Rupa-rupanya bukan disebabkan dakwah pun. Bukannya kita diuji disebabkan dakwah, belum tahap itu. Kita masih bertarung dengan diri sendiri rupa-rupanya.
Fail exam bukan kerana tugasan dakwah yang mission impossible tetapi kerana tak pandai urus masa ataupun malas belajar ataupun sibuk baca buku fikrah tak kena waktunya & lain-lain lagi.
Kemalangan atau mati bukan dalam pertarungan tetapi kerana kecuaian.
Kematian orang terdekat, bukannya diseksa seperti Sumaiyah & Yasir yang mempertahankan islam, tetapi kerana ajal yang datang dan ia suatu kepastian.
Ditinggalkan oleh sahabat bukan kerana mereka itu betul-betul persis Abu Jahal yang menentang islam kerana tahu ajarannya, namun ditolak mentah-mentah sebelum ajak ke ISK (Baruuuu nak ajak), kerana kurang hikmah dalam dakwah.
Lembabnya dakwah, bukan kerana ditentang pemerintah, tetapi kerana kita yang malas.
So, kita macamana sebenarnya ni?
1 comment:
Adei sakitnyaa T_T
Post a Comment