Tuesday, April 2, 2013

Secerah pawana




Aku termenung di hadapan komputer peribadi. Mata yang sebentar tadi fokus pada huruf-huruf yang beratur panjang di paparan skrin, tidak lagi setia. Ia meliar ke seluruh bahagian skrin, mencari titik fokus yang tidak kunjung tiba. Hanya kerana hati yang sedang terbang jauh, jauh dari tangkapan akal yang sedang cuba memerah keringatnya.

Aku terkenang perkongsian seorang ustaz yang dahulunya sangat setia dan berjasa dalam dakwah ini, namun akhirnya mengundurkan diri dari toriqul haq, menjadi manusia biasa.

"Ana sanggup x bersama isteri ana yang sedang bersalin di hospital kerana dakwah ini. Ana pergi ke meeting dakwah. Setibanya ana di tempat meeting, alangkah kecewanya ana. Hanya ana yang datang. Yang lain sibuk dengan bisnes masing-masing"

Wah. Hebatnya pengorbanan ustaz itu. Tiada siapa boleh menyangkal pengorbanannya. Tiada siapa mampu mempertikaikan keikhlasannya (Itu antara dia dan Allah la. Ko boleh baca niat orang?). Dan ini merupakan ujian yang sangat berat yang Allah beri kepadanya dalam keadaan dia dah berkorban gila-gila punya. Mantap habis kecintaannya kepada dakwah ini, sungguh mengatasi cintanya kepada keluarganya yang juga dicintai.

Aku mengalihkan pandanganku dari skrin. Aku lihat isteriku. Dia kini sedang bermain dengan anak pertama kami. Melihat mereka sambil memuhasabah diri daripada cerita ustaz itu tadi, membuatkan aku takut. Takut andai dunia ini melarutkan aku, menjauhkan aku daripada jalan dakwah ini.

Aku lihat jam. Sudah sampai masanya.


"Awak, abang pergi dulu"

"Ok"

"Kalau terasa nak beranak tu, beritahu la. Nanti abang datang insyaAllah"

"Ok", balas isteriku sambil tersenyum dan mencium tanganku.


Aku pergi dalam keadaan yang tenang.

Start enjin kereta dan bergerak ke Pejabat Ikram Johor, ada Meeting dakwah.

Hari ini atau esok, isteriku dijadualkan oleh doktor, bersalin anak kedua kami. InsyaAllah.

***

Dakwah ada hak ke atas diriku.

Rakan-rakan seperjuanganku ada hak ke atas diriku.

Isteriku ada hak ke atasku. Bahkan, dialah objek dakwahku yang paling utama, sebelum ummah ini.

Keluargaku ada hak ke atas diriku.

Rakan-rakan, jiran-jiran tetanggaku ada hak ke atas diriku.

Ummah ada hak ke atas diriku.

Aku akan menunaikan semua hak mereka semampuku.

Dan aku percaya, teman-teman akan lakukan yang sama. Mereka tidak akan sama sekali mengkhianatiku, menghampakanku.


Dan malam ini, aku lihat rakan-rakanku ramai yang datang. Ayahku juga ada. Air mataku dalam diam, mengalir.

Aku sayangkan ntum semua!


No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]