Pada tahun 1945,
Undang-undang Dunia telah ditulis,
antara kandungannya, “… Maka penjajahan di atas dunia harus dihapuskan keranan
tidak sesuai dengan perikemanusiaan dan keadilan”
Dengan itu, satu demi
satu negara islam yang tertindas bertukar menjadi gembira. Satu demi satu
menjadi negara yang bebas merdeka dengan pentadbiran sendiri… Satu demi satu,
Sudan, Mesir, Arab Saudi, Malaysia, Brunei etc.
Ironinya, di tempat
begitu mulia di sisi kita (Al-Quds) ianya tidak ditegakkan sebagai Palestin,
tetapi Israel. Negara haram Israel telah disepakati oleh PBB untuk ditubuhkan di
atas tanah Palestin di bawah resolusi PBB 181 yang dipersetuju pada Disember
1947.
Pada ketika semua bumi
islam mendapat hak mereka, tinggallah Palestin sebagai satu negara yang
terasing daripada semua negara lain, menjadi pelarian di negeri sendiri.
Pengganas Haganah, Lehi, Stern gang, Palmach dan pelbagai lagi kumpulan pengganas yang ‘bebas dari sebarang aflisiasi’ lantas berlumba-lumba untuk menakluk bumi Palestin. Akhirnya, mereka berjaya menguasai 78% dari tanah Palestin dan apabila mereka menamakan 14 Mei 1948 sebagai hari kelahiran Israel, umat islam menamakan 15 Mei 1948 sebagai Hari Nakbah (Kecelakaan besar).
Tentera-tentera Arab yang terlambat mengikuti proses ini telah menyerang Israel dengan kekuatan yang terhad pada waktu itu, dan mereka telah kalah apabila pemimpin mereka telah dibeli oleh penjajah barat. Pejuang-pejuang islam yang turut serta dalam perang tersebut malah dipenjarakan, diseksa malah dibunuh.
Meninggalkan Palestin tersisa. Tiada bantuan, tiada sokongan, tiada sesiapa.

No comments:
Post a Comment