Wednesday, March 11, 2015

Suci dalam debu




Jauhi maksiat, peranginya! Maksiat membutakan hati. Menggelapkan masa hadapan. Maksiat meruntuhkan binaan dakwah. Maksiat menghancurkan harapan di akhirat kelak.

Penuhi setiap hela nafas, sela masa dengan melakukan amal. Sentiasa berjuang untuk berbuat kebajikan. Amal menerangkan jiwa. Membersihkan dosa. Amal menggilap potensi, jalan kemenangan yang pasti. Amal meningkatkan kekuatan ummah, menggandakan keberhasilan dakwah. Amal jambatan ke syurga yang abadi di akhirat sana.

Antara yang haq dan yang batil, kerap kali kita keliru memilihnya.

Padahal, kita tahu al-Haq itu sentiasa menjadi idaman kalbu.

Kerap kali bisikan-bisikan datang. Akhirnya datang rasa seronok bermaksiat. Datang rasa berlengah-lengah untuk bertaubat dan rasa malas nak beramal.

Jikalau beramal pun, masih gagal meninggalkan 1 2 maksiat.

Apakah kita menyangka pejuang itu mampu berjuang dengan tahi masih di punggungnya?

Apakah kita menyangka pejuang itu akan mampu gagah selamanya dengan beban maksiat yang menyekat kemaraan dakwah yang tertahan-tahan?

Mari bersama kita bertaubat. Semoga dosa kita diampuniNya.

Semoga amal kita Allah terima.

Semoga akhirnya dakwah ini menjadi berita gembira, bukan sahaja buat mad'u kita, tetapi juga untuk diri kita sendiri.

Moga kemenangan itu lahir dari tangan-tangan kita. Tangan yang bebas maksiat ini.

Menjadi al-Akh yang benar, yang sejati.

Wallahu musta'an
Dan kepada Allah kita meminta, berharap dan bergantung.



Sumber gambar: http://images4.fanpop.com/…/The-Janitor-scrubs-17847041-102…

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]