Monday, March 8, 2010

Something is wrong with the economic system




Bila seorang akh itu kata dia tidak reti menulis

Recently, ana perasan satu benda yang ana kira menakutkan dalam sistem ekonomi kita. Jika dulu, seingat ana, banyak syarikat (especially government linked) sangat menitik beratkan kebajikan pekerja2. Dan paling penting byk syarikat payah nak buang pekerja. Lately, abg ipar ana (petronas) dan abg long ana (celcom) diorang bercerita ttg bagaimana dua gergasi ini makin cenderung untuk membuang pekerja walaupun prestasi syarikat makin meningkat. Tak dapat dinafikan dalam workforce yang sangat besar tersebut pasti ada yang bukan sangat2 cemerlang, dan dedicate the whole life untuk kerja, namun adakah ini cara sebenarnya?

Masa ana ke India, ana dapat merasai perasaan SQ semasa as-syahid menulis buku berjudul "Keadilan Sosial Dalam Islam". Ana melihat satu fenomena yang sangat2 menyedihkan di India. Kemiskinan melata, peminta2 sedekah bertaburan di mana2 sahaja ana bergerak (nak exaggerate kalau baling batu ke India, sukar untuk tak kene peminta sedekah). Dimanakah belas kasihan si kaya yang memiliki syarikat2 gergasi ni? Keuntungan dikaut dan tak pernah cukup. Pantang ada pekerja buat salah, maunya di buang kerja, padahal jasanya walau sedikit telah membantu membina empayar untung yang sangat lumayan. Dari satu sudut yang lain, kenapa diorang ni menjadi peminta sedekah? Tiada kerja atau sudah tiada semangat untuk hidup mulia? Benar kata seorang penulis, "tanpa Islam, kamu telah mati sebelum ajal". Aduhh, perit sekali hati ini melihat segala bencana yang menimpa umat ini.

Manusia saling menidas dan berkejar-kejaran menuju ke tempat yang salah.

Semasa ana di briefing Khazanah Nasional tempoh hari. Director Yayasan Khazanah telah brief kitorang yang tahun ini mereka hanya bagi scholarship kpd 5 org pelajar, 3 post grad dan 2 undergrad. Bila diorang hantar nama ke Board of Trustees Khazanah, Director YK ditanya, "Kenapa tahun ni sikit sangat?", beliau jawab, kita tak jumpa calon yang benar2 layak, 5 je yang layak. Dia ditanya kembali "Bagaimana kita nak pastikan tahun depan lebih ramai yang layak?", we need to reform the education system.

Manusia tercari-cari penyelesaian dalam masalah kehidupan, productivity, efficiency, accountability, sustainability dan sbgnya, apakah mereka tak nampak Islam sbg penyelesaiannya?

..................................

(ikutilah sambungan artikel ini di lain masa)

12 comments:

tuantaufik said...

yang nak dihighlightkan disini adakah masalah ekonomi ataupun akh yang xreti menulis? tolong approve komen nie...hahaha

Abu Khalid said...

Katakanlah apa sahaja selagi ia al-haq.

Ambillah apa sahaja selagi ia al-haq.

Akh yang benar, yang haq, dalam setiap ucapan dan tulisannya pasti terkandung 1001 hikmah,

Pilihlah hikmah-hikmah yang bermanfaat. Tinggalkanlah apa-apa yang tidak berfaedah.

ibnuajmain said...

yang haq tu akan sentiasa JELAS... dan dimana-mana pun sangat JELAS... cuma kadang2 dek kerna mahu @ x seseorang... ia jadi x jelas...hahaha

Bashir IbnDzul said...

yang anta nak tekankan sebenarnye tu ialah pengambilan Islam sebagai jalan penyelesaian setiap masalah, kan?

tuantaufik said...

toKahfi8, nta rasa macam mana? mana ada Islam dijelaskan secara terperinci ttg realibility, sustainability, accountability dll. Semua orang kata Islam tu jalan penyelesaian, TAPI bagaimana????

Insan Biasa said...

Something wrong with PEOPLE in the economic system....

Bashir IbnDzul said...

back to basic. Al-Qur'an dan Sunnah.

aediasri said...

salam,

untuk kembali kepada al-quran dan sunnah, ada peranan di pihak manusia; tafsiran - teks dan konteks

persoalan yang ingin dibangkitkan; tafsiran yang mana/ bagaimana?

pada masa kini, ramai yang berkata "kembali kepada al-quran dan sunnah" menyembunyikan ayat di belakangnya, iaitu " mengikut tafsiran kami semata"

wallahua'lam

Abu Khalid said...

Apabila kita berbicara tentang Al-Quran dan As-Sunnah, kita tidak lari dari penafsiran manusia, kerana manusia yang menasabkannya kepada kita kini. Bukan secara bertulis bulat-bulat oleh Ar-Rasul akan Al-Quran dan As-Sunnah, lengkap dengan penafsiran dan syarah mengikut keadaan zaman dan persekitaran kita.

Maka ya akhi, tugas kita ialah menguasai disiplin-disiplin dalam menceduk Al-Quran dan As-Sunnah. Sentiasalah belajar dan belajar dalam mencari kebenaran dan pastikan segala apa yang kita lakukan sepanjang hidup ini berteraskannya apa yang kita faham dan yakini. Jika pemahaman kita terseleweng, maka tinggalkan dan teruskan mencari kebenaran hingga bertemu Allah kelak.

Usul 2: (Usul memahami Islam)

"Al-Quran difahami mengikut kaedah bahasa arab tanpa memberat-beratkan atau membabi-buta. Sunnah pula difahami melalui perawi-perawi hadis yang tsiqah (dipercayai)."

Akhir kalam, ana ingin memetik kata-kata Saidina Umar kepada qari-qari Al-Quran di setiap negerinya:

"Ikutlah Al-Quran, bukanlah Al-Quran yang mengikut kamu. Sesungguhnya sesiapa yang diikut Al-Quran, Al-Quran akan menolak belakangnya sehingga jatuh ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengikut Al-Quran, Al-Quran akan memimpinnya masuk ke dalam syurga Firdaus"

Anonymous said...

ana x brape paham dgn kata-kata Saidina Umar tu. Boleh anta tlng jelaskan? Jazakallah

Abu Khalid said...

Jangan mentafsir al-Quran sesuka hatimu

Biarlah al-Quran yang menafsir kehidupanmu

Biarlah al-Quran yang mencorakkan hidupmu dan memberi panduan, bukan kita menjustifikasikan segala apa yang kita buat dengan al-Quran



:)

Insan Biasa said...

Subhanallah..benarlah anta husaini..

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]