Thursday, October 2, 2014

Isra Mikraj membuang semu


Saat Ar-Rasul s.a.w. menghadapi amul huzni (tahun kesedihan), Allah telah memujuknya dengan membawanya berjalan-jalan ke Masjidil Aqsa kemudian terbang tinggi ke angkasa menghadapnya. Ya, keistimewaan yang dikurniakan kepada Ar-Rasul s.a.w. berjumpa secara direct dengan Rabbul Jalil. Tanpa pengantara, tanpa penterjemah.

Tidak keterlaluan jika kita cuba berempati dengan Ar-Rasul s.a.w. ketika itu, pastinya baginda sangat gembira, tak terkira. Melihat wajah yang paling cantik, kemuliaan yang paling agung sesiapa sahaja akan sangat selamat dan tenang.

Kemudian baginda dibawa berjalan-jalan melihat umat terdahulu. Baik yang diseksa mahupun yang sedang bergembira. Melihat syurganya, bukankah itu suatu keindahan.

Kalaulah kita yang berada di posisi Rasulullah pada ketika itu, pasti kita terasa seperti “tidak mahu pulang”. Pastinya kita akan menangis-nangis teresak-esak apabila disuruh keluar dari kenikmatan yang amat  itu.

Tapi Rasulullah tiada protes sama sekali.

Baginda kembali ke kaumnya, dicaci. Malah, begitu sukar baginda hendak terangkan kebenaran Isra dan Mikraj itu. Digelar penipu, gila, bodoh, tamak dan lain-lain lagi gelaran yang tidak layak dikenakan kepada baginda yang sanggup menggadaikan keselesaan yang beliau telah kecapi dan akan kecapi itu.

Gadaikan keselesaan?

Baginda bukan sahaja tidak protes apabila dikembalikan ke Mekah, malah baginda semakin jelas matlamat baginda untuk membebaskan manusia dari menyembah kebatilan.

Keberadaan baginda semalaman itu bahkan menyebabkan baginda lebih sibuk nak buat dakwah!!!

Agak-agaknya sebab apa ya?

Kerana iman baginda semakin menebal bahawa perkara ghaib pada pandangan manusia biasa itu adalah nyata malah paling nyata!

Apabila ianya dibenarkan dengan real, maka segala claim yang didirikan atas premis itu ternyata benar. Claim, antaranya, akhirat itu kekal abadi.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan kepada kita bahawa dunia ini benar-benar singkat. Dan ‘pengorbanan’ masa, harta, duit, keluarga dan hayat kita itu terbukti berbaloi untuk kesenangan yang kekal abadi, buat selama lama lamanya.

 

 

Kalau ada sahabat kita yang pernah ke Gaza, ke Syria bukan main kita nak dengar kata-kata daripadanya menerangkan keadaan peperangan di sana. Rasulullah merupakan saksi yang berada di dunia ghaib. Kita masih tidak mahu percaya?

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]