Rindunya saat bersama ikhwah, rehlah berenang bersama. Namun, dalam diam sebenarnya selama aku bersama ikhwah di kolam renang mahupun di air terjun, aku memendam rasa. Aku tidak dapat berenang.
Masakan tidak, setiap kali di medan renang itu, aku ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar kalian. Mengajar kalian apa yang telah aku kuasai dan warisi. Suatu sunnah yang tidak diketahui oleh banyak orang.
Setiap kali ia berlaku, aku teringatkan kisah Mahdi Akif yang dahulunya seorang bijak pandai. Lalu, dengan saranan daripada Sang Mujaddid, dia mengambil jurusan Sains Sukan. Tiada siapa yang mengetahui betapa pentingnya peranannya, dengan kepakarannya dia telah melatih tentera ikhwan melawan Zionis dan Tentera British. Apabila ikhwah dicapluk ke dalam penjara, setiap pagi dialah yang menjadi pemandu untuk ikhwah dapat beriadah setiap hari, di dalam penjara. (Menurut catatan Syeikh Yusuf Qardawi - Aku dan IM)
Aku mengikhlaskan diri. Nafsuku yang mencodak-codak untuk berenang 20 round terpaksa ditahan dan kalau bernasib baik, dapatlah aku berenang 2 atau 3 round. Harapanku agar ikhwah dapat menguasai kemahiran ini dan merasakan nikmat yang amat anugerah ilahi. Dan yang paling penting, peristiwa 10 ikhwah lemas di lubuk yang sama itu tidak berulang lagi. Aku nak nangis setiap kali mengingati peristiwa itu.
Hari ini, aku bersama isteriku ke kolam renang berhampiran rumah kami. Kali ini hanya ada aku, dan isteri. Tiada ikhwah. Tiada akhawat.
Dan yang menggembirakanku, isteriku juga adalah jurulatih renang bagi akhawat. Maka, aku tidak perlu sibuk-sibuk nak ajar dia berenang. Aku dapat berenang sepuas hati. Alhamdulillah...
Bukan mudah dapat berenggang daripada ikhwah akhawat ni. Rimas... :)
Pengajaran: Entah. Nak kata pilih zaujah yang pandai berenang pun, aku tak tulis dalam borang BM. Emm....
***
Alang-alang aku mengimbau kenangan bersama ntum, ingin aku kongsikan beberapa pelajaran yang biasa aku buat untuk mendidik ikhwah berenang bermula dari 0.
3 langkah mudah.
1) Bubbling
2) Water Confidence
3) Water Bending
1) Bubbling
Perkara pertama yang kena buat untuk berenang ialah membetulkan pernafasan. Pernafasan penting kerana ia akan menentukan kestabilan kita di dalam air, dan kita pun tak boleh bernafas dalam air.
Masalah yang biasa berlaku ialah kita tidak dapat nak membezakan penafasan ketika di dalam air dan penafasan di atas air (udara lah). Kalau tersedut di dalam air, atau terhembus di atas air, anda berpotensi untuk lemas. Dan ini biasa berlaku pada orang yang tak belajar Bubbling tapi terus nak belajar Butterfly Stroke.
Secara mudahnya, di atas air kita sedut udara, di dalam air lepaskan udara.
Jika ia dilakukan di kolam renang, masukkan badan anda ke dalam air. Pegang tepi kolam dengan kedua tangan anda dan masuk keluar kepala anda berkali-kali hingga anda biasa dengan penafasan sedemikian.
Jika saya dahulu, di sekolah, jika swimming pool tutup, selalunya saya panjat pagar. Tetapi jika saya malas nak panjat pagar, saya akan guna baldi. Letakkan air sampai penuh dan masuk keluarkan kepala anda ke dalam air itu. Exercise ini dinamakan Bubbling.
Sehinggalah anda telah mahir, iaitu air tidak masuk sama sekali ke dalam hidung atau tertelan air, selagi itu Bubbling dibuat setiap masa. Saya ni, masa puasa sunat pun berani turun pool. Ok, jangan tiru, nanti ustaz marah.
2) Water Confidence
Bila anda sudah biasa bernafas, iaitu tidak tersilap hembus atau sedut, maka bolehlah maju ke step berikutnya iaitu Water Confidence.
Senang sahaja ujian atau step ini. Anda cuma perlu melompat ke seluruh kolam tidak kira ketinggian yang ada.
Susah nak tulis ni, kena tunjuk.
Tapi takpe. Kalau tadi, di kolam renang, anda pegang tepi kolam dan masuk keluarkan kepala. Kini, lepaskan tangan anda, dan cuba tenangkan nafsu yang bergelora itu.
Biarkan badan tenggelam hingga kaki mencapai ke dasar kolam, dan lompat ke atas hingga kepala anda keluar. Bila kepala keluar, ambillah nafas dan biarkan badan tenggelam lagi. Mulakan dengan melompat seperti katak itu di kawasan yang sama, dengan ketinggian dasar yang sederhana.
Apabila anda sudah selesa, cuba lompat ke tepi pula. Cuba bergerak ke kawasan berhampiran. Lompat dan lompat dan lompat hingga anda mampu untuk melompat ke kawasan yang lebih dalam.
Kalau dah dalam tu, kena lompat dengan lebih kuat, dan nafas kena pandai tahan. Dan anda kini tidak lagi takut air, kerana anda sudah boleh lompat!
*Sila jangan cuba di kawasan paya atau tasik kenyir. Dalam tuuu
3) Water Bending
Ini yang paling senang. Dan inilah dia yang membezakan seseorang itu pandai berenang atau tidak. Tidak perlukan Avatar atau Kitara untuk ajar anda bagaimana untuk Water Bending, anda sendiri yang perlu mencarinya sampai jumpa.
Tips, kalau anda buat Kame hame ha dalam air, ia akan menghasilkan gelombang. Anda pernah cuba bukan?
Hasilkan gelombang yang serupa, tetapi dengan menggunakan segala anggota badan yang ada.
Mulakan dengan tangan. Rapatkan tangan, kemudian ayunkan ke arah badan (dalam air). Akan terasa gelombangnya. Kepung lebih banyak air dengan tangan tadi itu dan ayunkan lagi ke arah badan dan rasa perbezaannya.
Cuba hingga gelombang itu sangat kuat di dalam air. Biasalah, kali pertama buat memang tak kuat sangat. Tetapi bila lama-lama practice, kita akan lebih faham air dan gelombang dan boleh menghasilkan Water Bending, walaupun dengan satu jari. Tak percaya? Jom renang sama-sama saya tunjuk.
Bila anda dah boleh Water Bending di Kaki dan Tangan, secara automatik anda boleh floating dengan sedikit bend di pinggang. Ayunkan tangan, jadi Free Style. Kepakkan tangan jadi Breast Stroke. Terbalikkan ayunan, jadi Back Stroke. Ayun punggung (ya ada Water Bending di bahagian ini juga), akan jadi Dolphine Kick dan anda secara auto dah boleh buat Butterfly Stroke.
Senang insyaAllah kalau ntum serius. Ana pernah ajar seorang akh ini berenang dari 0, dan dia boleh berenang selepas 2 jam intensif.
Selamat mencuba. Nak tahu lebih tanya la ya. Hehe.
Kalau nak belajar PM me. Free for all. Tapi aku tak boleh berenang lah. Cis.
:)
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment