Dalam bisnes, kita tidak boleh bergantung kepada 1 pelabur sahaja.
Meletakkan lebih 80% nasib bisnes kepada satu pihak sahaja akan menyebabkan kebarangkalian untuk bisnes itu lingkup sangat tinggi.
***
Dalam dakwah, kita diberitahu ganjaran yang Allah tawarkan sangat tinggi untuk satu jiwa yang diislahkan.
Lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Seperti mendapat unta merah.
Mendapat habuan yang sama, tanpa mengurangkan amal sang Amil.
Namun dalam masa yang sama kita tak tahu mana satu amal kita yang akan diterima. Dalam masa yang sama, kita tak tahu insan yang kita islahkan akan thabat atau tidak.
Kita tak tahu sama ada amalan itu akan menjadi amal jariyah atau tidak.
Daei yang bijak yang benar-benar berhikmah akan mendapatkan sebanyak mungkin unta merah. Kerana tidak mampu sesaat pun di neraka. Kerana tidak rugi walaupun satu peluang untuk mendapat ganjaran di syurga.
Tijarah yang sangat menguntungkan. Masyukkk
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment