Friday, November 6, 2009

Bayaran yang setimpal






Segalanya balik ke asal

Kita kembali dapat menghirup udara pagi ini. Kicauan burung kembali kedengaran, menghias keceriaan pagi hari. Buah mempelam di pagar depan rumah berbuah lagi, hijau memekat berangkai-rangkai. Sambil menuju ke kereta, jiran sebelah disapa penuh keriangan.

Enjin kereta kembali dihidupkan. Corong radio berfrekuensi F.M.91.5 dibuka dan suara 'Z dan Z' terdengar bersahut-sahutan. Daei memandu ke tempat kerja sambil hatinya bersiul-siul gembira dengan hari yang baru.

Pagi ini ada mesyuarat dan eksperimen di makmal. Petang ini ada mesyuarat. Malam ini ada usrah seperti biasa di tempat biasa dengan orang biasa. Hafalan entah ke mana. Mutabaah amal entah ke mana. Mutabaah dakwah entah ke mana. Persiapan untuk berjuang pada malam ini entah ke mana.

Yang pentingnya, hari ini hari baru yang lebih menenangkan. Memikirkan diri sudah betul, di landasan yang betul, berada dalam syarikat yang 'alami, yang betul.

Hari ini, kita meraikan kemenangan manhaj kita. Terbukti, kebenaran bersama kita. Dan kita telah belajar sesuatu. Iaitu, kemenangan itu ada bersama orang yang taat. Tidak banyak cakap, tidak memberontak. Walaupun dakwah kita entah ke mana dan bagaimana.


Kita tidak pernah salah

Ada sesuatu yang sepatutnya bermain di benak pemikiran insan yang benar-benar prihatin tentang masa depan dakwah di bumi tercinta ini. Mereka yang berfikir dan berfikir, yang turut sama merasakannya, akan menitiskan air mata kesayuan atas apa yang berlaku.

Coretan sejarah itu, merupakan suatu mahar yang amat mahal untuk kita belajar sesuatu, dan ramai daripada kita seolah-olah tidak menyedarinya. Kisah yang berlaku itu umpama hanya untuk mengisahkan siapa betul dan salah, dengan menunding jari, tanpa menggerakkan anggota lain untuk bekerja lebih kuat lagi.

Seumpama tiada nilai usaha gigih mereka untuk menegakkan agama ini. Seumpama amal mereka sia-sia di sisi Allah. Seumpama orang kafir yang mengerjakan ladang orang lain.

Ikhwah akhwat sekalian,

Kita kehilangan ramai pekerja, ramai saudara untuk memberitahu kita bahawa dakwah dan tarbiyyah kita belum cukup serius lagi. Ribuan daripada mereka membuat tindakan drastik itu, hanya kerana tidak yakin dengan keupayaan kita. Tindakan kita patutnya bukan ketawa kerana kebodohan tindakan mereka, atau menangis kerana ditinggalkan. Tapi berubah!

Mahukah kalian ditinggalkan oleh semua orang, baru dapat belajar sesuatu?

Semoga Allah mengurniakan kita kekuaatan untuk menghadapi ujian ini. Kisah yang kita lalui adalah suatu bala, bukan pengiktirafan.


8 comments:

Unknown said...

hmm...amin

Anonymous said...

salam, nak mohon pandangan.. bagaimana pula mereka yang bergerak dan istiqamah dalam kerja dakwah. namun tugas lain(tools)tak istiqamah dan muntijah..?? ketidakseimbangan berlaku... apa puncanya?? berubah??

salsabil_3001 said...

Itulah pentingnya perancangan dan perlaksanaan yang tersusun, baik dalam keje dakwah kita dan keje kita yang lain.. Tapi sekali2 jangan lupa, bahawa Allah sebaik2 perancang dan pembuat keputusan.

Abu Khalid said...

Betul betul betul

^-^

Abu Khalid said...

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk post ini:

http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/10/kurikulum-mu-umpama-nafas-itu.html

Mashizaki Keikan said...

Akhirnya kita tahu dan faham apa yang berlaku bukan untuk tujuan kita menuding jari kepada orang, tetapi kita ingin memperbaiki diri sendiri.

Akhirnya, apa yang dituntut dari kita adalah untuk beramal.

Bila berkongsi-kongsi dengan ikhwah di sana-sini, kadang-kadang kita terasa sikitnya amal kita, sehinggakan ia mendorong kita untuk beramal.

"Aku tak suka melihat perpecahan, tetapi pada masa yang sama aku tak suka tak beramal" - kata2 sorang tu.

Bashir IbnDzul said...

salam,

ana rasa dah faham cerita 'anak syarikat' tu hasil pencerahan entry ini.

cumanya kalau ade orang yang jenis 'rajin', sume keje dia nak buat, camna tu? nak biar atau tegur?

Abu Khalid said...

Akhi..

Kita kekurangan orang sedemikian. Namun, di sebalik rajin nya die, peranan seorang sahabat, seorang murobbi,adalah membimbing dia agar kerjanya membuahkan amal. Bukan sibuk, tapi sibuk dengan amal yang sia-sia.

Kalau dah rajin tu, alhamdulillah la. Tapi:::

Kata pakcik hassan:

Orang yang berbicara, berbeda dengan orang yang beramal. Orang yang beramal berbeda dengan orang yang berjihad (amal dengan kesungguhan). Orang berjihad sahaja, berbeda dengan orang yang berjihad dan produktif. Itulah yang menghasilkan keuntungan dengan pengorbanan yang minimal.

Kadang-kadang, ana rasa ana ni pesimis + perfectionist orangnya. hehehe

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]