Jangan mendidik aku
menjadi syaitan
Dalam suatu program
Majlis Revolusi mengenang kesyahidan Imam Hasan Al-Banna telah berkata seorang
hadirin,
“Aku ingat tahun-tahun
ini dan cita-cita yang kita usahakan agar terwujud. Aku mengingatnya dan aku
melihat di antara kalian ada yang mampu mengingat bersamaku sejarah dan hari
tersebut. Pada waktu yang sama, mengenang cita-cita mulia yang berada dalam angan-angan kita. Benar, aku
ingat persis seperti sekarang ini dan di tempat ini, bagaimana Hasan Al-Banna
bertemu dengan semua orang agar mau bekerja sama demi menegakkan
prinsip-prinsip yang mulia dan tujuan yang suci… bukan untuk kepentingan
pribadi, orang-orang tertentu atay dunia… Aku bersaksi kepada Allah, aku akan
bekerja-jika aku diberi kekuatan—untuk menerapkan prinsip-prinsip itu, berjuang
dan mati di jalannya“1
Siapa sangka, kata-kata itu lahir dari mulut seorang yang bernama Jamal Abdul Nasir (Atau di Mesir disebut sebagai Gamal Abdul Nasir).
Tokoh yang sama yang tampak bengis mewujudkan zaman gelap dalam sejarah Dakwah Ikhwan Al-Muslimin dengan siri penyeksaan dan pembunuhan ahli-ahlinya yang tak terkira ramainya. Tokoh ini yang tertulis dalam memoar pemimpin-pemimpin dakwah Ikhwan selaku penzalim yang membawa Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah ke tali gantung. Menyeksa Hasan Hudaibi dan Zainab Al-Ghazali dengan penyeksaan yang tidak layak dibuat oleh manusia. Yang telah memplotkan drama pembunuhan dirinya yang kemudiannya menjadi sebab Ikhwan diharamkan sehingga ke hari ini. 2 3

Ya, Jamal Abdul Nasir
yang itu.
Beliau bukan sahaja seorang pendokong dakwah Ikhwan (muayyid), malah menjadi ahlinya dan ditempatkan dalam suatu kedudukan istimewa dalam Jemaah Islam yang paling besar di dunia itu. Beliau menjadi ahli sebuah badan khas yang dinamakan sebagai Nizom Khas.
Apa yang menjadikan perubahan dirinya begitu drastik?
Jawapannya, manusia itu bisa menjadi apa sahaja. Daripada sejahat-jahat manusia kepada sebaik-baik manusia. Tiada siapa tahu penghujung hayat kita bagaimana.
Begitu juga apabila kita melihat tokoh-tokoh yang dahulunya begitu hebat memimpin ummah, akhirnya mati dalam keadaan dihina pula oleh pengikut mereka. Muammar Ghadafi, Sadam Hussein, Anwar Sadat.
Anwar Sadat yang menyelamatkan Ikhwan dari krisis yang dilancarkan oleh Jama Abdul Nasir, Muammar Ghadafi menjadi hero kita apabila beliau paling lantang menentang Amerika suatu masa dahulu dan Sadam Hussein menjadi Presiden kepada sebuah negara Arab yang paling kuat kekuatan tenteranya.
Sesungguhnya manusia itu begitu rapuh hatinya. Segalanya akan kembali kepada paksi perjuangan jauh di diri mereka, dalam hati.

Bantu aku tsabbit qalb
“Hati itu lebih mudah
berbolak-balik daripada masakan dalam periuk yang sedang mendidih di atas api”,
kata Abdullah bin Rawahah4
Sungguh Allah menjadi
itu Hati sebagai pusat penentuan paksi seorang manusia itu.
“Jika baik, maka akan baik lah segalanya. Jika rosak, maka rosaklah segalanya”5

Telah berkata
tokoh-tokoh politik islamiy di Indonesia kepadaku dalam suatu hiwar bersama
mereka.
“Berhati-hati dengan terangnya lampu yang menyuluhmu di atas pentas. Ia akan menyilaukan matamu dan merosakkan hatimu”

Lama kelamaan aku
dengan pengalaman yang aku lalui (yang sangat sikit ini sebenarnya) baru aku
memahami maksudnya.
Silau kamera. Duit token. Puji-pujian. Sanjung-sanjungan.

Mengenang tulisanku
suatu ketika dahulu:
No comments:
Post a Comment