Kisah lelaki tua
Pada suatu hari, pada suatu zaman, di suatu tempat, seorang petani tua mencangkul-cangkul tanah di bawah terik matahari yang kian menyengat. Tiba-tiba dia tercangkul suatu objek yang keras. Setelah diteliti, lelaki tua itu merasakan bahawa objek itu adalah emas. Dan objek itu sangat besar!
Lelaki tua itu terus mendapatkan basikalnya dan membawa emas itu ke pekan. Apabila dirujuk kepada pekedai itu,
"Ini memang emas, tapi kami tak mampu nak beli emas sebesar ini. Apa kata kau bawa emas ini ke bandar? Ada kedai yang lebih besar di sana, mereka mungkin mampu untuk membelinya"
Lelaki tua itu terus ke bandar. Di bandar, ia mendapati kedai emas yang paling besar dan dia menjangkan dia mampu menjual emas itu di sana.
Namun, kata pekedai itu,
"Besar emas ini. Kami tak mampu nak beli. Apa kata kau ke Istana, Sultan pasti dapat membelinya daripada kau"
Sampailah lelaki tua itu di hadapan istana. Dia dibawa menghadap Sultan. Sultan bertanya,
"Apa hajat kau ke mari?"
Lelaki tua itu tidak bercakap banyak, terus mengeluarkan emas besar itu dari dalam guninya.
Melihat emas itu, Sultan terkejut dan dikerahnya semua pakar-pakar datang ke istana untuk meneliti emas tersebut. Sah, ianya emas yang tulen lagi berkualiti.
"Beta nak emas ini, tapi beta tak pasti harganya"
Lelaki tua itu diam. Cuak pun ya juga.
"Berapa kau nak jual emas ini kepada beta?"
Lelaki tua itu diam. Tidak tahu nak jawab soalan yang diajukan.
"Baiklah, jika kau juga tak pasti, beta tawarkan kau suatu hadiah yang terbaik"
"Kau pergilah ke gudang harta beta dan beta bagi kau 3 jam untuk ambil sahaja yang kau nak. Selepas 3 jam, pintu akan ditutup dan segala apa yang kau bawa keluar itu milikmu"
Khadam lalu membawa lelaki tua itu ke suatu gudang yang tidak berapa jauh dari singgahsana baginda sultan.
Apabila pintu dibuka, alangkah gembiranya lelaki tua itu. Betapa banyak harta Sultan tersebut. Dengan harta tersebut, dia boleh berhenti menjadi petani. Kerja setiap hari, goyang kaki.
Dia masuk ke dalam gudang dan pintu ditutup.
"Aku ada 3 jam, banyak ni masa ni"
"Ya Allah, cantiknya barang ni, barang tu punnn. Itu aku nak, semua ni aku nak", lelaki tua itu terus bermonolog luaran.
"Eh, MasyaAllah cantiknya katil ni. Tak pernah aku tengok katil secantik ni. Empuk pula tu..."
Lelaki tua melabuhkan punggungnya ke atas katil tersebut. "Selesanya"
"Ni la masanya aku nak tidur atas katil best macam ni... Aku tidur setengah jam pun ok ni. Ada 2 jam setengah lagi untuk ambil semua barang-barang lain"
Lalu, terlelap lah lelaki tua itu. Bukan 30 minit, tetapi hampir 3 jam, meninggalkan 10 jam berbaki untuknya mengambil habuannya.
Terkejutnya lelaki itu dan ia terus mengambil apa sahaja memenuhi guni barangannya. Banyak... Namun akhirnya pintu tertutup. Dan dia tidak sempat mengeluarkan guninya.
Terlepaslah peluang lelaki tua itu untuk mengambil barang-barang berharga dari gudang harta sultan. Yang hanya sempat dirasainya ialah enaknya tidur sesaat.
Jangan bazirkan waktu mudamu
Begitu juga keadaan kita wahai ikhwah akhawat sekalian. Kita mempunyai had masa di atas muka bumi ini.
Kumpulkanlah sebanyak mungkin amalan di atas muka bumi ini. Jangan kita pertangguhkan masa kita. Jangan kita digoda dan membazirkan masa kita dengan distraction yang ada. Memang itu tugas syaitan untuk melalaikan kita.
Jangan kita terlena. Rehat kita yang sebenarnya adalah di alam akhirat itu. Suatu kepastian yang nyata...
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment