Sunday, September 8, 2013
Motivasi
Motivasi ialah sesuatu yang drive seseorang untuk maju ke hadapan. Tiada motivasi, lahirlah putus asa. Ia petanda bahawa seseorang itu tidak menemui harapan lagi untuk dapat terus bertahan ataupun pilihan yang ada itu sudah tiada makna kepadanya.
Motivasi yang dicari-cari itu ada 2. Motivasi luaran dan motivasi dalaman. Motivasi luaran ialah positive pressure yang akan memotivasi seseorang dari luar dirinya sedangkan motivasi dalam datang dari diri seseorang itu dengan kefahaman yang dimilikinya.
Tarbiyah yang kita lalui adalah untuk membina motivasi dalaman. Ia datangnya dari iman. Iman yang mantap, datangnya dari ilmu yang benar lagi jelas...
Seorang akh yang benar tarbiyahnya, akhirnya tidak akan bergantung harap kepada naqib mahupun naqibah yang bertindak sebagai motivasi luaran. Tetapi, ia akan sentiasa bergantung kepada Rabbnya. Hingga akhirnya ia mampu bermonolog dengan rabbnya dalam doanya, dalam munajatnya.
Tarbiyah Tzatiyah yang sebenar.
Permasalahan yang timbul apabila mutarobbi silap memandang tarbiyahnya dari konteks yang berbeza. Hingga tarbiyah yang dilaksanakan oleh sang murabbi tidak pernah berhasil melahirkan motivasi dalaman itu. Hingga akhirnya tarbiyah itu sia-sia dan mutarabbi akhirnya kembali ke zaman silamnya, zaman gelapnya apabila hilangnya murabbi.
Umpama anak ayam kehilangan ibunya.
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment