Sunday, October 20, 2013

Teras-teras Leadership

Teras-teras Leadership

1) Setting
2) Strategy
3) Shape
4) Synergy

Malangnya bahtera dakwah ini jika gagal membentuk pemimpin. Pemimpin tidak dapat dibentuk dalam satu malam.

Ia juga tidak dibentuk dalam daurah-daurah setahun dua. Ataupun sekadar membaca blog-blog dan majalah dakwah. Mempelajarinya dengan membaca buku-buku kepimpinan hanyalah menambah kesukaran membentuknya.

Sebaliknya, pemimpin tidak sekadar lahir ke dunia begitu sahaja. Ia dibentuk. Ia dilatih dari pengalaman hidup seseorang itu. Dalam kebanyakan masa, pemimpin membentuk dirinya sendiri.

Dalam sesebuah gerakan, pemimpin kerap kali diperolehi secara tidak sengaja. Padahal nak membentuk pemimpin bukan hal yang mudah (Natural leader), nak menariknya ke dalam gerabak dakwah pula suatu ujian yang berbeza.

Kunci kepada pembentukan Leader itu dengan teori, bimbingan (mentoring) dan pengalaman.

Jika di dalam jemaah ini Tarbiyah itu dirungkai sebagai:
1) Tarbiyah Dzatiyah (teori)
2) Tarbiyah Jamaiyah (bimbingan/pengarahan)
3) Tarbiyah Medaniyah (pengalaman)

Secara konsepnya, jika seorang akh atau ukht itu benar-benar memanfaatkan pentarbiyahan dalam jemaah itu, maka akan lahirlah pemimpin yang diharapkan untuk memimpin ummah ini.

Namun, sifirnya tidak semudah menghasilkan pimpinan Usrah. Skill berfikir dan bertindaknya mestilah matang sehingga ia boleh memimpin, bukan sekadar mengurus.

Kena ada teori, bimbingan dan terjun ke medan, sehingga seorang akh atau ukht itu mencapai kualiti-kualiti seorang pemimpin.

Ia boleh menetapkan hala tuju jemaahnya (Setting)

Ia boleh memikirkan 1000 cara dan alternatif, hingga beberapa step ke hadapan untuk jemaahnya itu mencapai matlamat (Strategy)

Ia boleh memanfaatkan segala Resources yang ada terutamanya manusia yang akan mengamplify amal-amal ke hadapan serta setiap daripada mereka dapat berhubung dengan baik dalam satu amal yang bersepadu (Shape)

Ia boleh mengharmonikan interaksi di antara jemaah tersebut dengan jemaah-jemaah lain. Akhirnya jemaah itu dapat kekal bermandiri, mencapai objektif penubuhannya. (Synergy)

Kitakah pemimpin itu?

Jika ya, persiapan itu kini bukan sekadar menyiapkan ruh seorang Mujaddid persis ISHAB, Salahuddin Al-Ayuhi atau Sultan Muhammad Al-Fatih, tetapi mempersiapkan kebolehan setanding mereka.

Mereka menjadi pemimpin bukan hanya kerana kedudukan itu, tetapi kerana kualiti seorang pemimpin.

Siapkah?

Siap siagalah!





Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Location:Lebuhraya Sungai Besi,Petaling,Malaysia

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]