Wednesday, February 10, 2010

Jangan



Jangan... ... ...

Jangan bercakap ingin menyatukan ummat islam, jika diri masih malas solat berjemaah di masjid. Jangan bercakap ingin membangunkan ummah, jika diri masih liat nak bangun subuh. Jangan bercakap bercakap ingin mengeluarkan ummah dari kegelapan, andai diri masih dibelenggu karat-karat jahiliyyah.


Jangan bercakap bercakap ingin melahirkan generasi al-quran, andai mulut masih berat membacakannya, dan andai masih belum ada al-quran di dada. Jangan bercakap soal dakwah dan tarbiyyah, jika malas mendengar ceramah dan membaca buku-buku tarbiyyah. Jangan mimpi nak bawa usrah, jika masih malas bangun qiamullail. Jangan bersembang soal generasi robbani, jika mutabaah amal tidak dijaga.


Jangan bercakap bercakap ingin mentarbiyyah orang lain, jika usrah sendiri pun masih ponteng lagi. Jangan bercakap bercakap ingin memberikan pencerahan ilmu kepada ummah dan anak buah, andai diri masih lompong dalam program-program tarbiyyah sendiri. Jangan mengharapkan ketaatan mutarobbi, andai kita masih pandang tak pandang murobbi kita.


Jangan mengharapkan melahirkan anak-anak dan mad'u-mad'u yang beriman, seandainya diri sendiri masih jauh daripadaNya.

Jangan mengharapkan anak usrah nak serius bekerja, kalau kita sendiri tidak begitu.




7 comments:

nur syahid said...

btul ckp enta. tp kalu nk tggu dri perfect smpai bl pun usha dakwah tak akan terlaksana.
mesti seiring. stuju x?

Abu Khalid said...

Jangan,

Jika kita serius, jangan beralasan.

Jika kita serius untuk membela maruah ummah, jangan beralasan merubah diri, dan jangan beralasan mentarbiyyah orang, dan jangan beralasan berubah untuk mengubah.

Jangan mengharap banyak-banyak kalau tidak mampu memberi.

Jadi, memberilah. Yakinlah kita boleh, kerana kita sedang melaksanakan suatu kemakrufan, bukan kemungkaran. Insya-Allah dipermudahkanNya.

Al-Mufakkir Hamidi said...

"jangan beralasan merubah diri, dan jangan beralasan mentarbiyyah orang"

apa maksud anta?
-maaf, ana takut tersilap tafsir...

Abu Khalid said...

:)

Ana quote lebih sikit:

"Jika kita serius untuk membela maruah ummah, jangan beralasan merubah diri, dan jangan beralasan mentarbiyyah orang, dan jangan beralasan berubah untuk mengubah."

Tanpa ragu, kita yakin semua orang sedar ummah dalam kesempitan dan penindasan.

Dan kita yakin, tidak dapat tidak, bagi membela ummah ini, selain doa dan tawakal kita, kita perlu berusaha.

Dan perkara pertama yang kita kena bela ialah diri kita. Bina diri kita menjadi sebenar-benar islam, secara syumul. Laksanakan segala tuntutan fardhi kita. Dan selepas itu, dari diri kita, akan lahir dakwah islam yang juga merubah fardhi-fardhi lain... Individu-individu lain.

Point ana ialah, janganlah menjadikan alasan SAYA TIDAK MAMPU BERDISIPLIN DENGAN ISLAM, jadi saya tidak mampu berdakwah.

Dan kalau sudah sedar akan dakwah, dan usaha dakwah sudah dimulakan, diri tidak boleh berada di takuk lama. Ia perlu dipertingkatkan segala amalan dan kualiti amalan (hubungan dengan Allah), selari dengan amal dakwah yang dilakukan.

Artikel ini, khusus untuk orang yang sudah mula bergerak dalam gerakan islam, agar diri tidak lupa akan interaksi mereka dengan tuhan mereka. Menjadi insan yang benar2 rabbani.


*Akhi, ana ingatkan, nta ke trip ke indonesia.

tuantaufik said...

Assalamualaikum,
Salam dari India. Semoga terus semangat menulis, hahaha, jadi teman bacaan ana. Perjalanan masih jauh, doakan kejayaan Islam disini.

Al-Mufakkir Hamidi said...

erm...
masih xjelas lagi ape kaitannya dengan quote anta tuh...maaf...

*nta tnya ana pegi Indo?

Anonymous said...

salam..takut nak menghadapi kenyataan yang memang terkena batang idung sendiri..
NO TURNING BACK rite?

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]