Tuesday, April 2, 2013

Surat kepada Aqsa Syarif!




Hiburan merupakan suatu elemen yang sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hiburan yang tidak melampau diharuskan dalam islam (Halal & Haram, Yusuf Qardawi dalam bab Hiburan m.s. 307), malah diraikan oleh Rasulullah dalam beberapa contoh:

  1. Peristiwa Hijrah, semasa wanita ansar menyampaikan nyanyian mereka
  2. Rasulullah pernah meminta pengantin ansar mendendangkan nyanyian semasa walimah, sepertimana kebiasaan mereka
  3. Sebuah hadis di mana Rasulullah bersabda:

"Wazan yang terdapat puisi itu bagaikan irama tambahan bagi sesuatu suara: maksudnya, menggabungkan seni yang terhasil dari getaran jiwa dengan idea yang terhasil dari cetusan minda" (Al-Rafi'ie, Wahyu al-Qalam, Juzu' 3, m.s. 285)

Sejarah juga telah mengajarkan kita bagaimana gagalnya dakwah Ibn Taimiyah kepada masyarakatnya kerana tidak memahami hati manusia, sepertimana yang dinukilkan oleh Muhammad Iqbal dalam Kitab Muhammad Iqbal, m.s. 52 tulisan Abdul Wahab Azam:

"Ternyata, logik (ilmu mantiq) yang kuat dari Ibnu Taimiyah memberi kesan dan pengaruh di kalangan umat ini. Tetapi logik semata-mata tidak cukup kuat untuk menghadapi kata-kata bidalan dan ahli bida'ah"

Benar, berada di atas kebenaran sahaja tidak cukup. Kena ada 'marketing' yang cukup kuat dan menarik agar akhirnya kebenaran itu boleh sampai ke tengah-tengah masyarakat.

Dalam menjadikan dakwah ini menarik, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh para du'at. Sedar atau tidak, banyak yang telah kita semua pelajari hingga telah membuat banyak perubahan dalam metode dakwah kita dengan:

  1. Menggunakan komputer & pelbagai software presentation 
  2. Menggunakan muzik & nyanyian sebagai selingan
  3. Menggunakan video
  4. Mengajak audien menyanyi lagu tema
  5. Menjemput artis luar negara untuk membakar semangat (GMJ yang lepas sebagai contohnya)
  6. Meladeni masyarakat melalui Facebook
  7. Berkarya Edugrafik dalam menyampaikan mesej islam
  8. Nasyid-nasyid islami kedengaran di corong-corong radia setiap kali waktu solat
  9. Ada stesen radio & TV islami sendiri
  10. Dan banyak lagi

Ana merasakan kesemua tindakan yang dilaksanakan merupakan 'game changer' dalam dunia dakwah. Namun, bagi memberikan kesan yang lebih besar, ana mencadangkan supaya Aqsa Syarif sendiri mendepani para du'at, dengan menubuhkan kumpulan nasyid/nyanyian yang sangat fokus iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kebersamaan mereka dalam isu palestin.

Kita mengambil contoh kumpulan-kumpulan nasyid haraki di Indonesia, Nasyidu Hamas di Gaza yang memfokuskan nasyid mereka dalam niche ini dan akhirnya mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat ikhwah dan bukan ikhwah. Malah nasyid mereka 'evergreen' hingga ke hari ini.

Di Malaysia, tidak dinafikan ada kumpulan nasyid, malah lambakan kumpulan nasyid. Tidak kurang juga kumpulan yang mendendangkan lagu buat Palestin, malah Gaza khususnya. Namun, apa yang kurang pada mereka ialah FOKUS

Apabila tiada fokus, maka tiada keunikan mereka berbanding kumpulan lain, dan masyarakat tidak dapat menangkap mesej sebenar lantas menilai mereka bukan pada kualiti dan agenda mereka, namun sekadar menilai kelunakan suara dan lagu mereka. 

Dengan fokus kepada tema tertentu (kesedaran Palestin), kita jelas matlamat nasyid itu sendiri, jelas bagaimanakah penasyid yang diimpikan malah kita akan dapat memikirkan dengan sejelas mungkin bagaimana mesej dan fokus ini sampai kepada masyarakat. Lembut kah, keras kah etc, boleh difikirkan kemudian.

Dengan fokus kepada tema Palestin, kita boleh menarik ramai orang yang berminat dengan niche ini dan akhirnya dapat meletakkan kualiti terbaik dengan effort yang minimal.

Dengan fokus kepada tema Palestin, kita dapat menggunakan Tema Nasyid AS ini ditempatnya, yang ana kira kalau kita pandai promote dan marketkan, akan jadi fenomena dan kekal fenomena sebagaimana isu Palestin yang kekal menjadi buah mulut ummah.

Dengan fokus, mesej akan sampai dengan jelas, sehinggakan dapat membangkitkan semangat penggerak serta orang awam untuk bersama dalam isu palestin.

  • Nantikan hasilnya! Moga baik untuk dakwah!

Abu Khalid,
Kuli Dakwah

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]