Friday, February 26, 2010

Cita-citaku untuk ummah ini




Kita akan menawan Rome
Kita akan membersihkan Constantinople
Kita akan membebaskan Palestine


Tangan-tangan ini akan mengoyakkan keegoaan tentera-tentera Salib
Tubuh-tubuh ini akan merangkul kehormatan di depan mereka
Mereka akan kembali terhina seperti ketika kita memerintah mereka
Rome tidak lagi mampu bongkak mendabik dada
Byzantine dan Italy akan kembali mencalit arang ke muka


Kita akan membakar kilang-kilang arak di Turki
Menjadikan bumi itu kembali tunduk kepada Sang Pencipta
Negara itu tidak lagi menjadi sekadar pengedar Tikar dan Arak-arak
Ia tidak lagi akan menjadi tempat dilepaskan segala kemarahan kufar
Lantas kitalah yang akan menyelamatkannya
Mereka tidak lagi akan diperbodoh-bodohkan oleh teori-teori barat
Dan jatuh ke dalam sifir-sifir mereka
Tentera-tentera Contantinople akan kembali berkhidmat untuk kita
Dan menyediakan singgahsana khalifah di atasnya


Dahi ini akan kembali bersujud di Masjidil Aqsa
Pemuda-pemuda akan memecahkan penjara-penjara tentera Israel
Tangan ini akan menarik rambut Presidennya, mengheretnya keluar dari bumi yang mulia


Kita akan pegang kunci Rumah Putih dan melaungkan azan di sana
Robot-robot putih akan berterima kasih atas kedatangan kita semua
Patung-patung Stalin dan Lenin akan kita tumbangkan
Kedinginan bumi Moscow tidak lagi akan terasa


Biar dunia merasai keamanan dari tangan-tangan kita
Melepaskan manusia daripada belenggu penghambaan sesama mereka
Dan mengajar mereka erti kehidupan yang sebenarnya

Thursday, February 25, 2010

Angkara tangan-tangan manusia


Aku pernah menjadi seanggun Proton Hybrid










Aku sebuah himar dakwah

Tanggal XX, bulan XX pada tahun XX merupakan tarikh yang amat bermakna buatku. Pada hari yang penuh sejarah inilah, seluruh kompenenku disatukan di sebuah kilang yang sangat terkenal di Shah Alam, dan aku lahir pada tarikh keramat itu.

Kewujudan aku ke dunia ini membawa 1001 erti. Aku dimaklumkan oleh rakan-rakanku yang turut sama diatur dan dijemur di bawah terik matahari 30 darjah Celcius setiap hari itu, bahawa jasad kami sudah dimiliki. Kami sudah ditempah sebelum dicantum pasang, dan bakal diserahkan dan dihak milikkan tidak berapa lama lagi.

Aku tidak sabar-sabar ingin mendedikasikan hidupku, kepada pemilikku yang telah memberikan penghidupan kepadaku. Hari demi hari, petugas Proton mencuba pandu aku, dan tubuhku diperiksa bagi menjamin kepuasan pemilikku kelak. Sungguh tidak sabar aku melihat senyuman terukir di bibir keluarga yang bakal menjagaku itu.


...


Hari ini aku dipandu ke atas sebuah trak Scania yang sangat besar, aku berasa begitu teruja. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah trak. Dalam masa yang sama, aku berasa keliru, kenapa perlu aku sebagai sebuah kenderaan, menaiki kenderaan. Namun, aku diingatkkan oleh sahabatku, yang sedang menahan aku di belakang, bahawa cakap banyak pun tak guna. Ikut dan dengar dan buat sahaja, kerana itu aku diciptakan manusia. Sebagai sebuah 'mesin', aku tidak patut banyak soal dan memberontak. Aku pun akur.

Cuaca begitu indah pada hari itu, dan perjalanku ke selatan Perak terasa begitu sebentar. Dalam perjalanan yang indah itu, aku melihat tar-tar jalan yang begitu cantik dan mengiyurkan. Inilah dia jalan-jalan yang bakal aku lalui. Ia tidaklah seteruk yang digambarkan oleh sahabat-sahabatku yang lain sebelum ini.

Sampai di Ipoh, aku dimandikan sekali lagi sementara menunggu pemilikku. Pembasuh kereta itu sangat teliti dan cermat membasuh setiap inci badanku. Aku berasa sangat bersedia menerima sentuhan pemilikku. Aku sudah tidak sabar-sabar!!!

Oh... Itulah dia... Wow segaknya dia... Di sebelahnya ada seorang gadis yang begitu gedik membelit lehernya... Tapi aku tidak peduli. Aku boleh melihat kunci diserahkan kepada pemilikku itu. Dan dia sedang berjalan menuju ke arahku, sambil diiringi oleh pengurus kedai dan gadis gedik tadi... Untuk kali pertama, aku bersuara untuknya ::: Tik Tot!


...

...

...

(10 tahun sudah berlalu)

Aku masih di kedai kereta-kereta terpakai. Badanku masih segak, dan tubuh dalamanku masih bergetah lagi. Aku hairan kenapa Mr. T menjual aku. Kata orang, kereta jarang digunakan lebih 5 tahun. Tetapi sepanjang pengamatanku, Mr. T sangat menyanyangi aku. Setiap bulan aku diservis dan aku sendiri tidak pernah buat hal. Ini pasti disebabkan oleh Zulaikha, isterinya yang gedik itu! Tidak sudah-sudah dimintanya kereta Mercedes Benz, kuat sungguh nafsu dunianya.

Aku tahu Mr. T sangat menyanyangi aku, tapi angkara perempuan durjana tu, sudah 6 tahun aku terdampar di sini. Cis.

Aku sedang menghitung hari. Pemilik kedai terpakai ini pun sudah berkali-kali menukar label hargaku. Aku juga sudah berkali-kali menghembuskan nafas kecewa, setiap kali labelku ditukar. Sabarlah wahai diri, pasti ada hikmahnya segala sesuatu ini. Itulah antara kata-kata yang aku baca di bahu-bahu jalan. Dan ingatlah orang yang tersayang; Oh Mr. T, aku sangat mengingatimu. Dan ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang; ok, aku sudah kembali beriman.

Hari ini ada seorang lelaki membeliku dengan nilaian tunai. Aku sungguh berdebar-debar. Kacakkah dia? Berhemah kah pemanduaan? Adakah aku akan digunakan sebagai kenderaan perompak? Atau pernikahanan ini merupakan suatu pernikahan yang diharamkan kerana bertujuan menyakiti pasangan?

Aku mengikhlaskan niatku dan bergerak mengikut kapasiti yang diberikan. Minyakku tidak pernah dibiarkan kering. Cukup jarak yang ditetapkan, minyak hitamku dan alatan-alatan lain kereta ku ditukar. Aku terasa sangat bahagia. Radio dalamanku juga tidak sudah diislahkan kini. Jika dulu aku asyik mengalunkan musik-musik instrumen Barat dan kadang-kadang permainan unik Kitaro, kini tidak sudah-sudah Al-Quran didendangkan. Apabila mendengar radio, hanya Radio IKIM dan saluran berita BERNAMA menjadi pilihan. Tiada musik-musik sumbang menghiasi batinku.

Cuma kadang-kadang, aku tidak pasti salah siapa, tetapi kadang-kadang IKIM terlanjur memutarkan suara aurat Dato Siti Nurhaliza. Dan tidak jarang-jarang juga lagu-lagu jiwang bertuhankan perempuan tetapi bertopengkan nasyid dilagukan. Aku pasti, IKIM tidak sengaja, mungkin DJ bertugas tersilap pasang MP3 peribadi mereka. Al-Maklum, Radio islam pastinya akan mendakwahkan manusia kepada Allah, bukan selainnya. Juga mengikut syariat islam.

Ya, aku sudah terasa amat seronok sekarang. Terasa bahawa, inilah hidup yang aku cari-cari selama ini! Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu semenjak penciptaanku lagi, untuk menginfakkan diriku sepenuhnya untuk islam!

Setiap hari aku dibawa oleh lelaki tersebut ke seluruh buana ini. Ke seluruh negeri Perak, dan kadang-kadang hingga ke Kuala Lumpur. Di dalam perjalan itu, mulut lelaki tersebut tidak putus-putus mengikhlaskan niatnya, zikir tiada henti. Di kala lain, sambil memandu, mulutnya bercakap seorang diri, berlatih menyampaikan apa yang akan disampaikannya kelak.

Namun, hayat indahku yang penuh dengan perjalanan yang bermakna ini tidak lama. Lelaki itu benar-benar tekad untuk melihat kemenangan islam suatu hari nanti. Dengan penuh tekad, pada suatu hari, dia pergi ke Kuala Lumpur dan menyerahkan kunci kereta kepada lelaki yang lain dengan katanya:

"Akhi, manfaatkanlah sepenuhnya kereta ini untuk dakwah islam"

Aku rasa sangggaaaat gembira. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku apabila permintaanku tertunai. Aku kini bergelar himar dakwah (Keldai Dakwah). Inilah yang dicita-citakan oleh aku selama ini, untuk diinfaqkan, dan dileburkan untuk kebajikan ummah. Kerana aku sedar, bahawa ummah ini dalam keperitan, terutamanya ummah kereta, apabila dipandu oleh tangan-tangan manusia yang kufur yang telah lupa tentang diri mereka sendiri. Satu demi satu rakan-rakanku mati di jalan raya angkara mereka.

Ada beberapa gelaran diberikan kepada ku, ada yang menggelarku Kenderaan Dakwah, KD dan nama-nama tokoh-tokoh lain yang membuatkan aku kadang-kadang geli hati. Tapi aku tak kesah itu semua, yang penting aku dapat berbakti untuk islam.

Bermulalah pengembaraanku. Siang dan malam aku bekerja selepas itu. Tanpa henti. Subuhnya ke KLIA, kemudian LCCT, siangnya berkejar-kejaran menghantar buku di sini sana. Dan malamnya aku ke seluruh lembah Kelang. Kunciku penuh dengan bakteria bertukar-tukar tangan. Masa rehatku sudah tamat. Jikalau berehatpun, adalah untuk menunggu Dewan Bandaraya menyelitkan saman-saman mereka di balik cermin depanku itu.

Kadang-kadang tangan-tangan perempuan yang memanduku. Yang cermat ada, yang tidak cermat tidak ku kira. Dan kadang-kadang tangan-tangan lelaki yang mengenggam stereng dan kotak gearku. Ada yang peduli kehadiran lubang di jalan raya, namun ada yang menganggap lubang itu penting untuk membetul alignment kereta yang sudah lari sepenuhnya. Yang lain-lain lebih rela mengucapkan takbir (Allahuakbar!!!) untuk menunjukkan dirinya bertakwa setiap kali lubang di jalan raya dijamah.

Seorang demi seorang penumpang turun dan naik umpama bas mini awam. Kadang-kadang seorang yang menjadi beban, dan tidak kurang ada yang cuba muat hingga betul-betul tak muat, barulah dihentikan cubaan menambah bebanku ini.

Bila minyak hampir kosong, aku akan menyalakan lampu seperti biasa. Tapi malangnya, aku tidak mampu beritahu mereka bahawa tayarku kurang angin, atau minyak hitamku sudah kering, atau aku dah lama tak berbasuh, atau aku kemek di hadapan, atau air wiper sudah kering, atau wiper sendiri sudah kering dan bakal mencalarkan cermin, atau catku sedikit tertanggal dan bila-bila masa akan berkarat, atau macam-macam lagi ciri-ciri kereta tidak sempurna yang tidak mampu aku zahirkan, kecuali menerusi penulisan rambang di dalam blog ini.

Aku tak peduli itu semua. Inilah parut-parut yang aku ada, yang akan aku tunjukkan kepada Allah kelak, bahawa aku sudah berkhidmat untuk agamu. Biarlah mereka mampu mengislah aku sebenarnya, tapi aku tahu mereka terlalu sibuk untuk menservisku.

Tabungan untuk menservisku sendiri pun sudah penuh hinggakan mampu membeli kereta baru. Maka biarlah aku mati dalam keadaan aku berbakti sebegini. Aku lebih rela berakhir riwayatku, walau dapat hodoh rupa tapi amal berjela-jela.



"Sesiapa yang mencontohkan perbuatan yang baik, akan mendapat pahala dan pahala orang yang mengikutinya, sehingga hari Qiamat"


(1227 patah perkataan sahaja) #Disemak


~~*~~


Cerita ini adalah sebuah dongeng rekaan. Tidak ada kena mengena dengan kereta apa sekalipun (gambar adalah hiasan yang tidak menghias) juga tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang masih mati.

Tetapi suka dimaklumkan, cerita ini adalah nukilan penuh penulis. Jika ada yang berminat ingin memotong cetak mana-mana karya penulis yang hina ini, segeralah berbuat demikian, tidak perlu minta izin dan tidak perlu sertakan nama atau link penulis. Ikhlaskan diri anda. Dan jangan lupa baca basmalah (bagi yang beriman).


Tuesday, February 23, 2010

Kerana kau menyintainya...





Adik...

Hari ini kau mengadu kepadaku. Hati mu telah dicuri oleh seorang rupawan. Tidur tiada lena. Mandi terasa kering. Makan pun tidak lalu. Kepadaku kau datang mengadu.

Pada merah dan basah biji matamu itu, aku dapat melihat kejujuran. Namun, terpalit rasa-rasa keseksaan yang amat. Aku akur, perasaan itu pasti sedang menghimpit sanubarimu, hingga terasa juga pada semput-semput nafasmu. Cinta itu sedang memamah dirimu, menghakis kejantanan yang selama ini terpatri.


Adik...

Soalmu hanya itu. Hanya satu itu soalanmu. Yang ku kira juga umpama suatu permintaan yang lahir bukan sahaja dari benak pemikiranmu, namun dari hati yang merasa itu. Kau bertanya apa salahnya jika kau cuba-cuba menghampirinya, jika itu dapat merubat sedikit luka-luka cinta akibat kurangnya bias-bias sinaran kasih sayangnya.

Soalan itu ringkas, dan pastinya mereka yang mendengarnya pasti akan meremuk hatimu dengan berkata :

"TIDAK! APAKAH KAU TIDAK MENDENGAR KATA-KATA ILAHI? BUKANKAH MENGHAMPIRI ZINA ITU SEBUAH KETETAPAN LARANGAN YANG MENJANJIKAN AZAB YANG KERAS?"

Namun, soalan itu membuatkan aku terdiam buat beberapa ketika. Sungguh aku tidak menduga, soalan itu akan terpacul dari celah bibirmu itu. Sungguh, aku berasa sangat sedih. Kau benar-benar sedang terseksa dek rasa hati yang dalam itu.

Tatkala aku diam itu, aku dapat melihat matamu tidak berkelip, bimbang di saat kau mengerlip mata itu, lahirnya jawaban-jawaban dari mimik wajahku.

Adikku, lihatlah di sekelilingmu. Lihatlah rakan-rakan mu. Lihatlah rakan-rakan kita. Pasti kau akan melihat mereka sedang asyik dalam cinta mereka. Ya, kau jelek melihat mereka. Berkepit ke sana kemari. Bermesra berpeluk-pelukan seperti 'belangkas'. Malah ada yang sudah terlanjur berkali-kali. Malah mereka berbangga dengan kejengkelan mereka.

Jangan terkejut adikku, jika aku katakan bahawa ada di antara mereka itu bermula dengan cinta islami seperti katamu. Pernah juga ada yang meremukkan hatiku bila yang berambut bebas kini dan ada yang bebas bersosial itu, dulunya aku kenal sebagai klik tudung labuh. Ya, seperti rupawanmu itu juga.

Hati perempuan tidak sekeras hati kita. Mereka umpama tanah liat yang bisa dikeraskan dengan api dan dilembutkan dengan air. Dan mencairnya mereka apabila orang-orang sepertimu mampir kepada mereka. Cuba-cuba dekat, kononnya untuk mengharapkan rahmat, namun akhirnya mengundang mudarat. Terkorbannya dua orang perajurit islam kerana cinta mereka.


Adikku...

Aku juga pernah merasai apa yang kau rasai wahai adikku. Namun dalam perasaan itu, yang Allah akan uji kita dengannya sepanjang kita di dunia, aku membuat pertimbangan dalam kekeliruan; Adakah ini mainan syaitan, atau suatu ilham yang Allah ingin sampaikan kepadaku?

Maka dalam kekeliruan itu, wahai adikku, aku sujud menghadapnya, solat istikharah dengan sepenuh perasaan dan pengharapan agar diberikan petunjuk. Andai dia yang terbaik, maka bukakanlah laluan untukku, namun jika bukan dia yang tercipta untukku, maka yang berbicara di halwaku ini selama ini adalah syaitan, yang mana nafsu menjadi pertimbangan, aku meminta agar dijauhkan aku daripadanya. Aku takut aku kecundang dalam ujian dunia. Aku takut dia, rupawan itu turut tersungkur di pintu syurga kerana permainan nafsu dan perasaan liar ini.

Ya, adikku. Istikharahlah. Mohonlah pada Allah. Pilihannya antara dua. Kau kahwini dia. Atau kau jauhilah dia. Kau jauhilah dia kerana kau bakal menghancurkan masa depannya di dunia dan akhirat. Jika kau sayanginya, kahwini atau tinggalkanlah. Tiada pilihan ketiga.

Jangan bermain, berteka-teka sesuatu yang tidak pasti. Jangan mengharap-harap dan mencari-cari sesuatu yang tidak pasti, jika tidak mampu membayar maharnya.





Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu

Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Ku menjauh...tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh...daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti

Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Pada keanggunan wajahmu

Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...

Ku lari jauh..jauh darimu...dari ujian ini...
Inni akhofullah!!!
(Aku takutkan Allah)

Monday, February 22, 2010

Web Site Rasmi KONSIS



Pada ruang masa yang ada ini, dengan penuh kesyukuran, ana ingin mewarwarkan kewujudan wab site Konsis di alamat konsis.org. Selain menjadi wasilah pertemuan antara muslimin muslimat, terdapat artikel-artikel islami dan haraki akan ditampilkan dalam web ini. Artikel-artikel, buku-buku, tafsir-tafsir, hadis-hadis dan lain-lain fail juga tersedia di ruang muat-turun (masih dalam pembinaan). Dan yang paling menarik tentang laman web ini adalah ruangan forum yang membolehkan ikhwah dan akhwat bersoal jawab tentang persoalan islami, dakwah dan lain-lain hal yang berkait dengan islam.

Di peringkat permulaan ini, pada saat ini adalah proses untuk mengumpulkan tenaga-tenaga kerja (penulis, pentadbir it, pelukis, dan lain-lain hal teknikal) dan juga pengumpulan ahli berdaftar.

Dengan itu, jika ada sebarang soal jawab, boleh lah terus ke web konsis. Mendaftar. Sekarang!

Sunday, February 21, 2010

Rumah (Tangga) Dakwah




Tarbiyyah mengajarkan kita bahawa, dalam mengharungi Proses Tarbiyyah ini, ia memerlukan beberapa unsur yang perlu ada dalam pembawaannya.

Pertama, Murobbi yang mentarbiyyah dan mendidik seorang Mutarobbi itu. Tanpanya, suatu wahyu tidak tercapai dan hati tidak dipaut untuk menghadap ilahi.

Kedua, Mutarobbi yang tanpanya, hanya ada guru, tetapi tiada murid-murid. Kepada ia matlamat pengajaran ilmu. Dan semua orang adalah mutarobbi yang punyai murobbi.

Ketiga, Manhaj. Inilah syllabus. Inilah matlamat pengajaran. Inilah Al-Quran dan As-Sunnah. Dan segala apa yang dibekalkan oleh Rasul dan para as-salaf kepada kita sepanjang kehidupan mereka.

Ar-Rasul, Muhammad SAW adalah Mutarobbi kepada Allah. Ar-Rasul adalah Murobbi kepada Para Sahabat seleruhnya. Merekalah yang menjadi Murobbi kepada kita dengan pelbagai wasilah (Cara / Medium) agar akhirnya, mesej ilahi sampai kepada kita hari ini. Kerja ini terus dijalankan. Kerja untuk menyampaikan manhaj, yang hanya berguna dengan adanya ketiga-tiga unsur itu.

Begitulah berjalannya tarbiyyah, jalan dan jalan, hingga kepada hati yang menyahutnya dengan sebenar-benar perasaan.

Namun, meniti sebuah sejarah kehidupan. Kita melihat bagaimana akhirnya suatu episod tarbiyyah melalui usrah ini tamat akhirnya di zaman Ar-Rasul sudah mampu mendirikan sebuah negara. Perjalanan sebuah dakwah dan tarbiyyah yang penuh dengan kerahsiaan pada dulunya, di zaman makiyyah, akhirnya menjadi jahar (terbuka) di fasa madaniyyah.

Ia menuntut kita untuk memahami, bahawa kerahsiaan dakwah yang dibuat itu (dengan arahan Allah) adalah menurut peringkat bagaimana terlaksananya suatu unsur yang tidak terlihat dalam proses tarbiyyah itu. Ia akan berkembang dari peringkat ke peringkat hingga seorang islam dapat merasainya turut berkembang dalam amal mereka.

Unsur itu mempengaruhi bagaimana suatu wasilah itu digunakan. Bagaimana suatu harakah bergerak. Juga bagaimana pemikiran ummat islam pada waktu-waktu tertentu. Ia lah yang disebarkan oleh seseorang itu sehari hari. Itulah biah (Suasana). Unsur yang ingin seseorang capai dalam diri mereka hinggalah alam ini ialah biah solehah (Suasana yang baik), yang hanya ada dengan islam, bukan dengan Jahiliyyah.

Biah inilah yang terbentuk dalam diri seorang ketika berkenalan dengan islam hingga hatinya celik dan tidak henti-henti bertasbih memuji pencipta. Biah ini jugalah yang bertasbih ketika dirinya itu dengan penuh kobaran perasaan menyebarkan risalah, hingga dirinya mengehendaki biah ini, lahir dalam masyarakat sekeliling, negara dan seluruh dunia. Kerana ia yakin biah solehah, biah robbaniyyah ini sahaja yang benar-benar dapat menyajikan kepuasan kepada sebuah penghidupan insan. Ia lah yang memberikan nilai kehidupan hingga saat kematian di hujung perjalanan, namun dengan senyuman kepuasan terukir.

Biah inilah yang sentiasa memberikan seorang daei itu suatu ketsabatan dalam perjuangan, kerana ia merupakan perlindungan kepadanya dari dunia yang penuh dengan anasir-anasir kecelakaan jahiliyyah yang tanpa putus-putus menodai kesucian perasaan.

Kerana ketidakhadiran biah ini dalam keluarga, sang anak sedar, akhirnya ia perlu mencari sel islami lain yang membenarkannya merancang agenda besar. Bak kata Mustafa Masyur, Usrah itu didirikan untuk menggantikan keluarga yang tidak dapat mendidik anaknya. Dengan kelompok kecil yang mendidik ini, harapnya inilah keluarga baru yang dapat menjadi tunjang kepada pengislahan sebuah komuniti masyarakat. Murobbi adalah ayahnya, yang memberikan segala keperluan sang anak. Manakala, Mutarobbi adalah anak-anak yang taat kepada sang ayah dan bertaut kepada sang ayah, hingga ia benar-benar dapat menjadi ayah kepada keluarga-keluarga dakwah yang berkehendaklah tangan-tangan mereka.



Rumah Ikah / Badar / Baituna / RI / Patih

Di sini aku tidak ingin membincangkan teknikal pembinaan rumah-rumah markas ikhwah akhwat. Bukan ingin membincangkan soal pembayaran bil rumah, bil api atau perlantikan ketua ajk basuh pinggan rumah. Tetapi aku ingin membincangkan soal rumah ikhwah, dalam erti mewujudkan biah islami dalam diri, dan keperluannya dalam menggiatkan suatu amal dakwah.

Seorang daei itu seharusnya tajarrud (memutuskan diri) dari jahiliyyah sepenuhnya. Tidak wajar bagi seorang daei, mencela dan mengutuk jahiliyyah sedang dia masih bergelumang di dalamnya. Dan untuk dirinya itu berlepas diri sepenuhnya dari jahiliyyah itu, ia memerlukan rakan-rakan lain yang akan tidak putus-putus mengingatkan sang daei akan pentingnya tilawah al-quran, qiam al-lail, membaca, meninggalkan perkara lagha dan lain kemaksiatan. Mengingatkan bukan sahaja dengan memutar belitkan lidah, namun menasihati dengan amalan.

Biah itu pastinya berhasil menjadikan seorang daei itu benar-benar islam dan bersedia untuk dicampakkan ke dalam api jahiliyyah agar dapat menyelamatkan kawan-kawan nya yang lain di dalam marak api itu. Lantas dari api itu, akan keluar daei itu dengan kawannya di kedua-dua belah tangannya. Dengan rambut sedikit kerosakan akibat dijilat api serta muka yang tercalit arang, ia tidak henti-henti memuji kebesaran ilahi.

Ia kembali mencuci badannya dan pakaiannya. Mencuci kawan-kawannya yang baru sedar dari kepanasan jahiliyyah dan seterusnya bersedia untuk kembali ke dalam api, untuk sama-sama menyelamatkan kawan-kawan yang lain pula.

Rumah ikhwah, bukan sekadar sebagai markas merancang dakwah, tempat buat usrah, atau tempat letak barang-barang terpakai (barang-barang program), tetapi ia adalah tempat menjana biah. Hingga akhirnya seorang daei itu benar-benar sedar, bahawa inilah biah yang ingin diwujudkan dalam masyarakatnya, dan juga sedar, bahawa biah kemaksiatan di luar itu adalah sebuah pakej umrah ke neraka. Yang perlu dipadam apinya, dengan air-air suci robbani.



Asyik-asyik pasal kahwin~!

Apabila bercakap tentang Bait-ul-Muslim (BM), ikhwah akan cenderung berfikir tentang Al-Akh bernikah dengan Al-Ukht.

"Akhi, apa cerita BM nta?"

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar"

"Bila rancangnya nikah tu?"

"Hehe, dah 23 tahun BM tu terlaksana" (Merujuk kepada BM antara ummi, abi dan aku)

"???"


Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebuah perkahwinan bukan sekadar pertemuan 2 belahan pinang bagi memuaskan kehendak biologi mereka, atau menjadi perhiasan mereka semata-mata, tetapi ada matlamat yang lebih besar ingin tercapai. Ia sekadar hadaf (objektif), bukan ghoyah (matlamat akhir).

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang hebat dalam dunia islam, semuanya lahir dari keluarga yang islami. Seorang mujaddid, tidak lahir dengan niat mereka semata-mata, tetapi bermula daripada niat seorang atuk, ataupun seorang ayah!

Lihatlah Hasan Al-Banna. Lihatlah Maududi. Lihatlah Sayyid Qutb. Mereka semua adalah insan-insan yang ibu bapa mereka sangat mementingkan tarbiyyah anak-anak mereka. Islam adalah matlamat hidup mereka dan keluarga mereka. Biah yang terhasil dalam rumah-rumah mereka menyebabkan mereka sangat takut untuk keluar dari rumah mereka, dan sangat merindui suasana, biah di rumah mereka setiap relung masa yang ada.

Tidak keluarga mereka menyerahkan sahaja anak-anak mereka untuk dibentuk, ditarbiyyah oleh sistem sekular negara. Juga mereka tidak menyerahkan anak-anak mereka bulat-bulat ditarbiyyah oleh ikhwah-ikhwah lain semata-mata. Tetapi pentarbiyyahan itu bermula seawal di rumah, sang ayah sebagai naqib mereka yang pertama dan utama.

Berkahwin bukan untuk nafsu, tetapi untuk lahirkan para mujaddid!





Siapakah penyelamat ummah?




Dr Abdullah Azzam, seorang mujahid yang syahid di medan Perang Afghanistan bercerita bahawa pernah sekali ia bertanyakan soalan kepada -murid-muridnya dalam satu syarahannya.

"Manakah yang lebih kuat antara Amerika dan Allah Robbul 'Alamin?"

Lalu mahasiswanya menjawab, "Wahai ustaz, soalan itu tidak pernah ditanyakan oleh seorang yang beriman."

Lalu Dr Abdullah Azzam melanjutkan lagi soalannya, "Adakah kalian benar-benar yakin bahawa Robbul 'Izzati lebih kuat berbanding daripada tentera-tentera dan armada-armada Amerika Syarikat?"

"Itu tidak perlu diragukan lagi," jawab mereka serentak.

Demi Allah, andainya negeri-negeri islam percaya bahawa Allah lebih kuat daripada Israel, nescaya kita tidak akan pernah mengalami kekalahan di semua medan kehidupan," ujar Abdullah Azzam. "Kita tidak akan kembali menelan kehinaan, penyesalan, dan kerendahan hati di dalam semua aspek kehidupan. Sekiranya kita meyakini bahawa Allah lebih tinggi, lebih agung dan lebih besar daripada Israel, maka kita tidak akan terjerumus lagi ke dalam kehinaan seperti yang pernah menimpa kita."


Jangan kita menjadi golongan yang digambarkan oleh ar-Rasul dalam sabdanya:

"Agama mereka adalah perutnya, kiblatnya adalah wanita-wanita, dan tujuan hidupnya adalah harta benda"


Nahnu Ansorullah!!!

Thursday, February 18, 2010

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah



“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.



DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.




HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah?

Tentu sahaja tidak.

Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.




‘ESCAPISM’

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?

Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.

Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.

Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.

Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.




ALASAN

Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.

“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.

Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.

Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.




MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’

“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.

Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.

“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.

Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.


Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.

Sifirnya mudah.

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT:



“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.

Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.




KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Setuju. Saya setuju 100%.

Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.

Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.

Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.

Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana. Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!

Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!




AKIBAT LEMAH AKADEMIK

Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.

Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.


Syariatullah

Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.

“Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.

“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.

“Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.

Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.

Itu jenayah terhadap Syariatullah.




Sunnatullah

“Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.

Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.

Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.

Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?

Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.

Mencetus mudarat..

Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!

Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?


ALLAH MESTI TOLONG

Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.

Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.

“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.

Cuba perhatikan firman Allah SWT:


“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]

Allah SWT berjanji akan membantu.

Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.

TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).

Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.

Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.

Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.

Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.

Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.





BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.

Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.

Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.

Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.

Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.





TAMRIN DISIPLIN

Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.

TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.





“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]

Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.

Berdisiplinlah!

p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…


~~*~~


Sumber: Abu Saif

Biar lambat, asalkan mantap...?




Kualitikah yang kita mahu? Atau kuantiti yang kita korbankan demi menjustifikasikan longlai dan lemah amal kita?

Kadangkala kita melihat amal agak dakwah lemah. Di suatu tempat hanya ada beberapa kerat mad’u dengan da’I yang melambak-lambak. Di banyak tempat pula da’Inya lebih ramai dari mad’u. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Kerap kali bila di tanya, kenapa tak agresifkan dakwah? Kenapa tak lajukan? Kenapa tak bertambah tambah?

Jawaban standard dan biasa ialah: kita perlukan kualiti, bukannya kuantiti. Tak bacalah buku muntalaq, ‘fokus bukan meramaikan’? Yang penting kita membina orang yang bermutu, bukannya ramai…

Retorik dan kaedahnya betul. Tapi banyak yang perlu di halusi. Dakwah, gerakan jahiliyyah, penggunaan masa dan fikiran kita, pen’takwinan’ mad’u dll.

Adakah betul kita telah kehabisan tenaga demi untuk membina dan mentakwin orang yang telah menyerahkan diri untuk di tarbiyyah? Atau kita kehabisan stamina kerana kurang bergerak, sehingga kita tidak mampu bergerak lebih dari membawa satu group halaqah mingguan? Kerana kita terlalu ramaikah sehingga anak-anak mutarabbi kita tidak terjaga?

Jika anak-anak mutarabbi kita telah mantap di bina oleh kita, kenapa mereka tidak mampu untuk membina anak-anak mutarabbi baru? Bagaimana nilai mutu mutarabbi kita jika mereka hanya berlegar di dalam bilangan yang sama selepas bertahun.

Jahiliyyah tidak pernah diam. Mereka bergerak siang dan malam. TV, radio, majallah, Internet bergerak mencari ‘mad’u’ baru mereka. Ini tidak lagi di kira penjual syabu dan wanita di tepian jalan. Mereka mendapat pelanggan baru ratusan pada setiap hari… Sedangkan kita masih ber’heppi’ dengan angka satu grup usrah seminggu.

Bila kelihatan ada orang yang agak laju bergerak, agresif kerja mentajmik dan men’takwin’, kita kemungkinan juga memberi justifikasi untuk diri sendiri : buat apa laju-laju dan ramai, tapi tak tahan lama dan tak bermutu!

Tapi apakah manusia yang kita bina tahan lama dan bermutu? apa ukuran laju dan lambat? Jika kita berjalan kaki, memang kita katakan kepada orang berbasikal itu laju. Tapi yang berbasikal sebenarnya masih lambat di bandingkan dengan yang berkereta atau ber’jet’. Jadi siapa yang merasai orang lain itu terlalu laju sebenarnya patut meneliti apa bandingan yang di pakainya. Jangan si pejalan kaki mengatakan yang berbasikal itu terlalu laju, sedangkan si berbasikal sebenarnya masih lambat dan slow berbanding jahiliyyah sekarang yang ber’jet’ dan ber’roket’.


MOGA SLOWNYA KITA TIDAK MENJADI ALASAN UNTUK MARAH KEPADA SI LEBIH LAJU SEDIKIT DARI KITA YANG JUGA SEBENARNYA MASIH SLOW BERBANDING TUNTUTAN SEBENAR REALITI PERTARUNGAN SEMASA.


~~*~~


Teks Asal: UQY

Saturday, February 13, 2010

Jun 2010




Sejarah sentiasa berulang

Seorang akh yang telah menginfaqkan dirinya dalam sebuah harakah islamiyyah. Segala amal dakwah dan tarbiyyahnya disyurakan dan ditadbirkan bagi memaksimakan penggunaan sumber setiap tentera-tentera Allah. Memastikan segala amal selari dengan marotib amal dan waqi' juga sangat penting, supaya segala amal yang dilakukan itu benar-benar qowi, memperoleh hasil yang maksima dengan pengorbanan yang minima.

Pada suatu hari yang lain, akh tersebut terdorong untuk lari dari ketetapan jemaah, untuk berpaling dari prinsip jemaah yang pada ketika itu tidak bersedia untuk menyertai pilihanraya. Bertanding sebagai individu, dan mendapat sokongan yang kuat oleh masyarakat hasil kerja dakwah yang dijalankan oleh beliau.

Dalam sebuah perjumpaan rahsia, bagi menjaga kemaslahatan persatuan yang ketika itu tidak mahu terlibat dalam pilihanraya bagi maslahat semua, apatah lagi kegagalan akh tersebut untuk berbincangkannya bersama-sama, beliau dikenakan hukuman. Hukuman yang diberikan sangat berat, iaitu akh tersebut diminta untuk menarik diri daripada persatuan tersebut. Akh tersebut akur, membawa diri dengan hati yang berat.

Keesokan harinya, Pengerusi Persatuan menziarah akh tersebut dengan membawa cenderamata-cenderamata yang banyak. Pengerusi dengan wajah yang penuh gembira mengucapkan tahniah atas kejayaan akh tersebut menjadi seorang wakil rakyat. Akh tersebut tertanya-tanya. Lantas dijawab oleh Pengerusi.

"Kau sudah lakukan suatu kesalahan sebagai ahli persatuan, tapi di luar persatuan, kau tetap saudaraku, akhi. Aku gembira melihatmu berjaya."



Pesawat bakal berlepas



Aku memandang tiket di tanganku. Tiket yang bersusah payah ku dapatkan ini. Inilah kali pertama aku menaiki pesawat baru. Pesawat yang sudah lama diidam-idamkan semua. Di tiket itu sudah tertulis masa dan tarikh penerbangan.

Bukan murah harga yang dibayar untuk tiket ini. Segala usaha dicurahkan untuk akhirnya dapat naik pesawat ini. Begitu payah dan lama masa aku bekerja mendapat secicip rezeki bagi akhirnya dapat aku berada dalam trip ini.

Ku lihat dan dengar, begitu ramai penumpang yang akan turut sama naik ke destinasi yang sama. Mereka juga adalah orang-orang yang gigih bekerja untuk membeli sekeping tiket buat diri mereka, malah jauh lebih gigih daripadaku. Ada yang aku kenal, ada yang aku belum kenal.

Pramugara-pramugara juga tidak putus-putus memberikan taklimat kepada kami setiap masa, walhal kami belum lagi naik ke dalam pesawat. Destinasi dicanang-canang. Diyakinkan tentang keselamatan sepanjang perjalanan. Jurupandu pesawat yang sudah cukup karismatik dan berpengalaman itu dijaja-jaja. Hingga akhirnya kami tidak sabar-sabar untuk naik ke pesawat tersebut.

Kami diberitahu, kami perlu memakai tali pinggang keledar di awal pelepasan pesawat. Akan berlaku gegaran-gegaran dalam 3-5 minit di awal kenaikan pesawat ke angkasa. Kami perlu bertahan dari sudut emosi, ilmu mengawal suasana dan komunikasi dengan semua.

Tiada siapa yang mampu menjamin pesawat ini mampu bertahan atau tidak sepanjang penerbangan. Lantas kami diajar cara-cara memakai pelampung keselamatan, alat bantuan oksigen, laluan pintu keselamatan dan lain-lain hal keselamatan.

Dengan penerangan yang sangat teliti ini, aku begitu yakin kami mampu melakukannya. Semua orang tampak begitu bersemangat menaiki pesawat yang lebih besar, stabil dan maju. Mungkin kerana selama ini asyik mendengar berita-berita besar mengenai pesawat ini, tapi ia tidak pernah kelihatan. Dimaju dan dipertingkatkan dalam hangar bertahun-tahun lamanya.

Hingga apabila tiket trip pertama dilepaskan (released), orang ramai beratur-atur di kaunter dan pembelian secara on-line turut sama sesak dibuatnya. Mereka semua dapat tiket mereka. Mereka memandang tiket-tiket mereka. Berkongsi pendapat mengenai pesawat mereka dan bersiap siaga menghadapi segala dugaan kelak, baik dari dalam pesawat mahupun perasaan hasad orang-orang yang tidak mampu mendapatkan sekeping tiket.

Apa yang penting, destinasi itulah matlamatnya. Semoga aku selamat sampai ke destinasi dengan selamat.



Wednesday, February 10, 2010

Jangan



Jangan... ... ...

Jangan bercakap ingin menyatukan ummat islam, jika diri masih malas solat berjemaah di masjid. Jangan bercakap ingin membangunkan ummah, jika diri masih liat nak bangun subuh. Jangan bercakap bercakap ingin mengeluarkan ummah dari kegelapan, andai diri masih dibelenggu karat-karat jahiliyyah.


Jangan bercakap bercakap ingin melahirkan generasi al-quran, andai mulut masih berat membacakannya, dan andai masih belum ada al-quran di dada. Jangan bercakap soal dakwah dan tarbiyyah, jika malas mendengar ceramah dan membaca buku-buku tarbiyyah. Jangan mimpi nak bawa usrah, jika masih malas bangun qiamullail. Jangan bersembang soal generasi robbani, jika mutabaah amal tidak dijaga.


Jangan bercakap bercakap ingin mentarbiyyah orang lain, jika usrah sendiri pun masih ponteng lagi. Jangan bercakap bercakap ingin memberikan pencerahan ilmu kepada ummah dan anak buah, andai diri masih lompong dalam program-program tarbiyyah sendiri. Jangan mengharapkan ketaatan mutarobbi, andai kita masih pandang tak pandang murobbi kita.


Jangan mengharapkan melahirkan anak-anak dan mad'u-mad'u yang beriman, seandainya diri sendiri masih jauh daripadaNya.

Jangan mengharapkan anak usrah nak serius bekerja, kalau kita sendiri tidak begitu.




[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]