcik, sedang buat Master sekarang ni. (sedikit tersipu-sipu)

Pakcik : Oh, anak ni tinggal di mana?

Hussaini : Saya tinggal dekat simpang sana tu pakcik, dengan kawan-kawan.

Pakcik : Anak ni ada belajar adab dalam majlis ilmu? (Nada berubah kepada sedikit menengking)

Hussaini : Er... Er... Takde pula pakcik, kenapa? (tertanya-tanya)

Pakcik : Pakcik nampak tadi anak ni duduk menghadap ustaz kita yang mulia tu.

Orang lain elok je duduk bersila, tapi kaki anak menjulur menghala ustaz tadi.

Apa anak ni tak belajar adab ke?

Macam ni ke sikap pelajar master?

Anak ni tak diajar ke?

Ayah asal mana? Kerja apa?

Pakcik malu tengok anak melayu cam gini.

Hussaini : Maaf ya pakcik, saya tak sengaja. Saya tidak biasa duduk bersila ni. Lagipun saya tidak tahu pula ada adab sebegitu.

Pakcik : Hormat la sikit orang lain. Kalu tak boleh sangat bersila, duduk kat belakang je. Pakcik tengok orang yang duduk belakang tu boleh je bersila.

Hussaini : Maaf ya pakcik.

Pakcik : Lain kali datang sini, cuba buat macam yang pakcik cakap tadi.

Hussaini : Ya, nanti saya cuba.

Pakcik : CUBA tau...
Hussaini : Insya-Allah saya cuba...


Ketawa ustaz AQ mendengar kisahku ini. Aku terkejut dengan apa yang menimpaku. Memang ya betul salahku juga yang tidak memahami kondisi-kondisi dalam majlis-majlis ilmu golongan veteran ni. Memang salah aku juga, sebab kurang bab-bab adab Melayu ni. Memang aku bukanlah seorang Melayu tegar. Kami memang tidak dilatih dalam suasana sedemikian, melayan adat-adat Melayu yang entah ke mana.

Walaupun pernah bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Kangsar, sebuah kilang Orang Melayu berakal British, namun sepanjang aku di sana, tidak pernah pula majlis-majlis ilmu agama diadakan di sana. Totally sekular. Kalaupun ada majlis-majlis agama, adalah majlis-majlis formal di tempat-tempat formal ataupun bersama mereka seusiaku semasa di PLKN, Matrik dan Universiti. Dan sepenuhnya kelas agamaku tentunya bersama-sama ikhwah akhwat yang tidak pernah peduli soal ini.

Namun bukan itu persoalan yang membuatkan aku tersentak. Jiwa memberontak itu aku pujuk. Jiwa ini perlu dididik selari dengan deen-Nya. Ia perlu dipelihara dengan ketakwaan dan kesabaran.

Aku terfikir betapa sempitnya pemikiran masyarakat umum (cuba untuk tidak over-generalise). Mereka patutnya melihat betapa kurangnya belia yang sudi mampir ke masjid-masjid dan surau-surau. Apatah lagi ke majlis ilmu. Kempen mesra masjid ternyata gagal dalam percubaan aku kali ini. Patutlah tiada anak muda yang sudi menghadirinya. Sudahlah kering dengan ukhuwwah, senioriti pula dipinta dari mereka yang hadir.

Juga aku memuhasabah betapa tugas mengislah masyarakat bukan tugas enteng jika sel-sel masyarakat ini sendiri tidak dirawat, pemahaman agama mereka masih di sekitar apa yang mereka pelajari di zaman berkitab kuning dahulu. Jika agama yang mereka faham masih sesempit dahulu.

Sekadar perkongsian untuk semua. Suka jika sekiranya ada sebarang teguran buat diri yang masih ingin belajar ini.

7 comments:

Muhd Al-fateh said...

Salam..

Sejujurnya, saya tak lihat apa yang salah pada pakcik tersebut.. Point saudara sudah cukup bagus, cumanya lihat saja pada pengalaman yg telah saudara ceritakan.. Allah menyusun dengan sangat baik bukan.. Pada awalnya punyai pengalaman dipuji, dan kemudian barulah diapproach dengan sedemikian rupa..

Anggaplah saja semua orang berpengalaman seperti anda, dipuji, dan kemudian baru masuk dengan betul.. Ust Aqib mungkin gelak kerana dia mungkin mahu sampaikan kpd saudara, cumanya bayangkan, seseorang menyuruh supaya kita menghormatinya.. Agak kurang professional bagi mereka yg sudah tidak lagi berada di alam persekolahan..

Orang Melayu memang terkenal dgn kesopanan. Tapi itu tak jadi alasan jika kita dipaksa bersopan dalam masalah menuntut ilmu. Lihat saja orang Arab yg sifatnya sangat ganas, amat jauh dri org Melayu dari segi kesopanan.. Tapi, lain jadinya jika dalam masa menuntut ilmu.

Maaf, sebarang keterlanjuran dan kesilapan harap diperbetulkan.... Sekian......

faez said...

orang melayu memang sungguh terkenal dengan adabnya.. bertambah mulia dengan akhlak islami yang menghiasi diri..

atie said...

Salam Husainni...

Adat melayu yang tak melangar hukum syarak apa salah nya kita ikut terutama berkaitan dengan adap2 dan hormat menghormati yg tua itukan memang dituntut.... sekadar beri pandangan aje....semoga sihat

S h a z w a n said...

kahkahkahkah...

akhi, ana sokong 200% apa yg pak cik tu cakap...

ana ingat betapa besarnya kehairanan ana pada anta mase kita mula2 digabungkan dulu...kejap baring, kejap berlunjur..

tpi tngok2 skrg, ana sendiri dh terikut..

'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo'

ini soal thiqah masyarakat akhi...

AK said...

agak menarik pengalamanmu..

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

1)berkaitan adab melayu yg tidak bercanggah dgn islam
2)adab menuntut ilmu
3)adab bersama dengan guru

Muhasabbah kita bersama !!

-insan yg perlu bimbingan nta

Abu Khalid said...

Sobsob..

Pian.. Lamanya tak berjumpa dengan nta..

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]