Dengan merasai keseronokan ini lah yang menyebabkan manusia-manusia yang entah dari mana-mana turut sama melaksanakannya.
Dengan berdakwah, rasa berbakti kepada insan lain. Rasa dapat berkongsi keseronokan yang dirasai sepanjang hidup dalam tarbiyah. Rasa dapat kehidupan berbeza. Rasa membantu menghidupkan jiwa lain. Rasa menyumbang kepada islam. Rasa bukan lagi sebagai sekadar lebihan dunia.
Inilah perasaan yang jarang orang yang terlibat dapat gambarkan.
Bayangkan rasa seronok join tarbiyah yang tidak dapat dibandingkan dengan rasa seronok melancong ataupun berjaya headshot kawan-kawan semasa bermain game Counter-Strike? Itupun tidak dapat nak digambarkan... Apatah lagi rasa berada di atas jalan dakwah... Berlipat kali ganda lagi best!
Kan?
Berdakwah itu best. Sebab tu kalau dah start buat, dengan gaya yang betul, dengan mind set yang betul... Pasti tidak dapat berhenti punyalah
Bercakap tentang berdakwah, pasti ada yang bertanya,"bagaimana jika dakwah kita tak berbuah, orang buat tak layan je?"
Lagi best!!!!
Bayangkan jika buat DF bertahun-tahun tapi yang melekat tu seorang dua je.... Kita akan mengappreciate segala usaha kita, dan akan sangat menghargai akh yang seorang dua tu...
Ketika akh tersebut, yang seorang itu kata,"akhi, ana pun nak buat dakwah juga!"
Boleh tangkap nangis beb.
Itu yang aku pernah rasa. Dan aku yakin pasti ramai dikalangan korang pernah rasa juga.
Pelik tapi benar. Itu yang berlaku, Allah uji tu pasti ada sebabnya. Kita selalu mengharapkan sentuhan kita itu sentuhan magik yang akan mengubah hanya dengan sepatah dua kata, sekali daurah dan sekali belanja makan.
Jika begitu mudah dakwah itu, takkanlah Allah pilih para Anbiya dari kalangan mereka yang hebat-hebat.
Dakwah ini tidak mudah, tetapi dengan mindset yang betul dengan perasaan seronok, ia akan menjadi mudah.
Bilamana kita memahami ianya proses, bukannya program; maka kita akan sentiasa optimis, persis para Anbiya.
Yang menakutkan pada para pendakwah ini sebenarnya adalah rasa berat, malas. Lemah tekad.
Di sana pentingnya kita tidak hidup berseorangan. Pastikan ada kawan-kawan (selain kawan seusrah) yang sentiasa pantau nilai iman kita. Pastikan komited dengan usrah dan program-programnya. Libatkan diri dalam gerakan dakwah. Banyakkan membaca buku-buku dan tulisan-tulisan para pendakwah yang hebat-hebat. Dengarlah nasyid-nasyid yang azamnya membara!
Moga dengan itu kita sentiasa ada semangat. Agar tidak pernah lari segala aktiviti sehari hari daripada memenangkan kebenaran ke atas kebatilan.
Gagahlah dikau tentera ruh!
No comments:
Post a Comment