Tuesday, February 23, 2010

Kerana kau menyintainya...





Adik...

Hari ini kau mengadu kepadaku. Hati mu telah dicuri oleh seorang rupawan. Tidur tiada lena. Mandi terasa kering. Makan pun tidak lalu. Kepadaku kau datang mengadu.

Pada merah dan basah biji matamu itu, aku dapat melihat kejujuran. Namun, terpalit rasa-rasa keseksaan yang amat. Aku akur, perasaan itu pasti sedang menghimpit sanubarimu, hingga terasa juga pada semput-semput nafasmu. Cinta itu sedang memamah dirimu, menghakis kejantanan yang selama ini terpatri.


Adik...

Soalmu hanya itu. Hanya satu itu soalanmu. Yang ku kira juga umpama suatu permintaan yang lahir bukan sahaja dari benak pemikiranmu, namun dari hati yang merasa itu. Kau bertanya apa salahnya jika kau cuba-cuba menghampirinya, jika itu dapat merubat sedikit luka-luka cinta akibat kurangnya bias-bias sinaran kasih sayangnya.

Soalan itu ringkas, dan pastinya mereka yang mendengarnya pasti akan meremuk hatimu dengan berkata :

"TIDAK! APAKAH KAU TIDAK MENDENGAR KATA-KATA ILAHI? BUKANKAH MENGHAMPIRI ZINA ITU SEBUAH KETETAPAN LARANGAN YANG MENJANJIKAN AZAB YANG KERAS?"

Namun, soalan itu membuatkan aku terdiam buat beberapa ketika. Sungguh aku tidak menduga, soalan itu akan terpacul dari celah bibirmu itu. Sungguh, aku berasa sangat sedih. Kau benar-benar sedang terseksa dek rasa hati yang dalam itu.

Tatkala aku diam itu, aku dapat melihat matamu tidak berkelip, bimbang di saat kau mengerlip mata itu, lahirnya jawaban-jawaban dari mimik wajahku.

Adikku, lihatlah di sekelilingmu. Lihatlah rakan-rakan mu. Lihatlah rakan-rakan kita. Pasti kau akan melihat mereka sedang asyik dalam cinta mereka. Ya, kau jelek melihat mereka. Berkepit ke sana kemari. Bermesra berpeluk-pelukan seperti 'belangkas'. Malah ada yang sudah terlanjur berkali-kali. Malah mereka berbangga dengan kejengkelan mereka.

Jangan terkejut adikku, jika aku katakan bahawa ada di antara mereka itu bermula dengan cinta islami seperti katamu. Pernah juga ada yang meremukkan hatiku bila yang berambut bebas kini dan ada yang bebas bersosial itu, dulunya aku kenal sebagai klik tudung labuh. Ya, seperti rupawanmu itu juga.

Hati perempuan tidak sekeras hati kita. Mereka umpama tanah liat yang bisa dikeraskan dengan api dan dilembutkan dengan air. Dan mencairnya mereka apabila orang-orang sepertimu mampir kepada mereka. Cuba-cuba dekat, kononnya untuk mengharapkan rahmat, namun akhirnya mengundang mudarat. Terkorbannya dua orang perajurit islam kerana cinta mereka.


Adikku...

Aku juga pernah merasai apa yang kau rasai wahai adikku. Namun dalam perasaan itu, yang Allah akan uji kita dengannya sepanjang kita di dunia, aku membuat pertimbangan dalam kekeliruan; Adakah ini mainan syaitan, atau suatu ilham yang Allah ingin sampaikan kepadaku?

Maka dalam kekeliruan itu, wahai adikku, aku sujud menghadapnya, solat istikharah dengan sepenuh perasaan dan pengharapan agar diberikan petunjuk. Andai dia yang terbaik, maka bukakanlah laluan untukku, namun jika bukan dia yang tercipta untukku, maka yang berbicara di halwaku ini selama ini adalah syaitan, yang mana nafsu menjadi pertimbangan, aku meminta agar dijauhkan aku daripadanya. Aku takut aku kecundang dalam ujian dunia. Aku takut dia, rupawan itu turut tersungkur di pintu syurga kerana permainan nafsu dan perasaan liar ini.

Ya, adikku. Istikharahlah. Mohonlah pada Allah. Pilihannya antara dua. Kau kahwini dia. Atau kau jauhilah dia. Kau jauhilah dia kerana kau bakal menghancurkan masa depannya di dunia dan akhirat. Jika kau sayanginya, kahwini atau tinggalkanlah. Tiada pilihan ketiga.

Jangan bermain, berteka-teka sesuatu yang tidak pasti. Jangan mengharap-harap dan mencari-cari sesuatu yang tidak pasti, jika tidak mampu membayar maharnya.





Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu

Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Ku menjauh...tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh...daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti

Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Pada keanggunan wajahmu

Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...

Ku lari jauh..jauh darimu...dari ujian ini...
Inni akhofullah!!!
(Aku takutkan Allah)

6 comments:

Abu Khalid said...

Kalau kau sudah memilih untuk memilih pun, keputusan tetap bukan di tangan mu, kau masih terdedah untuk di reject !

Susah kan kalau beriman dengan perempuan? hehe

Berimanlah dengan Allah :)

tuantaufik said...

wow factor

Unknown said...

terkesan.

faez said...

erkk.. penuh penghayatan an baca.. nasihat n panduan yg berguna..

Al-Mufakkir Hamidi said...

macam mana dengan adik perempuan =)

Abu Khalid said...

Nta ni ada adik perempuan ke akhi?

Ish... ish... ish...

Sebenarnya ana menunggu-nunggu soalan tu diberikan kepada ana...

Nah, baca post ni:

http://faridul.wordpress.com/2010/02/25/indiana-jones-and-the-miss-qurratu-ayun/


Utk adik-adik perempuan nta tu... :)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]