Friday, January 9, 2015

Apa ayat anda?

Ketika aku berada di Tingkatan 3, guru matapelajaran Geografi adalah guru favorite-ku. Beliau pandai menarik minat pelajar terhadap pelajarannya dan teknik latihannya juga menghiburkan. Ia memudahkanku menghadam segala apa yang diajarkannya.

Setelah tamat suatu sesi kelas pada suatu hari, sang guru mengingatkanku tentang ujian yang sudah hampir:

"Hussaini, awak belajar betul-betul, saya sudah sediakan soalan paling susah untuk awak semua"

"Tak perlu cikgu, saya sudah hafal segala apa yang cikgu ajarkan"

Sang cikgu terkejut.

"Ha, kita tengok la nanti"

Umpama dua koboi yang saling mencabar di antara satu sama lain. Akhirnya aku ternyata benar. Alhamdulillah pada ujian itu, aku skor paling tinggi dalam batch dalam matapelajaran itu.

"Macamana awak tak study pun boleh skor ujian saya yang susah ni?"

"Kan saya dah kata, saya dah hafal semuanya... Hehehe"

Tiba-tiba sang guru mengeluarkan satu kata-kata yang menjadikan aku terkesima:

"Saya sangat yakin dengan awak. Jangan risau, kerusi untuk awak sudah tersedia di Menara Gading"

Entah kenapa, kata-kata yang sesimple itu, telah berjaya mengubah keyakinanku dalam hidup. Hanya kerana satu ayat itu (atau 2 ayat sebenarnya), aku tidak pernah risau tentang masa depanku.

"Jangan risau"

Apabila ditimpa pelbagai serangan mental semasa menghadapi SPM, kata-kata itu terngiang di mindaku. Apabila aku berentap di Matrikulasi, sekali lagi ia memotivasikanku. Semasa aku di IPT, sedang sibuk dengan program-program dakwah, dan sukar sekali menempuh alam IPT, ayat itu mampir berkali-kali. Dan kini, semasa aku di tempat kerja, walau apa mehnah yang datang, ternyata ayat itu tidak pernah gagal memberikanku motivasi.

***

Pada suatu hari, aku bersama seorang akh minum-minum sambil melihat keindahan alam. Memang menjadi kebiasaan bagi kaumlelaki menikmati ukhuwah sambil minum-minum di gerai.

"Akhi, apa yang membuatkan nta tetap tsabat sehingga hari ini?", soalku.

"Ingat tak pada suatu hari tu, nta pernah cakap kat ana tentang kisah XYZ (aku lupa)?"

"Ya. Ana ingat. Masa tu ana saja-saja je nak share kisah tu"

"Pada ana, ia merupakan motivasi yang mengubah hidup ana. Hingga ke hari ini"

 ***


Aku yakin, kalian juga pasti ada quote quote tertentu dari orang-orang tertentu yang memberikan natijah yang positif kepada perasaan dan semangat kalian.

Ingat kembali detik-detik di mana keyakinan itu menggunung. InsyaAllah, anda pasti akan dapat keluar dari kemelut perasaan yang berpanjangan.



AK
09012015

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]