Monday, April 1, 2013

Budak yang suka solat subuh berjemaah




Seorang akh melawat suatu Baitul Muslim. Biasalah ikhwah memang mesra, menyapa anak-anak itu basics yang perlu dikuasai. Tapi sebarang teguran dan sapaan itu, mestilah penuh dengan nilai islamik kerana ikhawah tersebut juga berperanan dalam tarbiyatul awlad itu.

"Along, dalam banyak-banyak solat, Along suka solat apa?", tanya akh tersebut kepada anak sahabatnya. Berumur 6 tahun, panggilan Along itu nama manja, bukan nama sebenar.

"Along paling suka solat subuh dengan abi"

"Solat subuh? MasyaAllah, bagusnya, memang hero muslim lah"

Akh tersebut memandang sahabatnya, tersenyum manis. Matanya berkaca, bangga dengan pentarbiyahan selama ini yang difikirnya sangat berjaya lagi berkesan.

Memang setiap hari Along tak pernah terlepas untuk bangun awal pagi dan menunaikan solat bersamanya di Masjid Hurun Ain. Waktu lain pun Along ikut juga. Dia langkah besar & laju, terkedek-kedek along mengikutnya dari belakang.

Tidak dia sangka Along sangat enjoy solat subuh bersamanya. Jarak masjid 1km dari rumahnya juga menyebabkan keadaan semakin sebak. Air matanya sudah mula bergenang dan tangannya mula mencapai Samsung S2nya, ingin berkongsi perasaan dengan isterinya menerusi Whatsapp.

"Kenapa Along suka solat subuh?", Al-Akh sengaja ingin menguji, rasa kagumnya masih belum hilang.

"Sebab subuh 2 rakaat je. Along paling benci solat Isya sebab dah la panjang, imam baca tak paham"

Sang ayah melupakan hasratnya untuk menekan-nekan papan S2nya. Banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat.


Abu Khalid,
Kuli Dakwah

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]